Tuesday, January 1, 2008

Happy New Year 2008

Happy New Year 2008!!! Tahun baru datang lagi. Bye-bye 2007. Apa azam tahun baru aku yer? Mhmm... Tak nak ingat yang sedih-sedih dah ler. Tutup buku tahun-tahun lepas yang menyeksakan dan aku harap kedatangan tahun baru ni banyak perkara yang baik-baik akan berlaku dalam hidup. Contohnya dapat 3-4 bulan bonus ke, dapat naik gaji banyak ke, dapat bf baru ke.. Hehehe.. Amin... Harap-harap dapat ler..

Tu bukan azam tu. Tu harapan untuk tahun baru. Azam.. apa ek.. tak fikir lagi le. Nak kata nak diet.. macam malas je walaupun dah kena sound dengan doktor hari tu. Alahai.. tak larat le aku nak makan ubat tu. Tak boleh tidur dibuatnya. Side effect yang lain-lain aku masih boleh handle tapi bila bab tak boleh tidur ni susah sikit le.

Aku ingat aku tak nak buat azam tahun baru 2008 le. Aku nak buat azam Maal Hijrah 1429. Ok kot kan. Ada lagi 10 hari aku nak fikir apa yang aku nak sempena tahun baru. Anyway.. Tak ada sedih-sedih tahun ni dah. Tak nak ingat semua kisah lama. Jadikan pengalaman sebagai panduan hidup supaya lebih berhati-hati. Insyaallah..