Tuesday, October 18, 2016

Melbourne Trip Day 4.1 (26.09.2016)

Good morning Melbourne. Hari ketiga di Melbourne dan hari keempat keseluruhan trip. Pagi ni bangun pukul 5.00 pagi. Mandi, solat subuh dan lepas tu kitaorang breakfast fish & chips semalam yang sejuk kejung. Hahahaha.. fish masih sedap ok walaupun sejuk. Chips je tak sedap tapi makan juga. Aku buat nescafe untuk aku, sekali Dahlan pegi buang. Dia ingat air dia semalam yang dia tak minum. Cis.. susah payah aku sejukkan air sekali dia pergi buang. Nak buat balik nak minum nak tunggu berapa lama le pulak. So aku decide beli je kat luar. Singgah 1st floor dulu amik air dan kitaorang memulakan perjalanan hari ni pukul 7.00 pagi.

Sempat singgah di Foodworks di bawah hotel untuk beli kopi. Di Melbourne ni kedai macam ni pun jual grind coffee tau. Tak main kopi mesin ni. Small cup kat sini berharga 80 cents je (RM2.49). Aku pilih latte. Nyamannya rasa dapat minum kopi panas di pagi yang sejuk ni. 

Kitaorang terus berjalan kaki ke Flinders Street Station. Sampai sana macam blur-blur nak masuk sebelah mana. Suruh Dahlan tanya pak guard yang tepi mesin tu tapi biasa le Dahlan.. sanggup dia pergi tanya jauh-jauh daripada dia tanya orang yang dekat. Tak paham aku. Dia pegi kaunter jual myki tanya platform yang sepatutnya kitaorang naik belah atas ke bawah. Orang kaunter tu jawab sebelah bawah


Pagi ni itinerary kitaorang sebenarnya ke The Tesselaar Tulip Festival yang terletak di Silvan. Kira-kira perjalanan lebih satu jam dari Melbourne CBD. Kalau nak pergi Melbourne download le apps PTV dekat handphone. Sangat membantu perjalanan. PTV schedule tu memang sangat tepat so tak risau tunggu train lama-lama. Tapi macam aku, aku dah siap full itinenary termasuk nak naik tren apa tram apa bas apa pukul berapa kat platform mana etc. Aku tak berapa gemar acara main redah ni. Aku prefer well planned trip.

So untuk ke The Tesselaar Tulip Festival, kena naik train kat Flinders Street Station di platform 3 ke Lilydale. Timing jangan susah hati. Tengok je kat PTV. Boleh buat plan your journey awal. Pilih nak journey yang satu train tak payah tukar-tukar atau nak tukar beberapa kali. Aku of course pilih yang tak payah tukar jadi kitaorang amik train pukul 7.29 pagi. Dah sampai kat platform 3 tu senang je ada signboard kabo train apa train apa yang lalu. Ala.. senang je.. Cakap English semua sure tak sesat punya


Disebabkan kitaorang berlawan arah dengan orang nak pergi office, maka train agak kosong. Dekat nak sampai Lilydale lagi kosong. Perjalanan train ni ke Lilydale mengambil masa 1 jam. Banyak juga station train ni berenti. Tak ingat aku berapa station. 


Sebelum pukul 8.30 pagi kitaorang dah di Lilydale Station. Jangan lupa touch off myki card. Nanti tak pasal-pasal kena saman. Sebenarnya ada dua cara nak datang ke The Tesselaar Tulip Festival. Kalau ikut google map, dia akan suruh kita stop dekat Belgrave Station. Lepas tu kena naik bas juga ke The Tesselaar Tulip Festival tapi aku tak berapa nak paham instruction naik bas apa. Jadinya kami follow route yang tertulis dalam website The Tesselaar Tulip Festival. Route dalam website The Tesselaar Tulip Festival ni suruh naik train ke Lilydale dan untuk hari Sabtu dan Ahad ada shuttle bas khas disediakan ke The Tesselaar Tulip Festival dengan bayaran AUD3.00. Tapi kalau hari lain pun senang saja. Naik je bas nombor 663 di Lilydale Station. Tak tahu nak berenti di mana? Cakap dengan driver bas stopkan dekat Tulip Festival. Nanti driver tu akan berentikan bas dekat situ. Tambang dah termasuk dalam maksimum charge myki AUD7.80 sehari. Mudahkan.



Masa mula-mula buat planning, aku tertanya-tanya camana le tempat nak amik bas 663 tu. Keluar-keluar dari station, dah nampak tempat tunggu bas yang sangat proper. Jadi tak payah nak pening bagai nak tunggu kat mana. Bas yang datang on time juga. Boleh nampak schedule bas dekat setiap bus stop tu kalau kurang pasti
 
 
Tu ha signboard yang tertulis bas nombor berapa berhenti disitu. Schedule bas ada kat bawah. Boleh check betul-betul. Tapi sebab aku dah download PTV apps, kat sana dah bagitau dah pukul berapa bas datang etc. So kitaorang plan nak naik bas pukul 8..56 am. Memang tepat tau bas datang. Beza pun satu dua minit je.

Selepas dah naik bas tu, aku dah paham dan journey bas ni. Bas no 663 ni journey dia memang antara station Lilydale dan station Belgrave. So nak amik dari mana-mana station tak ada masalah. Kalau di Belgrave tak ada proper bus stop macam di Lilydale. Bas tu berhenti tepi station je. Pun senang jugak. If tanya aku, aku suruh datang naik dari Lilydale. Balik naik bas ke  Belgrave sebab tak payah le kome nak cross-cross jalan bagai turun bas nanti dan selain tu dapat le tengok dua journey berbeza. Jalan dari The Tesselaar Tulip Festival ke Belgrave fuh.. pening giler. Bengkang bengkok


Pukul 8.58am bas bernombor 663 pun sampai. Tak ada orang pun naik bas ni kecuali kitaorang. Naik bas kena touch myki card. Turun pun macam tu jugak. Disebabkan tak pasti nak picit loceng di mana, aku suruh Dahlan cakap dengan driver bas berhentikan kitaorang di The Tesselaar Tulip Festival. Perjalanan dalam 25 minit ke setengah jam depens traffic. Masa kitaorang naik perjalanan sangat smooth. Pukul 9.23am dah sampai di The Tesselaar Tulip Festival yang terletak di Silvan ni.


Bus stop tempat kitaorang turun. Tepi jalan aje. Balik pun boleh tunggu kat sini kalau nak ke Belgrave station. Tapi kalau nak balik semula ke Lilydale Station, kena seberang jalan dan tunggu di bus stop sebelah sana. Pun naik bas nombor 663 juga. Jadual ada di tulis dekat tiang tu pukul berapa bas datang. Kami plan nak spend masa kat sini dua jam je dan try catch bas pukul 12.00pm nanti.


Dari tepi jalan dah nampak dah signboard The Tesselaar Tulip Festival. Entrance masuk dia jauh ke dalam lagi. Tak ada le jauh mana pun. Jauh sikit je kena lalu car park. Memang kami le orang pertama sampai sebab tempat ni bukak pukul 10.00 pagi. Semangatkan aku nak tengok Tulip.

Kat situ kaunter beli tiket. Kosong lagi sebab selagi belum pukul 10.00 gate tak bukak. Boleh beli online juga. Harga tiket adalah AUD26.00 (RM80.99) seorang untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 16 tahun masuk percuma tapi dengan syarat ditemani oleh orang dewasa yang beli tiket penuh.


9.45am gate beli tiket bukak. Terus beli tiket dulu. Minggu ni Melbourne cuti sekolah jadi hari ni adalah childrens weeks. So selain daripada dua tiket kecik tu, kitaorang diberi visitor guide yang mana dalam tu ada map bagai. Hehehe.. kecik je tempat dia pun nak bermap. Tapi oklah proper kan. Lagi satu disebabkan hari ni adalah Childrens Weeks, semua children diberi kertas ni. Kena cari Gnomes tu dekat taman. Ada nama dekat Gnome tu tulis le satu-satu. Dah siap boleh redeem free gift.

Walaupun dah beli tiket pukul 9.45 pagi, kami tetap kena tunggu pukul 10.00 baru dapat masuk. Tepat pukul 10.00 pagi baru le orang yang jaga tu ambik tiket dan bagi kami masuk. Masuk-masuk je belah kiri ada macam banyak gerai-gerai. Belah kanan fuh terbentang ladang tulip yang berwarna warni. Tempat ni tak ada le besar mana tapi cukup menampung pengunjung sebab tak ramai sangat pun orang.

Seperti biasa ambik gambar bertiga nampak cantik camgini kena le tak malu mintak tolong orang. Kebetulan tak ada orang belakang kami. Dah kat situ ada minah saleh yang tolong amikkan gambar dengan mak dia je. Cantikkan tulip bercampur warna ni.


Setiap tulip ni ada nama tersendiri. Kat batas mula-mula dorang tanam tulip ni mengikut spesis sendiri. Tetiba ada pulak spesis lain terselit. Tersalah tanam le tu. Hahahaha... Batas yang belah belakang baru le tulip yang campur-campur macam gambar kitaorang kat atas

Favorite tulip aku. Namanya Il de France. Cantiknya. Alangkah best kalau boleh amik sekuntum bawak balik KL. Tapi mesti dua tiga hari dah layu kan. Sebab aku nampak pun macam dah start ada yang dah tak elok. Mungkin cuaca dah makin nak ke panas. Sebab tu The Tesselaar Tulip Festival ni tak sampai satu bulan pun. Bila dah sampai pertengahan spring dah habis dah festival ni. Jadi kalau rasa nak datang tengok tulip yang cantik ni kena plan betul-betul jangan nanti menangis tak berlagu. Tahun 2016 punya festival start 8th September sampai 4th October 2016. Kalau nak selamat pilih date yang tengah-tengah atau check website dulu sebelum beli tiket ke Melbourne. 
 

Batas yang baru ditanam. Belum berkembang pun lagi.

Kat sini kan semua kawasan penuh dengan tanah-tanah. Alhamdulillah masa kitaorang datang tak hujan dan tanah keras. Aku mula masa dekat gate masuk tu cuak dah sebab tengok ramai je anak-anak mat saleh pakai but macam Phua Chu Kang tapi warna pink. Comel sangat. Mujur tak lecak langsung. Tapi memang ada sedia boot scraper kat sini incase kasut kena selut.


Miniature Windmill

Pak Guard ni warning jangan petik bunga tau!



Bagi yang tak larat nak berjalan, ada keretapi yang boleh bawak pusing seluruh ladang tulip ni. Seorang AUD5.00 (RM15.58) kalau tak silap. Batrisyia dah bising-bising nak naik dah. Tapi aku tengok laluan keretapi tractor ni.. alahai sikit je. Buat rugi bayar je. Aku paksa Batrisyia jalan. Bukan besar pun tempat ni


Pokok tulip yang belum dipindahkan ke batas ladang. Agaknya pokok-pokok ni sampai dari Netherland macam gini kot. Lepas beberapa ketika di semai dalam pasu baru dipindahkan ke batas ladang. Agaknya le. Actually ladang ni lebih kepada private ladang le. Asal mulanya pada tahun 1939 sepasang suam isteri yang berasal dari Holland ni meninggalkan negara mereka dan merantau ke Australia. Dorang ni memang expert le bab-bab bercucuk tanam ni.  Tahun 1945 dorang beli tanah dekat Silvan dan mula le bercucuk tanam bunga-bunga tulip ni sehingga le jadi besar dan menajadi acara tahunan di sini dan tarikan pelancong di sini

Kan aku cakap minggu ni Childrens Weeks kan jadi ada le animal farm jugak. Binantang ni nama dia alpaca. Kesian mulut kena ikat. Ganas gamaknya. Tapi dua ekor binatang ni macam tak ada perasaaan. Duduk je tak bergerak-gerak. Aku mula ingatkan patung. Dah datang dekat baru nampak dia bernafas

Eh..eh.. ada anak babi kat situ. Hahahaha.. mula-mula Batrisyia dah datang dekat dah sebab ada banyak ayam, kambing biri-biri, angsa etc. Sekali aku nampak anak babi tu berkeliaran terus aku panggil Batrisyia. Hai.. karang tak pasal-pasal kena cari tanah nak samak pulak.




Lepas lebih kurang 45 minit dah habis merayap tengok ladang tulip, kitaorang bergerak ke tengah balik dah nak ke belah satu lagi. Belah yang satu lagi ada gerai-gerai makanan, gerai cenderamata ada stage dan masih ada taman dengan macam-macam bunga-bungaan. 

Ada gerai halal food juga. Tapi kitaorang tak makan pun sebab masih rasa kenyang. Just jalan-jalan tengok gerai dan taman kat sini sambil melayan Batrisyia mencari nama Gnome yang hilang. Walaupun 7 je, tapi jenuh pusing cari. Yelah sebab kitaorang ada time limit kat sini. At last Batrisyia dapat completekan semua nama dan claim hadiah. Sekali hadiah dia gula-gula je. Ceh.. aku ingatkan dapat key chain ke dapat tulip ke.. Hampeh sungguh

Seronok dapat berkelah kat sini. Setiap minggu ada macam festival yang bertukar-tukar. Semalamnya bukan Childrens Week. Ntah apa ntah. Agaknya masa lain ada kot orang buat show kat stage tu.
 
Toilet yang comel. Untuk lelaki ada satu ni je. Wanita ada dua belah belakang

Masa jalan-jalan aku nampak ramai sangat orang beli dekat gerai ni. Nama menda ni Dutch Poffertjes. Nak pronunce dia pof-fur-ches. Makanan ni sejenis pancake kecik yang boleh didapati di seluruh Holland. Of course aku pun nak cuba sebab yakin tak ada bahan meragukan dalam dia.

Ada 5 jenis topping. Aku beli topping butter, icing sugar & lemon sebab kenkonon yang lain tu takut manis. Tapi serius tak berapa ngam makan dengan lemon. Ambik chocolate pun tak pe. Harga makanan ni AUD7.00 (RM21.81) sepinggan. Aku kabokan rasa dia macam kaya ball je. Muhahaha... kelako pulak rasa. Tapi tak pe experience kan


Sambil mencari nama missing Gnomes sempat bermain pondok-pondok dengan anak mat saleh. Kalau boleh memang rasa nak spend lebih masa kat sini. Lepak makan lunch tapi apakan daya ada itinerary lain lepas ni. Jadi 15 minit sebelum pukul 12 kitaorang dah bergerak ke tempat last.

Of course tempat last tu beli souvenir. Batrisyia claim hadiah gula-gula pun kat tempat sama. Sempat juga dia rembat aku satu toy. Aku cuma beli fridge magnet bunga tulip je kat sini. Nak beli tulip betul kena angkut pasu sekali naik flight jadi lupakan aje. Terus keluar dan tunggu bas ke Belgrave Station. Sambung next entry