Monday, October 24, 2011

Birthday Party Batrisyia 2

Baru ada kesempatan nak update pasal birthday party Batrisyia Sabtu lepas. Gambar pun dari merata-rata sebab memang tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak. Harapkan cameraman aku, lepas amik satu video je terus dia pegi makan lepas tu tak ingat hapa dah. Huhu.. So tima kasih banyak-banyak pada penyumbang gambar-gambar ni. Yati dan akak aka Diamond Honey.

Ni jelah deco birthday yang aku mampu buat. Suppose ada belon kiri kanan tapi ntah camana masa dorang pasang asyik pecah je so tak ada le belon yang menunjukkan suasana party tu.

Food hari ni nasi tomato, ayam masak merah, pajeri nenas, papadom, fries, coleslaw, nugget, mango puding (ikhsan Ely), cucur badak (ikhsan Nyah), carrot cake SR (ikhsan Kak Hariati), ada choki choki dan lolipop. Semua food homemade tau. Jenuh le jugak memasaknya. Dari hari Jumaat dah start masak memasak. Meja dessert tak ada gambar. Gambar makanan ni pun dari lensa akak. Patutnya dah buat hi tea tak suppose masak nasi tomato kan tukar timing dan date short notice jadi menu susah nak tukar memandangkan aku dah beli dah barang-barang nasi tomato so terpaksa le proceed je.


Ni le kek birthday Batrisyia. Gigih tu cari kek nombor 1. Sekali je dapat merasa kek bernombor 1 pasal tu aku susah payah cari gak sampai jumpa. Kek ni chocolate moist yang ditempah dari Auntie Nor kat Kelana Jaya. Lama tu aku dah tak tempah kek dari dia. Nasib dia masih buat dan pastinya kek dia masih sedap dan murah.

Tetamu yang datang pulak Yong, Nyah, Ely (orang kuat aku ni, siap ada meeting-meeting lagi hehehe) dan Wan. Belah Dahlan June datang bawak Bapak, Azhar dan Adi sekeluarga. Kengkawan pulak sempat le bergambar lepas satu group ke satu group.


Kak Yati yang datang dengan maid dia dan Yati datang sekeluarga.


Bainunians. Ely pun boleh kira sebab dia sekolah sana 2 minggu. Hehehe..


Kelly yang datang single. Orang suruh bawak bf dia cakap bf dia banyak sangat tak tau nak pilih mana satu nak bawak. Huhu..


Ni pulak geng rumah sewa masa kat UPM Serdang. Terima kasih semua sebab sudi datang. Maaf le apa-apa yang terkurang yer. Pertama kali buat party banyak sangat kecohnya.



Birthday girl dah terbongkang sebelah hadiah so terpaksa le mak yang bukak semua hadiah-hadiah yang Batrisyia dapat.


Ni semua hadaiah yang Batrisyia dapat. Banyak Batrisyia dapat baju baru. Terima kasih bagi hadiah pada Batrisyia.


Birthday girl dah bangun tidur dah. Kejap je tidurnya. Bangun-bangun terus terkam hadiah-hadiah dia. Suka dia selongkar-selongkar semua bagi sepah-sepah.