Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Wah.. cantik date hari ni kan. Mesti ramai orang yang pilih tarikh kawin hari ni. Dah le hari jatuh pada hari Ahad kan. Memang kena sangat nak buat majlis kawin-kawin ni. Tapi aku tak ada pulak dapat invitation kawin hari ni. Agaknya kengkawan ramai dah kawin kot so pasal tu le tak ada sapa pun pilih date ni.

Penting sangat ke kawin nak pilih date cantik-cantik? Dulu masa muda-muda memang le ada macam-macam impian kawin. Nak date cantik le nak itu le nak ini le. Masa nak kawin hari tu kan memang plan nak buat date cantik tapi bukan le nak date 10.10.10. Dah lambat sangat dah tu. Aku dulu pilih date 02.01.2010. Kebetulan je pun. Bukan memang betul-betul nak date tu. Cantik gak kan tapi kacau daun le sebab ada plak anak sepupu dah pilih tarikh tu. Masa tu konon dia dah tempah kad semua so nak tak nak aku awalkan majlis kawin tu ke seminggu awal.

Pada aku tak kisah sangat le nak date nak kawin tu. Kalau date cantik camana pun tapi kalau pasangan tu hampeh tak ok jugakkan. Ataupun dah kalau memang jodoh tu tak panjang cantik camana pun tetap cerai gak. Pada aku semua tu masing-masing le.

So hari ni disebabkan tak ada jemputan, eh.. ada le.. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar ada invite kan. Kan dia dah invite semua rakyat Malaysia pegi majlis dia kat Putrajaya. So kira ada le juga dapat invitation kan. Ekeke.. tak kuasa le aku nak pegi. Tengok kat tv jelah nanti. Mhmm.. tak dapat kawin 02.01.2010, boleh tak kalau nak suruh baby lahir 20.10.2010? Hehe.. nak jugak date cantik tu. Apa-apa le labu..



Friday, October 8, 2010

Cerita Minggu 37-38

Semalam pegi check up. Selalu memang appointment malam tapi sebab last Tuesday, doktor tetiba ada emergency operation so postponed le appointment ke semalam. Dah half way masa tu kat LDP tetiba Shary call bagitau so kitaorang patah le balik rumah.

Semalam masa check up, doktor scan dah tak boleh nampak muka baby sebab dia dah turun dah. Baby weight antara 2.8kg ke 2.9kg. Doktor cakap semua ok dan dia cakap tak perlu induce minggu depan. Doktor suruh tunggu sakit natural je. Kalau sampai ke EDD tak sakit-sakit baru le dia akan buat option lain. Alhamdulillah.. serius leganya dengar. Aku memang hari-hari doa supaya aku boleh beranak normal dan sakit natural. Harap-harapnya doa aku ni termakbul le. So baby kuar 20hb October ye.. Hehehe.. macam le boleh suruh-suruh.

Lepas balik dari hospital, aku singgah kedai dobi auntie depan rumah tu sebab hari Isnin lepas masa aku hantar baju untuk dry clean aku ada tanya dia ada tak tahu sapa-sapa yang jaga budak. Kebetulan pulak dia cakap ada. So aku dah suruh auntie tu mintakkan nombor telefon supaya aku boleh janji datang rumah. Lepas dapat nombor tu aku pun call le husband orang tu. Nama dia Adam. So janji le nak datang rumah dia petang tu. Sementara nak tunggu petang, aku dengan Dahlan pegi jugak le pusing-pusing cari nursery. Kena ada option jugakkan. Ada satu kat Section 17 tu dah penuh. Satu lagi owner India pulak. Cari kat Section 14, banyak nursery Cina dan Taska je. Tak jumpa jugak.

Petang tu Encik Adam tu call le aku cakap dia dah ada kat rumah so kalau nak datang jumpa dah boleh dah. Aku pun pegi le dengan Dahlan. Rumah dia kat flat depan rumah aku ni je cuma belah ke arah pasar le. Naik rumah dia ok le. Nampak bersih je. Dia pun ada sorang anak umur 3 tahun lebih je yang duduk dengan dia. Wife dia, nampak peramah le. Orang Kuala Kangsar. Kakak tu umur 38 tahun. Anak 5 orang. Tapi anak yang lain-lain semua duduk kat kampung. Dari pandangan mata kasar aku ni nampak macam ok le nak ambik dia jadi baby sitter nanti. Nampak macam boleh lebih kurang. Dia mintak RM300.00 per month. Tapi camana nak make sure orang ni betul-betul ok ke tak? Susah betul nak buat keputusan. Aku ada mintak opinion orang lain, dorang pun susah nak cakap selagi tak hantar kan sama ada ok atau tak. Tapi kalau ikutkan Nyah, dia cakap better hantar rumah orang dari hantar nursery sebab nursery ni kita tak tahu sapa yang jaga baby kita. Tambah-tambah sekarang macam-macam kes dengar. Bukan le kata kalau hantar rumah orang tu gerenti selamat cuma tahu le sapa yang jaga kan. Dan satu yang aku rasa aku suka kakak tu dia tak jaga anak orang lain. Kiranya nanti dia akan jaga baby aku sorang dan anak dia je. Ee.. tapi camana nak tengok lagi ek? Rumah nampak bersih. Kakak tu pun nampak bersih dan kemas jugak. Anak dia pun masa suruh salam, dia salam le cium tangan. Kira didikan kakak tu nampak bagus le jugak. Lagi apa nak tengok? Ada ke kemungkinan dia bawak anak aku lari nanti? Huhu.. macam-macam kepala aku pikir. Kalau le aku ada kuasa leh baca pikiran orang dan masa depan kan bagus. Senang je hati nak hantar kan..

Tuesday, October 5, 2010

Baby Gifts


Baby belum lahir tapi aku dah dapat dah hadiah untuk new born. Hehehe.. macam biasa le orang yang bagi hadiah awal-awal ni dah semestinya Kak Yati le. Dah bagi hadiah bagi pulak duit lagi. Adoi.. pemurah betul Kak Yati ni. Naik segan aku dibuatnya. Anyway tima kasih banyak-banyak sebab bagi hadiah untuk baby aku. Moga bertambah murah le rezeki Kak Yati sekeluarga. Amin.


Hadiah kedua pulak aku dapat dari Tasya, anak bongsu Yong. Yong cita dia excited sangat nak tunggu baby kuar tu yang dia beli hadiah siap-siap. Dah le guna duit belanja sekolah dia. Terharu aku dengan susah payah budak ni. Tima kasih banyak-banyak jugak le. Murah rezeki orang-orang yang bagi ni seperti murah rezeki baby aku nanti. Insyallah..

Sunday, October 3, 2010

Raya & House Warming Ely

Hari ni Ely buat open house raya cum house warming kat rumah dia. Semua family belum pernah datang rumah dia lagi so dia buat le open house. Tapi khas untuk family je. Aku tak tahu nak bawak apa so sebabkan Nyah kata dia nak masak pulut kuning (house warming kena le ada pulut kuningkan) aku pun cakap le dengan Ely aku akan masak rendang ayam.

Gigih tu pagi-pagi Ahad dah bangun nak masak rendang. House warming dia start pukul 2.00 petang ke atas. Barang-barang masak rendang semua aku dah mintak Dahlan belikan kat pasar tani hari Khamis lepas so memang tinggal nak masak jelah.

Dah siap rendang ayam setelah di QC oleh Dahlan. Kenkonon suruh rasa je, tapi dibantainya makan berketul-ketul. Apa le Dahlan ni. Nak pegi open house pun makan siap-siap kat rumah.

Rumah Ely kat Taman Desa. Tak sesat pun pegi sebab Nyah penah duduk area ni. Sampai sana Yong dan anak-anak dia dah ada. Ely pegi amik dia pagi-pagi tadi. Kitaorang sampai sama time dengan adik Ikram. Menu Ely banyak jugak. Ada nasi minyak, ayam masak merah, dalca, jelatah, spaghetti, kuih-kuih dan macam-macam lagi le.

Lama jugak le lepak kat rumah Ely ni sambil makan tengok tv. Dia pun jemput sikit je orang sampai Wan pun dia lupa nak invite. Masa ambik gambar ni Nyah tak sampai lagi. Dia datang kejap sangat. Makan-makan terus je balik. Dahlan dah lama ajak aku balik tapi aku cakap aku nak tunggu pulut kuning baru nak balik. Ekekeke..

Saturday, October 2, 2010

Open house 2010

Tahun ni tak banyak pegi open house walaupun jemputan banyak. Minggu pertama lepas raya tu sibuk pegi forum pregnancy so semua jemputan minggu tu tak dapat pergi. Minggu lepas pulak kaki bengkak teruk dan sakit kat paha so memang tak larat nak pegi mana-mana pun open house. Minggu ni kaki tak berapa bengkak, tapi tetap le bengkak jugak so gagah jugak le pergi beraya. Tak syok pulak tak pegi mana-mana kan.

Petang tadi pegi rumah Adi (adik Dahlan) kat Shah Alam. Rumah dia udah le kat tingkat 4. Adoi.. jenuh memanjat tangga. Tapi tak pelah exercise sebelum nak bersalin ni. Kat rumah dia makan semua masak sendiri. Ada laksa dan lontong. Tak sempat nak snap pix pun sebab ramai jiran-jiran dia segan nak ambik gambar.

Balik dari rumah Adi dah pukul 5.30 petang. Lepas Asar je terus je gerak pegi Ampang. Konon pegi awal sebab tak tahu venue open house "kedai" Yusnita. Ekeke.. Lawak le minah ni. Orang nak serbu rumah dia, dia tak bagi datang dia boleh divert pegi kedai. Tapi bagus gak idea dia tu. Lain kali boleh buat macam ni jugak. Yus buat open house dia kat Satay Station. Walaupun dah keluar awal tetap jugak sampai dah pukul 7.45 pm sebab sesat dan jalan jammed teruk. Tapi still awal le masa kitaorang sampai cuma ada tuan rumah dan co organiser je.

Yang kelakarnya kat sini, macam-macam hal. Namanya Satay Station tapi tak boleh order satay. Ada limit. Mula-mula limit satu family 10 cucuk, lepas tu limit satu group 10 cucuk. Adoi.. lawak le restoran ni. Pe hal meniaga camtu ada limit-limit. Macam makan kat open house rumah PM plak ada limit satay berapa cucuk sorang. Yang organiser bengang sangat tu sebab hari sebelum dorang nak booked tapi owner kedai cakap tak payah book. Nanti walk in je sebab satay banyak. Alih-alih datang hampeh. Nasib le aku tak mengidam. Ekekeke.. tapi merasa jugak le 2 cucuk. Satay dia sedap. Rasa fresh tak macam satay Samuri yang rasa dah recycle 3-4 hari. Cuma kuah dia aku tak berapa suka. Mee rebus pun sedap. Aku bantai makan 2 mangkuk. Tapi mangkuk kedua share dengan Dahlan. Kacau daun je Dahlan ni. Dah le mangkuk pertama tu banyak taugeh so potong stim sikit. Baru nak menikmati mangkuk yang tak ada taugeh dia kacau daun pulak. Hehehe.. Anyway.. aku rasa ni le open house paling happening. Seronok walaupun buat kat kedai dan macam-macam hal.

P/S : Picture cilok dari FB abang Syam Fandi

Tuesday, September 21, 2010

35 Minggu 3 Hari

Picture from sini

Today macam biasa monthly check up. Eh.. sekarang tak boleh kata monthly dah sebab aku dah pegi check up 2 kali sebulan. Hari ni dah masuk 35 minggu 3 hari dah. So far doktor cakap baby dah ada di kedudukan yang betul. Alhamdulillah. Lega aku dengar. Tapi yang tak bestnya doktor cakap dia nak induce aku di minggu 38. Kira-kira ada 3 minggu lagi dari sekarang. Alahai takutnya rasa. Betulnya sama je. Takut jugak. Tapi bila dah tau date ni macam rasa takut dia lebih-lebih pulak. Kalau sakit natural tu lain le kan. Dah le nanti masa nak pasang IV line tu dalam keadaan yang tak sakit tak apa. Mesti sakit giler. Huwaa.. camana ni.. Anyway masa doktor scan baby, dia tengah aktif sangat. Susah nak ambik gambar dia. Tapi last-last dapat jugak le doktor ambik gambar dia. Aku tengok muka dia banyak rupa Dahlan je. Ok le sebab orang cakap kalau girl ikut muka bapak sejuk kan cuma tak ada le muka comel cam aku. Ekekeke....


Saturday, September 18, 2010

Healthy Mum, Healthy Child Forum

Hari ni aku dan Dahlan attend satu forum yang dianjurkan oleh Dutch Lady kat Boulevard Hotel, Mid Valley. Sepatutnya kena bayar RM20.00 se0rang atau RM25.00 per couple tapi sebabkan kitaorang register dengan Shary kat Columbia Hospital, kitaorang bayar RM15.00 per couple. Murah je. Harga hi-tea yang kitaorang dapat hari ni pun lagi mahal dari tu. Belum masuk free gift dan info yang dapat. Berbaloi-baloi le. Rugi tak attend forum macam ni dari awal-awal pregnant.

Forum start pukul 1.00pm tapi register start dari pukul 12.00pm. Kitaorang sampai dalam 12.15pm macam tu so awal lagi boleh le pilih seat yang best-best sikit. Pilih duduk depan-depan kot ada luck dapat lucky draw senang nak kuar ambik hadiah. Hehehe..

Ni le hadiah lucky drawnya. Boleh kata best-best jugak. Hadiah pertama storage cord blood. Pastu ada hadiah stroller dari Combi dengan My Dear. Lain-lain tu ada macam-macam hampers dari penaja-penaja.

Forum ni ada 4 topic dan 4 speaker. Mula-mula "Management of Labour & Birth" oleh Dr. Ng Kok Chong. Topik ni best dan sangat useful cuma tak bestnya sebab dia kejap cakap English kejap cakap cina. Pening aku dengar. Pastu laju pulak tu sampai tak terkejar cerita dia.

Forum kedua "A Picture Paints A Thousand Word" oleh Dr. Eric Lee Kim Hor. Masa forum ni start aku terlepas sikit 10 minit pertama sebab pegi semayang Zohor so tak berapa nak tahu best ke tak. Boleh le kot sebab dia cuma cerita pasal penyakit kanak-kanak, vaksin etc.

Forum ketiga "Alpha-Generation Kids - Are They Eating Right?" oleh Lim Ai Leng. Speaker ni ok le sebab dia macam energetic sikit. Topik pun ok jugak le.

Topik last "Pregnancy Nutrition" oleh Loo Mei Fong. Yang ni topik pun tak berapa best dan speaker pun bosan sikit. Nasib baik kejap je.

Last sekali sebelum balik baru ada lucky draw tapi kitaorang tak lucky. Tak menang apa-apa hadiah pun. Masa lepas forum kedua ada hi tea break. Banyak makanannya sampai tak termakan semua. Memang kenyang sampai malam. Sebelum balik kitaorang semua dapat goodies bag yang dalam tu ada macam-macam hadiah. Berbaloi sungguh. Kat atas ni picture hadiah yang dapat dari dalam goodies bag tu. Ada majalah, gripe water, sample diapers, vitamin, spenda pregnant, minyak telon dan macam-macam lagi. Tak larat nak sebut satu-satu. Enjoy le pegi forum macam ni. Lain kali kalau pregnant lagi nak sign up awal-awal forum macam ni le.