Dah tua setahun lagi aku hari ni. Alhamdulillah. Tak sangka dah tua-tua gini pun ada jugak orang yang sudi bagi aku hadiah birthday. Tak lain dan tak bukak Puan Azbarina le. Terima kasih banyak-banyak achik.. Suka sangat dapat hadiah..
Thursday, November 29, 2012
Saturday, November 24, 2012
Sepetang Di Bubba Gump
Hari tu ada offer kat Groupon. Beli RM100.00 cash voucher kat Bubba Gump dengan harga RM50.00 je. Murahkan. So aku pun suruh le Dahlan beli dah belanja aku makan sempena birthday aku tahun ni. Hehehe.. tak malu mintak. Kitaorang pegi Bubba Gump Citta Mall. Masa pertama kali datang, Bubba Gump belum bukak. Besar jugak le bubba gump kat sini. Kitaorang pegi dinner pukul 6.00 petang so tak ada le full sangat.
Aku pertama kali datang makan kat Bubba Gump. Bagi orang yang dah biasa dah tahu kot konsep sini. Mula-mula sekali dorang akan terangkan camana konsep dorang. Dia bagi menu pastu kalau nak panggil waiter untuk apa-apa just tukar sign "Run Forest Run" tu kepada "Stop Forest Stop". Bagus jugak yer sebab tak payah le angkat-angkat tangan kalau nak mintak apa-apa.
Deco yang ada kat dinding Bubba Gump. Ada macam-macam botol dari serata dunia.
Dahlan order Mango Sparkler. Sini tak ada bottomless drink. Aku tak order air. Cuma mintak warm water je.
Kitaorang order Classic Caesar Salad. Pastu gambar atas tu dari menu appertizer Cajun Shrimp. Sedap sangat udang ni. Lagi satu menu kitaorang order ayam. Sebab Batrisyia suka jagung so kena amik yang ada jagung. Nama menu ni Mama's Southern Fried Chicken. Sedap jugak le. Tapi aku rasa udang tu lagi sedap. Benarnya datang Bubba Gump elok amik menu berudang sebab tu speciality dia. Ada satu menu tu nama dia Shrimper's Heaven. Fuh menarik giler. Next time datang kita try order yang tu pulak yer.
Budak kecik yang suka sangat makan jagung. Hehehe.. comelkan dia makan jagung gitu. Duduk atas meja pulak tu.
Macam biasa tetap nak order dessert. Ni Alabama Mud Pie. Aku order ni memang lambat. Tak sama order dengan main menu sebab takut kenyang sangat tak larat nak abis. Pulak sebab order lambat staff sini buat hal. Boleh dorang tutup bil so voucher tu tak boleh guna dah. Instead of aku kena bayar dalam RM13 lebih, untuk tampung tak cukup voucher RM100.00 tu aku kena bayar full harga dessert ni sebab dorang dah close bill. Aku tak puas hati aku panggil manager dia. Aku cakap mana boleh dia close bill sebelum aku panggil mintak bil. Manager dia pastu tetiba caka I buy u a dessert, Wah.. patut kena bayar RM13 lebih terus tak payah bayar apa. Best betul. Rezeki rezeki.
Picture ni Batrisyia yang amik. Hehehe.. saja letak je
Sunday, October 28, 2012
Batrisyia 2nd Birthday Party - Part 2
Disebabkan dalam entry sebelum ni ramai muka orang tak ada macam seolah-olah birthday party ni kitaorang bertiga je, so aku upload le video masa nyanyi happy birthday. Masa ni semua orang masih bertudung so boleh le upload. Tetamu yang dijemput belum sampai so kitaorang-kitaorang je masa ni.
Saturday, October 27, 2012
Batrisyia 2nd Birthday Party
Birthday Batrisyia tahun ni aku memang dah plan nak sambut kat kampung masa raya haji. Lambat sikit tapi tak kisahlah asalkan masih bulan October. Temanya garden party. Hehehehe.. Masa kawin teringin nak buat garden wedding tapi tak kesampaian so buat le garden birthday party je. Kitaorang-kitaorang je pun. Bukannya ada jemputan lain.
Deko kat garden. Banner recycle last year punya, Hehehe.. Lawa jugakkan walaupun buat ala kadar je
Cake Batrisyia beli kat Secret Recipe je. Chocolate Indulgence. Mulanya aku nak tempah kek pricess untuk dia tapi semua orang tak nak amik order sebab masa ni raya haji. Last-last terpaksa le beli kek ni je. Tak pelah janji sedap.
Birthday girl. Baju aku beli online. Lawakan baju tingkat-tingkat dia. Tapi reben tu aku kena jahit nak bagi tegak. Jenuh iron tak maunya tegak. Reben Puan Siti beli masa dia kecik dulu. Pakai kejap je masa amik gambar. Pastu tercabut reben dia. Nasib pastu dia nak pakai topi party pulak. Hehehehe..
Menu hari ni. Chicken spaghetti bolognese, spaghetti aglio olio seafood, ayam goreng tepung, garlic bread dan mushroom soup. Sedap semua. Aku masak kuah spaghetti dengan rebus spaghetti je. Garlic bread pun aku bako. Tikah pidah masak ayam goreng dan mushroom soup. Nyah masak aglio olio.
Dalam pada makan-makan kitaorang je, last-last Kak Semah call Kak Naziah & family dan Kak Miah & family datang. Aku ok je. Malas nak jemput ramai sebab ingat nak buat simple-simple. Dah Kak Semah kata rugi je deco lawa-lawa tak invite orang last-last ajak jugak. Tapi deme sampai dah lepas nyanyi birthday to you dah. Batrisyia dapat hadiah telekung dan selipar angry bird Mak Nyah dengan Makcik Semah bagi.
Sunday, October 21, 2012
Happy 2nd Birthday Batrisyia!!!
Alhamdulillah... hari ni genap umur Batrisyia 2 tahun. Dah besar dah anak dara aku sorang ni. Cakap kemain lagi dah macam-macam. Dah pandai nyanyi lagu Happy Birthday versi dia. Kalau nampak candle dah pandai mintak.. mak nak you you (Happy Birthday To You). Party dah plan nak buat kat Bota masa raya haji nanti. Ala-ala garden party gitu. Hehehehe.. So hari ni kitaorang celebrate bertiga je. Kebetulan aku ada beli voucher kek murah-murah dari deal-deal ni. Betulnya voucher kek ni aku beli untuk jamu family Dahlan datang beraya kat rumah tapi dorang datang pun tak ada nak plan-plan, so nasib le. Tak merasa kek ni. Jadi aku redeem le sempena birthday dak kecik ni.
Sebabkan Batrisyia lahir pukul 1.46 petang jadi aku decide nak nyanyi you you tahun ni pun time yang sama. Kitaorang bertiga je so masak simple-simple je. Masak nasi ayam dan kek ni je. Happy Birthday Batrisyia sayang.. semoga membesar dengan sihat dan sempurna. Jadi anak yang solehah dan bijak pandai. Amin.
Budak comot happy sangat dapat makan kek.
Wednesday, October 3, 2012
Monday, October 1, 2012
Langkawi 2012 - Part 5
Hari ketiga di Langkawi. Batrisyia tak nak bangun masa breakfast. So kena le aku menapau makanan untuk dia. Siap makan atas katil lagi budak kecik ni.
Check out hotel lepas tu destinasi pertama singgah kat minyak gamat nusantara. Ni pun lokasi wajib datang Langkawi.
Ni ada lah ramuan nak buat minyak gamat. Sapa nak cuba boleh le amik resepi ni.
Ni pulak rupa tempat masaknya. Nak masak minyak gamat ni bukan makan sehari dua tau. Lama. Tapi deme kata minyak yang tengah masak tu kalau celum tangan pun tak melecur. Kalau berani cuba le. Aku idak le berani.
Dari sana kitaorang singgah kat Padang Matsirat tengok beras terbakar. Nak sampai ke kawasan beras terbakar tu ada banyak gerai-gerai jual macam-macam. Kalau nak beli baju batik ke kain batik ke sini le tempat yang paling banyak.
Budak Batrisyia ni menyibuk betul Ely dengan Ikram nak ngamik gambor. Hadoi le. Lepas tu aku tanya deme nak lunch mana. Kat situ ada je kedai makan tapi deme semua tak nak. Geli gamaknya. Hehehe.. Last-last kitaorang lunch kat airport. Masa nak check in masuk timbang-timbang barang semua 76kg. Fuh.. lagi 4kg je nak exceed sebab aku beli baggage 80kg. Gila banyak barang shopping.
Flight balik Batrisyia tidur je. Lega sangat. Dahlan yang dukung dia sepanjang perjalanan. Flight pun tak penuh. Kat row kitaorang ada kosong so selesa le sangat.
Subscribe to:
Posts (Atom)

