Wednesday, January 2, 2008

LSSB Exchange Gifts

Ni sambung cerita pasal shopping hari tu ler. Punya le penat nak cari hadiah sempena majlis tukar-tukar hadiah ni. Aku dapat nama Kak Yati. Actually tak ada le susah sangat nak cari hadiah untuk Kak Yati sebab dalam mind aku dah ada lah idea cuma bab price range yang ditetapkan ajelah. Price range kena antara RM10-15. Aduhhh... payah betul. Aku memang plan nak bagi Kak Yati sama ada clip rambut atau accessories apa-apa le, atau baby t-shirt atau frame gambar. Tapi frame gambar yang aku berkenan semuanya harga RM40 ke atas. Dah lebih banyak sangat pulak. Kalau takat RM20-25 okay le lagi. Mula-mula aku berkenan giler dengan jam tangan satu tu. Tapi murah sangat le pulak. Cuma RM9.80 je. Lagipun takkan le Kak Yati nak pakai jam macam tu. Macam budak-budak aje. Cari punya cari last-last aku jumpa le clip rambut yang berkenan di hati kat Bonita. Harganya boleh tahan le mahal tapi sebabkan ada discount yang banyak dapat le harga dalam range-range tu. Cuma lebih sikit jelah.

Ni le rupa jam yang aku suka sangat-sangat tu. Last-last beli juga tapi beli untuk diri sendiri. Yang bawah tu clip rambut yang aku beli untuk Kak Yati.

Hari ni baru le kitaorang dapat nak buat majlis tukar-tukar hadiah. Suppose nak buat 31.12.2007 hari tu tapi aku dengan Ms Lim kena pegi Subang untuk year end stock take so postponed le ke hari ni. Tapi Miss Lim tetap cuti. Sebabkan kitaorang dah tak nak tunggu, kitaorang teruskan juga ler majlis ni. Cuma Kak Rad jelah yang tak dapat lagi sebab Kak Rad dapat daripada dia.

Ni masa upacara tukar-tukar hadiah. Aku bagi pada Kak Yati dan dapat hadiah daripada Kak Rad.

Ni le hadiah yang aku dapat daripada Kak Rad. 2 biji tupperware yang memang brand TUPPERWARE. Hehehe.. Cam perli je Kak Rad ni. Tau le aku selalu bawak bekal dari rumah. Tapi selalu aku guna disposable container tu je. Agaknya dia selalu nampak aku guna yang buruk camtu, tu yang dia bagi aku tupperware betul tu. Thank you.. Aku suker...