Friday, August 22, 2008

Ex Nacap Finance Dept Gathering!!

Last Tuesday aku dapat phone call dari Kelly Oh.. maknanya nombor Malaysia tu sebab kalau nombor Dubai aku save under nama Kelly Dubai. Balik sini dah dekat 2 minggu baru nak bagitau. Dia ajak pegi makan kat KLCC dengan Chew sekali. Bestnya.. excited nak jumpa dorang. Dengan Chew walaupun sama-sama duduk kat KL, tapi last jumpa dia tahun 2007 lepas raya. Lama dah tu. Since Kelly nak belanja kitaorang, aku dengan Chew decide makan dim sum kat Spring Garden KLCC.

Kelly Oh, aku dan Chew Hooi Bin

Ni sebahagian daripada makanan yang kitaorang order. Aku sendiri pun tak tahu amenda namanya sebab yang tukang order Kelly. Aku tau makan je. Semua pun sedap. Yang aku tahu yang putih tu Char Siew Pau.

Ni nasi goreng epal. Bunyi macam pelik tapi rasa dia biasa jelah. Sedap je aku rasa.

Kelly malu-malu pulak. Konon takut gambar dia masuk internet nanti orang syok kat dia. Ceh.. blog aku ramai perempuan je viewernya.

Acara mengambil gambar selepas makan. 3 budak nakal kat Nacap dulu. Macam-macam keja penah buat sama-sama dulu. Tapi dorang berdua ni memang baik. Susah nak cari kawan macam Chew dan Kelly.

Lupa plak. Sebelum balik Kelly ada bagi kitaorang berdua souvenir from Dubai. Perfume oil dan anak unta yang tersangat le cute. Thanks Kelly.