Wednesday, January 4, 2017

Hari Kedua Sekolah

Hari ni hari kedua aku cuti. Plan hari ni nak tengok dia dari jauh je. Dahlan tak cuti pun. Lepas je hantar kitaorang dia terus pegi kerja. Tengahari nanti je baru dia akan datang ambik aku. Hari ni dah tahu dah Batrisyia kelas mana. Sebenarnya semalam lagi dah tahu tapi dia yang confuse. Seperti yang aku jangka, Batrisyia memang duduk kelas Utarid. Kelas paling last dalam tahun satu. Aku dah agak sebab Batrisyia baca belum lancar. Memang aku yang betul-betul usaha ajar dia membaca. Alhamdulillah dari tak boleh baca rasa macam dah boleh baca walaupun merangkak-rangkak. Dah duduk dalam kelas Utarid, tak ada le buat Maths dan Sains dalam English. Bagus le juga. Kalau tidak, jenuh juga aku nak ajar dia.

Masa rehat nampak Batrisyia jalan sorang-sorang pergi kantin bawak bekal makan dan bekas air dia. Sian pulak aku tengok dia sorang-sorang tak ada kawan. Tapi sebab nak bagi dia berdikari aku tengok dari jauh je


Sekali dia nampak pulak aku curi-curi amik gambar dia. Hahaha.. kantoi dah mak. Terus dia sengih-sengih nampak aku. Bila aku dah datang, baru nampak Haidatul datang duduk dengan dia. Patut le tadi nampak dia sorang sebab Haidatul dah bukan sekelas dengan dia. Haidatul dapat masuk kelas DLP which is kelas Neptune. Lepas dorang dah masuk kelas semula aku keluar dari sekolah pegi jalan-jalan ke bank. Pastu tunggu Dahlan kat Starling sambil shopping kat Guardian dan Caring. Dah sudah shopping gi sekolah semula dengan Dahlan. 


Sampai sekolah patutnya hari Rabu deme balik pukul 1.00 lebih. Sekali masa aku sampai pukul 12.45pm dah ada dah budak-budak yang balik. Pelik sungguh. Rupanya teacher Ros silap tengok jadual sebab tahun ni jadual dah tukar. Deme kena balik lambat. Dah le jenuh mencari semua budak-budak kot ada yang keluar pagar. Aku pun risau le juga. Sebab pagi tadi dah pesan suruh tunggu pakcik dalam pagar. Sekali sampai tak nampak pulak batang hidung dia. Rupanya dia ada kat dalam sekolah lagi amik bekas air tertinggal dalam kelas. Aku suruh dia tunggu sampai pakcik datang. Bila pakcik datang, kitaorang suruh dia naik keta pakcik sorang-sorang dan aku dan Dahlan tengok dia dari jauh je. So hari ni misi praktis tu tak berapa berjaya sebab aku yang hantar dia pada pakcik. Esok nampaknya kena suruh Dahlan perati dari jauh masa dia naik keta pakcik.

Tuesday, January 3, 2017

Hari Pertama Sekolah

Nampaknya misi aku nak menyiapkan cerita Mebourne Trip sebelum akhir tahun 2016 tidak berjaya. Banyak benar halangan nak menyiapkan entry pasal Melbourne. Ada time, mood tak ada idea tak ada. Ada idea tak ada time pulak. Jadinya cerita Melbourne sambung jelah tahun ni. 

Pertama kali aku cuti hari pertama persekolahan. Merasa juga sama macam mak bapak lain yang sibuk amik cuti first day anak sekolah. Hari ni datang terlewat sikit. Dah ramai orang dekat dewan. Terus suruh dia duduk dekat barisan kelas dia. Rupanya stail sekolah ni, awal-awal sampai semua student kena pegi dewan dulu. Lepas tu baru dorang akan berbaris masuk kelas. Bagus juga cara ni ye. Senang pengawas nak tengok tak ada budak bergaduh ke apa ke. Aku jumpa Nina kat tepi dewan. Anak dia sorang dah tahun 5, sorang tahun 3. Besar dah. Dia saja singgah tengok kejap. Petang karang baru dia datang balik katanya. Tak sempat nak borak lama pun.


Bila semua student tahun 2 ke atas dah masuk kelas, last sekali baru le tahun satu masuk. Batrisyia masih duduk di kelas ikut abjad lagi. Dapat le dia jumpa Haidatul. Happy benar. Aku risau sebab ingatkan dia tak ada kawan. Ada Haidatul ni rasa ok sikit. Jumpa mak Haidatul terus minta nombor telefon kot-kot ada menda nak tanya.


Seharian duduk kat sekolah. Bosan juga tapi ada jumpa parents lain boleh le borak-borak dan berkenalan. Lepas rehat dorang kena masuk dewan balik. Untuk 2 bulan pertama ni masih lagi orientasi untuk dorang. So datang sekolah tak payah bawak buku teks semua. Balik tu, jumpa le Encik Badri yang akan hantar Batrisyia ke LC semula. Alhamdulillah lepas aku merayu-rayu kat teacher Ika, Batrisyia dapat transit kat LC lagi. Plan mulanya dia nak transit kat Umina pastu dia akan pegi kelas KAFA. Tapi bila aku tengok dia susah nak cope belajar, kesian pulak tengok. Bila nak buat homework, bila nak buat revision. Tu yang at last aku suruh dia pegi balik LC. Kat LC masih ada belajar ngaji dengan cikgu-cikgu sana. Aku naik kereta sekali dengan Batrisyia pastu tunjuk jalan kat mana LC. Jumpakan Encik Badri dengan teacher Ika. Pastu bawak je Batrisyia balik.


Sampai rumah lunch semua, Batrisyia tengah main-main boleh tertidur tak berbaju. Alahai.. sian anak aku.

Friday, December 30, 2016

Hari Orientasi Batrisyia

Tahun 2017, Batrisyia akan masuk umur 7 tahun. Dah masuk tahun satu dah anak aku. Besar dah kamu ye anak. Teringat hari kamu lahir kecik je. Nak bagi susu first time tak reti. Melalak-lalak menangis lapar sebab tak reti minum susu. Kelakar. Tup-tup dah masuk tahun satu dah.

Hari ni hari orientasi budak ni. Aku dan Dahlan sama-sama amik cuti sebab takkan nak lepaskan moment penting dalam hidup dia. Pagi-pagi dah bangun dan breakfast. Muka mengantuk dia.. aduhai budak ni. Camana nak pegi sekolah betul-betul minggu depan ni.

Sampai sekolah sebelum pukul 8.20 pagi. Orientasi start pukul 8.30 pagi. Rambut serabai sempat tidur dalam kereta padahal dekat je rumah dengan sekolah. Mula-mula kitaorang semua pegi dewan. Tengok list nama dia dekat kelas mana, pastu beratur amik file etc. 

Duduk dalam dewan kejap, pastu budak-budak ni kena beratur pegi ke kelas untuk amik test nak tentukan dorang ni duduk kelas mana dan boleh amik DLP atau tidak. Tahun Batrisyia ada pilihan nak amik Maths dan Sains dalam English atau dalam BM tapi tetap ditentukan dengan test ni nanti.

Sebab nama dia huruf B, test dalam kelas Neptune. Masa dorang test parents semua kena duduk dalam dewan dengar taklimat daripada cikgu-cikgu pasal Linus le, pasal displin le dan macam-macam lagi. Aku je yang sibuk dengar kot. Dahlan tak ada dengar pun. Habis dorang test, parents boleh bayar yuran PIBG dan boleh order baju sukan, name tag etc daripada cikgu. Masa aku sibuk nak membayar itu ini, masa ni le Batrisyia buat hal. Dia nampak Haidatul, kawan dia kat LC masa test tapi tak sempat nak tegur. Pastu dia ajak aku cari Haidatul. Masa ni Haidatul dah balik dah. Dok menangis-nangis sampai duduk atas lantai. Eee.. memalukan betul budak ni.


Petang, lepas Dahlan solat Jumaat bawak Batrisyia main kat Atria. Itu je cerita hari orientasi hari ni.

Monday, December 26, 2016

7th Wedding Anniversary

Today marked 7 tahun wedding aku dan Dahlan. Alhamdulillah walaupun hari-hari bergaduh, samapi juga usia melebihi 5 tahun ye. Hehehe

Tahun ni macam sibuk sangat dengan persiapan budak kecik ni nak masuk sekolah semua, jadi tiada le anniversary holiday. Kitaorang just buat simple celebration bertiga. Pegi makan-makan je di Bubba Gump Citta Mall.


Order menu-menu favaorite biasa je. Ingat nak try makan tempat lain tapi takut tak sedap. Sudahnya kalau tak Bubba Gump, Chillis je pilihan


Deko X-Mas kat Citta Mall ada snowman. Suka Batrisyia.

Friday, December 23, 2016

Melbourne Trip Day 6.3 (28.09.2016)

Balik dari Sofia Restaurant, kitaorang terus je balik ke hotel semula. Dari Flinders Station kitaorang amik tram sebab tak larat nak jalan kaki. Penat gila. Sampai hotel pukul 2.00pm. Rehat sekejap, solat pukul 2.30pm kitaorang keluar lagi.



Ni le rupa mesin myki tu. Boleh check balance dan tengok history juga. Kalau beli sekali naik je boleh juga gamaknya tapi aku tak tahu camana sebab memang dah beli siap-siap untuk seminggu ni.


Masa nak datang sini, suppose naik tram no 12 di Stop no 5 Colit St tapi ntah camana kitaorang ternaik salah side. So turun dekat spring dan tukar tram sampai le MCEC. Dari situ boleh nampak dah DFO cuma kena le jalan sikit menyusuri Yarra RIver untuk ke DFO tu




DFO sini tutup cepat. Ok salah. Bukan DFO je, banyak kedai-kedai sini semua tutup pukul 6.00pm. Ntah apa-apa. So tak sempat le nak tengok banyak-banyak sangat. Memang betul-betul rush cari barang.


Nak sangat beli jam Fossil. Terus cari Fossil outlet dan jumpa. Tapi tak de le murah sangat jam-jam sini. Sebab dah niat nak beli, beli jugaklah memandangkan jam aku dah pecah. So dapat le satu jam harga $134.95 (approx RM402.15). Balik KL aku tengok jam tu kat butik Fossil RM600+. Kira berbaloi le juga kan. Nak beli beg semua begnya mahal-mahal so cancel le beli. Pastu Dahlan kasutnya tercabut tapak, so kena le cari kasut untuk dia. Dia beli Skechers murah juga. Cuma $89.00 je. Pastu nak beli sunglass pulak sebab dah terpatah masa dukung Batrisyia. Dahlan beli juga sehelai baju kat Cotton On. $10.00 je. Serius murah baju-baju kat Cotton On tapi dah tak sempat nak membelek. Sudahnya Dahlan lagi banyak beli dari aku kan.


Selain daripada jam, aim aku nak beli parfume kat sini. Kat Chemist tak ada brand aku nak. Pulak tak jumpa outlet jual parfume. Dah le lagi 30 minit nak tutup. Kelam kabut cari. At last jumpa. Dah lalu dah kot masa sampai tapi tak perasan sebab outlet tu macam kecik je. Cepat-cepat grab parfume aku nak. Aku beli Elizebeth Arden Green Tea lagi untuk aku dan Shitah. Pastu beli juga Elizebeth Arden 5th Avenue. Dan beli satu parfume Britney Spears. Murah-murah sangat parfume sini. Masa nak bayar nampak le pulak lipstick pun murah. Try-try kalernya macam best. So aku amik 2. Orang tu kata, kalau jadi member beli 2 cuma $5.00. Serius murah. Terus sign up member. Free je. Dah habis borong parfume, cepat-cepat naik atas balik pegi Smiggle sebab dah janji dengan Batrisyia nak beli untuk dia. Masuk Smiggle, aku suruh dia beli beg ke, jam ke, headphone ke boleh dia amik colouring book. Ek eleh.. takat menda tu baik beli yang tak ada brand. Dah le harga $12.95 (RM38.59) tapi sebab Smiggle, ok le. pejam mata bayar je. Lagipun dah nak tutup nak pujuk beli menda lain pun dia dah tak nak.

Keluar dari DFO kitaorang ikut laluan lain. Ikut jambatan ni pulak sambil jalan-jalan menghirup udara petang ke senja di tepian Yarra River. Ada lagi satu agenda yang kitaorang nak buat kat area ni sebelum balik hotel.


Sebenarnya kitaorang nak tengok Crown Melbourne’s Gas Brigade show kat depan Melbourne’s Southbank. Location yang best duduk le atas jambatan dekat dengan Batman Park ni. Katanya show ni start pukul 6.00pm. Dan setiap sejam. Jadi tadi pukul 6.00 masih dalam DFO. Target nak tengok show tu pukul 7.00pm. Free je pun tengok menda ni

Batrisyia dah penat nak berdiri tunggu show. Jadi kami sama-sama lepak duduk atas jambatan. Orang lalu lalang lantak kan aje. 

Memang tepat pukul 7.00pm muncul le fireball tu. Terasa panas di kawasan tu. Best je tengok. Show je dalam berapa minit je. Jenuh tunggu lama. 


Habis tengok show, kami naik tram nak balik ke hotel, tetiba aku cakap dengan Dahlan, jom kita pegi Big W sebab awal lagi. Big W sini tutup pukul 11.00 malam. Big W ni lebih kurang macam Tesco le kot. Big W yang kitaorang nak pegi ni dekat Somerset at Elizabeth St. Ntah camana lepas turun dari tram tu macam berpusing-pusing mencari. Masa pegi GOR Tour hari tu nampak dah macam senang nak pegi. Bila malam rasa susah sangat. At last dah berpusing-pusing, jumpa juga. Memang senang gila tapi sebab malam, badan dah penat tu otak tak leh nak pikir.


Selain Big W, dalam Somerset at Elizabeth St ni ada Woolworths juga. Woolworths ni sama macam Coles le. Tak masuk pun sebab tak sempat walaupun kedudukan dia berdepan je dengan Biq W



Ni le Big W, Dalam ni pun ada jual Corelle yang murah gila. Berbaloi-baloi kalau berhajat nak membeli Corelle datang sini. Tapi aku tak ada hajat tu sebab design aku tak ada jual sini. Aku tak suka beli pinggan mangkuk design carca merba. Jadi tengok-tengok jelah.

Milo Australia tin besar. Mahal je aku rasa. Aku cuma beli tin kecik besar tin susu tu kat Coles sebab yang pertama aku rasa tin tu cute. Tu pun mahal juga. $4.00 satu tin kecik. Balik minum Milo Malaysia je udah le. Serius aku cakap best pegi Big W ni. Baju size aku murah-murah banyak. Aku beli satu jegging harga $5.00 je. Dahlan masuk sini pun beli buku lagi. Batrisyia pun pau buku juga.

Lepas habis shopping Big W, kitaorang jalan kaki je balik hotel. Rasa lapar singgah beli Crepe Sugar & Cinnamon. Aku nak beli Lord Of The Fries lagi. Aku pegi sorang je. Dahlan tunggu dengan Batrisyia depan stall jual crepe tu. Sekali sampai, Dahlan dah habiskan crepe tu. Cis.. sikit pun dia tak bagi aku rasa. 


Thursday, December 8, 2016

Melbourne Trip Day 6.2 (28.09.2016)

Lebih kurang sejam lepak tengok Brighton Bathing Boxes, kitaorang pun decide balik. Dah panas dah rasa kat tepi laut ni. Cukup le sejam lepak sini. Kali ni decide balik ikut Middle Brighton Station pulak. Senang je nak pegi sana. Kalau datang dari arah sebelah sana, kali ni ikut arah sebelah lagi satu. Nampak toilet ni kan, naik je atas



Dah naik atas ada lalu kawasan parking dia. Pastu kena keluar jalan besar balik yang laluan basikal yang sama.


Masa tengah jalan-jalan tu, boleh ternampak pulak ada satu kerusi di tengah-tengah laman menghadap laut. Macam syok je singgah makan-makan. So kitaorang pun berhenti le picnic kat situ. Serius matahari tengah atas kepala time ni. Tapi tak ada le rasa terik pun sebab udara dia sejuk. Cuma kitaorang dah tak pakai sweater dah le. Panas kot.


Berkelah simple-simple je. Apple tu beli dekat QVM hari pertama sampai. Dah nak balik baru le dapat makan. Serius kat sini macam tak ada masa sangat nak makan. Agaknya excited berjalan lebih. Malam balik bilik dah penat dah tak ada rasa nak makan. Oren tu pulak sampai ke Malaysia. Hahaha.. Selain daripada picnic makan buah, kitaorang makan coklat dan keropok-keropok je. Potato chips brand Coles. Sedap tau. Kat Coles tu ada macam-macam jenama potato chips. Pilih je yang mana berkenan di hati. Tapi baca le ingrediet dulu kot-kot tak halal pulak. Selain daripada brand Coles, satu lagi brand yang sedap Red Rock Deli. Brand tu kat Malaysia pun ada jual. Sepekat dalam RM12.00 camtu. Beli le perisa Honey Soy Chicken, ternyata lepas tu addicted sangat. Balik KL dah berapa kali aku repeat beli sebab teringin. Mujur mahal kalau tak lagi kerap beli gamaknya.


Kejap je kitaorang picnic tu. Dalam 20 minit je kot. Lepas tu kitaorang pun terus le gerak.  Seberang je jalan cari le simpang Wellington St. Kalau ikut Wellington St tu nescaya kome tak sesat. Best jalan kat sini sebab dapat tengok rumah orang kaya-kaya kat Melbourne. Betul-betul terasa jalan dekat Wisteria Lane dalam cerita Desperate Housewives. Budak Batrisyia ni merajuk sebab apa ntah aku tak ingat. Dia memang kuat merajuk masa pergi Austaralia tu. Salah sikit merajuk, salah sikit merajuk. Tu yang dia jalan menonong ke depan tu. Tapi tahu dalam pada tu dia takut sebenarnya. Bila tengok kitaorang jauh kebelakang, dia stop sekejap tengok-tengok kitaorang. Hahahaha.. tau takut jugak.


Dah lalu Wellington St tu, kena cross jalan masuk ke Carpenter St. Jalan terus lagi sampai le nampak roundabout, jalan terus lagi. Sampai depan tu sikit dah nampak dah deretan kedai-kedai. Jalan lagi sampai jumpa lagi satu roundabout, belok kanan ke Church St. Situ dah nampak le Brighton Town macam dalam video atas. Kena jalan lagi sampai hujung, boleh nampak signboard Middle Brighton Station. Senang je nak pegi. Best sebab dapat tengok town pulak. Seronok tengok town kecik-kecik macam ni. Terasa macam tengok dalam movie omputih


Brighton Town

Dah nampak dah Middle Brighton Station. Tapi nak cross terus tak boleh sebab ada halang. Kena cross kat traffic light juga kat depan sana nun.

Ikutkan tak ada le jauh mana nak jalan dari Brighton Bathing Boxes ke Middle Brighton Station ni. Tapi sebabkan kitaorang ni jalan sambil tengok sana sini, jadi setengah jam jugak le perjalanan dia.

Masa sampai dah ada dah train yang menunggu. Terus je masuk. Kali ni seat dia duduk bertiga. Eh seronok eh. Banyak seat macam ni. Kitaorang naik masih tak penuh pun. Dalam train dicuss pasal nak lunch kat mana. Tanya Dahlan nak tak rasa makan kat satu restoran yang famous di kalangan blogger-blogger Malaysia. Katanya restoran ni bukan le 100% halal tapi dia punya bahan mentah memang sumbernya halal. Jadi tepuk dada, pikir le nak makan ke idak. Terpulang masing-masing.

Nak pegi ke restoran tu kena turun di Richmood. Kemudian tukar tren ke Lilidale/Belgrave di platform 9. Masa pegi Tulip Festival hari tu aku dah ajak Dahlan makan sini tapi dia pening kepala le pulak. Kalau tidak senang je sehala. 


Naik tren ke Lilydale tu, turun dekat Camberwell Station. Senang sangat nak pegi restoran tu. Keluar je dari station, ke kiri. Panjat bukit ke jalan besar kemudian pusing kiri. Jalan sikit ke depan, seberang jalan tu dah nampak Sofia Restaurant.

Tu dah nampak Sofia Restaurant yang ada line hijo tu. Tapi jangan cross dekat sini macam kat Jalan TAR tu. Kang kena saman. Cross betul-betul dekat tempat yg disediakan. Jauh sikit tak pe. Asalkan selamat 




Masa masuk tu, aku tanya juga dekat waiter tu, betul ke chicken sini halal. Dia cakap everything halal here. Waiter tu pun cam orang Arab ke apa ntah. Kitaorang duduk je, aku ternampak ada tulis child dapat goodies bag. Aku pun cepat-cepat le mintak. Hahaha.. Tak malu kan. Dalam tu ada cekak, earing glow in the dark, pastu ada pewarna kuku untuk budak-budak ni main-main sambil mak bapak makan.


Menu dia ada juga le tulis bacon. Pork memang tak ada. Tapi kami masih was-was untuk amik dish yang ada bacon tu wakaupun waiter tu cakap everything halal katanya. Jadi kitaorang order large spaghetti marinara ($16.90 approx RM52.64), small hawaian chicken pizza ($9.90 approx RM30.84), ice coffee ($4.50 approx RM14.02) dan hot chocolate ($3.50 approx RM10.90). Total makan cuma $34.80. Cher jangan convert, memang murah bebenor. Dah le portionnya selambak. Kitaorang makan bertiga tak habis. Sudahnya habiskan spaghetti je, pizza kitaorang tapau. Aku kan sentiasa bawak tupperware kat Melbourne ni. Senang nak tapau