Sebaik sahaja mendarat, semua orang cepat-cepat nak ready keluar. Aku pun tak nak ketinggalan sebab review orang cakap nak lepas imigresen dekat sini panjang barisannya. Keluar je dari pesawat dah rasa angin sejuk bumi Melbourne. On the way nak sampai ke imigresen tu, aku nampak ada banyak mesin untuk arrivals smartgate. Ala.. yang scan sendiri passport tu. Mesin dia memang banyak gila. Tapi Malaysian tak boleh guna mesin tu. Kena le beratur.
Sebelum nak keluar imigresen, Dahlan singgah nak pergi toilet. Dia memang le sentiasa nak pergi toilet. Aku pun bawak le Batrisyia sekali pergi toilet. Pertama kali masuk toilet dekat Australia, cam perak kot sebab sinki dia air panas. Hehehehe... selalu jumpa sinki air panas ni kat hotel je. Ni kat public toilet.
Declaration card. FA bagi masa dalam flight lagi. Better isi siap-siap untuk elakkan kelam kabut di airport
Dah selesai semua, kitaorang pun start le beratur nak melalui imigresen. Panjang gila barisannya. Sekali officer tu panggil yang datang dengan group dan ada anak masuk lane lain yang tak berapa nak panjang. Memang ada lane khas untuk yang bawak anak. Yeay!! Best gila. Beratur sekejap je dah sampai kaunter. Pegi kaunter tu pun tak payah sorang-sorang. Bagi je terus 3 passport dan sama-sama ke kaunter. Selain daripada passport dan ETA, kena bagi juga declaration card satu sorang. Kitaorang declare yang kitaorang bawak drug dan food. Pastu officer tu tanya, ubat tu bawak tablet je ke atau yang ada prescription. Aku cakap ada dua-dua. Pastu food pulak aku cakap aku cuma bawak artificial sugar. Pastu dia terus cakap nanti masa amik luggage, jumpa officer dekat luar cakap kitaorang bawak artificial sugar je. Dan lepas tu terus keluar. Aik.. macam senang bebenor kan.
Tak abis lagi episod ni. Yang tadi baru imigresen. Lepas collect luggage, aku bawak keluar siap-siap plastik ubat incase dia nak tengok. Pastu kitaorang pun cari le officer. Tunjuk declaration card dan passport dan kabo le kedia yang kitaorang bawak artificial sugar. Dia tulis something-something yang aku tak paham kodnya dekat kad tu. Lepas tu terus le berbaris nak keluar kastam tu. Barisan tu serius panjang gila. Tapi cepat dan efficient sangat. Masa berbaris tu ada officer mintak tengok declaration card tu dan dia tulis-tulis juga macam dekat card kitaorang. Sampai giliran kitaorang dekat officer yang segregate yang mana boleh kuar terus atau yang mana kena check bag, dia amik card tu terus dia tunjuk arah belah kiri. Bermakna boleh keluar terus tanpa kena lalu sekali lagi checking-checking bag yang panjang berjela tu barisannya. Alhamdulillah. Mudah sangat. Rasa lebih mudah daripada imigresen dekat Chiang Mai dan Bandung. Pastu tak ada pulak anjing yang dorang sebut-sebut tu. Nasib aku baik le agaknya ye.
Keluar je dari arrival hall sekali lagi angin sejuk Melbourne terus menyerbu muka. Dekat airport ada wifi. So apa lagi sebelum cari bas ke apa, mula-mula sambung wifi dulu terus check in facebook. Hahahaha.. ntah hapa-hapa. Sempat juga whatsapp group family bagitau udah sampai Melbourne. Keluar je sebelah kiri arrival hall tu boleh nampak terus kaunter Skybus. Lupa pulak nak amik gambo kaunter Skybus tu sebab excited bebeno nak beli tiket. Aku beli tiket one way untuk Family 2 yang berharga AUD38.00. Tiket untuk family ni ada dua jenis. Family 1 yang berharga AUD19.00 untuk 1 adult dan free sampai 4 anak umur 4-16 tahun. Yang aku beli ni untuk 2 adults dan free 4 anak jugak. Rugi le kitaorang 1 anak je. Hehehe...
Dah beli tiket, aku nampak bas yang tunggu tu dah jalan. Tapi tak payah le panik. Skybus dekat sini bukan macam Skybus KLIA2-1 Utama yang jalan sejam sekali. Lepas bas tu jalan terus bas baru datang. Kira setiap 10 minit bas akan bergerak dari Tullamarine Airport ni ke city
Nampak tu bas baru dah sampai. Kejap je tunggu. Tengah sibuk-sibuk bas tu belum jalan, aku pun sibuk nak selfie bertiga. Sekali mamat yang in charge terus offer amikkan gambar kitaorang. Siap suruh pose dari dua arah lagi. Hahahaha.. apa saja le kan.
Sedondon pulak baju aku dengan Dahlan kan.
Bas dah sampai terus le naik. Bas ni dua tingkat. Bag letak dekat tingkat bawah ada tempat khas letak bag. Seat dekat bawah ada juga tapi sikit untuk OKU. Belah atas semua seat aje. Perjalanan dari Tullamarine Airport ke city mengambil masa setengah jam je. Dalam perjalanan tu nampak le DFO Essendon yang aku tak berjaya nak pergi tu. sob.. sob sedih. Nampak juga Melbourne Star iaitu giant ferris wheel yang dorang ada shooting Masterchef Australia dalam tu dulu tu. Tempat ni memang tak termasuk dalam itinerary. Tak ada budget. Tengok dari jauh jelah.
Skybus ni akan berhenti dekat Southern Cross Station. Bila dah sampai di Southern Cross Station ni pergi le dekat booth tu kabo le ke dia nama hotel kita. So nanti dia akan suruh kita tunggu dekat tepi sehingga le dia panggil nama hotel kita dia akan bagitau le naik bas kecik tu.
Sementara menunggu bas kecik nak bergerak, apa lagi kerjanya, mengambik gambo jelah. Sebenarnya kalau nak naik tram ke hotel atau nak jalan kaki boleh je. Tapi kitaorang belum ada myki jadi lupakan hasrat nak naik tram. Jalan kaki tu boleh tapi boleh tahan le jauhnya. Tunggu jelah bas kecik ni. Free pun. Dah termasuk dalam harga tiket Skybus tu. Tengah-tengah menunggu tu, Batrisyia dah bising lapar. Yelah pun dari pukul 5.00 petang semalam dia last makan. Dah pagi mau tak lapar. Aku pun jalan le ke 7-Eleven situ. Nak cari le apa-apa yang boleh dimakan
Tengah-tengah jalan boleh pulak nampak dua vending machine sebelah menyebelah. Satu tu jual air macam biasa le. Satu lagi jual power bank. Sapa-sapa lupa bawak power bank tak payah susah hati. Beli je kat sini. Harga tak ingat. Rasa macam mahal jugak sebab air coke zero pun sampai AUD4.50 (RM14.02) dalam ni. Tapi coke zero ni size dia lain daripada Malaysia. Sini size botol camni 500ml kan. Dorang punya 600ml. Kalau botol besar jual kat supermarket, Malaysia jual 1.5L. Di Coles, botol besar dia 1.2L. Botol dia pun macam gemuk-gemuk pendek. Hehehe..
At last aku masuk le 7 Eleven. Beli muffin chocolate harga AUD3.00 (RM9.35). Mahalkan. Tapi besar gila muffin tu. Sampai esoknya tak habis makan, bawak gi GOR tour pastu last-last balance sikit tu buang je.
Tu le rupa bas yang kitaorang naik. Nampak sipi le pulak. Macam bas mini. Rendah je. Tapi dalam ni pun ada wifi. Boleh le nak check facebook ke instagram ke kejap. Sebab dari Sounthern Cross Station ni kejap je naik basnya dah sampai dah
Dalam bas. Panas sebab tu muka camgitu. Bas ni turunkan kitaorang bukan depan hotel sebab depan hotel aku memang tak boleh nak berenti kenderaan langsung. Dorang stopkan kitaorang dekat Collin Street. Jalan satu blok je cross jalan tu dah sampai hotel dah. Dekat je. Dalam 5 minit je dah sampai dah ke hotel