Tuesday, November 4, 2008

Dear Diary

Last weekend aku pegi rumah Nyah. Malam tu aku tengok Caca tertidur kat atas lantai tepi kerusi malas bapak dengan buku dan pensel. Nyah cakap dia memang hari-hari akan tulis buku tu ibarat buku tu macam diary dia. Wah.. baru umur 8 tahun dah pandai ada diary ke. Aku tertanya-tanya juga apa yang dia tulis sebab Nyah cakap tiap kali dia cakap phone dengan abang Majid dia akan bawak buku tu dan mengadu macam-macam. Memandangkan dia dah tidur, aku pun ambik le buku tu. Tak ada apa pulak dia tulis. Dia cuma lukis-lukis je gambar princess pakai dress. Dia berangan tu dia le kot. Agaknya diary luahan hati dia, dia dah simpan dan sorok kot. Hehehe...

Cita pasal tulis diary ni, aku rasa diary pertama aku masa aku darjah 5. Masa tu umur aku dah sebelas tahun dah le. Dah pandai le kot meluahkan isi hati. Tapi bila aku bukak balik diary tu, tak ada menda pun luahan hati. Yang ada cita bangun pukul berapa, makan pukul berapa, tidur pukul berapa, buat keja rumah apa, makan lauk apa dan seumpamanya.

Bila dah masuk sekolah sekolah menengah baru le aku pandai menulis pasal luahan hati dan perasaan. Rasanya every year aku memang ada diary. Sebelum tidur aku memang suka menulis hal yang berlaku dan bercerita tentang hati. Habit ni aku buat sehingga le aku dah masuk UPM dan dah keja. Bila bukak kotak.. banyak diary aku. Boleh buat koleksi. Dan bila baca balik rasa nak gelak ada, rasa nak nangis pun ada.

My favorite diary dari dulu sampai sekarang. Dah naik lunyai sebab aku rajin baca semula. Diary tahun 1993 masa aku form five di Bainun. Kat dalam diary ni ada gambar 4U2C. Hehehe.. masa tu aku kan gila sangat dengan 4U2C especially Joe. Kat belakang pulak ada gambar Faridzuan Che Hamid, pemain bola Kedah masa tu. Aku kerat dari newspaper dan tampal. Ntah apa le yang aku berkenan sangat dengan Faridzuan masa tu.

Ni antara collection diary yang aku suka baca semula dan gelak bagai nak rak sendiri. Diary tahun 2001, 2002 dan 2003. Selepas tahun 2003 aku masih ada diary tapi dah tak ada luahan hati. Yang ada minutes meeting, things to do pasal keja etc. Kiranya dah 5 tahun aku dah tak ada diary luahan hati. Sekarang kalau nak meluahkan perasaan kat blog je. Tu pun benda-benda yang tak berapa secret. Yang secret-secret semua luah kat DIA je.