Wednesday, February 8, 2012

Balik Kampung & Kenduri Tahlil

Minggu ni balik kampung. Dah lama sangat tak balik sejak raya puasa dulu. Kali ni balik sebab nak buat kenduri tahlil untuk arwah mak. Kitaorang balik kali ni naik ETS sebab kereta ada problem sikit. Belum sempat nak hantar betulkan. Hari Khamis lepas keja aku beli tiket ETS Gold. Nasib ada lagi. Beg baju kitaorang semua dah hantar balik awal ikut Ely pasal dia balik hari Jumaat malam. Nasib ada tukang bawak. Kalau tak jenuh jugak nak angkut beg bagai.


Pagi-pagi Sabtu dah keluar rumah dah. Dahlan mula ajak nak LRT. Aku cakap dari naik LRT baik naik cab terus pegi KL Sentral sebab costnya sama je. Aku ajak dia naik bas. Saja le syok-syok adventurous le sikit kenkonnnya. Batrisyia first time naik bas muka dia blur semacam je. Pelik agaknya. Pastu sampai KL Sentral, menyesal pulak naik bas sebab dari bas stop tu nak jalan ke dalam KL Sentral jauh. Jauh tu aku tak kisah tapi habuk banyak sebab dorang tengah construction. Kesian kat Batrisyia. Sampai berair mata dia. Kalau aku tahu, takkan aku ajak Dahlan naik bas. Sampai KL Sentral kitaorang pegi breakfast dulu sebab tiket nyer pukul 10.45 pagi.


Dah dekat pukul 10.45 pagi kitaorang tunggu le nak turun ke platform tapi delay sikit seminit dua. Masuk je dalam ETS ni macam teruja sangat. Hahaha.. macam le tak penah naik ketapi. Padahal hari-hari ko keja naik ketapi kan. Hehehe.. tu LRT bukan ETS. Lain..lain. Batrisyia pun cam suka je. Dok panjat sana panjat sini. Nasib kitaorang dapat duduk depan sekali dalam koc tu kira lapang sikit le bahagian depannya. Pastu dah jalan lama sikit Batrisyia pun nak tek dan tidur sampai le dah dekat sampai Batu Gajah baru dia bangun. Senang kan bawak dia jalan. Asal ada tek je dia boleh tidur.


Sampai Batu Gajah dah dekat pukul 1 petang. Janjinya Tikah dan Pidah akan ambik kitaorang. Dorang pastu akan pegi ke Sunway City Ipoh bermandi mandi. So plannya, dorang datang dua keta, keta Tikah/Pidah dan keta Ikram. Keta Ikram kitaorang bawak balik Bota. Dorang mandi manda naik satu keta je. Nasib le deme datang lambat sikit kalau tidak jenuh jugak menunggu sebab panas betul.


On the way nak sampai rumah, kitaorang singgah lunch dulu kat KFC Sri Iskandar. Lepas tu aku ajak Dahlan pegi gunting rambut yang dah macam hapa dah rasanya. Murah je aku gunting dan colour dan treatment cuma RM60 je. Hehehe... Lepas tu singgah Tesco (Bota dah ada Tesco) jap sebab nak beli air. Dahlan sempat buat spek lagi. Mula aku nak buat jugak sebab ada promotion. RM100 je tapi tak ada frame yang aku berkenan so cancel. Dahlan sorang je buat.

Sampai rumah dah dekat pukul 4.00 petang. Pastu terus kena tolong siap-siap masak sebab kenduri Tahlil esok pagi pukul 11.00 pagi. Takut tak sempat nak masak esok so pilih menu yang boleh masak awal.


Ni le menu kenduri Tahlilnya. Ada gulai tempoyak, masak tempoyak, rendang ayam, sambal tumis udang petai, ikan masin dan ulam-ulaman. Dessertnya ada congo bar Nyah buat


Baca yassin dan tahlil start lebih kurang pukul 11.00 pagi. Tapi aku tak dapat baca sama sebab Batrisyia meragam so kena bawak dia jauh-jauh supaya tak ada ganggu orang lain baca yassin. Iman tanya aku kenapa yang tak baca doa sama. Hehehe.. aku jawab Batrisyia nangis macamana nak baca sekali. Pastu aku tanya kenapa Iman tak baca sekali. Dia jawab dia tak tau baca. Aku suruh dia duduk je dekat Nyah ikut-ikut orang baca tapi masa dia nak pegi tu dah penuh susah dia nak jalan so lastnya kitaorang duduk le berempat kat bilik TV. Iman dengan Malik main game. Batrisyia tak abis-abis tek.


Lepas abis baca yassin makan time. Kali ni senang sebab buffet stail untuk lelaki dan perempuan. Tak payah nak berhidang. Pastu lagi senang sebab Nyah bawak maid baru dia balik sekali. Senang sangat sebab Umi ni rajin jugak membasuh dan memasak semua. Pastu suruh makan asyik nanti, nanti je. Jaga badan agaknya maklum le orang muda kan. Hehehehe..


Batrisyia tak nak makan macam biasa. Bagi ayam rendang dia buang. Timun je dia makan. Apa le budak ni. Baru dapat tengok dia pakai baju kurung raya ni lawa-lawa. Masa raya ritu dia demam so kejap sangat pakai baju kurungnya. Tambah lagi masa tu dia belum boleh jalan so tak cute sangat. Sekarang dia dah jalan laju abis satu rumah dia ronda. Petang ajak kitaorang main dekat laman. Happynya dia balik kampung.

Petang pulak sessi massage untuk mak-mak orang ni. Hehehe.. eh ely pun ada massage jugak so kiranya sesi massage untuk isteri-isteri le dengan bidan Timah. Kak Semah je tak massage sebab tak cukup masa.


Kat kampung semua orang melayan dak je. Tengok twinkle-twinkle le, main kat laman le. Happy sangat dia. Balik ke PJ tak ada sapa pun dah. Pegi sekolah nangis. Adoi.. la Batrisyia ni..


P/S Gambo cilok dari FB & blog Tikah. Hehehe..