Setiap hari Jumaat bila nak balik rumah, biasanya mesti aku kena tunggu Yati kat tembok bangunan Rohas ni lama sikit sebab biasanya hari Jumaat jalan jam. So hari ni tengah aku tunggu Yati macam biasa tiba-tiba aku nampak ada orang terjun dari bangunan. Sebabkan jauh aku tak pasti le bangunan yang mana satu tapi rasa-rasanya Menara KL. Nasib baik le aku ada bawak kamera hari ni so aku sempat le ambik gambar orang terjun bangunan tu.
Friday, August 29, 2008
Tuesday, August 26, 2008
Apam Manis
Puan-puan sekalian. Hari ni saya nak mengajar resipi untuk memasak Apam Manis. Resepi ini adalah sumbangan chef tersohor Puan Ropidah Harun (mak aku le hehehe). Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
3 cawan tepung beras cap teratai
1 cawan tapai
1 cawan gula
2 cawan air
2 sudu besar Eno
½ sudu kecil pewarna
Untuk pengetahuan semua ragi tu tak tahu le kat mana ada jual kalau kat KL ni. Ni mak aku import dari Kedai Karim di Bota Kanan. Harganya 5 kupang je sebiji. Kalau nak order boleh letak nama kat ruangan jom chat dan kos penghantaran RM5.50. Beli sebiji pun delivery charges sama. Tapi makwe cakap kat pasar tani section 17 pun ada jual. Gerai mana aku tak tahu so cari le sendiri.
Campurkan tapai, gula dan air dan blender le sampai sebati. Lepas tu masukkan tepung beras yang dah diayak dan kacau le sehingga betul-betul sebati dan jadi macam gambar di bawah.
P/S: Oppss.. lupa plak petua. Penting ni. Mak cakap kalau tengah haid jangan buat tapai sebab nanti tapai tu kaler merah. Buat apam tak tahu le pulak boleh ke idak masa tengah datang haid. Kalau nak tahu cuba le.
Friday, August 22, 2008
Ex Nacap Finance Dept Gathering!!
Last Tuesday aku dapat phone call dari Kelly Oh.. maknanya nombor Malaysia tu sebab kalau nombor Dubai aku save under nama Kelly Dubai. Balik sini dah dekat 2 minggu baru nak bagitau. Dia ajak pegi makan kat KLCC dengan Chew sekali. Bestnya.. excited nak jumpa dorang. Dengan Chew walaupun sama-sama duduk kat KL, tapi last jumpa dia tahun 2007 lepas raya. Lama dah tu. Since Kelly nak belanja kitaorang, aku dengan Chew decide makan dim sum kat Spring Garden KLCC.
Sunday, August 17, 2008
Dinner @ Muhibbah Seafood
Malam ni baru le Wan Chu Ma abis decide dia nak aku belanja dia makan kat mana. Mula dia nak kat Eastin, lepas tu nak makan Dim Sum, Chili's ler, Swensen's le.. ntah mana-mana lagi sampai naik pening aku tunggu dia buat decision last-last selepas hampir 8 bulan dapat bonus baru le aku dapat belanja dia. Dia pilih makan kat Muhibbah Seafood. Supposenya aku belanja dia sekali dengan Yatie tapi dah berapa kali tunda tu yang pegi lain-lain. So kitaorang makan berdua jelah. Tapi order banyak walaupun semua yang kitaorang order bersaiz S. Macam boleh makan 4 orang.
Tengah tunggu order sampai ni. Nasib kitaorang datang awal kalau tak lagi le penuh. Asyik makan jekan tu pasal le Nina boleh komplen dalam blog ni tulis pasal makan pegi kenduri.. tu je. Hehehe.. Nak buat camana. Nak tulis pasal kenduri sendiri tak ada lagi.

Tengah tunggu order sampai ni. Nasib kitaorang datang awal kalau tak lagi le penuh. Asyik makan jekan tu pasal le Nina boleh komplen dalam blog ni tulis pasal makan pegi kenduri.. tu je. Hehehe.. Nak buat camana. Nak tulis pasal kenduri sendiri tak ada lagi.Nasib baik dorang bagi kacang sambil tunggu order sampai tapi tak boleh nak makan juga sebab tak makan nasi terus makan kacang nanti naik angin satu badan.
Sunday, August 10, 2008
Ili Kamila's Wedding
Hari Ahad wedding anak sedara aku Kamilia. Dia baru 21 tahun. Tengah belajar lagi tapi dah kawin pun. Husband dia pun sama umur dengan dia dan masih belajar juga. Dorang buat majlis ni kat Grand Bluewave Hotel, Shah Alam. Wedding dia nampak macam simple tapi sebenarnya beria juga. Temanya macam sea world dari perhiasan meja, pilihan kaler, bunga telur, makanan dan termasuk le band yang nyanyi-nyanyi. Pertama kali aku pegi orang kawin makanannya nasi dagang, laksa, keropok lekor, ikan bakar etc.. Lain dari yang lain.
Emak dengan bapak kena duduk kat main table. Mak tension je sebab tak dapat pilih makanan sendiri. Mak cakap nasib baik dia dah makan laksa sebelum duduk kat main table sebab mak tak suka nasi dagang
Saturday, August 9, 2008
Sara Hanim's Wedding
Minggu ni ada dua kenduri kawin. Satu hari Sabtu dan satu hari Ahad. Cita yang hari Sabtu dulu le. Hari Sabtu ni kenduri kawin Sara Naquia Hanim. Sara ni ex-colleague Yatie masa kat Tele-Dynamic tapi sebabkan dia memang peramah giler jadi ok pulak. Majlis kawin dia dibuat di Carlton Holiday Hotel Shah Alam. Keseluruhan majlis reception dia boleh kategori simple je tapi ok. Ada band dan A. Halim pun menyumbangkan lagu. Actually aku idak le kenal sapa A. Halim tu cuma namanya penah le dengar. Penyanyi 60-an kan.
Friday, August 1, 2008
Sama Tapi Tak Serupa
Sama tak rupa lelaki dalam dua gambar ni? Macam kembar atau adik-beradikkan. Tapi confirm le bukan sebab sorang melayu dan sorang lagi cina. Nama yang melayu tu Tuan Haji Bani. Dia ni Assistant Advisor kat LSSB. Yang cina tu pulak nama dia Leong Swee Khee (Wah!! Chew boleh ingat nama penuh "favourite" bos dia. Cayalah Chew). Dia ni pulak dulunya Regional Finance Manager merangkap bekas bos aku jugak le masa kat Nacap.
Subscribe to:
Posts (Atom)