Bulan ni macam-macam perkara yang berlaku pada aku. Aku pun tak tahu le kenapa. Mula start dari pregnancy. Dari awal ada discharged le, lepas tu bleeding sampai mc dua minggu, Baru je kerja 2 hari lepas mc dua minggu, ada pula ujian baru yang datang.
Malam tu aku tidur macam biasa le pukul 10.30 sebab sejak lepas habis mc dua minggu hari tu aku dah mintak tolong Yatie nak tumpang dia pegi keja balik. Dia kena hantar Shitah ambik bas pukul 6.45 pagi kat depan Perkim so kitaorang kena keluar rumah pukul 6.15 pagi. Aku kena le bangun seawal 5.30 pagi nak mandi bersiap-siap semayang etc. Jadinya tiap malam aku cuba tidur seawal yang boleh supaya esoknya aku cergas. Tapi ntah kenapa malam tu susah betul aku nak lelap mata. Jenuh paksa. Dahlan pulak tengok tv layan cerita Desperate Housewives yang start pukul 10.30 malam.
Tengah sedap tidur, tetiba je aku tersedar. Aku dengar macam kecoh-kecoh. Aku terus tanya Dahlan apa jadi. Dia cakap "Rumah Terbakar!!" Aku tanya rumah sapa. Dia jawab rumah kita dan terus lari kebelakang. Aku dengar-dengar je "rumah kita" terbakar, aku terus bangun capai handbag dan handphone. Terus bukak pintu grill dan keluar.
Lepas tu aku nampak ada seorang lelaki kat luar. Rupanya dia yang bagitau rumah terbakar pada Dahlan. Alhamdulillah Dahlan belum tidur masa tu. Kalau tak, tak tahu le jadi apa. Aku terus je call bomba. Rupanya jiran belakang rumah pun dah call bomba dah. Asap banyak dan ada bunyi meletup kat dalam so aku tak tahu apa yang jadi. Dahlan sibuk padam api. Aku mintak tolong orang yang panggil Dahlan tadi tengokkan Dahlan. Dia pun masuk. Dalam 20 minit lepas tu api pun padam. Lepas tu baru le bomba datang dengan polis. Dahlan dengan orang tu je yang padamkan api. Tapi bomba tetap masuk tengok kot-kot ada yang belum padam. Dalam pukul 1.00 pagi semua pun dah balik. Lepas tu datang pulak orang TNB just cabut plug elektrik. Malam tu tak boleh nak tidur kat dalam rumah ni sebab dah le asap masih ada, bau terbakar kuat dan elektrik pun tak ada. Last-last aku ajak Dahlan ke rumah dia kat PJS. Kitaorang sampai PJS dah pukul 4.00 pagi lepas siap buat laporan polis etc.
Esoknya pukul 8.00 pagi Dahlan dapat call dari polis cakap nak ambik keterangan. Dia datang dengan forensik dari bomba. Dengan tak mandi, Dahlan terus ajak aku balik PJ. Dia sorang je yang mandi kat PJS pagi tu.
Sampai je kitorang pun masuk le. Masa tu baru le aku dapat tengok betul-betul apa yang terbakar. TV lama memang habis langsung. Lepas tu extension plug. Benda-benda yang ada atas meja pun semua terbakar. Aku pun tak berapa ingat apa yang ada atas meja. Salah satu kotak yang ada betul-betul bawah meja pun terbakar. Yang malangnya dalam kotak terbakar tu ada sijil-sijil persekolahan aku dari sekolah rendah sampai le ke universiti. Sedih betul tengok sijil-sijil tu abis terbakar. Komputer cuma wayar je terbakar. Tapi CPU tu dah kena simbah air dek bomba so tak tahu le ok ke tak. Yang lain-lain aku sendiri tak berapa nak pasti tapi rasanya yang penting tu jelah. Alhamdulillah Dahlan masih belum tidur time kejadian dan dia dapat padamkan api dengan cepat. Kalau dah merebak sampai ke tilam bantal semua tak tahu le apa nak jadi. Dah le dalam almari belakang tu ada baju kawin aku. Huhu.. sayang tu..
Bila bomba dengan polis tu masuk dorang tengok-tengok sikit je terus je cakap punca kebakaran dari litar pintas. Aku pun tanya le balik boleh ke jadi litar pintas kalau extension plug tu tak on. Dorang cakap boleh jadi. Tapi aku dengan Dahlan tak percaya. Maybe dorang nak senangkan keja dorang so buat je kesimpulan macam tu.
Bila electrician datang petang tu mula-mula dia pun cakap litar pintas sebab dia tengok macam punca dari extension plug tu. Tapi aku cakap boleh ke jadi kalau tak on.. dia cakap tak mau. Pulak dah. Lepas dia test satu-satu plug dalam rumah, dia cakap tak ada pun yang trip. Plug yang sambung ke extension plug pun ok dan tak ada masalah. Masih elok dan boleh dipakai. Lagi satu dia cakap kalau litar pintas memang ada trip tapi masa kejadian memang tak ada trip at all so camana nak cakap litar pintas pulak. Dia pun macam kata bukan dari litar pintas dan dia rasa macam ada orang buat.
Aku macam tak puas hati je dengan cakap dia so aku panggil pulak Richard datang. Dalam pukul 6.00 lebih dia sampai dia tengok-tengok dia terus cakap dia rasa macam ada orang buat. Dari tingkap yang pecah. Dari plug yang ok so susah nak cakap litar pintas. Tapi nak tuduh sapa pun tak boleh sebab tak ada bukti. Selain dari tu Dahlan cakap dia ada nampak plastik serunding yang ada atas almari tu ada dalam longkang dan tak ada sikit pun kesan terbakar. Camana serunding tu boleh ada kat dalam longkang. Nak kata terkeluar masa terbakar takkan sikit pun tak ada kesan. Nampak macam menda tu terkeluar sebelum kebakaran berlaku. Aku call balik sarjan yang datang ambik keterangan hari tu. Bila aku cakap dengan dia, dia macam menidakkan apa yang aku cakap. Dia tanya balik orang electrician tu ada sijil apa ntah. Ntah le.. masa TNB datang cut elektrik, aku tanya sapa yang boleh pastikan punca dia cakap electrician tahu le nak check. Polis pulak cakap orang tu tak bertauliah. Nak senang keja dia kot. Tapi aku, Dahlan even bapak tengok pun dia cakap memang perbuatan orang so nak cakap apa lagi. Lagipun bilik belakang tu ntah berapa kali kena seluk dah..
Bila aku pegi office esoknya bos yang tak pernah paham perasaan orang tu sikit pun tak tanya. Masa aku cakap aku EL, dia macam anggap benda yang jadi tu tak ada apa-apa je. Eee.. serius aku rasa sakit hati. Aku doakan satu hari jadi le pada dia apa yang aku rasa baru dia tahu camana rasa.
Macam-macam betul ujian aku bulan ni. Letih aku dibuatnya. Aku harap dah habis le ujian untuk aku. Bak kata Nina, banyak ujian masa pregnant ni harap-harap masa aku bersalin nanti mudah je.. Amin..