Saturday, March 13, 2010

Setahun Sudah Berlalu...

Lama dah tak ada entry pasal makan yelah sejak sibuk pasal cerita kawin macam tak ada time nak pegi menikmati makan. Lagipun masa sebelum kawin tengah diet so tak boleh nak pegi makan-makan. Hehehe..

Hari ni actually ada dua benda nak celebrate dengan hubby. Yang pertama belanja hubby sebab dapat bonus untuk tahun 2009. Since hubby tak pernah makan kat Chilli's so aku belanja dia kat sini. Lagi satu celebration pulak sempena ulangtahun pertama perjumpaan kitaorang berdua semula. Hehehe.. kira cam 1st date lah walaupun masa tu belum couple tapi macam nak jadi-jadi le tu. Sepuluh tahun lepas tak pernah keluar berdua so 09.03.09 tu dikira 1st date le sebab pertama kali keluar berdua. Walaupun hari ni dah 13hb kira ok le kan. Takkan nak celebrate tengah-tengah minggu. Tak enjoy pulak nak makan banyak-banyak.


Acara wajib sebelum makan ialah ambil gambar. Gambar sorang-sorang yang menggedik tu tak payah le letak. Gambar berdua dah le.


Both of us order bottomless drink. Ikutkan aku, aku nak amik coke tapi sekarang tak boleh minum minuman berkarbonatkan. Nak ambik mango jus aku was-was ritu Kak Semah cakap boleh ke tak makan mempelam. So untuk selamat aku amik Ice Lemon Tea je. Hubby order mango juice. Aku merasa le seteguk sebab takut kempunan pulak. Hehehe..


Hubby order sup sebagai appetizer. Kalau tak dia siap nak order set lengkap. Starter, appetizer, main course dan dessert.. Amboi.. mentang-mentang le orang belanja siap nak order set lengkap lagi. Over betul.. Tapi last-last sebab aku dah larang karang tak abis sapa nak makan, dia order je sup "Bowl of Chili" size cup.


Ni main course yang hubby order. BBQ Beef Ribs. Aku yang suggest hubby makan ni. Nasib baik suka.. Harga pun best kan.. takkan le tak suka pulak..


Yang ni pulak my old time favorite kalau kat Chili's ni. Tak tahu lah kenapa aku nak try je menu lain tapi last-last mesti order ni jugak. Cuma sekarang-sekarang ni aku dah mintak tukar dari fries pegi ke mashed potato. Dulu-dulu aku order Chicken Crisper je tapi kali ni kenkonon menu baru padahal aku rasa sama je.. "Country Fried Chicken Crisper".. Hahaha.. apalah. Nama tambah sikit naik harga dah.. Tapi at least aku dah mencuba menu lain le kan selain "Chicken Cripser" je


Lepas dah habis makan main course walaupun kitaorang dua tak abis semua food dan tapau tapi macam biasa aku tetap nak order dessert. Dan biasa le mesti order dessert favorite aku. Molten Chocolate Cake. Nasib le suamiku tercinta ni tak banyak kisah pasal makan. Dia okay je aku order apa-apa pun.


Sedap sungguhlah dessert ni. Ala.. benda biasa je. Apa ke namanya klasiknya Aidee penah bagitau aku. Lupalah. Cuma kat lain tempat dinamakan lain. Ada setengah tempat dia guna brownies tapi kat Chili's ni dorang guna chocolate cake with chocolate fudge topped dengan vanila ice cream. Pastu atas ice cream tu letak lagi fudge tapi yang dah beku. Huh.. memang sedap..