Sambungan dari entry mini gathering hari tu. Aku dan Aidee dah plan kalau Eileen jadi datang gathering kali ni wajib amik pix berempat macam dulu-dulu. Dan memang dapat le direalisasikan kali ni sebab buat pertama kali selepas 18 tahun, kitaorang dapat berkumpul berempat. Sebelum-sebelum ni selalu sama ada aku tak ada atau Eileen yang tak ada. Position mesti sama dengan koridor sekolah. Pose pulak.. Eileen dengan Yus sama. Aku dan Aidee dah lupa camana pose kitaorang sebab rasanya pix tahun 1991 tu kitaorang dua menahan gelak tu. Pix tahun 1991 masa kitaorang form 3A4. Lepas SRP, Eileen dah pindah sekolah. Yus dan Aidee satu kelas. Aku tercampak kat kelas lain2009 - Eileen sorang je yang dah bertaubat. Yang 3 orang tu ntah bila lagi ntah. Hahaha.. Eileen, English teacher kat KK. Anak 3 orang. Sorang laki dan dua perempuan. Married to Abang Kim, senior kitaorang batch 8791. Lama wo dorang bercinta ni since form 2. Aidee, now kat JB. Keja satu office dengan hubby. Apara Aidee. Tak berkembang langsung. 1 son dan dah plan nak menambah tu... Hehehe.. Yus plak masih kat Klang Valley. Kawin dengan Abang Lon, juga our senior sama batch dengan Abang Kim dan ada seorang anak laki gak. Aku.. single lagi. Sapa nak leh hantar borang. Hahaha.. promote.. promote..