Saturday, September 7, 2013

Percutian Sepelaung 2013 - Ascott KL Part 1

Bulan puasa lepas, Achik ada offer 3 voucher untuk sapa-sapa yang nak. Mula aku berminat jugak le. Tapi lepas-lepas tu rasa malas pulak sebab bulan puasa kan. Pastu achik offer sekali lagi pada aku nak pegi mana. Dia tanya nak Ascott ke nak One World. Teringin jugak nak pegi Ascot sebab tengok Masterchef ritu macam best sangat dorang masak kat Ascott. So hari ni dapat le pegi Ascott. Ascott ni dengan office aku sekangkang kera je. Dekat bebenor. Hari ni betulnya ada dua jemputan kenduri. Satu Enjang invite cukur jambul dan birthday anak dia. Satu lagi Romy invite birthday anak dia. Memandangkan dua-dua jauh so kena decide pegi satu je. Pegi yang Enjang punya sebab dah jawab kat dia dulu. Awal sampai rumah dia sebab nak check in awal kat Ascott. Tapi tetap tak dapat awal mana. Pukul 2.00 lebih jugak baru check in.

Masuk-masuk je bilik, fuh.. besarnya sebab dapat studio room. Bukan ada katil semata. Ada sofa ada kitchen jugak. Memang lengkap le semua benda. Katil dia best gila. King size bed.

Sofa set yang berdepan dengan kitchen. Dahlan dok melepak kat sini je sepanjang masa dengan laptop dia. Pemandangan bilik kitaorang nampak Jalan Pinang. KLCC tak berapa nampak sebab duduk kat sipi-sipi.

Ada meja keja jugak. TV besar giler. Boleh pusing nak menghadap ke sofa ke nak menhadap ke katil. Batrisyia kejanya dok manjat meja je. 



Toilet pun lengkap ada bath tub dan shower room jugak. Aku memang tak berkenan nak mandi dalam bath tub. Batrisyia sorang je berendam dalam ni.

Kitchen lawa sangat. Nak masak memang boleh bebenor. Lengkap semua benda ada. Kalau le aku boleh buat rumah aku macam ni kan seronok. Mula le sesi berangan dah tu. Hehehehe.






Apa yang tak ada? Semua ada. Microwave, stove, fridge beso, kuali periuk, pisau, pinggan mangkuk, tea set, gelas semua menda le siap ada. Beli bahan-bahan je kalau nak memasak. Tapi aku idak le rajin nak masak memasak ni. Panaskan pun idak. Takat masak air je boleh le.


Ni yang paling gempak. Toiletries brand L'occitane. Gila betul. Hotel Singapore pun tak bagi toiletries brand macam ni. Bau shampoo dengan shower gel dia hadoi.. sangat le sedap. Buat pertama kali aku angkut semua balance toiletries ke rumah. Hahahaha.. sayang ooo tinggalkan. Nanti dorang buang jugakkan.

Friday, August 30, 2013

Super Spontan 2013

Malam ni dah start episode pertama Super Spontan 2013. Pandai Astro. First episode siap tunjuk kat Astro Ria lagi. Ni mesti nak pancing pelanggan-pelanggan baru Mustika. Yelah macam aku tahun lepas le. Subscribe channel Mustika semata-mata sebab tengok Super Spontan. Masa tu Astro bagi free view semua channel selama 2 minggu.

Tahun ni nama group lain. Semut Sentap FC dan Ketam Konfius FC. Pesertanya nampak lebih best dari tahun lepas. Aku memang tak sabar nak tengok eposide pertama ni.

Ketam Konfius FC. Ada Yus Jambu, Munir, Almy Nadia, Suhaimi, Along Cham, Nabil Ahmad dan Shuib Sepahtu

Semut Sentap FC. Rahim R2, Johan, Jep Sepahtu, Khiriah, Tauke Jambu, Ajak Shiro dan Eko Say Who. Aku sokong group ni sebab ada Jep dan Ajak. Hehehe..

Tapi lepas habis episode pertama ni rasa macam hambar sangat Super Spontan tahun ni. Nak kata peserta tak best, tahun ni lagi best kot. Ada Jep, Ajak, Yus Jambu. Plus yang tahun lepas masuk yang best pun ada lagi macam Johan dan Tauke. Cuma Zizan je tak ada le. Tak layak le pulak Zizan nak masuk sebab dia dah menangkan last year. Aku rasa yang pertama yang hambar tu sebab pengacara kot. Tahun ni pengacara Hanif dan Ray Era. Tak best sungguh dorang mengacara. Rindu Adibah Nor.. 

Tuesday, August 13, 2013

Jenjalan Raya 2013 - Part 3

Day 3. Hari ni breakfast masih menu sama semalam. Hadoi.. bosan betul. Buat le menu lain sikit. Kitaorang check out cepat sikit. Prosedur hotel ni check out siap check satu persatu barang dia hilang ke idak. Pulak tu sebelum Dahlan ada minah mana ntah makan guna sudu hotel pastu tak letak elok-elok sampai nak kena charge. Jenuh balik ke bilik balik cari. Sebabkan dorang proses check put jadi lama.

Lepas check out, Dahlan singgah kejap tukar duit SGD lagi. Pastu belikan bateri Batrisyia sebab dia sibuk nak main kapal terbang yang dia beli kat Mustaffa semalam. Dah bubuh bateri ada lagu-lagu takut pulak dia. Hapa le budak ni. Sebabkan hari semalamnya aku tak puas makan Mc D, maka hari ni aku ajak Dahlan lunch Mc D jugak. Kat area Woodlands jugak tapi kali ni pegi Mc D yang lain

Kali ni aku order Salad Chicken McGrill. Set ni datang dengan air mineral. Wah baguskan. Kat Malaysia tak ada menu macam ni kat Mc D. Semua menu-menu tak sihat je.

Dahlan order Rendang Burger. Burger ni burger limited time sempena hari raya je ada. Sedap giler burger ni. Untuk Batrisyia aku order dia Happy Meal bagi dia diam-diam sikit ada toys baru.

Ni le spicy mc wings yang marvelous giler tu. Sedap sangat. Kat Malaysia kenapa le tak ada menu ni. Kalau tak rajin kot aku mengorder benda ni kalau ke Mc D.

Lepas lunch kitaorang terus pegi beli Murtabak Singapore kat Zam Zam Restaurant. Murtabak ni memang sedap sangat. Isinya penuh. First time makan last year memang rasa nak cari balik tu ada ada. Untuk kitaorang, beli satu ayam satu beef. Nyah punya beli satu ayam, satu beef dan satu mutton.

Singapore ni susah betul nak cari parking yang dekat-dekat. Dorang bukan boleh berenti sebarang-sebarang je. So aku menapak jugak le nak pegi ke restoran ni sorang-sorang. Landmark restoran ni berdepan dengan masjid kat Arab St.



Lepas beli murtabak terus balik ke Malaysia. Kali ni kitaorang ikut link kedua pulak. Saja nak cuba. Jauh betul perjalannya. Tapi boleh le merasakan. Checkpoint kat sini tak sesibuk kat Woodlands. Sampai JB singgah fresh up sekejap. Lepas tu dah nak malam. Dahlan dah bawak slow sangat sebab dia rasa penat. Aku nak ganti drive, Batrisyia pulak meragam. Mula nak tidur kat Melaka tapi nak sampai ke Tangkak pun amik masa berjam dari R&R Pagoh. Last-last sekali decide singgah Tangkak je sebab tu yang paling dekat. Kalau gagah bawak ke Melaka pun tak tahu pukul berapa sampai dan nak sampai ke town Melaka pun bukannya dekat. Jauh ke dalam lagi. Keluar je toll Tangkak terus nampak 2-3 hotel. So singgah le ke hotel Ophir. Bilik yang ada fridge cuma bilik yang harga RM130 tu je. Nak tak nak kena le amik. Besar biliknya tapi hotelnya tak ada le lawa pun. Jadi le semalam je sebab nak rehat badan. 

Paginya siap-siap terus check out nak balik. Singgah kat Restoran Jejantas Ayer Keroh breakfast. Pastu terus balik.

Sunday, August 11, 2013

Jenjalan Raya 2013 - Part 2

Day 2 di JB. Hari ni kitaorang breakfast di hotel. Breakfast ada mee goreng, roti-roti sikit, ada cereal dan cucur udang. Tak banyak pilihan. Nak expect apa kan hotel macam ni. Ada breaskfast tu kira abis baik le tu. Lepas breakfast kitaorang bergerak ke Singapore. Dekat je hotel dengan Woodlands. Tak samp5 minit perjalanan pun.


Jam le pulak nak masuk Singapore. Hari ni bukan hari bekerja pun jam. Orang pegi beraya jugak kot. Teruja betul nak masuk Singapore naik kereta ni sebab tak pernah rasa camana dorang check passport etc. Last year Dahlan dah pernah bawak masuk kereta kitaorang ke Singapore so prosesnya tak lama. Lepas check-check IC, dia cuma kena activate balik Autopay kad dia. Pastu dah ok. Kalau nak topup kat mana-mana 7 Eleven pun boleh.

Sampai je Singapore mula-mula sekali pegi rumah Cik Man kat Bedok. Rumah dorang ni kan semestinya stail apartment. Masuk-masuk je rumah dia.. fuh.. lawa siot macam rumah banglo. Cantik sangat interior dia. Besar pulak tu macam besar rumah teres. Cik Man ni aku penah jumpa sekali masa pegi company trip Singapore last year. Dia yang datang amik kitaorang bawak pegi rumah Cik Jum.

Kat rumah Cik Man ni dorang jamu mee goreng. Mee lagi. Hehehehe.. Tak lama lepas duduk tu Batrisyia sibuk ajak pegi main buai dengan jongkang jongkit kat bawah. Pastu ada le pulak bapak sedara Dahlan yang lain datang sefamily. Cik Din. Dia pulak sudi jadi co pilot bawak jenjalan raya hari ni.

Dari rumah Cik Man, Cik Din bawak kitaorang pegi bapak sedara lain pulak. Cik Yem. Ramai benar bapak sedara Dahlan ni sampai aku tak boleh ingat nama-nama semua. Jumpa pun baru pertama kali kan camana le nak ingat. Rumah Cik Yem kawasan orang ada-ada. Rumah dia pun rumah banglo. Dah sampai rumah dia baru tahu yang hari ni dorang buat kenduri tahlil untuk anak dia yang baru meninggal. Hadoi.. Dahlan boleh tak tahu ada sepupu dia baru meninggal. Tahlil pulak start lambat. Jenuh menunggu. Batrisyia dah memang tak tahan lagi tu sekejap ke dalam sekejap ke luar.

Posing-posing dari kitaorang sebab bosan menunggu kat dalam. Lama sungguh nak start tahlil. Kalau Cik Din tak ikut kitaorang mau je aku ajak Dahlan gerak dah. Tapi ni tak boleh gerak mana-mana. Habis tahlil je terus Cik Din bawak pegi rumah Cik As. Sepatutnya nak pegi rumah Cik Jum jugak tapi sebab dah lambat kitaorang skip. Lagipun masa tahlil dah jumpa Cik Jum dah last year pun kitaorang dah pegi rumah dia. Kat rumah Cik As, Batrisyia happy sebab ada banyak toys tapi kitaorang pun singgah kejap je. Lepas tu baru le Cik Din bawak balik rumah dia. Kat rumah dia pun jamu mee goreng jugak. Kenyang betul makan mee hari ni. Hahahahaha...

Benda paling seronok raya kat Singapore sebab Batrisyia dapat banyak duit raya, Dahlan pun dapat jugak RM100.00. Sepupu dia bagi. Hadoi.. Lepas habis agenda jalan raya, kitaorang pegi Mustafa pulak. Mustafa kan bukak 24 hours so tak heran le sangat. 

Dahlan takut nak parking dekat-dekat, last-last kitaorang parking jauh. Jenuh jugak le menapak nak pegi Mustafa. tapi sepanjang perjalanan tu ramai giler orang. Bangla ke India ke ntah aku pun tak pasti. Sebelum shopping kat Mustaffa, kitaorang singgah makan roti canai dulu sebab sepanjang makan mee Batrisyia tak nak makan. Lepas tu baru le pegi membeli-belah. Aim aku cuma nak beli parfume je sebab parfume kat sini memang murah giler. Kali ni aku beli Elizabeth Arden Lavender pulak. Buy 1 free 1 jugak dengan harga SGD32.00 satu. Aku beli jugak Sunflower travel size dengan harga SGD14.00. Actually aku tak bawak banyak duit SGD pun sebab aku tukar SGD200 je. Memang tak ada aim nak bershopping sangat pun. Sebelum balik JB aku mintak Dahlan singgah Mc D kejap sebab nak beli Mc Wing. Singgah kat Mc D Woodlands kat MRT station. Aku beli satu set je sebab katanya tak ada sapa nak sekali Batrisyia makan, Dahlan makan sampai aku rasa tak puas betul rasa kali ni. Tak kira esok kena pegi Mc D lagi.

Saturday, August 10, 2013

Jenjalan Raya 2013 - Part 1

Tahun ni tak balik Bota raya so ada banyak masa untuk berjalan-jalan. Sebenarnya plan nak pegi Singapore ni dah plan lama tapi sebelum pegi Bandung ritu dah cancel sebab pikir tak cukup duit nak merayap. Last minute bapak cakap dia tak nak beraya di Bota so kitaorang decide pegi jalan-jalan le ke JB dan Singapore.
Book hotel pun, hotel kat JB je sebab murah. Ikutkan Dahlan nak duduk rumah sedara mara. Eee.. tak nak le aku. Pertama kali berjumpa tetiba nak tumpang-tumpang tidur pulak. Segan. So aku cakap biar aku bayar hotel. Kitaorang just ambik hotel murah-murah je kat JB. Beli melalui Agoda dua malam RM260+ je including breakfast. Ok le kan.
 

Plan asal nak bertolak pukul 6.30 pagi sesudah subuh. Sangat le 6.30 pagi. Pukul 8.00 last-lastnya keluar rumah. Isi minyak dulu, betul-betul bergerak dari Petronas tu pukul 8.15 pagi. Jalan tak jam. Ok je sepanjang perjalanan. Stop pertama kali kat Ayer Keroh. Fresh up sikit. Turun pun gilir-gilir sebab Batrisyia tidur. Pastu tetiba ntah camana aku ajak Dahlan singgah JPO. Dah alang-alang datang JB takkan tak nak merasa pergikan. Bukan senang nak datang JPO ni. Dahlan setuju je. 

Dalam blog orang yang aku baca senang gila pegi JPO ni. Dorang cakap ada signboard sepanjang perjalanan. So aku pun relax le sebab dah kata tak susah nak cari. Try cari melalu hp aku. Hp aku tunjuk exit ikut laluan kedua ke Singapore. GPS Dahlan lagi hampeh, langsung tak dapat cari. Sekali terlepas pulak exit Tuas tu. Nak pusing balik dah sampai dah toll JB. Tapi try jugak pusing. Pusing kali kedua pun terlepas. Apa ke bangang highway ni. Ke arah sana ada tulis pegi Tuas. Belah sini tak ada. Mana le aku nak tahu mana exit Tuas. Dah sahih-sahih datang JB pun lepas 14 tahun. Pusing balik. Kali ni dapat keluar kat exit Tuas. Sekali dah keluar berpusing-pusing. SESAT!!. Mana ntah signboardnya. Bengong sungguh. Rupanya kena keluar exit Kulai. Bukan exit Tuas. Aiseh.. cakap le siang-siang.


Setelah jenuh berpusing-pusing sampai jugak le ke JPO yang orang heboh-heboh sangat tu. Dah pukul 2 lebih petang dah time tu. Kena call hotel cakap kitaorang late check in.

Sampai JPO tempat pertama dituju.. cari makan. Gila lapar belum lunch. Nasib baik kat JPO ada food court. Masa ni dah tak boleh decide dah nak makan apa. So pikir Batrisyia sekali, order nasi ayam jelah. Harga food kat sini lebih kurang harga food kat KL jugak. Tengah makan, aku terpandang satu perempuan duduk meja belakang aku. Macam kenal je minah ni. Sapa ek? Pikir-pikir pandang lagi sekali. Tengok husband dia pulak.. Lar.. Fahmi Modread ke belakang meja aku. Aku nak pegi tegur amik gambar, Dahlan tak bagi. Hehehehe..

Tak ada beli apa pun kat sini. Memang tak ada plan nak menyopping pun. Budget tak ada. Balik dari Bandung, raya lagi mana nak cekau duit. So tengok ajelah orang-orang yang sakan bershopping. Nak masuk butik Coach panjang berjela kena queue. Best sangat ke pun? Ntah le..

JPO ni ada dua tingkat. Kat tingkat bawah butik-butik yang agak mahal le. Yang belah atas aku rasa butik yang aku mampu le nak beli. Masuk jugak le ke butik Poney, Sembonia tapi ntah rasa tak ada hati nak membeli belah. Harga pun tak ada le murah mana. Macam handbag Sembonia tu. Kat Aeon pun boleh beli harga cam gitu plus dapat Aeon point lagi kan.

Dalam pada tak ada beli apa-apa tu pun berjam jugak le kat JPO tu. Yelah, makan lagi, pegi toilet lagi. Batrisyia tengok ayor lagi. Mau tak makan berjam jugak. Pukul 5.00 baru kitaorang gerak ke rumah Pakcik Ahim (bapak mertua Nyah). Kat rumah dia, dia jamu mihun Singapore dan mee mamak. Pastu tumpang solat jap rumah dia. Lepas solat gerak pegi rumah pakcik Dahlan. Cik Usin. Dia pun tak ada kat rumah pegi keja. Wife dia pulak pegi Melaka beraya. Yang ada anak-anak dan mak sedara Dahlan sorang lagi, Cik Leha. Dorang jamu mihun jugak. Duduk sini sejam camtu, baru gerak ke hotel

Kitaorang book Hallmark Regency Hotel. Hotel ni baru jugak le bukak. Dalam bulan June hari tu. Ada banyak branch lain kat Melaka. Cuma hotel ni tak ada parking khas. Parking open je. Tapi maybe malam so ada jugak le parking depan hotel tu. Entrance dia ok jugaklah. Masuk bilik sekali tak ada tingkap rupanya. Kalau nak bilik bertingkat kena request. Aiseh mana nak tahu kan. Pastu bilik dia kecik yang amat. Huhu.. ok le dari tak ada tempat tidur. Bilik kat hotel Kelantan masa Ely kawin tu rasa lagi kecik dari sini walaupun sana ada tingkap. Batrisyia macam biasa, tak sabar-sabar nak merasmikan katil. Memang sekarang dia ni excited naik atas katil kalau masuk bilik hotel.

Toilet hotel ni ok. Shower pun air dia kuat. Cuma air panas dia lama-lama mandi jadi sejuk. Tapi aku suka. Dahlan le bising komplen. Sebab baru semua pun nampak cantik le lagi.

Ada coffee section jugak. Tapi satu je kopi 3 in 1. Satu lagi chinese tea. Kat depan lif ada water dispenser hot & cold. So aku keja mengambik air kat situ je untuk masak. Ok air dia tak ada rasa tak sedap. Yang lagi satu tak best hotel ni, TV channel dia tak boleh dapat TV Malaysia. Aku pun tak tahu le apa masalahnya. Sama ada channel Indon atau channel Singapore je yang dapat. Kacau betul. Terbantut planning aku nak tengak Mission Impossible kat TV2 malam ni.

Friday, August 9, 2013

Raya Kedua 2013

Raya kedua 2013. Hari ni aku ajak Bapak dan Yong datang beraya rumah aku pulak. Nyah tak ada dah balik JB. Menu hari ni nasi lemak ayam goreng dan special untuk bapak ada ikan pekasam. Gigih bangun pagi-pagi memasak. Dorang sampai pukul 11.00. Bapak, Yong dan anak-anak je. Abang Mizi tak datang tak larat nak bawak motor jauh katanya. 

Sampai petang jugaklah Yong lepak sini. Budak-budak pun makan 2-3 round. Nasib aku memang masak banyak. Tau dah deme ni makan berkali-kali. Petang aku pegi kubur mak dengan Dahlan je. Batrisyia tinggal dengan Yong. Balik dari kubur, deme dah main kat luar. Aku angkat kain si Batrisyia tak abis-abis amik gambar. Eeee.. budak kecik ni..


Sebelum semua balik, amik gambar budak tak cukup umur lagi. Elok pulak Batrisyia duduk senyum camtu. Kalau semalam duduk elok-elok camtu kan bagus. Malam proses mengiron baju yang selambak sebelum gerak jenjalan raya esok. Sibuk packing sampai tengah malam jugaklah.

Thursday, August 8, 2013

Cerita Aidilfitri Pertama 2013

Raya tahun ni sepatutnya turn Bota tapi bapak decide nak raya kat sini je sebab nak pegi kubur mak. So semua le kitaorang tak balik kampung. Semalam LSSB dah bagi cuti raya free kat semua orang so awal pagi sebelum Dahlan pegi keja dia hantar aku pegi rumah Nyah untuk acara masak memasak. Tak ada buat banyak benda pun. Cuma masak rendang, buat ketupat, pastu prepare untuk BBQ malamnya. Lepas berbuka kitaorang bertiga tetap balik PJ.

Pagi raya nak gerak Batrisyia bangun satu hal le. Jenuh. Dahlan dah balik dari masjid dia baru sudah mandi. Tapi agenda pagi raya tetap kena buat. Ambik gambar family kat rumah. Susahnya yarabi. Dulu Batrisyia nak pose lawa-lawa. Sekarang ni dia suka buat pose ngada-ngada. Ni le gambar tercantik yang dia pose tengok camera tapi jelir-jelir lidah pulak. Geram aku. Sebab dah lambat nak pegi rumah Nyah, terus je pegi dah. Try ambik kat rumah Nyah pulak nanti.

Kat rumah Nyah, selain dari benda masak semalam ada lemang dan laksa johor segera. Pastu Nyah ada beli kek sempena birthday Iman hari ni. Habis diet aku makan kek. Tapi mana tahan tengok kek yang begitu marvelous.

Dah siap makan acara amik gambar lagi. Deme yang lain semua dah bergambar. Sebab kitaorang lambat, kitaorang jelah. Batrisyia tetap tak nak kerjasama. Pandang lain le. Buat mulut itik le. Gambar atas ni muka dia tak ada pelik tapi Along pulak amik nampak kaki Dahlan tak berkasut. 

Try lagi. Batrisyia mula dah buat muka-muka dia. Senget pulak.. tapi udah le malas nak amik dah. Semua orang dah sibuk nak keluar berjalan. Deme nak pegi kubur tapi aku tak nak sebab rasa nak pegi esok. Rumah pertama pegi rumah Pak We. Pastu pegi beraya rumah mak Dahlan. Balik dari rumah mak baru pegi rumah Mak Nyah. Kesian Mak Nyah. Nampak uzur sangat sebab dia jatuh dalam bulan puasa hari tu. Balik dari rumah Mak Nyah ingat nak jalan pegi rumah Aidee tapi dia tak ada pulak. So balik jelah rumah. Sebelum tu singgah Tropicana dulu beli barang nak masak sebab Yong dengan bapak nak datang beraya esok. Malam masak mee. Itu sahaja cerita raya pertama yang sungguh tak best bila beraya di KL.