Friday, September 30, 2011

RVC & Milkadeal

Kali ni nak cerita pasal voucher deal lagi. Kupon pertama deal yang aku beli dari Milkadeal. Sebelum-sebelum ni banyak jugak aku terima e-mail tapi satu pun tak ada menarik perhatian aku sehingga le ada offer Red Velvet Cake atau cupcakes ni. Aku pun excited dan belajar dari Lorna camana nak beli. Tapi first experience aku.. ada problem le pulak. Aku dah bayar semua sekali tak ada vouchernya. Berkali-kali jugak le aku email dan memang dorang layan email aku tu. Kira ok le company deal-deal ni sebenarnya. Tak ada le main tipu-tipu.

So first time beli voucher deal ni masa awal puasa lagi. Offer dia menarik sangat. Cup cakes atau mini cakes sama red velvet atau ada le beberapa jenis cake cuma RM15.00 instead of RM25.00. Disebabkan aku 1st time beli, aku guna point RM5.oo yang Milkadeal bagi so kiranya harga yang aku bayar untuk kek ni cuma RM10.00 je. Murah sangat-sangat. Aku mula nak order masa bulan puasa sekaliu orang tu close order pulak sampai lepas raya. Pastu lepas raya aku boleh terlupa nak order nasib tak expired lagi. Cepat-cepat le order. So ini le rupa Red Velvet Cake yang aku dapat. Sedap kek nya. Memang puas hati.


Monday, September 26, 2011

Birthday Party

Batrisyia dah cukup 11 bulan 21hb hari tu. Bulan depan dah setahun dah. Teringin nak buat birthday party untuk dia memandangkan aku pun tak pernah invite adik beradik Dahlan makan-makan kat rumah ni lagi. Tapi yang buat rasa pening kepala tu sebab rumah ni kecik sangat. Nak buat khemah dekat luar tak ada kawasan. Porch pulak berbukit camana nak pacak khemah dalam kawasan? Silap-silap haribulan panggil adik beradik dengan kawan-kawan tak ada tempat nak duduk pun.

Aku rasa nak tak nak aku terpaksa le limit kan birthday party kepada keluarga je. Bila dah buat renovate porch nanti, baru le boleh invite ramai-ramai. Tak pun buat kat taman ke nanti kan. Hehehe... So pada kengkawan yang baca coretan aku ni, aku minta maaf banyak-banyak le aku tak dapat invite semua yer. Insyallah ada rezeki di masa depan, rumah dah lawa sikit dan ada tempat nak makan lepak-lepak kat porch boleh le aku buat ramai-ramai.

Sunday, September 25, 2011

Batrisyia & Ubat

Anak dara terchenta ni paling teruk kalau nak makan ubat. Masa kecik boleh le cekik-cekik pipi dia dan masukkan ubat terus ke mulut dia. Sekarang besar dan makin bijak tak nak makan ubat. Kalau masuk terus ke kerongkongnya dia muntahkan. Kalau masuk ke mulut sahaja sanggup dia ngangakan mulut sampai le ubat tu keluar sendiri. Adoi... Batrisyia.. Batrisyia. Jenuh mak dengan bapak berperang dengan dia. Esok-esok kalau dah pandai ludah tak tahu le camana pulak dia buat. Jom tengok video ni. Tiap kali lepas bagi antibiotik camni le rupa dia. Dengan selekeh giler tak tahu nak kata. Ni dia nganga sikit je kalau tak lagi besar mulut dia nganga.




Sunday, September 11, 2011

Moon Cake

Pernah makan kuih bulan? Peberet aku ni tapi ketahui le semua bahawa kalorinya saaaangggat tinggi. Huhu.. Tapi tetap suka gak. Dulu-dulu masa keja kat Nacap selalu dapat free dari supplier. Of course yang halal punya le. Sekarang dah melambak dah kuih bulan ni yang halal. Lepas tu bila dah tak kerja kat Nacap tak ada le dapat free dah makan aku nak makan moon cake ni kena le beli. Dulu harganya tak sampai RM10 seketul tapi la ni.. mak aii mahal. Berbelas-belas ringgit.

Moon cake ni ada pelbagai perisa tambah-tambah yang dah dimodenkan le. Macam kat gambar atas tu belah kiri tu namanya Mango Jackpot.. hoho.. kaya tu kalau makan sebab gudang emas.. yang ni moon cake yang dah dimodenkan le. Dan sebelah kanan tu tradisonal punya. Lotus paste with double yolk lagi. Paling aku suka ni sebenarnya. Aku betulnya tak berapa gemar perasa moden-moden ni macam pandan le.. mango le even red bean pun aku tak berapa. Memang aku paling suka lotus paste tak kisah le ada telor ke tak ada. Ni dua-dua dapat free dari supplier gak ni. Banyak dapat so dorang bahagi-bahagi le yang mana-mana yang halal bagi pada yang Muslim ni.

Friday, September 2, 2011

Aidilfitri 2011

Tahun ni turn raya pertama aku di Bota. Kitaorang balik hari Ahad pagi. Raya ni kitaorang masak nasi tomato, ayam masak merah, jelatah, ketupat palas dan rendang campur. Pagi-pagi lepas orang balik sembahyang raya macam biasa ada acara salam-salam raya. Dak Batrisyia ni first time sambut hari raya tapi tak pandai salam lagi. Jenuh aku ajar tapi dia tak nak.

Lepas salam-salam mesti le acara bergambar sefamily. Tahun ni Ely dengan Yong raya rumah mertua dulu so tak ada le gambar deme. Tikah pulak tukang amik gambar ni sebab tak bawak kamera stand jadi kenalah gilir-gilir ambik gambar.


Lepas tu ambik pulak gambar bertiga. Dah lawa-lawa Batrisyia ceria sekali ada pulak Caca menyibuk. Apa le Caca ni.

Lagi sekali gambar berdiri pulak. Batrisyia dah tak nak senyum dah. Mood dia pun dah kurang baik. Lepas amik-amik gambar dia tidur. Nak pegi beraya rumah orang terpaksa angkat je dia. Lepas tu dia meragam le.

Anak dara aku dengan cekak bunganya. Hehehe.. Mood dia tak baik sangat sepanjang hari raya pertama. Rupa-rupanya nak demam. Adoi.. Tak best sungguh raya ni Batrisyia demam. Jalan raya pun dapat jalan raya pertama je. Lepas-lepas tu dah tak jalan dah sebab risau Batrisyia demam. Tinggi suhu dia sampai 39.o'C. Plan asal nak balik semalam tapi sebab Batrisyia demam aku risau nak bawak dia dalam kereta takut jam. So balik pagi-pagi tadi. Alhamdulillah jalan clear. Cepat je sampai dan kitaorang terus bawak pegi Hospital Columbia. Doktor Junina tutup. Doktor Cheok pun tak ada. So jumpa doktor India kat CAH ni. Malam ni nampak Batrisyia dah semakin ok. Demam dah kurang. Lega sangat-sangat. Alhamdulillah.

Monday, August 29, 2011

Batrisyia Kena Buli

Tengok le deme ni buli dak Batrisyia ni. Bubuh dalam bakul le. Sian dia. Huhu.. mak sibuk masak untuk persiapan raya, Batrisyia kena buli.

Ni le muka-muka yang membuli Batrisyia. Ketuanya Wan, assistant nyer Caca dengan Iman. Hehehe..


Friday, August 26, 2011

Sepetang Di Chilli Rush

Aku beli voucher Restoran Chilli Rush ni dari mydeal. Restoran ni baru je bukak minggu lepas kat Jaya One ni. Murah sangat deal dia. Main dish + Chilli Rush Signature Wings + Air = RM19.90 nett. Harga asal RM46.00++. Ada diskaun 56%. Murah kan. So aku pun beli le dua. Plan nak makan untuk buka puasa.


Restoran ni lebih kurang macam Western Food lain le sebab dia ada jual liquor cuma main dish dia tak semua western. Ada jugak nasi briyani le dan macam-macam lah menu dia. Semua food halal tapi dorang tak ada certificate halal sebab ada jual liquor. Main dish ada banyak tapi malam ni ada pertandingan makan Chilli Rush Signature Wings antara Malaysia Kini dengan apa ntah so dorang macam limitedkan main dish yang boleh order tapi tetap ok.


Comotnya dak teciknya. Malas nak tukar baju dia lawa sebab dekat sangat restoran ni dengan rumah. Biar je dia pakai baju duduk rumah ni. Hehehe..


Chilli Rush Signature Wing ni ada level kepedasan yang berbeza. Dari level 1 sampai level 10. Dahlan order level 3 dan aku ambik level 1 je. Bulan-bulan puasa ni ceret birit makan pedas-pedas. Level 3 tu pedas jugak le maybe sebab bulan puasa kan. Jarang makan pedas lepas tu makan ayam tu macam tu je terasa kepedasan dia sangat-sangat. Memang aku tak boleh tahan. Level 1 sedap-sedap je. Teruknya tahap ketahanan kepedasan akukan. Hehehe.. Next time bukan bulan puasa boleh cuba lagi tengok tahan tak level 3 ni.


Untuk main dish aku amik Moussaka dan Dahlan amik Beef Burger. Sedap Beef Burger ni. Aku memang recommend order.


Last but not least, mesti le order dessert. Red Velvet Cake favorite aku le. Yang ni tak masuk dalam voucher deal. Kena bayar extra. Kesimpulan aku rasa ok sangat restoran ni. Boleh pegi cuba. Food ok. Harga rate biasa. Service ok cuma tak ada kerusi baby. Tapi dorang cakap dorang baru bukak so kerusi baby tak sempat sampai lagi. Oklah boleh diterima alasan tu. Kita tengok next time datang ada ke tak kerusi baby dan service masih ok ke macam hari ni.


Nah amik info pasal kepedasan cili-cili di dunia ini. Sambal belacan yang korang suka makan tu berapa SHU je.. tak terlawan dengan yang number last tu..