Saturday, July 12, 2008

LSSB Team Building - Part 2

Ni masa acara ice breakers. Masuk sana belit sini. Terbau jugak le ketiak busuk.. Rasa-rasanya semua orang tahu kot sapa yang tak mandi dan badan berbau kat dalam group ni.

Tapi tak sangka pulak group kitaorang yang perempuan semua ni yang first sudahkan aktiviti ni. Rasanya sebab Yati memang teror bab masuk sana silang sini ni. Hehe.. Kak Aspa je tak ada dalam group ni sebab awal-awal lagi kitaorang dah tolak dia pegi group lelaki . Dia kan superwoman.

Ni pulak masa satu aktiviti tu dalam group 14 orang satu kumpulan. Pastu dia tanya sapa rasa dia paling besar so aku ke tengah le sebab aku rasa memang aku paling "comel". Hahaha.. Rupa-rupanya nak kena angkat. Eeee.. tak nak le sebab takkan nak bagi budak-budak jantan angkat aku. So diaorang suruh buat group perempuan semua. Aku dah cakap confirm le perempuan tak boleh angkat aku tapi si instructor tu degil le. Suruh juga. Sekali gedebuk jatuh macam nangka busuk.. Mula-mula gelak bagai nak rak. Lepas bangun terus menangis sebab sakit sangat. Nasib tak ada yang patah.

Acara membentuk kumpulan. Aku kumpulan Synergy yang mana ketuanya Shahrizal. Sapa sangka dalam group ni dah le semua besar.. dan ada 2 orang veteran tapi kitaorang boleh menang keseluruhan. Dalam picture atas ni ahli-ahli groupnya. Belakang dari kiri Ishak, Benny, Lorna, Eddie, Peter, Ismi, Zul. Bawah dari kiri Shahrizal, Fiza dan Rusli.

Mummy pakai topi. Hehehe.. Lupa nak bukak masa start balut sebab kelam kabut. Rusli le ni bagi arahan tak tepat.

Acara petang buat kat tepi pantai yang sungguh le buruk pantainya. Ni acara spider web. Tengah pikir boleh ke lepas nak masuk dalam lubang-lubang tu.

Acara ni pulak namanya obstacle. Mr Benny terror giler menyusup bawah tali ni. Yelah nama pun bekas polis. Aku pun terror gak. Terror pegang kayu dan bagi arahan nak merangkak sebelah mana. Huhuhu..

Yang ni acara terakhir untuk petang ni. Namanya maze. Kena ingat mana-mana kotak yang boleh dipijak. Yang peliknya masa kat luar macam boleh ingat je tapi bila dah masuk dalam kotak tu terus blur nak pijak yang mana yang tak ada bom. Panik ke apa entah le.

Malam pulak nama acaranya charades. Ni memang aku terror ler. Sebab pasal filem-filem.

Pagi ahad acara yang paling best. Nama gamenya Tsunami! Tsunami! Tsunami!. Kitaorang main macam tak ingat dunia. Macam budak-budak terjerit pekik.

Dah abis dah team building 2008. Keseluruhan consider ok le. Tak ada le aktiviti yang teruk sangat. Tapi balik-balik dari team building seluruh badan semua sakit-sakit. Tahan jelah..