Rasanya lama betul nak tunggu sampai ke hari team building ni. Bukan sebab excited tapi sebab menyampah. Dah le kena beli baju baru, kasut baru, track bottom baru, pastu kena pulak buat aktiviti-aktiviti yang memang aku tak gemar dari dulu. Pastu tak ada cuti pulak minggu ni. Eeee.. nyampahnya.. Tapi nak buat camana dah kata wajib kenalah pegi juga. Opss.. Lupa plak nak cita. Sebelum pegi semua orang dapat baju. Cuma aku, Lorna, Sara dan Kak Rad je yang tak ada baju. Kak Rad tak pelah sebab dia ponteng. Jenuh chase En. Syed nak dapatkan baju tu. At last hari Jumaat petang dia hantar jugak baju kitaorang tapi lain dari orang lain. Tak pelah. Asalkan ada.
Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Awal pagi lagi lebih kurang pukul 7.30 aku dah sampai USJ office. Pagi-pagi dah bergaduh dengan guard kat sana. Sebabnya dorang paksa aku parking keta masuk bontot dulu. Aku kata suka hati aku le nak parking camana asalkan aku parking kat tempat yang betul. Bukannya aku tak parking tempat yang betul. Bodoh punya undang-undang. Kat mana-mana pun aku parking macam tu tak ada pun polis saman. Si Wahid mangkuk je yang bodoh buat undang-undang macam tu. Bengang giler aku..
Mati mood pagi-pagi dah kena camni. Cool Ismi.. cool.. Jom ambik gambar dulu bagi mood datang balik. Ni semua girls kat Rohas yang join team building hari ni. Kecuali Kak Tini ler. Dia dah separuh-separuh. Dah bukan 100% base kat Rohas.

Baru turun dari bas. Panas giler. Muka masing-masing terkenyit-kenyit tahan panas. Jeff yang tukang ambil gambar wat lawak pulak. Jenuh maintain cun..

Sampai-sampai je terus ada tea break. Ada mihun, sandwich dan kuih lopes. Lepas tu sesi bagi kunci bilik. Aku suppose satu bilik dengan Fara tapi Fara tak datang. Kak Aspa pulak dengan Kak Su. Aku tak nak tido sorang so aku ajak Kak Aspa satu bilik dengan aku. Mula-mula kitaorang dapat bilik 518. Siap dah ambik-ambik gambar, dah minta extra bantal. Sekali Yati call aku. Suh tukar dengan Kak Su sebab bilik Kak Su dengan bilik dia dan Kak Yati ada connecting door. So aku pun pegi le ketuk bilik Kak Su. Cakap dengan dia nak tukar bilik dan borak le lebih kurang. Nasib baik Kak Su bersetuju dan kitarorang duduk le bilik 521 sebelah bilik Yati dan Kak Yati yang mana last-lastnya bilik kitaorang jadi tempat melepak.