Sunday, February 28, 2010

Ely's Engagement

Hari ni Ely bertunang tapi kitaorang dah balik kampung since hari Jumaat lagi memandangkan hari Jumaat public holiday sempena Maulidur Rasul. Hari Jumaat hari tu tak ada le buat keja banyak sangat. Carpet dah siap bentang dah. Khemah dah pasang. Kerja yang tinggal nak siapkan hantaran dan bilik je. Tapi nyah gatal nak jugak suruh pasang kain ni beranda so aku kena gak le pasang. Terkial-kial pasang menda ni. Huhu..

Hari Sabtu bila semua barang-barang makanan dah dapat baru le siapkan hantaran. Tak susah sangat pun cuma punjut je kuih-kuih dan susun cup cakes je. Tapi punya le jenuh nak susuh cup cakes tu sebab bekas serba tak kena. Last-last kena bagi bekas kaca.


Dah siap buat semua hantaran baru le buat bilik pulak. Sampai tengah malam menyudahkan buat bilik ni. Barang-barang semua recycle balik masa aku kawin dan nyah kawin. Yang baru cuma lampu tidur dan bunga kat meja solek je

Ni le gifts untuk hari ni. Kotak-kotak coklat untuk family Godapi. Coklat dalam uncang untuk semua tetamu. Potpourri plak untuk tetamu yang bersalaman dengan Chu Ma.

Gambar atas hantaran dari kitaorang pada lelaki. Ada tujuh dulang yang kebanyakkannya makanan je. Yang gambar bawah plak pisang dengan gula kabung yang dah dibungkus lawa-lawa. Buah tangan untuk family Godapi jugak.


Wan Chu Ma dimake up kan oleh Hary jugak dan Hary datang lambat jugak.. Huhu.. Tapi tak pelah sebab sempat je siap sebelum majlis bermula. Nasib le family lelaki lambat. Tapi lambat-lambat dia pun hasil keja dia memang lawa. Berubah muka Ely. Nampak cantik sangat lepas kena make up.

Sempat le kitaorang amik gambar dengan Ely sebelum majlis bermula. Dari kat ruang tamu ke dalam bilik pulak. Hehehe..

Lepas tu dua orang ni nak interframe gak. Tak puas gamaknya bergambar masa kawin ritu. Romantik tak aku dengan Dahlan?


Pukul 11.45 baru le family lelaki datang. Lambat sampai 45 minit. Patut janji datang pukul 11.00 pagi.

Nasib baik le bincang tak berapa nak lama. Dorang setuju akad nikah pada 5hb June 2010. Majlis kenduri 6hb June 2010. Sebelah lelaki pulak 12hb June 2010 yang akan dibuat di Kelantan. Hantaran kawin RM6,482.00 sempena birthday Ely. Mas kawin pulak RM501.00.

Ely kena cium dengan bakal mak mertua. Yang kelakar tu aku tengok bakal MIL dia pun ketor masa nak sarungkan cincin dan tabur bunga rampai. Hahahaha.. Lawak sama-sama ketor. Nasib baik le ada sedara dorang yang tunjuk camana nak tabur bunga rampai tu.

Lepas dah selesai upacara sarung cincin, maka ke agenda seterusnya yang paling aku suka iaitu makan. Hehehe.. Kali ni tak ada tunggu makan last dah sebab dah ketor. Menu hari ni sedap. Nasi hujan panas, ayam masak merah, gulai pisang ikan masin, ikan bakar dengan air asam dan daging masak hitam. Dessert ada buah-buahan dan koi sampan. Sedap koi sampan tu.. tengok Iman sampai gigit sudu sebab tak cukup makan..

Ni pulak sesi makan-makan untuk orang makan last. Kak Semah, bapak dan Ely. Siap ada ayam bulat lagi. Kak Semah makan sensorang je sekor ayam tu. Dua-dua gambar ni Iman yang ambik lepas dia meragam nak pancakes.