Saturday, November 10, 2007

7 Wonders Family Fun Day - Part 3

8.00pm - Dinner kat E1 Hall, Cowboy Town. Cam apa je hall ni. Tak best langsung. Foodnya macam nampak best je. tapi bila makan.. mhmm hampeh. Yang ok cuma telur dadar je. Punya le tak sedap. Nasi diaorang bagi nasi kacang peas tapi kaler dia macam incredible hulk.. kaler ijau.. Eee.. geli pun ada nak makan. Kak Aspa jadi MC malam ni kelam kabut sikit tak macam siang tadi. Banyak bebenor benda yang dia salah sampaikan dua tiga kali nak makan kena stop. Last-last aku ambik pinggan lain tapi tak makan juga sebab rasa makanannya memang le tak sedap. Satenya keras. Semua orang tak nak makan . Membazir betul. Awal-awal lagi Miss Lim dah cakap tak payah tambah sate sebab diaorang charge sate secucuk RM1.20. Mahal nak mampos. Nak buat camana. Dah dalam company ni ada orang yang tak boleh hidup kalau tak ada sate kenalah order jugakkan. Last-last tak nampak pun dia makan.

Ni le rupa makanan dia. Nampak menarikkan. Tapi memang hampeh. Eh.. Mamat tu over le. Macam le aku nak ambik gambar dia. Pompuan kat belakang tu Samantha. Dia le yang in charge event kitaorang. Breast dia besar giler. Hahahaha... Macam tipu pun ada. Yati siap nak tanya tu..."Kat mana buat?" hahaha..Sabar jelah Yati.

Ely, Aku, Jeff dan Herman

Ni le barisan committee yang sungguh berdedikasi. Barisan belakang dari kiri aku, Nurhayati, Lorna, Kak Aspa, Kak Kartini, Kak Hariati, Qazzafi dan Mr Yong. Eh.. Adnan mana??? Mentang-mentang le dia dapat lucky draw digital camera harga RM999.00 terus balik tak ingat orang lain. Melampau betul. Hari tu kan, aku dengar sapa jadi committe markah lebih untuk appraisal. Ye ke??? Kalau betul YAHHHHOOOOO!!!!!!.. Mintak-mintak betul le. Amin..

Malam ni ada lucky draw. Tapi semua pun dapat. Bezanya kalau lucky dapat le top 15 yang antara hadiahnya TV, digital camera, handphone, package percutian dan etc. Kalau tak dapat le yang bawah-bawah je. Grand prize LCD TV 32". Abg Zul Logictic yang dapat. Rezeki dia. Aku.. Alhamdullillah. Malam ni rezeki aku agak murah. Walaupun aku tak menang LCD TV atau digital camera yang aku nak sangat, aku dapat hadiah no. 9. Samsung 21" TV yang berharga RM549.00. Syukur le kan. Dari dapat voucher je, baik le dapat ni. Tapi masih tak dapat nak guna tv tu sebab tak ada cabinet nak letak. Kena le cari cabinet pulak. Kak Tini... bila nak dapat bonus ni????


Suppose malam ni ada acara karaoke lagi tapi karaoke system tu rosak le pulak. Kesian Dato' Mat. Nak nyanyi lagu Kenanganku tak dapat. Last-last Samantha bagi complimentary karaoke kat VIP room. Aku nak juga join tapi Lorna dah tak larat. Aku datang tumpang dia so balik pun kenalah tumpang dia. Takkan nak menapak pulak. Maleh aku. Tapi sebelum balik sempat le aku tapau telur dadar yang boleh le tahan rasanya dengan aiskrim dan air oren. Kononnya nak makan le aiskrim tu balik tu atau esok pagi tapi aku tertinggal pulak dalam fridge kat hotel. Ely dengan Lorna pulak tapau butter yang kecik-kecik tu. Sampai habis dorang berdua ambik. Tapi sama le juga. Butter tu pun tertinggal dalam fridge. Cuma dapat makan pagi tu je dengan telur dadar. Huhuhuhu...Malas bangun punya pasal sanggup tu aku dengan Ely tak nak pegi breakfast. Kitaorang makan je roti dengan telur dadar semalam. Tapi pukul 8.30 pagi Kak Aspa kacau daun. Telefon aku kejut ajak breakfast. Kacau le Kak Aspa. Orang tengah sedap-sedap tidur ni.

Ni le rupa room hotel ni. Ok le juga. Boleh katakan selesa le juga. Tapi sebenarnya tak berapa berbaloi sebab RM200.00 semalam tapi standarnya macam Seri Malaysia je. Seri Malaysia tak sampai pun RM150.00. Pastu semua benda nak charge. Air mineral pun diaorang charge sampai RM5.50 sebotol. Sepatutnya kena le bagi complimentary 2 botol. Biasa semua hotel camtu. Nak mandi pulak kena tunggu air tu pasang lama baru boleh panas. Agaknya air tu kena masak dulu kot baru boleh panas. Ntah apa-apa. Tapi overall boleh le. Lena le tidur sebab badan pun penat. Zzzzzzzzzzzzzzz

7 Wonders Family Fun Day - Part 2

Part 2 - Lepas habis presentation kat Clubhouse tu, semua orang pun bergerak le ke Condo Field sebab nak start telematch. Aku dalam purple team. Sepatutnya aku masuk team kuning tapi disebabkan aku tak suka kaler kuning so aku nak juga masuk purple team. Tak sangka le pulak dalam team ni ada Kak Tini, Lorna, Mr. Yong.. best le juga team ni. Team ni juara keseluruhan. Agaknya sebab aku tak main kot sebab tu jadi juara keseluruhan. Hehehe... Dok jadi tukang sorak dengan tukang gelak cukup le. Ada juga tugaskan.

Purple team.. Juara keseluruhan. Tu pun aku tak main mana-mana game. Kalau aku main mesti semua game menang. Tak ada chance team lain nak menang. Hahahaha

Ni konon-kononnya cheerleaders le sebab malas nak masuh telematch... Dah tu ada ke suh aku masuk lari dalam guni. Boleh muat ke aku masuk dalam guni tu??? Sapa nak jawab?

Boss kena buli.. Kesian dia. Tapi caya le Dato'. Sporting habis. Sampai bukak-bukak baju.

7 Wonders Family Fun Day - Part 1

10 November 2007 - Family Day Lembah Sari, Ratus Bayan, Impian, Kesturi, Ekovest, Pembinaan Abd Hamid dan Pembinaan Sahabat Jaya yang di adakan di A'Famosa Resort, Melaka. Family day ni dipanggil "7 Wonders" sebab ada 7 company yang join tapi semua pun ada kena mengena dengan Dato' le. Sapa-sapa yang naik bas kena tunggu kat Rohas Perkasa termasuk le aku. Aku dengan Ely awal pagi dah bangun dan kitaorang dah naik cab pukul 6.45. Pukul 7.05 dah sampai depan Rohas dah. Memandangkan awal sangat kitaorang pun pegi le melantak dulu kat kedai mamak kat Lorong Perak tu. Pukul 7.30 tengok-tengok.. haram sapa pun ada. Tengok le picture ni. Ely sorang je sebab aku dah ambik gambar camana nak masuk dalam gambar. Hehehehe... Tapi Gurvir cakap dia dah sampai pukul 7 cuma dia naik office dulu sebab nak buat "keja pagi" yang memang wajib dia buat hari-hari.

Pukul 7.30 aku dengan Wan Chu Ma je yang ada kat depan Rohas. Gurvir pun sampai awal tapi naik ofis kejap. Hari Sabtu pun keja ke Gurvir.


Tak lama lepas tu abang Izhar, driver Dato' datang dengan anak-anak dia tiga orang. Nurul, Ratus Bayan sampai pulak dengan mak dan adik dia. Lepas tu baru Kak Rad sampai dengan 3 orang anak dia. Pastu jenuh pulak menunggu Kak Aspa. Apa ni Kak Aspa. Organiser datang lambat. Janji 7.30 tapi pukul 8.00 baru Kak Aspa muncul dengan husband dan 4 orang anak dia. So dah ready le nak bertolak. Sekali baru sedar yang Herman tak ada. So apa lagi. Kitaorang pun start call Kartini. Kak Kartini pulak le yang call Herman.. Rupa-rupanya mamat tu dah ada dalam bas. Lorrr... yang borak-borak dengan Nurul tadi tu rupanya Herman le. Mana le kitaorang kenal. Ingatkan boyfriend Nurul. Sabar jelah. So pukul 8.10 baru le bas bertolak. kat highway Sg Besi menghala ke KL, jalan jam giler. Dengar kata ada perhimpunan haram sebab tu le polis buat road block. Nasib le belah kitaorang tak jam.

Dalam bas. Janji nak bagi Transnasional tapi ntah bas apa yang dorang bagi.. hampeh giler

Pukul 10.20 kitaorang dah sampai kat A'Famosa Resort. Hujan renyai-renyai pulak. Camana nak buat Telematch ni. Harap-harap kejap lagi cuaca dah ok. So sampai-sampai je agak kelam kabut sikit sebab orang A'Famosa lembab nak mampos bagi tiket makan, tiket masuk Safari, Water Wolrd etc kat kitaorang so kena le kitaorang delay sikit registration. Aku seperti biasa diaorang suruh jaga door gifts. Muka aku ni muka door gifts ke?? Door gift dapat trolley bag, tuala, payung, fordable bag dan mug. Tapi aku dah ambik awal-awal hari Rabu lepas sebab malas nak angkut sana sini.

12.30 - Makan tengahari delay sebab ramai yang sampai lambat. Diaorang kata kat KL memang jam teruk. Dalam jadual sepatutnya makan pukul 12.00. Memang dah kebulur habis ler. Food untuk lunch boleh le tahan. Agaknya sebab dah lapar sangat kot. Lepas lunch ada presentation pulak daripada 3 company iaitu En. Shaharuddin untuk Kesturi, Mr. Liew untuk Impiana dan Tuan Haji Rushdi untuk Lembah Sari. En. Shaharuddin buat presentation punya le lama. Orang kata 10 minit je dia pegi bantai buat sampai 1/2 jam. Semua orang dah dok bangun ambik makanan, ambik air sebab dah tak larat nak dengar dah. Budak-budak pulak semua dah start lari-lari dah. Pukul 3.00 baru le semua gerak pegi ke padang telematch kat Condo Field. Kitaorang yang datang dengan bas naik trak A'Famosa. Ngeri le naik benda tu. Rasa macam nak jatuh je. Dah le tak ada dinding. Lupa plak nak ambik gambar trak tu.

Makan time... Best sebab duduk semeja dengan Mr Benny dan wife yang suka berborak

Tuesday, November 6, 2007

Happy Anniversary !!!

Hari ni genap le setahun aku berkhidmat kat company ni, Lembah Sari Sdn Bhd sebagai Accounts Executive. Setahun aku kerja kat sini boleh kata memang aku happy dan puas hati. Boss aku, Miss Lim memang baik dan very understanding walaupun dia kadang-kadang cerewet juga. Biasalah tu.. Tapi aku lebih suka boss yang cerewet daripada boss yang tak cakap camana yang dia nak, tetiba je tahu nak marah je. Apa yang kita perform semua tak bagus pada dia. Kurang-kurang macam Miss Lim aku tahu apa dia nak dan camana nak mencapai tahap apa yang dia nak sebab dia ni senang nak di bawa berbincang. Big boss.. Dato' Haris, aku tak penah deal direct dengan dia. Kalau nak minta dia sign cheque pun biasanya Miss Lim yang mintak. Tapi dia okay. Tak macam boss melayu kat HKR dulu, berlagak nak mampos.

Bab gaji.. consider ok le juga. Increment belum penah dapat sebab aku pun baru setahun je hari ni. Tapi bulan Januari lepas walaupun aku baru 2 bulan keja aku tetap dapat bonus 2 bulan tapi pro-rate le. Tak kisah le asalkan ada. Ok le kan. Dua bulan keja dapat dua bulan bonus. Harap-harapnya tahun ni pun dapat le bonus macam tu juga atau kurang-kurang sebulan pun jadi le. Dah syukur dah tu. Benda-benda lain tak ada le isu-isu besar. Overall aku memang puas hati le dengan LSSB. Tak ada le plan nak pindah mana-mana.

Friday, November 2, 2007

Malam Penghargaan JTI

JTI ni salah satu daripada kitaorg punya big customer. Dalam senarai semua customer Lembah Sari consider diaorang ni no 2 le lepas BAT. Every year diaorang akan buat Majlis Malam Penghargaan JTI ni untuk orang-orang gomen yang terlibat dengan diaorang dan entah apa-apa lagi le. Sebab tu le diaorang buat bulan Syawal so ala-ala jamuan raya le. Tahun lepas pun diaorang buat juga tapi aku tak ada le pegi sebab masa tu baru sangat-sangat join company ni. Tahun ni sebab aku dah hampir setahun so aku pun di invite le oleh boss aku untuk pegi sekali. Actually yang confirm nak pegi mula-mula 8 orang daripada LSSB tapi last-last minit 3 orang tak datang. Tak tahu le apasal kan. Yang pastinya Fiza sakit. Yang lagi berdua tak tau le kenapa. Dorang buat majlis ni kat Hilton KL Sentral.

Aku dengan Miss Lim sampai paling awal. Kitaorang berdua je yang ada dalam ballroom tu. So boleh le aku pilih tempat yang dekat dengan stage sebab aku nak tengok show. Miss Lim cakap tempat yang aku pilih jauh dari makanan. Hehehe.. Pikir makan je boss aku tu. Aku yang penting nak tengok show. Sebabkan dah duduk maleh le nak tukar tempat pulak. So semua orang duduk jelah kat meja yang aku dah pilih. Food dia boleh le tahan. Alah.. hotel punya food, sama je rasanya. Bukan sedap sangat pun. Tapi variety le juga. Tak ada le semua malay food je walaupun ala-ala jamuan raya. Show start pukul 8.30 kot. Artisnya Aznil dan Adibah Noor. Adibah punya voice memang salute abis le. Show dia pun memang best. Aznil memang tak boleh lawan le. Tapi bila dia menyanyi memang sumbang habis. Nasib dia nyanyi 4 lagu je. Kalau tak mesti sakit telinga. Hehehehe... So malam tu aku dapat le RM51.00 sebab jawab soalan-soalan bodoh dari Aznil. Boss aku le punya pasal. Masa Aznil tanya sapa nak duit raya.. dia boleh tunjuk aku.. cis.. tak pasal-pasal aku kena naik pentas. Mula-mula aku cabut cuma dapat RM1 je. Punya le tak bertuah. Agaknya sebab dia kesian tengok muka aku yang dah bersusah payah naik pentas, dia suruh aku cabut lagi sekali angpow tu so dapat le RM50. Boleh le kan. Mamat yang selepas aku tu sekali cabut je dapat RM100.00. Dah le soalan dia lagi le bodoh. "Di manakah anda bersembahyang raya pada tahun ni". Menci betul le. Anyway dapat le dok sebelah Aznil lama juga. Ada le rasa macam peserta AF juga. Hahahahah.....

Tapi malam tu aku happy-happy je dapat RM51.00, esoknya aku pegi mid valley, wallet aku kena copek.. Huhuhuhuh.. Sedihnya. Hilang RM132.00. Ralat habis. Memang bukan rezeki aku le sebenarnya. Dapat RM51.00 hilang RM132.00. Tapi syukur le kena copek bukan kena ragut. Kurang-kurang aku tak cedera. Tak ada le trauma yang melampau-lampau dan yang paling penting aku dapat balik wallet aku dan semua benda-benda penting macam Mykad, lesen, atm kad, insurance kad etc..etc.. semua masih ada dan elok je dalam wallet tu. Kiranya pencopek tu berhati perut le juga. Dia ambik duit je yang lain-lain dia biar je dalam wallet tu dan dia letak wallet tu kat dalam Jusco kat atas rak-rak tu. So boleh le orang jumpa dan pulangkan balik. Kalau tak dah le tengah sengkek giler lepas raya, nak buat Mykad lagi. Nak buat atm kad lagi. Adeh..... Lagi sakitkan. Syukur le cuma duit je hilang.

Sunday, October 28, 2007

Open House Oh Open House

Date : 27 October 2007 Venue : Rumah Kak Yati @ Mutiara Homes

Hari ni actually ada 2 open house. Yang pertama kat rumah my colleague, Kak Hariati kat Mutiara Homes. Lawa giler rumah dia. Makanan pun sedap. Ada laksa, rendang ayam, rendang daging, kari ayam, nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, lemang, buah lai, langsat, grape.. lagi apa ek.. kuih rayanya banyak bebenor sampai tak ingat apa jenisnya. Sedap.. Air pulak.. Kak Yati jamu air oren. Lega giler dapat air oren sebab sebelum tu dah "panas" dah sebab tunggu Kak Rad lambatnya nak sampai. Janji pukul 1.00 depan balai polis Uptown, tapi tetiba je lagi 5 minit nak pukul 1.00 dia sms.. "Is.. tunggu I tau. I stuck kat Asia Jaya" Mak aii.. Asia Jaya tu. Jauh lagi tu. Aku dah le sampai Uptown pukul 12.32. Kak Aspa sampai pukul 12.50. Alih-alih Kak Rad juga le yang tak sampai-sampai. Nasib le pukul 1.15 tu Kak Rad muncul bersama anak-anaknya. Hehe... Kalau lambat lagi 5 minit tinggal je. Nasib le kan. Orang dah kebuluran dah.

Aku bawak Wan Chu Ma aka Ely pegi rumah Kak Yati. Dia pun happy giler sebab dapat makan free. Yang lain yang datang Kak Aspa dan 4 anak dia dan mak dia, Kak Rad dan 3 anak dia. Audrey dan anak dia, Ali dan En. Rozlan. Kitaorang balik dari rumah Kak Yati pukul 3.00 petang tu pun sebab diaorang ni tak reti nak cari jalan keluar. Kacau daun le diaorang ni.. Tak puas lagi nak menghabiskan kuih raya Kak Yati dah kena balik. Heheheh.. Thank you Kak Yati. Rumah lawa, makanan pun sedap.

5.00 pm - Open house kedua kat Kota Damansara. Rumah Fad, ex-Technip dan juga ex-colleague Mariati Jamil. (Yatie juga le). Tak sesat sebab aku memang pandai baca map. Tapi map Fad ntah hapa-hapa. Ada ke lukis map tak ada traffic light. Sabo jelah. Kat rumah Fad, kitaorang dijamu macaroni goreng dan nasi goreng special yang Fad masak sendiri. Aku makan sikit je sebab kenyang rumah Kak Yati tak habis lagi. Anyway nasi goreng Fad memang sedap. Teror gak mamat ni masak nasi goreng.


Date : 28 October 2007 Venue : Rumah Che Din @ TTDI

Open house yang ni sebab big boss, jadi boleh le aku bawak le Mariati aka Yatie dan bf Yatie yang kitaorang panggil Pak Singh. Sebenarnya nama betoi dia Shah.. Shah apa aku pun tak ingat. Sebabkan dia Punjabi, kitaorang panggil Pak Singh. Jadi kadang depan dia pun tersasul panggil Pak Singh. Tak reti nak panggil nama dia Shah. Balik pada citer open house. Rumah Che Din kat Taman Tun. Rumahnya lawanya.. besarnya.. big boss.. mestilah rumah camtu. tapi dia memang baik. Low profile pulak tu. Sampai ke anak dia pun tak berlagak walaupun pegang jawatan VP company aku. Kan bagus kalau semua orang melayu macam dia. Walaupun kaya tapi memang tak berlagak.

Kat rumah Che Din siap pasang khemah macam orang kawin lagi. Kerusi pun ada reben-reben lagi. Makanannya.. best sangat. Ada nasi putih dan pelbagai jenis lauk, ketupat palas, laksam, laksa Kelantan, pasembor, cendol, kek dan beberapa kuih-muih. Memang best sebab susah nak dapat laksa Kelantan atau laksam kat open house atau jamuan raya. Che Din bagi duit raya RM10 sorang. Fullamak.. Bestnya kalau jadi budak-budak dapat duit raya RM10. Dah le dapat makan best, dapat lagi duit raya. Banyak pulak tu. Tapi apa le sangat RM10 sorang pada dia kan.

Lepas dah kenyang makan mesti le ada sesi bergambar dengan tuan rumah. Che Din busy so anak dia le sebagai wakil. Anak dia pun boss kitaorang juga. Aku, Kak Aspa, Fiza (tuan rumah) dan Kak Yati.

Friday, October 26, 2007

Jamuan Raya @ LSSB Office

Lepas habis cuti raya yang panjang tu, semua staff melayu kat LSSB decide le nak organise Jamuan Raya. Mula-mula kononnya nak buat pot luck tapi ramai le pulak yang malas nak masak so last-last order je semua. Kuih raya je yang masing-masing bawak. Mula-mula sekali kenalah perkenalkan apa jenis makanan. Kalau tak, tak sah le jamuan raya atau aktiviti makan-makan ni. Dari kiri barisan atas - ayam goreng, lemang, rendang daging. Barisan bawah pulak dari kiri - Dalca, acar timur, pepedom, kuah masak merah. Mana nasik dengan ayor???? Opss.. ada kat meja kecik.. Tak lawa le letak semua kat meja besar.

Hah.. Ni pun nasinya. Tapi tak leh tengok sebab tutup dalam rice cooker tu. Wah.. hebat tak kitaorang.. ada rice cooker kat ofis? Sebenarnya rice cooker ni hadiah untuk family day minggu depan sponsor by Securiforce. Tapi kitaorang ni dah pening kepala nak letak rice cooker ni tempat nombor berapa dalam list hadiah, last-last kitaorang bukak dan guna untuk office. Ok kan.. Tapi ntah camana Dato leh perasan pasal rice cooker ni. Dia tanya sapa yang bawak rice cooker sebab dalam ofis punya fixed asset tak ada pun. Hahahaha.. Kantoi beb!!!!

Tengok le dema ni tak sabar-sabar nak makan dah. Tak tunggu Dato' datang pun. Aku je yang sabar sebab aku pose enam. Buktinya aku tak ada pun dalam picture ni. So tak leh le cakap aku makan banyak kan..

Nak makan pun sempat posing. Dah le makan depan aku yang pose ni. Tak patut betul..

Alamak.. sapa pulak le yang dengki ambik gambar aku tengah ambik makanan ni. So tak jadi le nak tipu yang aku pose. Muka aku ke pose kalau ada makan-makan camni?? Tak ada le kot.. Mana boleh. Rugi besar. Lepas dah sudah makan nasik, TY datang bawak kek pulak. Hahahaha.. Belasah kek pulak kitaorang. Pasni semua pegi gym.. Ms Lim suh tu.. bukan aku. Heheheheh