Bukan aku je dah terjebak dengan offer deal deal ni.. kali ni Dahlan plak. Hahahaha.. dia tengok offer deal dari Groupon untuk 50% off kat The Manhattan Fish Market so dia beli. Yeah.. dapat makan.. Kitaorang pegi branch kat IPC
Sebelum makanan sampai kena bergambar dulu. Aiseh.. Batrisyia pejam mata le pulak. Suruh bapak ambik lagi, dia dah tak nak amik dah. Malas nak layan karenah aku le tu.
Batrisyia main cucuk-cucuk empin masa tengah tunggu food sampai. Hehehehe.. Lawak betul dak ni main cucuk diri sendiri.
Offer Groupon untuk The Manhattan Fish Market ni ada 3 jenis. Semua 50% off. Yang pertama Giant Fried Platter sahaja. Kedua Giant Fried Platter dengan 2 gelas Tropical Breeze. Satu lagi Giant Fried Platter, 2 gelas Tropical Breeze dan 2 Chowder Soup. Dahlan beli Giant Fried Platter je sebab dia nak order air panas.
Ambik kau selambak dibaginya. Ada ikan, udang, sotong dan cendawan goreng tepung semua diserve dengan Garlic Herb Rice dan fries dan sikit sayur. Nasi tu sedap. Batrisyia pun makan banyak. Batrisyia makan nasi dengan ikan dan brocolli tu sikit. Sedap rasa makanan ni cuma banyak-banyak terasa sikit mual sebab semua pun deep fried salut tepung kan. Air pulak mula aku nak order smoothie sekali mesin air rosak plak. Air yang ada semua fountain drink dan air panas je so tak jadi le aku order air. Dahlan pulak mula-mula nak order latte tapi aku racun dia suruh order offer add on tu. Black coffee dengan mud pie cuma RM7.90++. Kalau mud pie je dah RM7.90++ campur coffee RM5.90++ dah berapa kan. Latte tu pulak RM6.90++. So berbaloi kan dapat dessert lagi. Hehehe..
Mud pie dia wallah... sedap. Chocolate cookie ice cream top dengan nuts dan chocolate syrup. Tapi sayang tak ambik gambar sebab dah kenyang sangat-sangat so kitaorang tapau dan makan kemudian. Kitaorang makan kat depan Ikea. Nasib masa makan tu masih sejuk dan keras. Cair sikit-sikit je tapi memang sedap.
Batrisyia dah kenyang! Tu yang asyik isap botol ayor dia je. Botol tu baru beli minggu lepas. Tak berapa pandai lagi dia minum pakai botol tu. Kena tolong dia. Lepas minum dari botol, tek pulak pastu dia zzzzz... selamat. Senang nak jalan-jalan.