21 April ni Batrisyia akan cukup 6 bulan, bermakna bulan ni Batrisyia dah start boleh makan solid food. Susahnya hati aku bila Batrisyia nak start makan ni. Aku tak reti betulnya. Google sana sini cari info apa makanan terbaik first food dia. Cari resepi etc. Masa aku pegi last check up dengan Doktor Cheok dua minggu lepas, dia dah start suruh bagi Batrisyia makan cereal yang halus tu. Tapi setahu aku le, kena bagi dia exclusively breastfeeding ni sampai 6 bulan. Aku idak le start lagi. Semalam masa aku pegi ke Klinik Dr Junina pulak, dia cakap tunggu sampai 6 bulan. Bagi dia exclusive breastfeed sampai cukup-cukup 6 bulan. So aku plan nak bagi Batrisyia 1st food dia pada 24 April nanti.
Selain dari tu, aku gigih jugak le mendapatkan info berkenaan instant food dengan home cook food ni. Kalau nak bandingkan berganda-ganda le home cook better. Dah sahih-sahih le kan. Tapi disebabkan aku ni mak yang bekerja di Kuala Lumpur, kota metropolitan tu (ayat tak boleh blah. hehehe..), maka takkan le aku nak memasak setiap pagi. Aku bercadang nak masak weekend pastu buat frozen food. Semalam aku tanya jugalah pada Doktor Junina mana yang elok antara frozen home food dengan instant food. Dia cakap personally dia tak bagi anak dia frozen sebab dia sendiri tak makan makanan semalaman. Tapi kalau ikut elok, elok le frozen berbanding instant sebab sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita letak. Dia juga ada bagi tips frozen food tu jangan campur dengan bahan mentah lain. Nasib aku ada freezer khas Batrisyia. So boleh le bubuh kat situ je nanti.
Niat aku memang nak bagi Batrisyia makanan yang aku masak sendiri. Kalau boleh aku akan bagi dia puree je yang frozen dan bubur nasi aku akan masak setiap hari. Semalam, gigih le aku mencari perkakasan untuk persediaan Batrisyia nak makan ni. Semangat ni. Eh.. betulnya dari minggu lepas aku dah start cari dah. Hehehe..

So ni le semua perkakasan yang terlintas di fikiran aku yang aku rasa perlu beli untuk persediaan Batrisyia nak makan solid food.
1) Slow cooker brand Pensonic harga dia RM63.00. Beli kat Jusco Klang. Jauh tu. Actually aku suka yang brand Elba tapi tak ada stok so malas le nak mencari di Jusco lain memandangkan Ely cakap kat Mid Valley pun banyak yang out of stock. Kenapa aku nak beli kat Jusco jugak? Sebab aku nak guna voucher Jusco yang kengkawan aku hadiahkan pada Batrisyia masa dia lahir dulu.
2) Jug blender Panasonic. Harga RM29.00. Pun beli kat Jusco Klang. Yang ni dah kebetulan ada so beli jelah. Kalau tak ada kat Jusco pun beli tempat lain pun tak pe. Memula aku nak beli Munchkin Baby Food Grinder yang harga RM66.90 ada diskaun 15%. Tapi orang jual tu cakap tak hancur sangat plus semua kengkawan suggest beli jug blender je so aku ikut le lagipun ni lebih jimat.
3) Bekas makan BPA free brand Pureen berharga RM14.90. Tak kuasa aku nak beli brand mahal-mahal. As long as BPA free ok le kan. Sebenarnya aku dapat hadiah bekas makan ada 3 dah tapi semua tak ada tulis BPA free. Aku tanya kengkawan semua cakap boleh guna asalkan jangan letak benda panas. Doktor Junina cakap pulak sebaiknya beli le bekas BPA free. Dah harganya tak mahal sangat, so aku pun beli le. Pulak tu beli kat Jusco Klang jugak. Guna voucher. Hehehe
4) Thermos brand La Gourmet berharga RM99.00. Ada dua compartment tu. So kalau dah makan tiga kali sehari nanti, boleh le bekalkan yang atas untuk breakfast dan yang bawah untuk lunch. Pastu dapat pulak free sippy cup worth RM29.90. Kira berbaloi jugak le beli kan. Yang ni aku beli dekat Sogo minggu lepas. Mula-mula aku berkenan yang brand Thermos muat untuk 10oz tapi alahai comel sangat. Masa sekarang boleh le muat kot bekal makanan dia ke nursery. Nanti esok-esok mesti dah tak muat. Tambah pulak thermos brand Thermos tu tahan 5 jam je untuk makanan panas. Yang aku beli ni tahan 12 jam.
5) Baby cubes 2oz berharga RM36.90 ada diskaun 15%. Yang ni untuk simpan frozen puree Batrisyia. Ada orang guna bekas dadih tapi Dahlan selalu marah aku guna bekas tu berulang kali. Kalau dah untuk aku dia marah guna berulang kali apatah lagi untuk Batrisyia. So kalau beli sekali pakai buang pun sama je kot costnya. Yang ni kira tak ada le mahal sangat. Jatuh 1 bekas tu RM3.90 je. Kalau bekas lain yang boleh microwave dan BPA free pun lagi mahal kot. So aku beli 2 set dulu kat Fabulous Mom TTDI. Kalau tak cukup nanti beli lagi.


Tinggal nak beli bahan mentah je lagi. Yang ni pulak Nyah bagi. Kalau tak sempat sangat nak masak, aku belasah jugak le cerelac ni tapi sesekali jelah. Doktor cakap tak bagus sebab manis. Takut kemudian hari dia tak nak makan nasi. Ok Batrisyia.. kita tunggu 24 April ni yer..