Hari ni aku ada gathering dengan Aidee, Romy, Yus dan Arnie kat One Utama. Lama gak le kitaorang melepak kat Teh Tarik Place tu. Dah petang baru Dahlan datang. Dinner Dahlan belanja aku sempena birthday ritu. Dia belanja kat New York New York Deli. Memang ni le first time makan kat sini. Selalu tengok-tengok gambar menunya nampak macam menarik jugak.
Sebelum makan amik gambar dengan dak tecik ni dulu. Suka sangat sengih sengih sampai pejam mata gitu.. apa le Batrisyia ni.
Tengok mana rupa Batrisyia makan fries. Di isapnya nyer fries tu pastu dia buang bawah. Memang macam tu le tiap kali makan dan setiap kali meja kitaorang le paling bersepah bawahnya sebab Batrisyia suka buang-buang makanan dia kat lantai. Huhu..
Kitaorang order burger besor ni, Hoho.. burger ni boleh makan 4 orang tau. Tapi sebab nak try belasah je. Last-last tak abis tapau bawak balik rumah.
Walaupun tak abis makan burger tetap nak order dessert. Hehehe.. Rasa makanan kat sini pada aku biasa-biasa je. Maybe sebab kitaorang order burger tu rasa dia biasa le. Next time kalau nak cuba lagi tak nak le order burger dah. Order lain pulak.