Selepas perut dah kenyang, baru le kitaorang check in kat hotel. Pilih hotel kat town jugak sebab senang nak ke mana-mana. Kitaorang booked hotel kali ni melalui Airasiago.com. Ok jugak le harga dia. Actually kena tengok banyak-banyak site sebelum booked. Ada yang murah kat sini ada yang murah kat sana. Bilik ni 2 malam kitaorang dapat RM390.22. Boleh le sebab hotel dekat town memang tak ada yang betul-betul murah pun.
Entrance hotel. Tapi nak masuk parking kena masuk ikut belakang. Pusing satu pusingan. Parking dia connect dengan hotel cuma entrance parking sebelah belakang.
Ni rupa bilik hotelnya. Pilih twin joint bed sebab besar sikit boleh guling-guling. Hotel ni ada free wifi tapi limited device boleh pakai satu-satu masa. View tak best sebab nampak tong air je. Huhu..
Coffee tea maker atas dressing/working table. Mini bar dalam cabinet bawah tv.
Almari 3 pintu. Besar jugak. Sebelah tu ada tempat boleh letak beg. Safe deposit box dalam almari. Yang paling best hotel ni bagi 4 biji bantal. Kecik dah tak sabar-sabar dah nak tidur. Dia biasa le asal pegi hotel je so excited nak rasmikan katil.
Toilet. So-so je sebab bath tub dengan shower sekali. Tapi ok sebab kat toilet bowl pun ada paip air jugak.
Hotel pool kat 1st floor. Yang sikit tak best nak pegi ke pool kena lalu ballroom, meeting room. Tak syok sungguh rasa bila orang ada function-function kita kena lalu celah-celah deme nak ke pool. Pool besar tu agak dalam jugak. Sebelah yang kecik tu kids pool.
Ni gambar aku ambik hari nak balik dari parking lot. Cantik sikit boleh nampak view yang luas. Belah dalam sikit ada jakuzzi. So kitaorang banyak abiskan masa kat jakuzzi ni je. Hotel ni kan internal dia macam blok hostel kat UPM. Empat segi sama. Tengah-tengah tu ada satu kawasan kosong maybe untuk function kot. Kalau kat blok hostel dulu tengah-tengah court badminton kan.
Lepas dah puas bermandi manda kat pool, Batrisyia sambung pulak mandi kat bathtub bilik. Pastu Maghrib baru le pegi keluar. Misinya nak membeli ubat gigi Batrisyia sebab aku lupa nak bawak dan seterusnya pegi dinner le. Kitaorang pegi area Gurney Drive sebab plan nak dinner kat area situ jugak. Kat Gurney Drive ada dua mall yang besar dan nampak high end jugak. Sebelah-sebelah je pun. Kitaorang pilih pegi Plaza Gurney sebab ingatkan Paragon tu office building mulanya.
Lepas dah pegi beli ubat gigi Batrisyia, (dia pulak paw aku Kinder Bueno) kitaorang gerak pegi dinner kat Anjung Gurney. Boleh jalan kaki je dari Plaza Gurney tu so kitaorang biar je kereta dalam Plaza Mall dan jalan je ke sana.
Anjung Gurney ni konsep makan dia memang gerai dan open space. Besar juga tapi terbahagi dua bahagian. Satu non halal satu halal. Yang non halal punya le bapak besar. Halal area dia just ok je. Tapi tak berapa best sebab hujan renyai-renyai masa kitaorang sampai. Nak cari seat pun agak payah kat tempat yang kitaorang nak makan tu. Nampak sangat le rata-rata orang yang datang sini memang makan kat stall tu je kan.
Ha ni le dia stall yang aku nak cuba. Pasembor Menari Gurney Drive. Menurut review yang aku baca, mamak tu akan menari-nari masa dia prepare pasembor tu diiringi muzik Bollywood. Tapi masa kitaorang datang tak ada pun dia menari. Muzik je ada. Tak tahu le sebab dia penat ke atau dia busy sangat. Ramai orang makan sini. Konsep makan pasembor sini pilih je apa yang nak makan, pastu bagi kat mamak tu. Dia potong-potong tambah timun letak kuah dan siap. Kalau nak timun lebih ke kuah lebih ke kena kabo. Tapi biasanya kuah tu dah cukup dah. Mamak kan memang tak kedekut kuah.
Nampak apa yang aku amik. Hahahaha.. serius rambang mata tak tahu nak pilih apa. At last jadi membukit macam ni. Kuah dia.. fuh sedap gila. Memang aku rekomen makan kat sini. Harga pasembor aku ni RM14.00. Selain dari pasembor kitaorang order jugak sate untuk Batrisyia. Biasa-biasa je rasa sate sini.