Hari ni kitaorang sibuk buat preparation untuk kenduri tahlil esok. So antara yang kitaorang buat sendiri cup cakes. Actually Nyah tukang bancuh adunan kek dan frosting. Tikah tukang letak adunan kek dalam cup kecik-kecik tu. Dan aku cuma buat hiasan frosting je. Hehehe.. tapi kelakar le dengan percubaan pertama siap nak jamu orang kenduri ni. Design bunga kecik-kecik kat tepi tu aku yang reka. Dan Nyah suh letak bunga besar kaler hijau kat tengah-tengah. Tapi salah pasang nozzle lak so tak jadi bunga besar tapi jadi macam pokok kaktus. Hahaha.. Bantai le labu asal ada rupa kek dah le. Yang penting bunga pink aku letak. Nyah dengan Tikah yang buat pokok kaktus tu. Huhu.. Bila dah siap banyak-banyak rasa macam lawa pulak. Tak ada orang lain nak puji so aku jelah puji sendiri. Yang penting cup cakes habis le semuanya dan aku rasa memang kitaorang yang makan balik semua cup cakes tu. Hehehe..
Sebenarnya tu tengah rasa sedap ke idak keknya. Sebelum letak frosting kitaorang dah bantai makan dah kek tu. Ntah hapa-hapa ntah.
Kenkonon macam profesional le tu. Padahal menggigil. Bunganya jadi kejap besar kejap kecik. Memasing tak pro nak buat camana.
Saturday, February 28, 2009
Friday, February 27, 2009
Nasi Lemak Superb
Lama tak update blog ni sampai ada orang marah naper tak update. Tak ada cita nak update camana. Disebabkan permintaan orang tu, maka aku pun cita le benda yang terbaru sekali. Pagi tadi pukul 6.47am, Kak Rad sms aku cakap dia nak belikan aku nasi lemak. Wah.. Bestnya. Actually ni dah kali ketiga dah Kak Rad belikan nasi lemak tu tapi yang sebelum-sebelum ni tak sempat nak tangkap gambo sebab aroma nasi lemaknya sungguh menggiurkan. Hehehe..Kat area office aku ni memang susah nak dapat nasi lemak sedap. Mula-mula aku keja kat buidling ni ada le satu minah ni jual. Tepi jalan je tapi nasi lemak dia memang boleh tahan sedapnya. Baru je dalam 2-3 bulan alih-alih dah tak ada. Orang lain pulak ganti berniaga tempat dia tapi orang tu punya nasi lemak tak sedap. So aku tak ada le beli dah kat tepi jalan tepi bangunan Rohas ni dah. Lepas tu ada le pulak orang jual nasi lemak kukus dan sambal paru kat Lorong Perak tu. Sedap juga. Tapi sebulan je kot orang tu dah tak ada. Kejap giler orang tu berniaga kat situ. Sekarang gerai tu dah ada kedai mamak yang ganti. Apasal ntah orang berniaga nasi lemak sedap-sedap ni tak pernah lekat kat area office ni. Tak ada ong kot. Tension betul.
So pada pagi ini masa breakfast tadi dapat le lagi makan nasi lemak yang superb giler. Sedap sangat. Nasi lemak ni Kak Rad beli kat Stesen Monorel Raja Chulan. Dia cakap memang ramai giler orang beratur beli. Maknanya memang sedap betul le kan. Tapi nasi lemaknya tak murah sangat. Nasi lemak telur mata RM2.00 satu. Tak pelah. Mahal sikit pun tak pe asal sedapkan. Bestnya dapat nasi lemak sedap camni pagi-pagi. Hehehe.. Terima kasih le pada Kak Rad kerana sanggup susah payah berenti tepi jalan tu tolong belikan aku nasi lemak ni.P/S: Gambar blur sebab ambik dengan hp aku yang tak berapa nak canggih tu. Camera tak bawak hari ni.
Wednesday, February 18, 2009
Tagging - Lima
Tagged by Fara.
5 things found in my wallet
1) IC
2) Driving license
3) Gambar mak dan bapak
4) Kad-kad seperti ATM card, insurance card etc
5) Kain lap cermin mata
5 favourite things in my room
1) Tilam
2) Gambar aku yang cun giler
3) VCD Hi-Fi - aku beli dengan gaji masa 1st job ni
4) Curtain - ni pun beli masa dapat bonus pertama kat KH Cheah.
5) Tak ada
5 things I’ve always wanted to do
1) Masuk ujibakat AF. Hehehe...
2) Pergi spa dan facial
3) Pergi bercuti
4) Tidur (ni favourite ni)
5) Make over bilik (tapi tak penah buat sebab tak cukup budget)
5 things I’m currently into
1) Ziarah pusara mak at least sekali seminggu
2) Blogging
3) Baca buku cita English (Kenkonon nak improve English le ni)
4) Entah
5) Entah
5 person yang nak tag
1) Wan Chu Ma
2) Attikah
3) Affidah
4) Lorna
5) Tak ada. Sekian, terima kasih
P/S: Sapa-sapa yang tak ada blog tu sila le create supaya anda boleh membuat tagging game ini.

Tuesday, February 17, 2009
Tagging - Different Gender
Lorna dah tag aku ni jadi aku kena le buat jugak walaupun tak tahu sapa yang nak ditulis. Kalau tak buat nanti Lorna merajuk lak. So lepas pikir-pikir aku rasa aku memilih Lelaki Ini. Hehehe.. Ok tak Lorna?

What is the relationship of you and him?
Tak ada relation pun. Dia tak kenal aku, aku je yang kenal dia. Hahahaha... Peminat le.. tapi idak le fanatik bebenor.
Your 5 impressions towards him...
Entah le. Yang aku tahu aku suka dia. Tu je.
The most memorable things he had done for you...
Tak ada
The most memorable things he have said to you?
Pun tak ada juga. Hua hua hua...
If he becomes your enemy, you will...
Camana nak jadi enemy kalau kenal pun idak. Tapi kalau jadi juga leh bunuh ke?
If he becomes your enemy, the reason is..
Dia kenal aku pastu dia pau aku. Hehehe... Tapi takkan le dia nak pau aku. Dia pun lagi kaya dari aku kan.
The most desirable thing to do on him is?
Nak jadi gf dia leh tak? Eh.. tak best le gf.. Bini le bestkan..
How do you think the people around you will feel about you?
Entah. Budak gemuk kot. Hahaha...
The character of you for yourself is?
Sensitif kot. Hehehe.. Macam tipu je. Tapi aku tengok tv cita sedih selalu nangis. So betul le sensitifkan.
The character you hate of yourself is?
Kuat jeles dan susah nak memaafkan aka pendendam le kot
The most ideal person that you want to be is?
Jadi kaya
For the people who care about and like you, say something about them..
Mula-mula kena tahu dulu ada ke orang yang care about me?? Rasa macam tak ada je. So tak ada ucapan.
People I would like to tag:Tak mau le tag sapa-sapa kali ni. Sekian, terima kasih.
Sunday, February 8, 2009
Pemergian Ibu Tercinta
Sejak lepas blood transfusion pada 19.01.2009 mak asyik demam je. Lepas makan ubat dia kebah. Lepas tu demam balik. Badan dia pun lemah sangat sampai dia nak berjalan pegi toilet pun macam tak larat. Jenuh aku ajak dia pegi hospital tapi dia tak nak.
Tengahari hari Ahad 01.02.2009, tiba-tiba je mak menggigil kesejukan. Panik betul kitaorang semua. Bagi dia selimut tebal, tuam dengan air panas etc. Aku nak bawak dia pegi hospital tapi dia tetap tak nak. Dia nak makan panadol je. Tapi bila aku tengok dia nak berjalan ke toilet pun macam dah nak pengsan, so aku paksa juga dia pergi hospital sebab Nyah pun dah suruh bawak. Nak tak nak dia terpaksa le juga pegi sebab kitaorang dah bersiap dan dah lapkan badan dia, tukarkan baju etc. Sampai PPUM mak kena admitted kat wad 6TD. So mula dari malam tu aku, Nyah dah Wan Chu Ma bergilir-gilir le tunggu mak kat hospital. Kak Semah datang hari Rabu malam.
Dari hari Ahad 01.02.2009 sehingga ke hari Rabu 04.02.2009 tu mak ok je. Demam dia pun dah kebah. Tapi petang tu tiba-tiba dia tak boleh kencing. Nyah sorang je yang ada masa tu. Masa aku sampai, mak masih lagi menangis kesakitan. Susah nak cakap camana rasanya. Tapi lepas dah bagi pain killer mak dah ok. Malam tu aku yang tunggu mak kat hospital. Pukul 2.00 pagi aku dan mak siap makan-makan lagi. Makan biskut, makan anggur dan minum Milo. Esoknya lepas Kak Semah datang, aku balik rumah.
Petang Khamis tu 05.02.2009, Doktor Bee panggil Nyah dengan Kak Semah ke bilik kaunseling. Doktor bagitau yang dorang dah tak boleh nak buat apa dah pada mak. Semuanya serba tak kena. Bila kitaorang sampai tengok mak petang tu, baru le Nyah dan Kak Semah cakap. Tak tahu nak cerita macamana perasaan masa tu. Rasa nak gugur jantung. Tapi aku terpaksa tahan sebab aku tak nak menangis depan mak.
Esoknya Jumaat 06.02.2009, aku ada kat rumah. Tengahari tu Nyah call kitaorang. Dia suruh datang cepat sebab emak macam dah tak alert. Bila aku sampai aku dah nampak perubahan pada muka emak. Sedihnya tak tahu nak cakap macamana. Tapi depan emak tetap kena tahan tangisan. Mak macam dah meracau-racau masa tu tapi dia masih boleh bercakap dengan kitaorang cuma dia dah tak berapa alert. Kitaorang semua sempat jumpa mak masa mak masih sedar. Lepas Maghrib hari Jumaat tu, mak dah tak boleh menelan apa-apa. Dia pun dah tutup mata je. Malam tu kami semua adik beradik dan bapak sempat berbisik kat telinga mak. Mohon keampunan, halalkan segala makan minum dan air susu mak.
Esoknya 07.02.2009, keadaan mak masih sama. Hari ni Mak We datang melawat mak. Sejak dari blood transfusion 19.01.2009 tu, mak ada cakap nak pegi jumpa Mak We tapi tak sempat sebab dia pun memang tak berdaya je. Mujur le Mak We nak juga datang walaupun naik kerusi roda.
Malam tu kitaorang masih lagi bercakap-cakap dengan mak tapi dia dah tak dapat membalas. Cuma anggukan dan gengaman tangan dia je yang dapat kitaorang rasa. Mengalir airmata dia setiap kali kitaorang berbisik di telinga dia. Kitaorang tahu mak masih dengar lagi. Pukul 2.00 pagi tu blood pressure mak drop sehingga tak dapat baca. Nurse cakap kalau BP dah drop macam tu maknanya keadaannya dah begitu tenat. Kami semua tak tidur dan bergilir-gilir baca surah Yasin. Pukul 4.00 pagi Yeop An sampai dengan Kak Azmah dan Kak Syila. Pukul 5.00 pagi baru Pak Nyah sampai. Lepas Pak Nyah bacakan Quran, baru mak nampak begitu tenang.
Pagi Ahad 08.02.2009, Mak Nyah datang. Hari ni baru le kami semua tahu yang masa kecik mak pernah beribu susu dengan Mak Nyah. Mungkin dia nak sangat-sangat jumpa Mak Nyah sebelum dia pergi. Tengahari tu aku balik rumah sekejap sebab dorang semua suruh kemas rumah in case kalau apa-apa berlaku kena le sediakan katil etc. Pukul 4.15 tu kitaorang dapat call dari abang Majid yang emak dah pergi buat selama-lamanya pukul 4.05 petang tadi. Sedihnya aku tak dapat tengok mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tapi aku kena redha dengan semua ketentuan Allah. Kalau aku ada di hospital pun kalau dah Allah tentukan yang aku tak dapat tengok, tetap tak dapat tengok.
Masa sampai kat hospital aku tengok muka mak betul-betul tenang. Lebih tenang dari keadaan 3 hari lepas. Aku betul-betul bersyukur sebab apa yang doktor cakap tak jadi pada mak. Aku tak nak mak pergi dalam keadaan bleeding. Sedihnya kehilangan emak. Rasa macam kosong sangat. Jenazah mak disempurnakan di Masjid Bukit Damansara. Kami adik beradik dapat memandikan jenazah mak. Jenazah mak dikebumikan malam tu juga di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Syukur semuanya berjalan lancar dan cepat. Tak ada langsung masalah. Aku doakan roh mak dicucuri rahmat oleh Nya dan ditempatkan di golongan orang-orang beriman. Amin. Al-Fatihah.

Friday, January 30, 2009
Blog Paling Gila! Award

Aiyark.. award lagi. Dari Yati jugak. TQ.. TQ.. Blog paling gila ke.. blog paling gila best?? Memana pun tak pe lah ek. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut: -
Kali ni nak bagi award kat orang lain le pulak. 1) Abang Mizan. (Blog dia tak gila-gila tapi gila best sebab lepas baca macam ada kesedaran sikit. Tapi cam tak sesuai je abg Mizan nak letak award ni kat blog dia. Ikut suka le nak letak ke idak)
2) Noryusnita (Balik-balik minah ni. Tapi kena bagi jugak sebab dia buat blog aku. Nanti dia cakap aku lupa daratan. Hehe)
3) Maleh nak letak nama
4) Maleh nak letak gak..
2008 Cute’s Blogger Award
Dapat award lagi dari Yati. Kali ni nama awardnya "2008 Cute's Blogger Award". Ni dah abis 2008 dah. Tak pelahkan. AJL 2008 pun buat tahun 2009. Hehehe.. Apa lak kena mengena AJL dengan award blogger ni? Ntah aku pun ntah tahu.
a. Copy Badge ‘2008 Cute’s Blogger Award’ untuk diletakkan di blog anda:

b. Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda:
Yang bagi award ni ada Puan Nurhayati. Dia ni colleague aku kat LSSB tapi dia kat OC. Antara staff terawal yang keja kat LSSB. Maknanya dia dah ada kat LSSB ni masa staff LSSB baru belas-belas orang je dulu. Lama dah tu. Yati ni kecik je orangnya tapi sangat le creative. Anak dia baru sorang bernama Zara dan sungguh le cute. Rasa nak picit-picit.
c. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya:
Amenda hobi aku ek.. 10 lak tu. Campur-campur le kan dengan fakta diri sendiri.
1) Suka tidur
2) Suka muzik
3) Suka membaca
4) Suka tengok tv
5) Tak suka drive. Kalau terpaksa je drive. Kalau tak baik naik teksi je.
6) Tak tahu berenang
7) Takut tempat tinggi aka gayat le.
8) Tak suka taugeh. Benci sangat dengan makanan ada taugeh
9) Tak suka pakai baju kain gatal
10) Tak ada bf.. hehehe.. (macam advertise je ni..) Ni kira fakta juga le kan..
Tag kawan-kawan anda:
1) Yusnita
2) Lorna
3) Fara
4) Wanie (baca ke blog aku dia ni). Dia ajar aku camana nak buh background kat blog ni. Tima kasih le Wanie.
Cukup le 4 orang. Sekian, terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)