Update pasal farm aku.. hehehe.. currently aku dah level 26 tapi coins sikit le. Camana le nak kumpul beli rumah ni. Huhu.. Rumah tu dah le rege 300,000. Mampos nak membelinya. Tengok le nanti bila internet kat rumah dah ok aku nak 24 jam mengadap farm aku. Aku nak beli mansion jugak. Hahaha. Talking about mansion, salah sorang dari my friend kat facebook dah mencapai level 34. Kira abis tinggi sebab menurut kata dia tak ada lagi orang level 35. Dia pun dah beli mansion. Huhu.. pakcik kayo.. Aku betulnya banyak gak cilok idea farm dari dia. Opss.. lupa plak nak kredit nama dia. Nama dia Azri. Junior aku kat Benun dulu. Penah kelas sebelah sebelah masa aku form 3 dan dia dorm 2. Kira dia my inspiration le untuk game ni. Tycoon le katakan.. Hehehe.. Ni aku upload picture mansion dia. Nak upload picture penuh-penuh tak nampak le. So kena online baru best tengok farm dia. Lawa gilos le farm mamat ni. Camana dia dapat idea pun tak tahu le aku.
Mansion yang rege sejuta.. Huhu.. Kaya.. kaya2nd update.. hehehe betulnya ni patut cerita dulu sebab yang ni benda real tapi sebabkan addicted aku terhadap farm town tu dah melampau tu pasal le kena cita yang tu dulu. Aku dah turun berat hampir 10 kg selepas 2 bulan diet. Yahoo...!!!!! Tapi tak cukup tu sebab slow le. Tak pelah. Pelan-pelan kan. Size seluar dah turun 4 size tapi baju 1 size je. Ala.. naper le aku susah betul nak turun bahagian atas.. Stress tau.. Pelan-pelan le kan. Nak buat camana. Dulu aku pegi slimming centre pun bagai nak mampos turun ni pulak tak ada pegi mana-mana coursekan. So bersabar le..