Day 3. Hari ni breakfast masih menu sama semalam. Hadoi.. bosan betul. Buat le menu lain sikit. Kitaorang check out cepat sikit. Prosedur hotel ni check out siap check satu persatu barang dia hilang ke idak. Pulak tu sebelum Dahlan ada minah mana ntah makan guna sudu hotel pastu tak letak elok-elok sampai nak kena charge. Jenuh balik ke bilik balik cari. Sebabkan dorang proses check put jadi lama.
Lepas check out, Dahlan singgah kejap tukar duit SGD lagi. Pastu belikan bateri Batrisyia sebab dia sibuk nak main kapal terbang yang dia beli kat Mustaffa semalam. Dah bubuh bateri ada lagu-lagu takut pulak dia. Hapa le budak ni. Sebabkan hari semalamnya aku tak puas makan Mc D, maka hari ni aku ajak Dahlan lunch Mc D jugak. Kat area Woodlands jugak tapi kali ni pegi Mc D yang lain
Kali ni aku order Salad Chicken McGrill. Set ni datang dengan air mineral. Wah baguskan. Kat Malaysia tak ada menu macam ni kat Mc D. Semua menu-menu tak sihat je.
Dahlan order Rendang Burger. Burger ni burger limited time sempena hari raya je ada. Sedap giler burger ni. Untuk Batrisyia aku order dia Happy Meal bagi dia diam-diam sikit ada toys baru.
Ni le spicy mc wings yang marvelous giler tu. Sedap sangat. Kat Malaysia kenapa le tak ada menu ni. Kalau tak rajin kot aku mengorder benda ni kalau ke Mc D.
Lepas lunch kitaorang terus pegi beli Murtabak Singapore kat Zam Zam Restaurant. Murtabak ni memang sedap sangat. Isinya penuh. First time makan last year memang rasa nak cari balik tu ada ada. Untuk kitaorang, beli satu ayam satu beef. Nyah punya beli satu ayam, satu beef dan satu mutton.
Lepas beli murtabak terus balik ke Malaysia. Kali ni kitaorang ikut link kedua pulak. Saja nak cuba. Jauh betul perjalannya. Tapi boleh le merasakan. Checkpoint kat sini tak sesibuk kat Woodlands. Sampai JB singgah fresh up sekejap. Lepas tu dah nak malam. Dahlan dah bawak slow sangat sebab dia rasa penat. Aku nak ganti drive, Batrisyia pulak meragam. Mula nak tidur kat Melaka tapi nak sampai ke Tangkak pun amik masa berjam dari R&R Pagoh. Last-last sekali decide singgah Tangkak je sebab tu yang paling dekat. Kalau gagah bawak ke Melaka pun tak tahu pukul berapa sampai dan nak sampai ke town Melaka pun bukannya dekat. Jauh ke dalam lagi. Keluar je toll Tangkak terus nampak 2-3 hotel. So singgah le ke hotel Ophir. Bilik yang ada fridge cuma bilik yang harga RM130 tu je. Nak tak nak kena le amik. Besar biliknya tapi hotelnya tak ada le lawa pun. Jadi le semalam je sebab nak rehat badan.
Paginya siap-siap terus check out nak balik. Singgah kat Restoran Jejantas Ayer Keroh breakfast. Pastu terus balik.

