Thursday, August 8, 2013

Cerita Aidilfitri Pertama 2013

Raya tahun ni sepatutnya turn Bota tapi bapak decide nak raya kat sini je sebab nak pegi kubur mak. So semua le kitaorang tak balik kampung. Semalam LSSB dah bagi cuti raya free kat semua orang so awal pagi sebelum Dahlan pegi keja dia hantar aku pegi rumah Nyah untuk acara masak memasak. Tak ada buat banyak benda pun. Cuma masak rendang, buat ketupat, pastu prepare untuk BBQ malamnya. Lepas berbuka kitaorang bertiga tetap balik PJ.

Pagi raya nak gerak Batrisyia bangun satu hal le. Jenuh. Dahlan dah balik dari masjid dia baru sudah mandi. Tapi agenda pagi raya tetap kena buat. Ambik gambar family kat rumah. Susahnya yarabi. Dulu Batrisyia nak pose lawa-lawa. Sekarang ni dia suka buat pose ngada-ngada. Ni le gambar tercantik yang dia pose tengok camera tapi jelir-jelir lidah pulak. Geram aku. Sebab dah lambat nak pegi rumah Nyah, terus je pegi dah. Try ambik kat rumah Nyah pulak nanti.

Kat rumah Nyah, selain dari benda masak semalam ada lemang dan laksa johor segera. Pastu Nyah ada beli kek sempena birthday Iman hari ni. Habis diet aku makan kek. Tapi mana tahan tengok kek yang begitu marvelous.

Dah siap makan acara amik gambar lagi. Deme yang lain semua dah bergambar. Sebab kitaorang lambat, kitaorang jelah. Batrisyia tetap tak nak kerjasama. Pandang lain le. Buat mulut itik le. Gambar atas ni muka dia tak ada pelik tapi Along pulak amik nampak kaki Dahlan tak berkasut. 

Try lagi. Batrisyia mula dah buat muka-muka dia. Senget pulak.. tapi udah le malas nak amik dah. Semua orang dah sibuk nak keluar berjalan. Deme nak pegi kubur tapi aku tak nak sebab rasa nak pegi esok. Rumah pertama pegi rumah Pak We. Pastu pegi beraya rumah mak Dahlan. Balik dari rumah mak baru pegi rumah Mak Nyah. Kesian Mak Nyah. Nampak uzur sangat sebab dia jatuh dalam bulan puasa hari tu. Balik dari rumah Mak Nyah ingat nak jalan pegi rumah Aidee tapi dia tak ada pulak. So balik jelah rumah. Sebelum tu singgah Tropicana dulu beli barang nak masak sebab Yong dengan bapak nak datang beraya esok. Malam masak mee. Itu sahaja cerita raya pertama yang sungguh tak best bila beraya di KL.