Tak abis letih semalam balik lewat lepas gathering dengan ex-Bainunian, kena pegi bowling pulak. Actually aku tak dijemput pun sebab bowling ni khas untuk engineers dan managers je tapi Miss Lim beria suruh aku pegi jumpa engineer. Eee.. ntah nak wat apa ntah. So pergi jelah sebab dia dah paksa suruh pegi. Kiranya aku ni menyibuk-nyibuk jelah. Tak main pun. Awal-awal tu tak semua datang lagi sebab berkumpul pukul 9.30 pagi tapi masa tu tempat tu pun belum start operation lagi. So lepak-lepak dulu dan breakfast.
Sunday, June 28, 2009
LSSB Bowling 2009
Saturday, June 27, 2009
Mini Gathering @ Otak-Otak Place
Susah tau nak organise gathering ni walaupun secara kecik-kecik. Tak heran le Farhan dah malas nak organise apa-apa. Yang pertamanya pasal sambutan. Kedua banyak songeh memasing. Nak petang le, malam le, tengahari le, pagi le.. macam-macam. Tu baru time. Venue pun sama jugak. Ada nak shopping mall havoc, nak yang tak ramai orang, ada nak outdoor cam taman, ada nak tempat leh berasap.. huhu.. kalau ikutkan semua kehendak, memang le mampos. Last-last, lepas timbang tara tolak campur bahagi, Aidee as main organiser dan aku kira cam asisstant dia le, decide wat petang ke malam kat Tropicana City Mall. Mula-mula nak kumpul kat Starbucks tapi ramai pulak yang sensentap pasal Starbucks so kitaorang tukar venue ke Otak-Otak Place. Tempat ni tak boleh booking plak on Saturday so nak tak nak aku kena le sampai awal untuk arrangekan meja-meja. Fuh!! Nasib ada. Mula-mula tu takat ambik 4 meja je.. takut le orang tak datang buat malu je book banyak-banyak meja. Tapi lepas tu sederet tu semua kitaorang conquer. Haha..
Thanks to all yang sudi meluangkan masa menjayakan acara "Sembang-Sembang" kali ni. Yang datang (ikut turutan datang ni) aku, Aidee, Romy, Mawol, Abang Napi, Abang Jouhar, Ambia, Zool, Shahrul White, Dianah, Ain, Farhan, Yusnita, Abang Lon, Abang Kim, Eileen dan Abang Hisyam Fendi. Best giler sebab yang tak confirm datang pun, datang jugak cam Ambia dan anak buah dan Abang Hisyam. Kiranya effort Aidee gak le tu sms peribadi kepada semua orang. Dan tima kasih gak kat Abang Kim sebab sudi datang jauh-jauh dari Kuala dan ajak Abang Hisyam sekali. Best giler sebab dah lama sangat tak jumpa Eileen.

Akhirnya tahu gak le kitaorang berambus. Mesti lega giler orang kat Otak-Otak ni. Abang Napi cakap sebab makanan kat sini sedap jadi restoran tu dipanggil Otak-Otak. Kalau tak sedap nama dia jadi.. "Otak Kau!!" Hahaha.. apa saja le Abang Napi. Hari ni tauke beso Ambia belanja kitaorang semua. Thank you sangat-sangat Ambia.. Rugi plak tak makan kan. Hehehe..
Acara wajib amik picture sebelum balik kat entrance. Tapi ada yang dah balik masa ni plus Abang Lon dan Abang Hisyam tak mo masuk. 2nd session selepas semayang Maghrib. Venue dah tukar ke Starbucks. Abang Kim pulak belanja. Mula-mula Abang Hisyam pun kuar duit gak nak belanja tapi Eileen suh pulangkan duit Abang Hisyam sebab dia nak laki dia bayar semua. Pastu balance mesti masuk beg dia. Tau dah.. Hehehe.. Session yang ni more to cerita yang lebih private yang dikongsi oleh kitaorang berenam je. Ssshhh.. Tak leh cakap. Sapa suh kome tak tunggu kan. Pukul 11.00 lebih baru le kitaorang gerak balik tu pun sebab orang kat Starbucks ni dah tutup lampu, tup pintu. Kalau tak mesti tak gerak-gerak jugak. Sian kat Abang Kim dengan Eileen le nak balik jauh ke Kuala. Overall memang puas hati le dengan event kali ni. Next time boleh buat lagi. Kita pegi karaoke session lak..
Thursday, June 25, 2009
Cabaran Jantung Sihat
Berita ni betul-betul bagi kesan yang sangat-sangat mendalam pada aku. So dengan itu aku telah memulakan sesi diet sejak 4/5/2009. Tapi oat ni aku baru je start makan. Tak suka sangat-sangat tapi kena belajar telan jugak untuk kesihatan. Macam-macam aku letak nak bagi sedap sikit. Raisinlah yang paling ok dan membuatkan rasa oat ni tak memualkan sangat. Jadi mari le kita ramai-ramai menyahut seruan cabaran jantung sihat.
Wednesday, June 24, 2009
Enjang 33rd Birthday
Hari ni Enjang ajak pi makan-makan. Mulanya ajak pegi ke Bagan Lalang. Hah??? Gilos ke apa nak pegi Bagan Lalang hari keja. Malam pulak tu. Pastu sebabkan aku dengan Yati tak mo pegi, Enjang ubah venue ke Palace Of The Golden Horses. Huhu.. Jam gak tu hari keja ni tapi better le dari Bagan Lalang. Aku ingat apa hal pulak Enjang nak belanja ni rupanya baru tahu hari ni birthday dia. Hahaha.. Dah tua-tua mana le nak ingat bila birthday-birthday orang ni. Anyway, to Enjang.. Happy Birthday. Semoga panjang umur dan dapat kemurahan rezeki sentiasa. Thank you le belanja kitaorang hari ni.
Sunday, June 21, 2009
Selamat Hari Bapak 2009
Kalau orang lain mesti letak Father's Day atau Hari Bapa kan tapi disebabkan aku memang panggil bapa aku BAPAK, so entry ni kena ler bertajuk Hari Bapak 2009. Mula-mula kena wish dulu le kat bapak aku yang tercinta yang tak ada ganti dan tolok banding iaitu Tuan Haji Umar bin Uda Malik. Selamat Hari Bapa, Pak.. Semoga bapak diberi kesihatan berpanjangan dan diberkati Allah SWT.
Pada aku bapak memang "The Best Bapak" in the world. Kalau tak, takkan le arwah mak penah pesan kat aku, kalau nak cari suami cari ler yang ada ciri-ciri seperti bapak. Seingat aku le, bapak tak penah sekali pun jentik kitaorang. Cubit ke, pukul ke, piat telinga ke, semua bapak tak penah buat kat anak-anak dia. Tapi kitaorang semua memang respect sangat-sangat pada dia walaupun dia tak garang. Bapak tak pernah menghampakan apa saja permintaan kitaorang. Tu pasal masa kecik-kecik kalau nak duit belanja banyak mintak kat bapak. Kalau mintak kat mak dapat sikit. Hehehe... Pasal tanggungjawab bapak tak penah kurang bagi pada mak dan kitaorang. Bapak sanggup pegi hantar anak-anak dia ke mana-mana pun kalau nak belajar. Contohnya dulu bapak sanggup hantar Ely pegi tuisyen English kat Ipoh setiap minggu semata-mata nakkan dapat pelajaran yang terbaik. Bab makan pulak, bapak tak penah bagi kurang pada kitaorang. Tu pasal le anak-anak dia semua gemuk. Hehehe... Aku rasa ler peti ais kat rumah tu memang tak penah kosong. Bapak sentiasa je beli lauk pauk sampai kadang-kadang mak terpaksa cakap cukup le beli ikan. Sekarang aku pulak yang kena cakap kat bapak, bapak jangan beli apa-apa, peti ais tak muat. Sampai sekarang habit dia macam tu. Arwah mak penah cakap pada aku, bapak tak penah mintak satu sen pun duit dia. Dulu masa mak ada keta sendiri, minyak keta mak pun dia isikan sampai penuh setiap kali. Ada ke lelaki lain yang macam ni wujud lagi? Kalau aku nak cita pasal bapak tak tercerita kot kat sini tapi cukup le aku dan adik-beradik tahu kebaikan yang ada pada dia. No one can replace him.
Antara jenis-jenis pancakes ni Dollar Pancakes (macam pancakes selalu tengok dalam tv tu tapi kecik-kecik), yang macam aku selalu kata tu je jenis pancakes tu nama dia American Flapjacks kot. Isk ntah aku pun lupa. Tak sempat nak baca habis sebab dah nak balik dah masa tu. Next time aku pegi aku ambik gambar page by page supaya aku boleh baca kat rumah.
Sunday, June 14, 2009
Balik Kampung - 12.06.2009
Lama betul tak balik kampung. Last balik masa kenduri tahlil mak bulan 3 hari tu je. Ely dengan bapak sebelum ni dah balik dua kali dah. Sekali masa lepas kenduri rumah kena pecah dan sekali lagi bulan lepas masa bapak pegi check up kat Ipoh Specialist Centre. Kali ni pun bapak balik dulu dengan Ely sebab dia nak renew lesen dia. So dia balik dengan Ely dan Caca hari Rabu, aku balik dengan Nyah, Malik, Iman dan Bibik. Nyah yang drive sebab Abang Majid memang ada kat Sarawak sekarang. Aku mana reti nak drive keta Naza Ria dia. Dah le besar gabak.. Malas nak belajar nanti kalau dah boleh drive Naza, Nyah asyik suruh aku je drive. Hehe.. Bijak tak alasan aku?
Kalau dah balik kampung ni memang keja nyer asyik makan jelah. Tu yang aku malas tu. Hari Sabtu malam Ahad tu kitaorang pegi makan kat Teluk Batik. Actually plan nak makan kat Telok Batik ni sejak dari arwah mak ada lagi dan masa abang Majid masih duty kat UTP sampai le ke hari ni tak jugak pegi-pegi sebab nak pegi camana kalau kat rumah sentiasa mewah makanan. Bila arwah mak dah tak ada, rumah dah tak ada makanan baru le merasa pegi makan kat sana. Kitaorang makan kat Medan Ikan Bakar Lumut. Yang pegi kali ni, aku, Bapak, Nyah, Kak Semah, Abang Harun, Tikah, Pidah, Caca, Malik, Iman dan Bibik. Ely tak ada sebab dia dah balik KL kena keja. Sian dia. Jemputan khas kali ni, (tetamu khas bapak) Abang Salih dan Kak Naziah serta dua anak deme.

Monday, June 1, 2009
Adli's Wedding - 09.05.2009
Hari tu dah kata tak nak update pasal Adli kawin kan sebab dah basi dah tapi tengok-tengok dalam blog Nyah gambar tak lawa le pulak. Ada gambar kembang semangkuk camtu. Hahaha.. Apa le Nyah ni. So tak ada cita cuma nak letak gambar je. Kalau nak baca cita, baca kat sini.
Tapi ada cerita kelakar yang Nyah tak cita dalam blog dia. Hehe.. Sensitif ni. Exactly lepas balik dari kenduri kitaorang terus pegi Uptown. Plan ni dari dalam dewan lagi ni. Abang Majid punya idea disokong kuat oleh aku dan Chu Ma. Nyah mula-mula tak nak sebab konon baju dia glitter-glitter dia malu nak pegi Uptown. Tapi dah ramai penyokong dia ikut jelah.
Actually makanan yang serve kat kenduri tu ok sangat-sangat. Sedap jugak tapi ciput giler. Tu kira meja kitaorang ni aku, Nyah, Chu Ma, bapak dan abang Majid makan sikit je. Kalau orang yang makan banyak rasanya memang tak cukup langsung. Dorang ni tak pandai nak bahagikan lauk sebab Nyah Montak cakap lauk melambak-lambak berlebih malam tu. Isk.. rugi tak tapau.

Subscribe to:
Posts (Atom)