Wednesday, February 27, 2013

Cerita Hari Rabu - Make Over Rumah Part 3

Projek make over rumah yang separuh siap. Tak abis lagi cat pintu dan bingkai tingkap. Curtain pun belum cari yang baru. Nanti le sambung. Ok ke lepas make over? Aku rasa macam biasa-biasa je. Agaknya sebab lama sangat projek ni nak siap sampai berbulan-bulan sebab tu tak ada rasa macam perubahan. Tapi bila tengok comparison dalam gambar ada le kot. Elok le sikit lepas cat dan tukar lantai baru.

 Before

After

Wednesday, February 13, 2013

Batrisyia Bersantai Di Office Mak

Hari ni sekolah Batrisyia tutup. Bosan betul sekolah dia ni. Bukan ada staff cina pun nak amik extra-extra cuti Chinese New Year. Pulak tu office aku tak bagi cuti extra. Miss Lim le punya pasal. Dato' dah approve dah. Dia pulak pandai-pandai hasut Dato' supaya jangan bagi cuti. Mengada betul. So nak tak nak aku terpaksa le bawak Batrisyia datang office. Lantak le deme nak marah pun marah le. 

Pagi-pagi tu bagi dia makan roti canai. Pas makan dia tengok You Tube kat handphone aku. Kartun Imas (Mickey Mouse) dan Upin Ipin dia le. Apa lagi dia tengok. Dah bosan dia cakap nak tek. So aku pun bagi pastu terus dia tidur. Lama jugak le dia tidur. Sempat le aku buat keja siap sempat Zohor lagi. Pastu baru dia bangun. Aku suruh dia makan nasi dia tak nak. Makan karipap sikit pastu susu. Lepas dia dah charge apa lagi mula le dia explore-explore office. Pastu dia siap golek-golek atas carpet. Kotor kan carpet tu. Aku amik le tikar aku sembahyang bagi dia duduk atas tu sambil lukis-lukis. Mula elok je duduk. Lepas tu...
 
Baring terkangkang pulak..

 Baring silang kaki pulak

Lepas tu duduk balik sebab aku suruh dia minum air. Hayooo.. dia buat office macam tepi pantai je. Boleh berkelah, baring-baring. Tak lama lepas dia main stiker kaler-kaler tu dia dah bosan, dia kacau aku keja. Nasib le time tu dah dekat nak balik.

Tuesday, February 12, 2013

Project Make Over Rumah - Part 2

Hari ni siap le project make over rumah phase kedua. Actually nak tunggu Dahlan sudahkan mengecat dinding dan pintu jenuh. Lama benar bertangguhnya. Tak berkenan betul aku keja tangguh lama macam ni tapi dah mengharap dia tolong buat terpaksa tahan jugak le.

Vynil ni beli kat Houz Depot. Dapat harga RM3.99/pst. Murah le jugak. Ikut aku, aku nak yang licin kaler kuning tapi Dahlan cakap takut bahaya kat Batrisyia kalau licin. So last-last terpaksa le amik yang ni. Total keseluruhan jadi lebih seribu jugak le termasuk gam dan besi-besi yang pasang untuk tepi.

Nasib baik le ruang tamu tak ada banyak barang. So senang jugak le nak buatnya. Tu pun Dahlan cerewet sangat. Jenuh oo buat dengan dia. 




Proses memasang vynil ni lama betul sebab Dahlan cerewet sangat tapi tak ada le kemas bebenor pun kejanya. Dari 10 hb February tengahari sampai le pagi 12hb February kol 2.00 pagi tadi. Tu pun Dahlan ada lagi nak bukak. Aku dah tak larat dah. Cukup-cukup le tu. Dah elok dah aku rasa.

Thursday, January 24, 2013

MUMBAY Gathering 2013

Dekat setahun Mumbay tak ada gathering. Nak kumpul berempat ni memang susah sangat-sangat especially akak dengan angah le. Payah sungguh. Kali ni achik offer nak belanja semua sebab dapat bonus besar katanya. Mula-mula pun angah tak boleh tapi lepas tu dia punya plan asal cancel so jadi le gathering ni. Achik belanja kitaorang semua kat Shogun. Buffet style. Achik suh bawak je sapa2 yang nak bawak. Aku bawak Dahlan dengan Batrisyia jelah. Angah datang sorang. Akak datang dengan bf dia abg syam.


Pose-pose dari kitaorang. Gambar ni semua dari camera achik. Aku malas nak bawak camera sebab dorang ada camera canggih-canggih biar dorang je amik gambar. Tetiba baru perasa kitaorang macam berjanji pulak semua pakai baju warna biru. Akak je warna hitam tapi masih nampak tak lari tema sebab dia pakai jeans biru.

Sakan kitaorang berborak. Akak le gelak paling kuat. Huhu.. Geng kitaorang borak belah sini. Geng lelaki borak belah sana. Tapi deme dah nak balik baru le sakan berborak. Lambat warm up masing-masing

Banyak pulak terselit gambar dak teciknya dalam album achik. Achik cakap Razak yang amik sebab dia berkenan kat Batrisyia. Apa lagi achik ooii tu tanda dia nak anak perempuan pulak le



Bergambar ramai-ramai sebelum balik. Lama sungguh kitaorang melepak kat dalam ni. Dari pukul 12 sampai pukul 4 baru sudah. Dah kosong Shogun ni baru tahu keluar. Happy sangat bila dapat gathering camni. Ni setahun balik le kot baru gathering balik ni. Huhu.

Tuesday, January 1, 2013

Project Make Over Rumah - Part 1

Hari ni start projek make over rumah. Rumah dah confirm jadi hak milik aku so boleh le buat cantik-cantik. Pastu pulak dapat duit lebih sikit kerja kat Amec Larastia. So dengan duit tu buat beli cat. Cat dah beli dah bulan December.

Ni le rupa rumah aku sebelum make over. Cat kaler pink. Pakai tikar getah kaler pink. Tikar getah pun dah buruk sangat-sangat. Aku plan nak ganti dengan vynil sebab senang boleh buat sendiri. Beli kat houz depot boleh buat installment free interest selama 6 bulan. Ok le jugakkan. So aku hope bonus dapat ok tahun ni. Bonus boleh buat settlement AKPK. Pastu boleh start kumpul duit untuk buat kitchen cabinet pulak.

Bapak mengecat rumah kecik pun sibuk mengecat. Siap project mengecat dinding ni nak cat pintu pulak. Pastu baru pasang vynil. Plan pasang vynil cuti raya cina nanti.

Thursday, November 29, 2012

Birthday Ke ??

Dah tua setahun lagi aku hari ni. Alhamdulillah. Tak sangka dah tua-tua gini pun ada jugak orang yang sudi bagi aku hadiah birthday. Tak lain dan tak bukak Puan Azbarina le. Terima kasih banyak-banyak achik.. Suka sangat dapat hadiah..

Saturday, November 24, 2012

Sepetang Di Bubba Gump

Hari tu ada offer kat Groupon. Beli RM100.00 cash voucher kat Bubba Gump dengan harga RM50.00 je. Murahkan. So aku pun suruh le Dahlan beli dah belanja aku makan sempena birthday aku tahun ni. Hehehe.. tak malu mintak.  Kitaorang pegi Bubba Gump Citta Mall. Masa pertama kali datang, Bubba Gump belum bukak. Besar jugak le bubba gump kat sini. Kitaorang pegi dinner pukul 6.00 petang so tak ada le full sangat.

Aku pertama kali datang makan kat Bubba Gump. Bagi orang yang dah biasa dah tahu kot konsep sini. Mula-mula sekali dorang akan terangkan camana konsep dorang. Dia bagi menu pastu kalau nak panggil waiter untuk apa-apa just tukar sign "Run Forest Run" tu kepada "Stop Forest Stop". Bagus jugak yer sebab tak payah le angkat-angkat tangan kalau nak mintak apa-apa.

Deco yang ada kat dinding Bubba Gump. Ada macam-macam botol dari serata dunia.

Dahlan order Mango Sparkler. Sini tak ada bottomless drink. Aku tak order air. Cuma mintak warm water je. 




Kitaorang order Classic Caesar Salad. Pastu gambar atas tu dari menu appertizer Cajun Shrimp. Sedap sangat udang ni. Lagi satu menu kitaorang order ayam. Sebab Batrisyia suka jagung so kena amik yang ada jagung. Nama menu ni Mama's Southern Fried Chicken. Sedap jugak le. Tapi aku rasa udang tu lagi sedap. Benarnya datang Bubba Gump elok amik menu berudang sebab tu speciality dia. Ada satu menu tu nama dia Shrimper's Heaven. Fuh menarik giler. Next time datang kita try order yang tu pulak yer.


Budak kecik yang suka sangat makan jagung. Hehehe.. comelkan dia makan jagung gitu. Duduk atas meja pulak tu. 

Macam biasa tetap nak order dessert. Ni Alabama Mud Pie. Aku order ni memang lambat. Tak sama order dengan main menu sebab takut kenyang sangat tak larat nak abis. Pulak sebab order lambat staff sini buat hal. Boleh dorang tutup bil so voucher tu tak boleh guna dah. Instead of aku kena bayar dalam RM13 lebih, untuk tampung tak cukup voucher RM100.00 tu aku kena bayar full harga dessert ni sebab dorang dah close bill. Aku tak puas hati aku panggil manager dia. Aku cakap mana boleh dia close bill sebelum aku panggil mintak bil. Manager dia pastu tetiba caka I buy u a dessert, Wah.. patut kena bayar RM13 lebih terus tak payah bayar apa. Best betul. Rezeki rezeki.

Picture ni Batrisyia yang amik. Hehehe.. saja letak je