Saturday, May 30, 2009

Fish Spa

Hari ni Nyah ajak kuar jalan-jalan sebab dah lama tak bawak bapak jalan-jalan dan makan kat luar. Memandangkan bapak pun sibuk nak cari shower hose dia, so dia pun setuju jelah ikut pegi jalan-jalan. Susah betul tau nak ajak bapak pegi jalan-jalan. Kiranya kalau dia setuju nak ikut tu habis bagus dah le tu, sebijik cam perangai Malik.

So mula-mula kitaorang pegi kat Jusco Home Centre. Bapak sibuk le cari shower hose dia. Si Iman ni pulak sibuk dok bukak semua paip dan tanya kenapa air tak ada kuar.. Hahaha.. Memang le tak ada. Dah sah-sah situ ada kepala paip je. Aku cakap dengan dia sebab orang ni tak bayar bil sebab tu air tak keluar. Dia jawab.. "ooooh" .. Hahaha.. Percaya dia. Lepas tu kitaorang ni mengada-ngada nak pegi tengok fish spa yang ada kat dalam ni. Sebab masa tu tak ada orang so saja-saja le gatal pegi try. RM5.00 je untuk 10 minit. Tinggal le bapak sorang-sorang pegi cari shower hose dia.

Mula-mula aku dengan Chu Ma je nak try. So kitaorang dua pun masuk le kaki. Tapi celum-celum je kaki, ikan-ikan tu berjembik-jembik datang meluru. Takutnya. Kelam kabut aku dengan Chu Ma angkat kaki. Hahaha.. Pastu pelan-pelan bagi tumit je dulu. Takut tengok ikan tu datang meluru. Wan Chu Ma idak jugak turun-turunkan kaki dia.

Lepas tu Caca pulak sibuk nak try. Aku cakap kat Nyah bagi jelah dia try. Dia gelak je sepanjang dia letak kaki dia dalam kolan tu. Memang geli pun sebenarnya.

Dah lama-lama baru le berani nak masukkan semua kaki dalam kolam tu. Actually tak ada le rasa apa pun. Cuma takut je tengok ikan tu menyerang camtu sekali. Kalau tutup mata tak ada le rasa apa pun. Yang gambar atas tu ikan kat kaki aku. Yang ni bawah kaki Chu Ma. Tengok betapa banyaknya ikan yang datang kat kaki dia. Nampak sangat kaki dia banyak daki. Hahaha..


Sebelum balik agenda wajib kalau kuar berjalan mesti le makan. Tu pun Malik dah bising nak donut. Tak ada ler jemu dia makan donut. Pelik aku. So hari ni kitaorang makan kat Pandan Leaf jugak. Nama dia dah tukar jadi Penang Kitchen. Eh.. betul ke? Bantai jelah. Yang penting Penang tu ada le kat depannya.

Dah dapat Nasi Lemak sorang sepinggan baru le dorang ni diam. Malik pun tak ada mintak nak donut dah. Kesian kat Iman tak makan. Dia tidur pulak sebaik sahaja masuk kedai makan. Malik makan banyak betul. Dah habis sepinggan Nasi Lemak, dia boleh habiskan pulak Char Keow Teow Nyah. Huhu.. Caca tu pun sebab Nyah control dia makan. Kalau tak mesti dia makan gak lagi.

Dah abis makan main course tetap jugak nak dessert walaupun kenyang. Huhu.. So kitaorang order cendol dan banana fritters. Wan Chu Ma le nak sangat banana fritters. Macam tak penah makan goreng pisang je dia ni. Bapak dah malas nak melayan kitaorang makan tak renti-renti dia pun bangun pegi jalan-jalan dengan Caca dan Malik. Iman sampai kesudah tak bangun tidur. Hari ni Nyah belanja. Suppose nak sharing-sharing. Sebab bil murah dia belanja le semua kot. Hehe.. TQ Nyah... Moga dimurahkan lagi rezeki..


Friday, May 29, 2009

Biggest Loser Lagi

Last week aku tengok satu episode The Oprah Winfrey Show tak tahu tahun bila punya le. Guestnya dalam episode yang tu adalah Biggest Loser contestants. Memang kerap pemenang-pemenang Biggest Loser menjadi guest dalam Oprah Show dan selalunya dorang discuss pasal kejayaan menurunkan berat badan. Tapi kali ini topiknya lain pulak. Topiknya apa yang terjadi lepas program tu.

Yang paling menakutkan tu, statistic menunjukkan 90% daripada peserta biggest loser akan menambah berat badan dorang balik. Alamak.. camana ni.. Pemenang season 2, Matt Hoover yang pada season finale Biggest Loser berat dia 157 paun, masa show tu dia naik 100 paun. Eee.. takutnya. So berat dia masa show tu 257 paun. Walaupun tak naik seperti masa dia mula-mula join Biggest Loser iaitu 339 paun tapi tetap le menakutkan juga. Huhu.. Yang pemenang season 3 pulak, Erik Chopin berat masa dia join Biggest Loser 407 paun dan dia turun ke 193 paun masa season finale. Memang kurus giler masa tu. Tapi masa dia appear dalam Oprah Show berat dia dah naik balik ke 315 paun. Hah??? Banyak nyer.. Naik sampai lebih 50kg. Dia sendiri pun mengalami sedikit depress tengok berat dia naik sampai camtu.

Sapa tak depress.. penat-penat buat macam-macam nak turunkan berat badan sekali naik balik. Sapa yang tak pernah diet takkan rasa betapa suffernya berdiet ni. Aku sendiri penah mengalami apa yang dorang alami. Diet punya le susah payah dan dapat turun lebih 50kg, sekali naik balik. Walaupun tak ke angka asal sebelum start diet tapi tetap le naik banyak. So aku rasa mesti ada silap dari segi maintenance camana nak keep fit ni. Tu yang paling susah nak buat tu. Bak kata Erik le kan.. dalam biggest loser tu ada finish line. Maknanya apabila kita achive target turun berat tu le finish line kita tapi maintenance tu pulak adalah lifetime. Sampai bila-bila kena buat benda tu. Dan dia sendiri pun mengakui yang maintenance is the hardest thing.

So camana ek nak mengekalkan berat badan tu? Apa maintenance yang terbaik yang kena buat?

Friday, May 22, 2009

Letih Arrr...

Lama tak update blog ni. Busy like a bee.. Dengan tax submission, closing quater accounts dan macam-macam le lagi. Nak cita pasal Adli kawin pun tak sempat nak post entry. Tapi tak payah le post kot sebab Nyah dah post dalam blog ni. So baca jelah entry tu kat blog dia.

Tengah aku sibuk pasal macam-macam hal ni pulak tetiba je Kak Semah cakap aku dapat surat berdaftar kat kampung. Pelik bin Ajaib sungguh le sebab rasanya semua benda alamat surat menyurat aku dah tukar ke PJ. Camana pulak ada benda yang boleh sampai ke kampung. So aku suruh le Kak Semah ambik je surat tu. Pastu dia bukak dan bagitau aku dapat surat saman ekor. Yang pelik tu hari kejadian saman tu pada 16.03.2009 jam 10.50 pagi. So aku pun check le kat mana aku berada masa tu. Aku kat kampung sebab sehari sebelumnya kitaorang buat tahlil untuk mak di kampung. Dan lagi pulak saman tu adalah saman melanggar lampu isyarat di Pasar Rakyat, Lahat Datu. What???? LAHAT DATU??? Bila masa pulak aku penah pegi ke Sabah ni?? Dan plat number keta tu pulak adalah plat SS 4627. Hah???? Keta tu dah lama dah tak ada. Lebih 5 tahun dah kot keta tu tak ada. Camana pulak aku boleh kena saman sebab keta tu. Masalah.. masalah.. Letih le camni. Mesti banyak benda yang aku nak kena selesaikan.. Adoi.. tak boleh ke sekali bagi aku rest sikit dari masalah-masalah... Lepas satu.. satu.. Tension betull..

Monday, May 4, 2009

Biggest Loser

Sapa penah tengok rancangan ni? Rasa dulu cam penah siar kat 8TV tapi aku tak penah tengok. Sekarang ni kat channel 702 Astro tengah tayang realiti TV ni hari-hari pukul 7.00-8.00 malam. Tapi disebabkan time tu aku sibuk selalunya, nak masak le, nak semayang le nak mandi le so aku selalu tengok yang marathon punya hari Ahad malam. Kat US realiti TV ni dah sampai season 7 dah tapi dorang ketinggalan le siar kat Malaysia. Kat sini baru je siarkan season 4. Anyway aku dah boleh baca wikipedia dan dah tahu sapa kena eliminated awal-awal. Tak surprise dah tapi aku kan memang jenis tak menyempat. Hehehe..

Malaysia tak nak ke buat realiti TV macam ni? Ni balik-balik buat realiti TV cari artis.. cari artis.. cari artis.. Pastu artis melambak-lambak album haram tak best. Cuba le try buat rancangan macam ni pulak. Lain le sikit dari yang lain. Maybe untuk program Malaysia tak leh tiru 100% sebab kena jaga sensitiviti orang Malaysia juga. Kalau dorang buat aku pun nak pegi audition jadi peserta. Agak-agaknya diterima masuk ke?

Disebabkan kat sini tak ada realiti TV ni, aku kena buat sendiri le program Biggest Loser aku, Start hari ni dah kena aim kurang 25-30 kg dalam masa 5 bulan. So boleh tak lepas ni nak dapat body cam trainer Biggest Loser, Jillian Michaels. Hehehe.. Perasan le ko sorang-sorang Ismi oii.. Eh.. mana nak tahu kot-kot dapat lak kan. Semangat ni. Amin..

Nak jadi cam dia le. Agak-agak boleh ke? Hahaha.. Lawanya body dia.

Saturday, April 25, 2009

Tugu Trip

Bertahun-tahun lamanya aku dah menyimpan hasrat nak pegi tengok mana le rupa Tugu Negara, akhirnya hari ni hasrat aku dah pun tercapai. Walaupun hari-hari aku pegi keja lalu kat kawasan ni tapi tak ada sapa nak temankan aku pegi tengok Tugu Negara. Syoknya dapat pegi Tugu Negara hari ni.

Aku bangun awal hari ni sebab semangat berkobar-kobar nak pegi Tugu Negara ni. Macam budak sekolah nak pegi rombongan jekan. Tak pelah. Untuk orang-orang yang nak gelakkan aku tu, tak payah le gelak sebab aku tau korang pun ada yang tak penah sampai ke Tugu Negara. Hahaha.. Tapi dah janji pukul 10 pagi camana nak pegi awal. Sampai je kat sana dah panas terik. Ala.. ambik gambar pun kenyit-kenyit mata dah.

Kawasan Tugu Negara ni betul-betul macam di luar imaginasi aku. Aku ingatkan kawasannya luas terbentang macam Dataran Merdeka rupanya idak pun. Pastu nak parking pun cam merata-rata je. Nak jalan ke pintu masuk Tugu tu idak le jauh sangat seperti yang orang cerita.

Ambik gambar kat depan pintu masuk dulu. Bukti aku dah sampai kat sini. Hehehe..

Bangga giler dapat ambik gambo kat depan Tugu Negara. Walaupun gambar yang kedua ni nampak aku besar semut je tapi tak pe sebab aku nak tunjuk yang aku memang dah sampai kat sini. Panas pun tak pe.. sanggup tu asalkan dapat bergambar.

Dah abis berjemur kat kawasan Tugu Negara, aku pun pegi le pusing-pusing nak tengok tempat lain yang boleh dimasuk dengan syarat free. Bayar-bayar aku malas nak masuk. So ni le entrance Taman Burung. Ramai sangat bebudak sekolah. Aku idak singgah sebab dah check harga sampai RM15 sorang. Eee... membazir tengok burung sampai RM15. Baik aku tengok wayang baru RM10. Ada air-cond lak tu. Ni dah le panas nak mampos. So amik gambar tempat jual tiket je.

Pusing-pusing lagi aku singgah le pulak kat Memorial Tun Abdul Razak. Sebab free aku masuk le. Kat sini tak ramai orang. Tak sampai 10 orang pun yang pegi sini. Tak best ke apa ke aku pun tak pasti le kenapa.

Sebenarnya dalam ni tak boleh tangkap gambo tapi aku tak tahu pun. Lepas jugak le aku amik gambar Penyistiharan Kuala Lumpur. Masa aku nak amik gambar ic Tun Razak, ada pulak orang jaga so dah tak dapat nak ambik dah sebab dia cakap tak leh tangkap gambar. Huhu.. Tapi syoklah ic number dia 0000004. Orang keempat buat ic ke maksudnya? Eh ke number dia 0000007? Ala.. dah lupa.. orang tu le punya pasal tak bagi aku ambik gambar ic Tun Razak.

Lepas dah pegi Memorial Tun Razak dah pukul 12.30. Aku dah lapar giler tak tahu nak cakap. Breakfast pagi tadi cuma makan sekeping roti tu pun awal pagi. So plan nak pegi Planetarium dan Muzium PDRM kena postponed ke minggu lain. Opps.. on the way nak balik nampak Masjid Negara so kena ambik gambar gak bukti aku pegi gak tu walaupun tak masuk dalam. Hahaha..


Friday, April 24, 2009

Tag : Gambar Profile Terbaik

Tag by Yati. Dah seminggu dah kena tag tapi baru hari ni nak buat sebab ada banyak outstanding entry.

1) Letakkan gambar profile anda. - Aku ada dua gambar ni. Letak dua-dualah yer..



2) Terangkan maksud gambar itu.

Gambar pertama - Ni masa 1st makeover yang aku buat sempena Mother's Day tahun bila ntah tak ingat. Walaupun aku bukan mother tapi aku nak buat jugak sebab gedik. Hehehe.. lagipun free rugi le tak buat. Aku dapat free makeover sebab masa tu aku adalah member kepada Beautie & Vie kat Mid Valley. Masa ni kan tengah giler-giler nak menguruskan badan so sangguplah berhabis riban-riban dan menjadi member

Gambar kedua - Gambar masa kat Nacap. Kat workstation aku. Gambar ni Chew ambik sebab dia nak test camera dia lawa ke idak. Tapi sebabkan aku memang lawa so pix pun lawa le kan. Hahaha.. Perasan. Aku suka sangat keja kat Nacap. Aku rasa dalam banyak-banyak company yang aku penah keja memang Nacap is the bestlah.

3) Kenapa pilih or letak gambar itu?

Sebab aku rasa gambar ni paling lawa le. Takkan nak letak gambar paling hodoh kot especially gambar pertama tu. Satu wrinkle pun tak ada. Jerawat apa pun tak nampak. Syoknya kalau muka aku memang macam tu je real-real. Gambar kedua tu pulak sebab aku rasa gambar ni aku skima-skima sikit. Nampak macam professional je kan. Hehehe..

4) Tag lagi 5 blogger
Lorna
Fara
Kak Yati
Nyah
Aidee

Monday, April 20, 2009

Lunch @ TGIF

Masa auditor datang hari tu plan nak bawak dorang makan kat TGI Friday's tapi masa lunch tu hujan lebat giler so tak dapat le nak bawak dorang lunch kat sana. Dah lama sangat aku dengan Kak Yati plan nak makan situ tapi tak jugak jadi-jadi. Ntah camana masa chat dengan Aidee hari ni dia cerita-cerita le dia pegi makan pasta kat TGIF semalam. Sedap giler dia cakap. Ala.. Aidee ni sajer je tau. So memandangkan aku nak start program diet bulan May, so sekarang kira masih le boleh makan. Aku pun ajak le Kak Yati dan kitaorang berdua pun pegi le makan kat TGIF kat Life Centre, Jalan Sultan Ismail. Dekat sangat dengan ofis aku.


Sampai je aku dah set dah dalam kepala otak nak makan apa sebab aku dah surf kat internet dah sebelum tu. Lagipun kan Aidee dah provok nak makan apa kan. Hehehe.. Salahkan orang pulak. Kitaorang memasing ambik 2 course meal set. Ada appertizer dan ada entree. Air lak memasing nak bottomless drink. Penamak sungguh le. Hehehe..

Untuk appertizer kitaorang order Fried Mac & Cheese dan Bonesless Wings. Fried Mac tu cam macaroni cheese pastu salut dengan bread crumb pastu goreng. Sedap sangat-sangat. Boneless Wings tu pulak ayam tak ada tulang tapi letak sos apa ntah. Rasanya cam masam-masam sikit tapi macam weird sikit. Mengikut taste aku kurang sedap tapi Aidee cakap ok. So kena le rasa sendiri baru le leh komen.

Entree pulak Kak Yati order Sizzling Chicken & Cheese. Aku pulak order Cajun Shrimp & Chicken Pasta. Both memang sedap tapi tak boleh nak abis sebab servingnya besar. Dahlah appertizer pun dah mengenyangkan. Banyak sangat waste. Rugi-rugi..

Dalam pada food tak abis kitaorang tetap order dessert. Hahaha.. Tamak betul Tapi mini dessert je dan kitaorang share berdua. Kitaorang order Snickers Treat. Sedap jugak. Dessert Mini ni ada 5 choice flavour. Rasa macam nak semua je tapi mana boleh abis so kena le try satu je. Kalau pegi TGIF mesti try ni tau.