Thursday, March 20, 2014

Penang Trip - Part 4

Hari kedua ni Penang. Breakfast buffet kat hotel.Ok ok jelah food dia. Ha tapi dia punya kuah dal sardin untuk makan dengan roti canai memang superb. Aku cari balik esoknya tapi dorang tak serve roti canai hari-hari. Esoknya dorang serve roti jala kuah kari pulak. Frust betul.


Lepas breakfast terus gerak sebab plan hari ni nak naik Bukit Bendera. Suppose keluar awal tapi biasa le dengan Batrisyia mana maunya ikut plan. Nak suruh dia bangun mandi pun payah. So lambat jugak gerak. Tambahan pulak, Dahlan nak pegi Bukit Bendera guna GPS dia. Sekali GPS dia bawak pegi naik dari Botanical Garden. Sabar jelah. 

Banyak sangat yang dah berubah kat Bukit Bendera ni. Yelah aku last pegi pun masa sekolah rendah. Ada kot 20 tahun lepas. Huhu.. Dah cantik sangat entrance dia. Macam entrance nak naik cable car kat Langkawi.

.
Tiket dua hala untuk dewasa yang ada MyKad RM8.00. Kalau sehala RM5.00. Tapi takkan nak beli sehala. Nak turun kena daki bukit ke pulak. Isk tak kuasa betul. Actually ada pakej jugak kalau ada yang beranak banyak. Tapi disebabkan Batrisyia FOC jadi kitaorang beli tiket single je

Sebelum naik kena amik gambar kat entrance ni. Bukti yang aku dah sampai ke Bukit Bendera. Hehehe..

Sejak mula-mula bukak Bukit Bendera ni sampai sekarang dah ada 4 jenis keretapi dah. Dulu masa kecik-kecik datang naik keretapi kaler merah tu. Slow sangat nak naik dan turun Bukit Bendera ni. 

Sebab lambat, orang pun dah ramai. Kena queue nak naik keretapi. Mujur le tak lama sangat tunggu. Kitaorang cuma lepas sekali round je keretapi lepas tu dah sampai turn kitaorang. Masa nak naik tren ada problem pulak. Macam-macam. Nasib kejap je dah settle problem tu.


Naik tren Bukit Bendera ni tak ada le rasa gayat ke apa walaupun jalan dia agak cerun jugak. Dengan keretapi baru ni agak cepat jugak dah sampai dah ke puncak.


See.. budak flower lagi. Punya le dia suka sebab kat atas ni banyak bunga.



Pemandangan Penang dari atas Bukit Bendera, Nun jauh sana tu jambatan Pulau Pinang. Jambatan kedua tak berapa nampak dalam gambar. Real boleh nampak walaupun jauh betul.

Kat atas ni kitaorang tak ada jalan mana sangat pun. Setakat amik gambar sikit-sikit pastu pegi singgah minum kejap. Batrisyia je pun yang beli air ribena. Pastu paw aku toys pulak.

Masa nak keluar, nampak ulat gonggok besar betul. Da macam besar ular. Geli tengok.