Tahun ni punya bonus aku dengan Dahlan celebrate kat Tony Roma's. Tak aci kan, setiap kali dapat bonus kena belanja Dahlan tapi dia tak ada pun belanja aku. Alasan dia tak ada bonus. Cis.. Tak apa le. So kali ni dia pilih nak pegi makan kat Tony Roma's. So kitaorang pegi Tony Roma's kat Mid Valley.


Dak Batrisyia ni macam beria-ria je makan. Sampai je appertizer roti ni dia le yang sibuk nak sangat. Padahal tak ada le makan sangat pun. Pegang je lebih

Setiap order dia memang bagi baguette comel ni as apertizer. Ada garlic butter sekali. Sedap jugak. Air aku order bottomless fruit juice dan Dahlan mesti le mengada-ngada order Strawberry Lemonade.

Ada 4 jenis Tony Roma's bbq specialty sos. Original, Carolina Honeys, Blue Ridge Smokies dan Tony Roma’s Red Hots. Rasa dia lain-lain tapi pada aku semua sedap. Dorang pun ada jual sos ni dan boleh beli bawak balik jugak.

Ok. Kali ni kitaorang order satu starter, satu main course dan dessert. Pasal tahu dah kalau order dua main course mesti tak habis punya. So untuk starter kitaorang order Roma's Sampler. A trio of appetizers - Red Hot Buffalo Wings(tapi kitaorang suruh dia letak sos asing sebab takut pedas), Potato Skins and signature Half Onion Loaf matched with Bleu cheese dressing, sour cream and Original BBQ sauce. Sedap jugak le. Batrisya suka sangat makan drummet tu sampai diisap beria-ia. Pada aku pulak onion loaf tu sedap. Untuk starter aku suggest order tu aje pun ok dah.

Untuk main course pulak kitaorang order beef ribs and BBQ 1/4 Chicken. Setiap main course di serve dengan dua pilihan antara Cole Slaw, Corn on the Cob, French Fries, Loaded Mashed Potatoes, Rice, Ranch Style Beans, Fresh Vegetables, Baked Potato atau Fire-Roasted Vegetables. Kitaorang pilih Fire-Roasted Vegetables dan French Fries. Silap pilih sayur tu sebab tak sedap. Patut pilih fresh vege je. Fries pulak terpaksa pilih yang tu sebab kesian kat kenit tu kalau order lain-lain. Ribs kat sini sangat sedap. Ayam dia biasa-biasa je. So kalau makan kat Tony Roma's memang kena order ribs jangan order lain.

Untuk dessert biasa le tamak dan halabo wakakakaka jadi order yang ni. Tony's Dessert Trio. Betulnya boleh je order satu atau dia mini dessert ni tapi saja gatal nak jugak ambik set 3. Muhahahaha.. amik ko banyak sangat. Mini dessert dia ada banyak jenis.
• Golden Apple Tart
• Chocolate Chunk Cookie Sandwich
• Raspberry Brownie Royale
• Red Velvet Cake
• Strawberry Cheesecake
• Pecan Cupcake
Kitaorang order Red Velvet, Strawberry Cheesecake dengan Chocolate Chunk Cookie Sandwich. Red Velvet dia tak sedap sangat. So sila jangan order Red Velvet sapa-sapa yang order kat sini. Cheesecake sedap. Yang lagi satu tu so so je. Aku rasa elok amik pecan cupcake atau raspberry brownie royale kot.


Batrisyia ni walaupun dah order main course dia tetap dengan ayam dia. Tak nak lepas-lepas. Aku bagi dia fries pun dia dah tak nak dah. Dia isap je ayam tu. Lepas dah jemu isap ayam seperti biasa dia meragam nak tes. Pas dah dapat tes dia pun tidur. Aku dapat le menikmati dessert dengan best sekali. Hehehe.. total kitaorang makan-makan ni semua RM135.20 selepas dapat diskaun 10% guna credit card CIMB. Oklah jugak. Mahal sikit kot dari Chilli's. Tapi aku rasa puas hati le.