Saturday, November 23, 2013

Seremban Trip & Alya's Wedding

Hari ni pegi invitation Alya kawin. Dia nikah pagi dan reception dia malam kat tempat yang sama dengan Aimi kawin. So memandangkan kenduri dia malam, aku ajak Dahlan stay sana. Memang le boleh balik sebab Seremban tu bukan jauh mana tapi saja je nak bawak Batrisyia mandi pool. Dia pun bising hari-hari ajak mandi kolam.

Keluar dari rumah pagi tapi banyak singgah minggah. Mula singgah office amik barang. Pastu singgah tengok Mak Nyah. Tak tahu le kenapa aku kerap mimpi dia sejak akhir-akhir ni so aku decide nak pegi tengok dia. Alhamdulillah dia dah boleh duduk kat kerusi roda. Masih tak boleh jalan. Tapi makan semua boleh dan kenal orang.

Dari rumah mak Nyah terus gerak pegi Seremban. Dahlan singgah jugak kat RNR. Adoi.. gi Seremban pun nak singgah jugak. Mula-mula sekali pegi lunch kat Aeon Seremban. Lunch kat food court je. Jalan-jalan kejap lepas tu terus check in hotel. Kitaorang stay kat Klana Resort Seremban. Hotel ni hotel lama tapi oklah jugak. Booked kat Agoda dapat RM185.

Hotel lama bilik pun besarkan. Best jugak. Katil cuma queen size je.

TV pun masih tv lama macam tv rumah aku. Huhu.. jadi le kan

Ada coffee section jugak. 

Dari bilik kitaorang boleh nampak swimming pool dia yang memang besar betul. Fuh.. macam best je. Batrisyia dah tergedik-gedik dah nak mandi. Aku suruh sabar-sabar.. last-last dia pegi bukak baju mandi kat bath tub dulu. Hadoi.. tak sempat-sempat budak ni. Lepas Asar terus pegi pool. Actually panas lagi time tu tapi dah tergedik-gedik sangat pegi jugak. Ok le jugak pegi awal sebab nanti pun kena naik awal sebab nak siap pegi kenduri.

Naik bilik Batrisyia mandi lagi sekali. Pastu pakai baju dia mintak susu coklat pastu terus dia tidur. Lar.. camana nak pegi kenduri tidur ni. Lepas Maghrib baru gerak ke kenduri. Deme yang dari Puchong haram tak bergerak pun lagi. Hadoi deme ni.

Masa kitaorang sampai elok-elok masuk waktu Isyak. Orang dah ramai. Susah nak cari seat nak duduk. Dapat tempat kat depan Dahlan tak nak pegi sebab dekat dengan orang nyanyi. Masa tengah makan-makan baru nampak Nyah, Ely dan Kak Semah sampai. Masa deme sampai nak amik makanan pun kena queue panjang. Nasib aku sampai awal.


Pengantin sampai pukul 9.00 lebih. Lepas sanding sekejap deme makan beradap. Lepas tu baru le sesi amik gambar. Aku dah malas nak tunggu dah terus balik hotel. Tapi ada tapau burger dua biji dan sikit keow teow untuk Batrisyia. Kueo teow tu memang sedap. Burger tu pun tersangat le sedap. Ada simpan lagi satu dalam fridge. Kalau elok esok boleh makan. Hehehehe..

Monday, October 28, 2013

Kenduri Kesyukuran & Batrisyia 3rd Birthday

Alhamdulillah. Semalam berjaya jugak kenduri kesyukuran aku walaupun hari hujan lebat. Mula nak buat kenduri ni hari Sabtu tapi Nyah kata dia keja dan Ely pulak kata dia ada training sampai pukul 12 so aku postponed hari Ahad. Dah ajak-ajak orang semua sekali deme dua-dua tak jadi keja dan training tapi camana nak tukar. Hikmah di sebalik aku tak buat hari Sabtu, hari Sabtu tak ada ayo. Kalau idak tumpo weh...

Kenduri kesyukuran ni sempena aku abis hutang AKPK. Memang aku dah niat dari awal tahun lagi. Hutang AKPK habis aku bayar dengan duit bonus tapi aku masih ada hutang Maxis yang habis bulan June. So abiskan hutang Maxis lepas tu aku betul-betul debt free. Lega betul rasanya. Nak buat bulan July dah start puasa, pastu raya pastu pegi KK, last-last buat bulan October. Memandangkan dah satu bulan dengan birthday Batrisyia, combine sekali birthday dia. Dan dah lama tak buat tahlil untuk arwah mak, buat sekali jugak tahlil.

Birthday girl bangun tido lambat tapi tak mau mandi. Huhu.

Cuma dah datang tolong aku dari hari Sabtu. Tapi Sabtu alih-alih barang semua aku dengan Dahlan je buat. Deme sampai dah petang. Malam lepas balik dari dinner kat Uptown baru start keja-keja mengupas bawang. Tak ada apa pun yang kitaorang masak cuma rendang ayam je. Tu pun menu requet by Bapak yang suruh masak pulut kuning dan rendang. Lain semua aku tempah je.


Menu hari ni nasi lemak bungkus aku beli dari Jalan 223. Sedap nasi lemak ni. Aku order 100 bungkus. Melambak-lambak lebih. Aku bagi Yong suruh bagi kat budak-budak rumah dia banyak last-lastnya. Pastu aku order mihun, roti jalan kuah kari dan kuah durian, kuih seri muka dan kuih lapis dan karipap dari junior aku kat Bainun. Dia memang buat catering kecik-kecik ni. Semua tu dia charge RM400 including transport. Nyah tolong masak pulut kuning. Pulut Kak Semah sponsor. Pastu nyah bawak pulut sambal tumis bilis petai sebab takut tak cukup rendang. Last-last melambak lebih rendang tu. Aku bagi-bagi orang banyak jugak lastnya. Selain rendang kitaorang goreng nugget je untuk budak-budak. Air pulak root beer dan teh tarik. Chu Ma buat memang sedap.  Chu Ma memang duty 100% kali ni. TQ Chu Ma. Kalau tak ada dia, memang tumpo aku. 

Majlis tahlil sepatutnya start pukul 2.30 tapi orang datang lambat termasuk Yong. Dia sampai orang dah habis baca doa dah. Tak ramai pun datang masa tahlil. Sepatutnya aku ajak family member datang time ni supaya masa birthday tak ada le sesak sangat. Tapi memasing datang lambat. Yang ada masa tahlil cuma family Azhar je. Adi sampai tak lambat sangat. Sempat baca Yasin dan tahlil jugak tapi dia sorang je masuk dalam. Kitaorang panggil satu budak muda ni conduct tahlil dan baca doa. Dia student lagi tapi ok sangat handle tahlil

Pastu ada le satu kejadian yang tak sepatutnya berlaku. Dalam pukul 1.00 petang aku suruh Dahlan pegi amik nasi lemak dah kek. Sekali pegi rumah Aunty Asmah, dia boleh lupa nak buat kek Batrisyia. Rasa nak nangis aku. Dia cakap dia akan buat sekarang dan boleh collect sebelum pukul 4 petang. Huhu.. tapi kesian le pada orang yang attend tahlil tak ada kek. Nasib baik achik memang cakap nak bawak kek kecik untuk makan-makan. Aku pun terpaksa le call achik suruh datang cepat sikit bawak kek tu. Sebab dorang datang awal, Razak dengan Khairul, husband Ita pun join tahlil. Ada le ramai sikit orangnya. Kalau idak sikit bebenor.

Sebab tahlil start lambat, macam tak sempat aku nak bernafas melayan tetamu tahlil, dah sampai tetamu birthday pulak. Pukul 4.00 Dahlan pegi amik kek. Batrisyia pulak sibuk nak ikut so tak sempat jugak nak siapkan dia. Dia balik je orang dah ramai. Suruh dia masuk tukar baju party pulak. Mula tak nak pakai cekak. Nasib dia tengok Zara dengan Nisa, anak angah pakai cekak. Terus nak pakai. So semua pun dah ada terus le nyanyi birthday.

Baru le dapat bukak kek sebab tadi sampai tak sempat nak tengok pun. Tengok-tengok cantik sangat kek Aunty Asmah buat. Aku memang request nak chocolate cake Minnie Mouse . Kaler ke apa ke semua terpulang pada dia. Puas hati le tengok kek ni. Dia cakap sebabkan kesalahan dia, aku cuma perlu bayar harga kek Minnie Mouse ni je. Carrot Cake tu dia bagi free tanda minta maaf. Rezeki aku lagi. Alhamdulillah. Carrot Cake Aunty Asmah memang terbaik. Sedap dari mana-mana tempat lain aku penah makan.


Batrisyia sangat happy tengok cake dia. Tak sabar-sabar nak tiup lilin dah. Tapi tulah hujan kesian semua orang berhimpit-himpit dalam rumah. Kalau tidak aku dah sediakan meja kat luar. Dah some more budak-budak boleh lepak atas buai.

Dalam banyak-banyak gambar dengan tetamu, aku rasa gambar ni jelah paling elok semua tengok satu camera. Even gambar kitaorang bertiga pun tak ada yang elok. Caca tukang amik gambarnya. Hapa-hapa je si Caca ni amik.

Gooi datang dah agak lewat semua orang dah nak balik. Bila Gooi balik Kak Aishah pulak sampai dah senja dah. Tetamu last aku family Pidah dan mak. Pidah memang cakap dia datang malam sebab Faizan keja.

Batrisyia dapat banyak hadiah. Kak Yati bagi dia kitchen set dan sepit rambut. Kelly bagi pelampung. Gooi bagi teddy bear. Romy dan Kak Aishah bagi beg. Eita bagi bekas makan dan bekas air. Yati bagi baju. Achik bagi baju jugak sebab aku request. Hahaha.. Ita pun bagi baju dan buku. Angah bagi buku. Kak Wan bagi buku jugak. Fidah bagi botol air Mickey. Joe bagi baju Pocoyo walaupun aku dah cakap tak payah bagi sebab dia dah bagi duit tapi dia tetap beli jugak. Pastu ada toys sepit2 rambut dan kaler pensel sebenarnya aku tak tahu Ain bagi mana, Hanif bagi mana. hahahaha.. teruk betul aku kan. Sebelum kenduri aku teringat yang aku belum bayar kat housemate aku dulu duit TV yang aku beli dengan harga RM300. So kitaorang ber10 jadi aku kena bayar RM30 sorang. Dayang, Enjang dan Joe suruh aku beli hadiah Batrisyia je. So dengan duit tu aku beli dia cawan Pocoyo dan PlayDoh. Nini pulak suruh aku simpan duit tu dalam bank Batrisyia. Nyah pakai toys rumah. Ely bagi baju tidur dan selipar. Bapak, Kak Huda, Yong dan Pidah bagi duit kat Batrisyia. Banyak betul Batrisyia dapat hadiah sampai Caca jeles cakap dia tak penah dapat hadiah macam ni. Aku cakap suruh le mama buat birthday party panggil ramai-ramai nanti banyak le hadiah dapat. Hehehehe..

Sunday, October 27, 2013

Batrisyia 3rd Birthday Video


Monday, October 21, 2013

Batrisyia 3rd Birthday

Hari ni Batrisyia genap 3 tahun. Besar dah anak dara sorang ni tapi tek tetap tak lepas. Huhu... Weekend memang tengah potty training. So far boleh kata berjaya. Ada sekali terbabas masa tu dia tidur. Hihi.. 

Kitaorang celebrate kat Secret Recipe je. Dinner biasa dan beli dia satu slice cake kegemaran dia. Apa lagi kalau bukan Chocolate Indulgence. Hari Ahad ni ada kenduri kesyukuran sempena hutang aku habis. Pastu tumpang le sekali birthday dia. Pasal tu le hari ni celebrate kecik-kecik je hari ni.

 Makan jagung pun nak buat muka gedik macam ni..

 
 Ngada-ngada betul le dia ambik gambar sekarang.


Layan video nyanyi happy birthday pulak. Yang pasti kecik dah pandai tiup lilin sampai padam. Bravo.. bravo.. hahahaha..
 

Happy 3rd birthday sayang mak.. semoga jadi anak yang solehah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan belajar rajin-rajin sampai jadi doktor yer.. 

Sunday, September 22, 2013

Kota Kinabalu Trip - Part 8

Dari rumah terbalik kitaorang terus gerak pegi tengok Jambatan Tamparuli. Dekat-dekat je dua-dua tempat ni. Jambatan ni jambatan gantung. Panjang jugak weh.. Aku memang tak berani le nak naik sampai atas. Takat tu je aku naik tu pun sebab nak bergambar. Tak berani aku dah le jambatan gantung, kayu dia banyak dah reput. Buatnya jatuh naya je


Dahlan sorang je naik atas tu pun tak sampai hujung sebab kat tengah-tengah tu bila dah jalan-jalan angin tiup goyang dia kemain kuat lagi. Hehehehe.. takut jugak dia yer. Dahlan amik gambar jambatan baru yang kereta boleh lalu kat bawah tu. Ini le rupa jambatan yang kitaorang lalu malam sebelumnya. Boleh muat sebuat kereta je sekali lalu dan tak ada penghadang kiri kanan. Serius malam seriau giler. Masa siang tak ada le rasa camtu sangat maybe sebab nampak jalan dia kan.


Nampak tak Dahlan lambai-lambai dari atas sana? Tinggi tau jambatan ni sebenarnya. Kat kawasan ni ada pasar tapi aku rasa mostly orang area ni non-muslim kot sebab anjing bersepah kat pasar ni. Takut aku udah le besar-besar semua anjingnya.


Lepas je tengok Tamparuli terus gerak balik ke KK semula. Sekali jalan jam pulak. Rupanya ada kemalangan maut. Isk.. kenapa le aku ternampak pulak. Orang tua nak melintas kot kena langgar dengan kereta sebab sebiji tu je terlibat. Sebab dah lambat tak dapat le nak singgah lunch mana-mana. Terus je pegi airport. Solat jamak dulu pastu baru makan. Lunch kat Asian Delight Cafe KKIA.

Masa tengah makan tu aku tak tahu le apa yang Batrisyia ragamkan. Tak nak tu tak nak ni.. last-last aku janji beli dia toys kat bawah tu baru dia makan nasi dengan ikan sweet & sour. Banyak pulak tu. Lepas dah makan sebab dah janji, aku beli jugak le dia bag sandang belakang angry bird. Nasib murah je.

Dah masuk departure hall, salinkan baju Batrisyia lepas tu solat Maghrib/Isyak sekali. Senang nanti tak payah nak pikir-pikir dah. Flight kami pukul 7.25 malam

Dalam flight tetap ada order food. Hehehehe.. Kali ni tukar selera order western pulak. Dahlan order spaghetti chicken bolognese , aku order beef stew. Oklah rasa dua-dua ni tapi sedap lagi nasi-nasi dia. Mesti chef dia pandai masak masakan Malaysia lebih dari masak western. Order jugak juice oren untuk Batrisyia share dengan Dahlan. Aku order extra mineral water. 

Budak ni lepas makan malan dia meragam. Geram sungguh rasanya. Siap baring-baring kat atas lantai. Jenuh betul nak sampai ke KL. Alhamdulillah selamat sampai rumah. Seronok jugaklah trip pegi Sabah ni sebab pegi sendiri tak payah pikir-pikir pasal orang. 

Kota Kinabalu Trip - Part 7

Sepanjang jalan-jalan di Sabah, Batrisyia duduk belakang. Happy dia dapat baring sorang-sorang kat belakang. Tapi betulnya aku risau gak dia duduk belakang sorang-sorang. Takut brek, dia tergolek jatuh. Alhamdulillah tak ada dia tergolek pun sepanjang kat sana.


Lepas habis shopping kat pasar, kitaorang terus perjalanan lagi nak ke Rumah Terbalik semula. Kali ni ikut jalan lain pulak. So nampak le entrance UMS ni. UMS ni dekat je dengan bandar. Nak lagi dekat ada satu area baru yang ada Tune Hotel tu. Lagi dekat dengan UMS





Sampai kat rumah terbalik fee dia RM10.00. Aku pun tak tahu apa menda ada kat dalam tapi since dah sampai masuk jelah tengok apa yang ada. Dahlan tak nak masuk pulak so aku masuk sorang jelah.







Kat dalam rumah terbalik tu kami tak dibenarkan amik gambar. Sebelum nak masuk salah sorang dari group kami kena pukul gong. Once gong dah pukul tak boleh amik gambar dah. Dalam rumah tu kecik je. Semua menda up side down. Tak ada le impressive sangat pun. Lepas tu aku rasa macam pening kepala duduk dalam rumah tu. Maybe sebab terbalik kan. Keluar je dari rumah sebaik pintu ditutup, dah boleh amik gambar. Berbaloi ke tak bayar RM10? Mhmm untuk sekali ok le kot. Lepas ni kalau datang Sabah lagi tak payah kot pegi dah sini. Kat dalam kawasan rumah terbalik ni ada jugak kedai souvenir dan cafe. Tapi mahal so tak payah le kot beli apa-apa.


Kota Kinabalu Trip - Part 6

Hari ketiga di Kota Kinabalu Sabah. Hari ni hari last dah di Sabah. Petangnya flight balik ke KL bertolak pukul 7.25 pm. Hari ni sebelum keluar breakfast pegi depan hotel tempat happening semalam sebab nak ambik gambar hotel dengan jelas dan nak amik gambar dengan kapal-kapal dan laut Sabah ni.

Ni le rupa hotel yang kami duduk selama dua malam di Sabah ni. Belakang hotel ni ada apartment under company yang sama rasanya. Aku baca review murah jugak sewanya. Keadaan tak tahu le. Tapi area ni nak pegi cari makan pun senang kalau tak ada transport. Jalan depan sikit dalam 100 meter boleh sampai Pasar Filipina dah.

Hard Rock KK kat tepi laut jugak. 

Jenuh nak amik gambar family sebab Batrisyia tak nak bangun.

Kata orang yang duduk kat KK ni, Promenande Hotel ni meyediakan buffet terbaik di KK. Aku makan breakfast buffet mhmmm.. rasa macam biasa-biasanya. Maybe dari segi pilihan agak banyak le kot tapi tetap tak boleh lawan pilihan breakfast kat Bandung. Superb beb. BTW gambar ni Batrisyia yang amik. Boleh tahan kan anak dara aku dah pandai amik gambar. Hehehehe... 

Budak gedik..last-last dia bangun jugak makan. Itu pun jenuh gerak dia bangun. Kedekut betul hotel ni. Aku nak tapau sikit untuk Batrisyia makan karang dekat atas pun dia tak bagi. Tapi Dahlan pun satu hal le. Aku dah cakap pack je sikit dalam tissue, tak payah nak tanya-tanya. Kalau tanya mesti le jawapannya tak boleh.

Lepas breakfast, mandi manda dan bersiap nak check out hotel dah. Check out lepas terus pegi Pasar Filipina lagi sekali. Mula plan nak jalan kaki je tapi pikir balik nanti nak kena patah balik amik kereta sebab lepas pegi pasar dah plan nak tengok Rumah Terbalik. Ok gini le susunan pasar ni. Kalau dari hotel tu mula-mula akan jumpa pasar buah ni. Punya le banyak buah kelapa muda. Dahlan teringin nak singgah minum so singgah le kejap. Duduk semeja dengan orang Sabah. Sekali uncle tu belanja pulak. Rezeki kami.

Sebelah pasar buah tu ada jual banyak keropok-keropok gini. Nama keropok tu amplang. Ada macam-macam jenis le. Amplang sotong,ikan, udang etc. Aku beli jugak bawak balik sebab sedap betul amplang ni.


Sebelah tu baru le pasar kraf. Kat pasar ni serius macam-macam ada. Mutiara melambak-lambak. Tak reti nak pilih. Lastnya aku beli juga subang mutiara dengan butang baju melayu untuk bapak. Dahlan pun beli jugak butang baju melayu. Pastu dia beli sekali tali pinggang kulit. Ntah iyer ke idak kulit betul tu.

Antara barang-barang yang dijual di pasar kraf. Tapi FM kat sini mahal sikit dari kat Pekan Nabalu. Tak tahu le kenapa. 

Kapal-kapal ni semua pun dekat je dengan pasar tu. Kalau ke depan lagi boleh terus sampai ke jeti Jesselton.