Saturday, October 15, 2016

Melbourne Trip Day 2.3 (24.09.2016)

Dah selesai amik gambar bilik semua, kitaorang plan cepat-cepat nak keluar dari hotel sebab nak pegi shopping terus dekat Queen Victoria Market (QVM). Hari ni janjinya kena focus shopping je. Amik-amik gambar QVM kena buat hari lain. Sebab kalau dah sibuk bergambar semestinya tak cukup time. Hari ni QVM tutup pukul 3.00 petang jadi seharusnya bergerak pantas.


So pukul 11.00 pagi, kitaorang gerak dari bilik. Singgah dekat cafe tingkat 1 ambik air suam dulu. Perkara pertama yang kitaorang kena buat ialah pergi 7-Eleven. Kena beli myki card dulu. Kalau tak ada myki card nanti susah nak bergerak. Myki card ni fungsi dia sama dengan rapid card.. eh rapid card tak boleh guna untuk komuter.. mhmmm sama macam touch & go lah. Eh tak juga sama kot yer.. sebab myki tak boleh guna untuk toll, parking kot.. Oklah boleh kata 3/4 sama dengan rapid card. Sebab dia boleh guna untuk semua public transport. 

Harga card myki AUD6.00 (RM18.69) untuk adult dan AUD3.00 (RM9.35) untuk child berumur antara 4-16 tahun. Sana 16 tahun pun consider kanak-kanak yer. Kalau 16 tahun besar Caca rugi kot. Untuk top up ikut suka hati le nak top up berapa. Kitaorang top up AUD30.00 (RM93.45) untuk kad aku dan Dahlan dan AUD16.00 (RM49.84) untuk Batrisyia. Tak habis pun pakai sebab ada salah kira.

Kiraan tambang charge tu macam pening sikit. Masa sebelum pergi aku jenuh study tapi tak jugak paham-paham. Bila baca blog Cik Siti paham sikit tapi tetap salah kira jugak. Balik dari Melbourne rasa dah paham dah kot sistem myki dorang. Dorang ada dua zone. Zone 1 dan zone 2. Kalau zone 1 ni sekitar city le. Zone 2 ni yang dah jauh-jauh sikit. Kalau nak buat budget, kira untuk zone 1 jelah yer. Sebab memang duduk city kan. Kalau travel between zone 2 je harga dia murah sikit. Kalau travel dalam zone 1 dan zone 2, amik harga zone 1 jugak.

Masa naik tram kena tengok kita naik tu dekat free tram zone atau bukan. Kalau naik dekat free tram zone, tak payah touch myki pun. Sehingga le drebar tu announce yang tram tu dah melepasi kawasan free tram zone dan sapa yang belum nak turun atau belum touch card, cepat-cepat le touch. Kalau touch juga di kawasan free tram zone boleh je tapi bengap le macam aku. Tak pasal-pasal kena deduct. Mana le aku tau ada free-free pulak. Free tram zone ni rata-rata dekat city le. Dekat station tram tu ada tulis sebenarnya kawasan tu free ke idak. Dalam tram pun ada peta.

Selain dari area free tram zone tu, kalau naik tram di zone 1, harganya adalah AUD3.90 untuk dua jam. Ok masa aku baca aku serius tak paham camana dia kira dua jam tu kan. Contoh camni le. Kata le nak pegi Melbourne University dari hotel. Touch le myki tu bila dah sampai bukan free tram zone. Pastu turun. Balik tu tak ada guna myki dah sebab naik teksi. Contoh yer. So esoknya baru guna myki balik pegi mana-mana pulak. So masa touch yang esoknya tu akan dapat tengok dia deduct harga dua jam dekat myki kita. Tapi kata le pegi Melbourne University tu 3 jam. Pastu balik naik jugak tram. Pegi pulak St Kilda. Tambang tu dah kira maksimum sehari punya tambang iaitu AUD7.80. Paham ke tak paham? Kalau tak paham budget jelah AUD7.80 sehari. Habis cerita. Hari Sabtu dengan Ahad harga sehari tram AUD6.00 je. Untuk child harga maksimum 1 hari AUD3.90 termasuk Sabtu dan Ahad. Kalau dua jam separuh iaitu AUD1.95.

Myki ni boleh guna untuk semua public transport di sana kecuali Skybus le. Macam aku cakap untuk tram touch bila sampai bukan free tram zone. Bus dan train kena touch sebaik sahaja naik atau nampak ada menatang nak touch tu le. Beza train dengan tram.. tram tu atas jalan raya. Train dekat landasan keretapi macam komuter tu. Bila turun tram tak payah dah touch myki. Tapi kalau bus dan train kena touch. 

So dari Ibis Hotel naik je tram yang betul-betul depan hotel tu ke QVM. Boleh naik tram no 19 / 57 / 59 dari Flinder Street Station. Dekat sini ke QVM free tram zone ok. Tak payah nak rugi-rugi duit pegi touch. Turun dekat station Queen Victoria Market. Dekat je sebenarnya. 3 stop je dah sampai dah. 

Turun-turun je dah nampak pintu masuk pasar basah QVM. Cross je jalan dah sampai. Orang ramai. So jalan terus je sebab aim memang nak beli souvenir dan buah-buahan je hari ni. Tempat jualan merchandise item sebelah kanan pasar basah tu. Hari Sabtu kot serius meriah giler kat sini. Rugi tak dapat amik gambar. Patutnya dah sampai agak awal boleh je amik-amik gambar orang busking semua kan. Tapi ntah kepala aku sedikit blur sebab tak cukup tidur kot. Tengah-tengah tu meriah dengan orang busking, food truck, macam syok sangat lepak sini


Tapi kitaorang memilih meneruskan perjalanan mencari souvenir. Sebenarnya souvenir tu nombor 2. Nombor 1 nak cari sweater aku. Aku memang tak bawak sweater. Sweater yang aku ada ni nipis sangat-sangat. So pusing-pusing dulu. Sekali terjumpa gerai yang owner dia ada keluar dalam blog yang aku pernah baca cakap situ murah. Singgah tengok-tengok apa nak beli. Batrisyia dah start memilih dah apa nak beli. Aku cakap sekejap lagi le. Kita jalan-jalan dulu. Sekali ada pulak orang Malaysia menyampuk. Hahaha.. aku pun tanya le kat dorang murah ke sini since dorang borong banyak. Dorang cakap entah le. Dorang beli je sebab malas nak pusing dah. Tapi aku rasa memang betul gerai tu murah sebab contoh macam bag yang aku beli tu gerai lain jual 3 for AUD10.00. Sini dapat 4 for AUD10.00. Fridge magnet pun sama. Kat sini dapat 6 untuk AUD10.00. Tempat lain semua 5 je. So aku pun beli le juga beg tu dulu. Beli tu je. Pastu pusing cari sweater.

Nampak le sweater yang aku rasa berkenan dah. Tebal. Try-try amik size XL macam ketat rasa tak selesa dekat tangan. Size XXL selesa tapi besar gila pulak. Sebenarnya XL tu dah cukup dah untuk aku cuma aku tak biasa pakai sweater tebal-tebal macam tu. Nyesal pulak rasa. Dah decide dah amik 1 sweater tebal dalam ada bulu-bulu harga AUD20.00 (RM59.00). Pastu tetiba ternampak 1 lagi sweater yang biasa-biasa tapi tebal le dari sweater biru aku tu harga AUD9.90. Aku pun try-try amik warna purple pulak sebab dah ada yang nipis warna biru. Yang tebal tu warna hitam. Saja try luck minta discount sebab aku beli 2 kan. Sekali dia bagi yang purple tu AUD8.00 (RM23.84). Total dua-dua cuma RM82.84 je. Mana nak dapat sweater size aku berharga macam tu. Happy betul. 

Dah siap shopping sweater, Batrisyia dah muka macam tempoyak basi sebab tadi nampak satu cockatoo tapi aku tak beli. Dia nak jugak-jugak burung tu. Beli jugak lah burung tu. Warna putih yang dia nak. Isk isk.. Kat gerai tu mahal semua souvenir dia. Tapi sebab dia dah bising lebih dari bunyi cockatoo, aku pejam mata je. Cockatoo Batrisyia harga AUD10.00 (RM29.80). Mahal kau. Aku beli juga set apron, hand glove dan pot cover untuk aku kat sini dengan harga AUD8.00. Lepas tu pusing lagi cari t-shirt. Jumpa gerai orang Indonesia yang semua orang cakap murah. Cuma gerai dia jual t-shirt harga AUD4.00 (RM11.92) satu. Kualiti sama. Gerai lain semua AUD6.00 ke atas.

Lepas tu kitaorang decide beli buah-buahan. Aku geram gila tengok epal dan orange dia. Besar-besar semua. Amik dua biji epal harga AUD1.00 (RM3.115). Kalau kat Jaya Grocer, epal tu harga RM3.50 sebiji. Lepas tu Dahlan sibuk nak beli pisang. Ayoo.. kat sini pun makan pisang ke. Beli oren 3 biji jugak. Oren AUD1.00. Pisang pun AUD1.00. Serius murah gila. Oren tu besar gila. Kat sini harga RM3.00 sebiji kot. Manis pulak tu. Pusing lagi jumpa pulak coin purse kulit lembu. Beli 2 dengan harga AUD12.00 (RM35.76). Plan nak bagi bapak 1. At last decide beli souvenir yang lain-lain dekat gerai yang pertama tadi. Beli fridge magnet 6 biji. Beli coasters untuk nyah dan apron untuk Chuma. Dua-dua ni dapat AUD5.00 satu.

Dah siap shopping semua, baru le cari tempat lunch. Dah pukul 1.30 tengahari mau tak lapar. Malam tadi makan dalam flight je kot. Ada gerai makanan arab kat sini tapi tak rasa nak makan. Aku rasa nak makan fish & chips. So pegi le dekat food court. Situ ada macam-macam gerai juga. Gerai fish & chips yang awal sekali dari pintu masuk. Orang ramai. Nak cari tempat duduk pun susah. Dah dapat tempat duduk, aku pun gi le beli. Tak tahu nak pilih yang mana. Last-last pilih fisherman's basket. Ada 2 fish pieces, 1 king prawn, 1 scallop, 1 potato cake, 2 calamari rings dan chips. Harga AUD15.50 (RM48.28). Pastu beli sekali tartar sauce bekas besar AUD1.50 (RM4.68).

Fisherman's basket, large tartar sauce dengan cockatoo. Nak juga cockatoo dia masuk dalam gambar. Dah makan-makan sekali tak cukup pulak. Aku gi beli lagi sekali. Actually masa mula-mula beli, aku tak perasan sebenarnya boleh je pilih dan beli satu-satu apa yang kita nak. Dah kali kedua tu baru perasan. Kalau tidak dah terbeli fish & chips set lagi. Sapa nak makan chips yang banyak-banyak tu. Kali kedua aku cuma beli fish fillet fried sahaja dua ketul AUD5.50 satu. So dua AUD11.00 (RM34.27). Sedap tau fish fillet sini. Rasa ikan tu betul-betul fresh

Dah siap makan, dalam pukul 2.00 petang kitaorang terus pergi amik tram balik hotel. Kejap je kitaorang makan. Setengah jam je. Agaknya sebab lapar tu yang cepat je habis makan. Batrisyia pun tak ada meleweh-leweh makan sebab dia memang suka fish macam tu. Pun lapar agaknya sebab muffin yang aku beli tu dia makan sikit je

Sayang benor cockatoo tu. Tengok kat Melbourne pun ada orang buang sampah merata-rata. Lepas makan pisang buang je kulit kat situ.  Kitaorang naik tram balik tapi tak turun dekat Collin St stop 2 sebab plan nak beli sim card Australia. Tadi masa turun Skybus transfer nampak ada kedai Optus besar kat area situ. So kitaorang ambik tram dari tempat datang tadi dan stop dekat station Bourke Street Mall stop 3. Dekat sini ada satu bangunan nama General Post Office (GPO). Cantik struktur bangunan ni. Macam bangunan lama. Sekarang dah tak jadi post office kot. Macam banyak shopping area je. Kat dalam ni ada H&M besar gila. Bertingkat-tingkat tau.

Gambar hari lain dari seberang jalan GPO

Masuk dalam Optus, tercangak-cangak juga. Ada satu minah assist kitaorang. Dia cakap kalau tourist minimum prepaid sim pack yang dorang ada cuma satu je yang suit kitaorang. Sim card ni boleh pakai selama 7 hari dan dapat 500mb data sehari. Kalau pakai lebih, kena bayar le lagi. Call tak tahu camana chargenya. Free gamaknya sesama nombor Australia sebab malam tu Dahlan ada call nombor uncle Neil tapi lupa nak tanya kena deduct ke idak. Pakej ni berharga AUD15.00 (RM46.73). Dahlan yang bayo untuk sim card dekat sana. So sepanjang dekat sana kitaorang share-share je internet. Tak payah bazir banyak-banyak. So far cukuplah 500mb tu sehari sebab aku cuma upload gambar pun sikit je ke instagram.  

Masa Dahlan nak beli tu, kena tunggu dalam 15 minit baru sampai turn dia sebab ada 4-5 orang depan kitaorang yang tengah menunggu. Aku cakap dengan Dahlan boleh ke kalau aku balik dengan Batrisyia dulu sebab mata aku dah mengantuk sangat-sangat. Dahlan bagi kitaorang balik. Dekat je Optus ni dengan hotel. Satu blok je.

Sampai bilik dah pukul 2 lebih. Aku terus mandi dulu. Gila ko dah 24 jam tak mandi ni. Lepas aku mandi Batrisyia pulak tak sabar-sabar nak mandi. Dia terus mandi. Pastu aku siap-siap nak solat. Lepas je aku solat, aku terus baring atas katil dan terlelap sekejap. Lepas Batrisyia mandi, dia bogel-bogel tidur dengan aku. Dahlan balik aku dengar tapi mata tak boleh bukak. Aku nampak Dahlan mandi dan solat semua tapi memang mata aku berat sangat. Lepas tu aku rasa Dahlan pun tidur jugak

Pukul 4.00 petang aku kejut Dahlan ajak keluar. Mengikut itinerary petang ni lepas mandi dan solat kitaorang akan ke St Kilda Beach dan Luna Park. Dahlan jawab sambil mata pejam, "Batrisyia tidur camana nak pegi". Hahahaha.. Sebenarnya aku pun penat juga. Aku bangun pakaikan Batrisyia baju pastu aku baring balik dah lelap lagi. Amenda le datang jauh-jauh kitaorang bantai tidur pulak.


Sedar-sedar lagi sekali dah pukul 6.00 petang dah pun. Punah dah harapan nak pegi Luna Park dan St Kilda Beach. Huhu.. Kejut le dorang bangun sebab dah malam. Idak ke nak pegi makan malam. Pukul 7.00 kitaorang keluar. Kalau tadi kitaorang dah pergi arah QVM belah kiri hotel, kali ni kitaorang menghala ke kanan dari hotel. Kitaorang menyusur je kedai-kedai sampai le ke hujung jalan. Sampai hujung tu Flinders Street Station. Banyak kedai-kedai yang dah tutup. Kedai-kedai makan je yang masih bukak lagi


Ni gambar Flinders Street Station waktu siang. Sahih amik hari lain kan

Dah sampai Flinders Street tu boleh nampak seberang jalan tu ada Coles, ada kedai jual kebab yang orang cerita-cerita tu dan macam-macam kedai makan lagi. Tapi malam ni tak rasa nak beli kebab so kitaorang masuk dalam Coles je cari apa yang boleh dimakan.

Ini pun sahih le gambar hari lain sebab terang. Coles ni supermarket le. Ada jual keperluan harian di tengah-tengah city. Serius cakap best gila masuk Coles ni. Aku gila tengok coklat dorang. Pusing-pusing nampak ada Tim Tam jual dengan harga AUD1.82 (RM5.67). Harga sebenarnya AUD3.99 tapi ada sale, dapat le harga tu. Aku pun borong le untuk adik beradik sebab kalau kat Malaysia, Tim Tam ni berharga RM12.00 satu. Separuh harga mau tak borong. Beli jugak untuk kitaorang makan-makan 3 jenis. Pastu aku beli juga beberapa barang jenama Coles. Cokies chocolate chip, susu, potato chips, hot chocolate, raisin toast bread dan roti cam pizza sayur-sayuran. Batrisyia dan Dahlan beli coklat jugak. Malam ni kitaorang spend dekat sini AUD36.55 (RM113.85). Kalau datang Melbourne ni satu jelah aku cakap, bila nak beli makan toksah le convert. Kalau convert memang rasa tak lepas ke tekak le jawabnya. Anggap je semua-semua yang jual tu dalam RM je. Hahaha.. Kalau shopping yer.. kena convert. Berbaloi ke tidak beli di sana barang tu

Lepas dah membeli belah di Coles, kitaorang decide terus le balik hotel. Sampai hotel baru pukul 8.30 malam. Tengok le camana rupa city dia pukul 8.30 malam. Macam dah lewat sangat-sangat kan. Tu yang tak best pasal Melbourne ni. Kedai-kedai semua tutup awal termasuk shopping mall.

Sampai kat bilik Batrisyia makan coklat dia je. Suruh makan roti dia tak nak. Aku dan Dahlan makan roti pizza tu. Pastu bancuh je air teh dan hot chocolate. Malam ni Dahlan call uncle Neil tu janji esok nak tunggu pukul berapa semua. Esok kitaorang ada tour dengan MAT ke Great Ocean Road.  Good night Melbourne

Note: Tukaran duit untuk makan, myki dan optus Dahlan AUD1=RM3.115. Untuk shopping AUD1=RM2.980

Thursday, October 13, 2016

Melbourne Trip Day 2.2 (24.09.2016)


Sebaik sahaja cross jalan terus le boleh nampak signboard ibis budget hotel. Lokasi hotel ni serius cakap memang terbaik. Bawah tu ada subway. Selang beberapa buah kedai ada ala-ala kedai runcit bernama Foodworks. Seberang jalan ada 7-Eleven. My Chemist sebelah je 7-Eleven. Memang best betul

 

Yang paling best ni ha.. tram stop dia depan hotel kau. Tapi kat sana ada tak boleh cross-cross sebarang. Tetap kena pegi traffic light nak cross. So jadinya tak ada le setapak dah sampai tram stop. Hehehehe... Tram stop ni nama dia Collin St Stop 2. Kalau naik yang belah Ibis Hotel, tram ni akan ke arah QVM. Kalau seberang jalan terus sampai Flinders Station. Last stop untuk tram yang lalu depan ni memang dekat dengan Flinders Station. Lagi satu tram stop yang dekat sebelah kanan Ibis ni. Yang tu nama dia Elizabeth Street - Stop 5. Memang pening sikit mula-mula, tapi lepas sekali dua naik tram ni sure paham. Jap lagi cerita pasal charges tram yer. Sekarang nak sambung pasal hotel dulu.

Receptionist hotel ni berada di tingkat 1. Hotel ni ada lift. Senang je. Ground floor dia tak ada apa-apa. Cuma ada lorong je nak masuk ke lif dan tangga kecemasan. Sampai je tingkat 1, belah kiri terus nampak receptionist. Belah kanan ada cafe kecik. Lebih pada pantry kot. Lupa nak amik gambo receptionist.

Masa kitaorang sampai baru pukul 10.30 pagi camtu. Check in sepatutnya pukul 2.00 petang. Saja try luck. Kalau boleh check in awal, rezeki. Kalau tak boleh just nak drop bag sahaja sebab kitaorang dah ada agenda lepas ni.




Ada banyak pamphlet travel agen dan diskaun kad kecik-kecik dekat hotel ni. Boleh ambik dan guna. Batrisyia kutip semua tapi satu pun kitaorang tak guna kad diskaun tu. 


Tunjuk je Agoda punya booking paper, dia terus cakap room is ready. Yahoo.. tak payah pening-pening nak drop bag. Dia mintak passport aku untuk urusan check in. Dan credit card. Kitaorang duduk sini 5 malam. Tapi housekeeping dia takkan kemas bilik hari-hari. Dia akan kemas bilik hari keempat which is lepas 3 malam kitaorang tidur sini. Cuma towel sahaja yang dia akan tukar hari-hari. Belasah le labu.



 
Hotel ni ada sediakan breakfast juga. Apa breakfast dia aku tak tahu. Breakfast dia berharga AUD9.00. Tak kuasa nak bayar AUD27.00 untuk breakfast yang setakat makan roti. Nanti pandai-pandai le kitaorang cari breakfast. Dekat sini boleh amik air panas free je. Air sejuk amik dari paip je. Paip dekat sini memang boleh terus minum. Rasa macam pelikkan.. Mula-mula. Dah biasa tak ada apa rasa. Sedap je air dia macam drinking water dalam botol. Tak ada rasa pelik-pelik


Ada tempat boleh surfing jugak. 10 minit AUD1.00 (RM3.115). AUD2.00 (RM6.23) boleh surfing selama 28 minit. Macam mahal kan. Hotel ni tak ada wifi percuma. Wifi pun kena bayar. Harga aku tak tahu sebab tak tanya dan kitaorang bercadang nak beli sim card Australia. Boleh pakai masa jalan-jalan juga nanti. Tu sebab tak tanya


Ada locker juga untuk simpan barang. Tapi kalau bawak beg gedabak macam kitaorang tak muat letak dalam locker ni. Locker ni kena masuk duit macam dekat Legoland tu. Harga tak tau sebab tak tengok betul-betul.

Hotel ni ada laundry room juga. Boleh guna laundry room ni dari pukul 7.00 pagi sampai 9.00 malam. Charges tak pasti juga sebab tak check. Jom tengok rupa bilik pulak. Kitaorang dapat bilik di tingkat 7. Bilik bernombor 713. Kitaorang book family room. Ada satu katil double dan satu katil dua tingkat.

Walaupun baru check in tapi hotel ni nampak tak kemas kan. Kalau tanya review aku, memang hotel ni tak berapa best pun. Lokasi je terbaik. Agak kotor sebab dorang tak cuci betul-betul agaknya. Ada dua tiga kali aku siram-siram dalam bilik mandi dia sekali tu macam darah period keluar dari bawah bingkai pintu tu. Lagi sekali ada hitam-hitam. Nampak sangat masa dorang bersihkan ala kadar je. Tapi dah tak mampu nak duduk hotel mahal-mahal pejam mata jelah. Lagipun memang datang Melbourne ni masa banyak habis dekat luar. Balik tengahari untuk solat je. Lepas tu keluar balik sampai malam. Tak banyak masa pun duduk dekat bilik. Ok le tu.

Dalam bilik ni ada aircond dan ada heater. Dulu-dulu aku tertanya-tanya camana ek kalau kena ada dua-dua alat tu. Rupanya aircond dorang tu memang ada dua function tapi alatnya satu je. Heat function dan cool function. Baru le paham. Tapi aku tak tahu le apa dorang panggil menatang ni sebenarnya. Sepanjang duduk dalam hotel ni rasanya kitaorang lebih guna heater (heat function) kot berbanding aircond (cool function). Sejuk yang amat.

 
Simple sangat room dia. Seperti yang tengok dalam internet. Tak ada lebih tak ada kurang. Kecik je. Tapi kalau aku yang besar anak gajah boleh muat, mesti orang lain pun boleh muat kan. Hahahahah...
Masuk-masuk je dah sampai pintu tandas. Sebelah tu sinki. Sebelah sinki bilik mandi. Pastu kanan katil. Tu je. Ada minibar kecik. Dan ada satu lagi yang surprise, bilik ni ada coffee tea maker which is dia bagi juga kettle, nescafe, tea, gula dan susu dalam kotak yang dia letak dalam peti ais. Wallah.. tak sangka. Senang juga le hidup pagi-pagi. Yang ini dalam internet memang tak ada mention pun. So ada le juga bonus kan.
 

Melbourne Trip Day 2.1 (24.09.2016)

Sebaik sahaja mendarat, semua orang cepat-cepat nak ready keluar. Aku pun tak nak ketinggalan sebab review orang cakap nak lepas imigresen dekat sini panjang barisannya. Keluar je dari pesawat dah rasa angin sejuk bumi Melbourne. On the way nak sampai ke imigresen tu, aku nampak ada banyak mesin untuk arrivals smartgate. Ala.. yang scan sendiri passport tu. Mesin dia memang banyak gila. Tapi Malaysian tak boleh guna mesin tu. Kena le beratur.

Sebelum nak keluar imigresen, Dahlan singgah nak pergi toilet. Dia memang le sentiasa nak pergi toilet. Aku pun bawak le Batrisyia sekali pergi toilet. Pertama kali masuk toilet dekat Australia, cam perak kot sebab sinki dia air panas. Hehehehe... selalu jumpa sinki air panas ni kat hotel je. Ni kat public toilet. 

Declaration card. FA bagi masa dalam flight lagi. Better isi siap-siap untuk elakkan kelam kabut di airport

Dah selesai semua, kitaorang pun start le beratur nak melalui imigresen. Panjang gila barisannya. Sekali officer tu panggil yang datang dengan group dan ada anak masuk lane lain yang tak berapa nak panjang. Memang ada lane khas untuk yang bawak anak. Yeay!! Best gila. Beratur sekejap je dah sampai kaunter. Pegi kaunter tu pun tak payah sorang-sorang. Bagi je terus 3 passport dan sama-sama ke kaunter. Selain daripada passport dan ETA, kena bagi juga declaration card satu sorang. Kitaorang declare yang kitaorang bawak drug dan food. Pastu officer tu tanya, ubat tu bawak tablet je ke atau yang ada prescription. Aku cakap ada dua-dua. Pastu food pulak aku cakap aku cuma bawak artificial sugar. Pastu dia terus cakap nanti masa amik luggage,  jumpa officer dekat luar cakap kitaorang bawak artificial sugar je. Dan lepas tu terus keluar. Aik.. macam senang bebenor kan.

Tak abis lagi episod ni. Yang tadi baru imigresen. Lepas collect luggage, aku bawak keluar siap-siap plastik ubat incase dia nak tengok. Pastu kitaorang pun cari le officer. Tunjuk declaration card dan passport dan kabo le kedia yang kitaorang bawak artificial sugar. Dia tulis something-something yang aku tak paham kodnya dekat kad tu. Lepas tu terus le berbaris nak keluar kastam tu. Barisan tu serius panjang gila. Tapi cepat dan efficient sangat. Masa berbaris tu ada officer mintak tengok declaration card tu dan dia tulis-tulis juga macam dekat card kitaorang. Sampai giliran kitaorang dekat officer yang segregate yang mana boleh kuar terus atau yang mana kena check bag, dia amik card tu terus dia tunjuk arah belah kiri. Bermakna boleh keluar terus tanpa kena lalu sekali lagi checking-checking bag yang panjang berjela tu barisannya. Alhamdulillah. Mudah sangat. Rasa lebih mudah daripada imigresen dekat Chiang Mai dan Bandung. Pastu tak ada pulak anjing yang dorang sebut-sebut tu. Nasib aku baik le agaknya ye.

Keluar je dari arrival hall sekali lagi angin sejuk Melbourne terus menyerbu muka. Dekat airport ada wifi. So apa lagi sebelum cari bas ke apa, mula-mula sambung wifi dulu terus check in facebook. Hahahaha.. ntah hapa-hapa. Sempat juga whatsapp group family bagitau udah sampai Melbourne. Keluar je sebelah kiri arrival hall tu boleh nampak terus kaunter Skybus. Lupa pulak nak amik gambo kaunter Skybus tu sebab excited bebeno nak beli tiket. Aku beli tiket one way untuk Family 2 yang berharga AUD38.00. Tiket untuk family ni ada dua jenis. Family 1 yang berharga AUD19.00 untuk 1 adult dan free sampai 4 anak umur 4-16 tahun. Yang aku beli ni untuk 2 adults dan free 4 anak jugak. Rugi le kitaorang 1 anak je. Hehehe...

Dah beli tiket, aku nampak bas yang tunggu tu dah jalan. Tapi tak payah le panik. Skybus dekat sini bukan macam Skybus KLIA2-1 Utama yang jalan sejam sekali. Lepas bas tu jalan terus bas baru datang. Kira setiap 10 minit bas akan bergerak dari Tullamarine Airport ni ke city

Nampak tu bas baru dah sampai. Kejap je tunggu. Tengah sibuk-sibuk bas tu belum jalan, aku pun sibuk nak selfie bertiga. Sekali mamat yang in charge terus offer amikkan gambar kitaorang. Siap suruh pose dari dua arah lagi. Hahahaha.. apa saja le kan.


Sedondon pulak baju aku dengan Dahlan kan. 

Bas dah sampai terus le naik. Bas ni dua tingkat. Bag letak dekat tingkat bawah ada tempat khas letak bag. Seat dekat bawah ada juga tapi sikit untuk OKU. Belah atas semua seat aje. Perjalanan dari Tullamarine Airport ke city mengambil masa setengah jam je. Dalam perjalanan tu nampak le DFO Essendon yang aku tak berjaya nak pergi tu. sob.. sob sedih. Nampak juga Melbourne Star iaitu giant ferris wheel yang dorang ada shooting Masterchef Australia dalam tu dulu tu. Tempat ni memang tak termasuk dalam itinerary. Tak ada budget. Tengok dari jauh jelah. 



Skybus ni akan berhenti dekat Southern Cross Station. Bila dah sampai di Southern Cross Station ni pergi le dekat booth tu kabo le ke dia nama hotel kita. So nanti dia akan suruh kita tunggu dekat tepi sehingga le dia panggil nama hotel kita dia akan bagitau le naik bas kecik tu.


Sementara menunggu bas kecik nak bergerak, apa lagi kerjanya, mengambik gambo jelah. Sebenarnya kalau nak naik tram ke hotel atau nak jalan kaki boleh je. Tapi kitaorang belum ada myki jadi lupakan hasrat nak naik tram. Jalan kaki tu boleh tapi boleh tahan le jauhnya. Tunggu jelah bas kecik ni. Free pun. Dah termasuk dalam harga tiket Skybus tu. Tengah-tengah menunggu tu, Batrisyia dah bising lapar. Yelah pun dari pukul 5.00 petang semalam dia last makan. Dah pagi mau tak lapar. Aku pun jalan le ke 7-Eleven situ. Nak cari le apa-apa yang boleh dimakan

Tengah-tengah jalan boleh pulak nampak dua vending machine sebelah menyebelah. Satu tu jual air macam biasa le. Satu lagi jual power bank. Sapa-sapa lupa bawak power bank tak payah susah hati. Beli je kat sini. Harga tak ingat. Rasa macam mahal jugak sebab air coke zero pun sampai AUD4.50 (RM14.02) dalam ni. Tapi coke zero ni size dia lain daripada Malaysia. Sini size botol camni 500ml kan. Dorang punya 600ml. Kalau botol besar jual kat supermarket, Malaysia jual 1.5L. Di Coles, botol besar dia 1.2L. Botol dia pun macam gemuk-gemuk pendek. Hehehe..

At last aku masuk le 7 Eleven. Beli muffin chocolate harga AUD3.00 (RM9.35). Mahalkan. Tapi besar gila muffin tu. Sampai esoknya tak habis makan, bawak gi GOR tour pastu last-last balance sikit tu buang je.


Tu le rupa bas yang kitaorang naik. Nampak sipi le pulak. Macam bas mini. Rendah je. Tapi dalam ni pun ada wifi. Boleh le nak check facebook ke instagram ke kejap. Sebab dari Sounthern Cross Station ni kejap je naik basnya dah sampai dah

Dalam bas. Panas sebab tu muka camgitu. Bas ni turunkan kitaorang bukan depan hotel sebab depan hotel aku memang tak boleh nak berenti kenderaan langsung. Dorang stopkan kitaorang dekat Collin Street. Jalan satu blok je cross jalan tu dah sampai hotel dah. Dekat je. Dalam 5 minit je dah sampai dah ke hotel

Monday, October 10, 2016

Melbourne Trip Day 1 (23.09.2016)

Baru berkesempatan nak menulis. Minggu lepas busy sangat sebab Dato balik. Kena prepare everything yang dia nak sign sebelum dia cabut lagi minggu ni.

Ok. Trip Melbourne ni bermula pada 23 September 2016 hingga 30 September 2016. Pertama kali pergi trip selama ni. Tu pun lepas dah prepare itinerary semua rasa tak cukup. Menyesal tak balik 1 October. Tak pelah tiket dah beli nak tukar camana.

23.09.2016

Hari ni kitaorang semua cuti. Batrisyia ponteng sekolah sebab Dahlan cakap kalau pergi sekolah nanti kelam kabut nak ambik dia semua. Sepanjang pagi masih lagi sibuk last packing. Padahal aku dah start packing ni dah seminggu lepas. Dahlan memang tak bagi kerjasama. Last minute baju dia tak cukup lah. Surat doktor tak ambik le. Untuk persediaan ke Melbourne, selain daripada buat itinerary yang panjang berjela-jela tu aku juga buat list ubat-ubatan yang aku bawak termasuk le panadol, actal etc. Makanan memang kitaorang decide tak nak bawak sebab rasa menyusahkan. Dahlan cakap dekat Coles tu boleh beli semua tinggal sedia duit je. Aku dah check memang ada Coles yang dekat sangat dengan hotel kitaorang duduk.

Pukul 11.00 pagi aku kerah semua orang amik early lunch. Aku nak kemas dapur. Dah bersiap semua dah. Kacau timing aku. Dahlan macam biasa. Tak boleh nak makan nasi awal-awal. Tetap melambatkan kerja aku. Apa le salahnya sesekali tukar sikit timing perut tu. Tapi last-last dia lunch jugak pukul 11.30 pagi. So aku ada masa nak kemas dapur semua sebelum bertolak.  Lepas lunch mandikan Batrisyia. Dia dah get ready semua. So turn aku bersiap. Lepas solat Zohor terus buat final check dan 1.45 petang dapatkan Uber XL. Yang bestnya aku dah biasa dah Uber kan. Aku pun hantar promo code pada Dahlan untuk dia yang pertama kali pakai service ni dapat RM10.00 off. So immediately lepas Dahlan pakai service Uber dan guna promo code aku, aku jugak akan dapat RM10.00 off yang boleh digunakan dalam masa 2 bulan. So plannya, balik nanti pakai aku punya pulak. Jimat-jimat. Pukul 2.00 petang Uber pun sampai. Dapat Serena. Macam baru sangat-sangat kereta mamat ni. Kitaorang cuma kena bayar RM4.13 je tambang hari ni.


Sampai One Utama baru pukul 2.20 petang. Bas dah ada tapi ada banyak masa lagi so lepak le dulu kat situ sambil ambik gambar. Tak lama lepas tu kitaorang terus naik bas. Lepak dalam bas lagi better. Bas ni jalan tepat pukul 3.00 petang. Selepas bas ni bas yang ada pukul 5.00 petang which is akan sampai ke KLIA2 pukul 6.00 petang. Memang sempat tapi aku tak nak kelam kabut kalau ada apa-apa masalah. Naik bas pukul 3.00 petang ni masih ada banyak masa kalau apa-apa masalah.

Sampai KLIA2 pukul 4.00 petang. Memang banyak gila masa. Aku tak tahu le kenapa setiap kali aku nak travel, aku mesti sakit perut. Excited gamaknya. Hahahaha.. Lepas melabur ntah kali keberapa, aku suruh Dahlan solat Asar dulu. Lepas Dahlan solat, aku pulak solat. Lepas dah siap solat semua kitaorang naik atas pegi timbang beg. Kalau terlebih 40kg masih boleh repack barang balik dan bawak separuh hand carry. Alhamdulillah dua-dua beg baru belas-belas kg je. So ada banyak lagi ruang untuk aku bershopping nanti.  Kaunter nak check in luggage belum bukak masa tu. Kaunter hanya akan bukak 4 jam sebelum flight which is pukul 6.30 petang nanti. So kitaorang decide pegi early dinner. Tadi dah early lunch. Dah pukul 5.00 petang mesti le dah rasa lapar. Kitaorang pilih makan dekat Canai15. Situ sambil makan ada banyak plug boleh charge handphone bagi penuh-penuh bateri sebab handphone ni nak pakai sampai esok hari ni. Aku makan keow teow goreng, Dahlan makan mee goreng dan Batrisyia makan roti canai kari ayam. Kitaorang melepak dekat sini sampai pukul 6.30 petang.

Batrisyia sibuk nak bergambar dekat sini. Hehehehe.. so ni le luggage kitaorang. Dua beg je. Dahlan bawak satu bagpack. Aku pun bawak satu backpack kecik letak telekung. Lepas bergambar dekat sini kitaorang terus drop luggage. Masa web check in, dekat pass tu tulis yang tu bukan boarding pass. Still kena pegi kaunter. Aku rasa sebab dorang nak check ETA kot. Masa aku bagi kertas tu dengan passport, orang Air Asia tu bukak satu persatu ETA dan passport. Tapi dia tetap bagi kertas yang sama suruh kitaorang boarding cuma ada dia note something je atas kertas tu.

Dah siap semua, aku terus ajak Dahlan masuk depature area. Masa lalu kedai "Be" nasib aku baik sebab semua kedai tu tutup. Kalau tidak, sahih aku kena pau awal-awal lagi. Terus je pergi satellite building. Plan nak solat Maghrib/Isyak dekat surau yang dekat food court tu. Surau situ besar dan tak ramai orang. Aku pegi solat dulu. Lepas tu Dahlan pulak. Lepak kejap dekat kerusi depan Mc Donalds tu. Suruh Dahlan beli air milo kat Mc Donalds. Dah abis air milo terus turun bawah nak masuk dalam betul-betul. 


Flight malam serius aku cakap best. Imigresen dan kastam tak ramai orang. Baris pun sekejap je dah selesai check. Tak macam flight pagi. Orang ramai gila. Kali ni kitaorang dapat gate P12. Hujung sekali gatenya. Jauh nak mampos. On the way nak sampai gate P12, ada nampak water cooler. Suruh Dahlan penuhkan air. Pastu singgah Famous Amos sebab Batrisyia nak makan coklat. Beli jugak cookies 80gm.


Lepas tu melepak ajelah dekat-dekat dengan gate P12 tu sambil makan cookies dan coklat. Gate bukak pukul 9.30 malam. Masa ambik gambar ni baru 8.45 malam. Lamanya lagi nak tunggu gate bukak. Lepas abes makan coklat, aku dengan Batrisyia pergi berus gigi. Confirm lepas ni budak tu pengsan. Pukul 9.30 malam masuk gate. Macam rasa strict benar security dalam gate ni. Nak keluar pegi kencing pun kena letak boarding pass dekat kaunter. Takut dia tak perasan kot ada orang keluar tak masuk-masuk. Hehehe..


Duduk lepak sekejap je dalam gate ni dah boleh masuk dalam flight. Masa ni terujanya tak tahu nak cakap. Mujur dah tak sakit perut. Hahahaha.. Flight kitaorang flight D7 214. Sebab Air Asia X kan, agaknya dia bukak pintu tengah. Masuk je dah sampai seat kitaorang. Seat kitaorang no 16J, 16K dan 16H. Nombor dua dari depan. Masuk je kat dalam, tengok FA dia sibuk arrangekan seat balik semula. Tak paham jugak aku kenapa. Agaknya masa dorang bagi seat pada orang yang tak book seat tu dorang main bagi je. Tu yang ada baby duduk dekat Quiet Zone. Dorang kena le pindahkan parents yang ada baby ke kerusi lain. Mau mengamuk kot orang Quiet Zone tetiba ada baby pulak dalam area tu. Dah le area tu seat dia mahal. RM69.00 seat dia. Seat kitaorang RM39.00 je. Untuk Quiet Zone cuma boleh duduk umur 10 tahun ke atas je. Mujur ada Batrisyia. Kalau tak silap-silap aku pun kena pindah.

Tepat pukul 10.30 malam flight berlepas. Sejam lepas take off dorang dah start agihkan first meal. Batrisyia punya meal sampai dulu. Batrisyia order Kid's Meal-Mini Chicken Burgers & Dutch Lady Chocolate Milk. Tapi sayangnya Batrisyia dah lama tidur sebelum flight take off lagi. Jenuh aku gerak dia bangun. Food kitaorang sampai setengah jam lepas tu. Aku order Mac and Cheese with Chicken Meatballs dan Dahlan order Roasted Chicken with Stuffing Cranberry Gravy

 
Comelkan burger Batrisyia. Kesian dia tak dapat makan. Sampai hari ni dia sebut-sebut lagi nak makan burger comel dia. Huhu.

 
Tak tahu kenapa aku rasa Mac & Cheese kali nak kurang sedap. Masa pergi Bali ritu serius sedap. Rasa macam lembik sangat macaroni dia.  Dahlan cakap meal dia pun biasa-biasa je. 

Suasana dalam flight Air Asia X. Perak benar aku tak pernah naik airbus. Hahaha.. ok ok pernah. Masa pergi Kuching dengan Dahlan masa honeymoon naik airbus. Mas lagi. Lepas dah siap serve makanan semua, dorang pun off lampu. Tapi aku serius tak dapat tidur. Dah le FA tu buat preparation meal betul-betul depan kitaorang. Ok next time ingat jangan amik seat no 16 lagi. Menganggu FA ni keja. Lampu dorang tak padam habis. Cuma tutup dengan curtain je. 

Pukul 2.40 pagi camtu dah boleh solat Subuh dah sebab waktu Subuh di bumi Australia masuk pukul 4.38 pagi waktu Australia. Bila dalam flight ni kita kena ambik tanah mana yang lagi dekat dengan kita nanti. So Australia lebih dekat, solatlah ikut waktu Australia. Cara solat sila rujuk tempat lain. Yang aku paham kalau keadaan yang terhad macam aku, boleh solat duduk termasuk ketika takbir. Cuma pusingkan kepala ke arah kiblat sewaktu takbir rahtuihram. Selebihnya solatlah ditempat duduk sahaja. Tak perlu bangun duduk kalau tak cukup kawasan. Cuma bezakan tunduk antara rukuk dan sujud. 

Lepas solat Subuh, baru le dapat tidur sekejap. Pun tak lena sebab susah sangat nak lelapkan mata. Seksa aku rasa flight 7 jam ni. Dah le sakit punggung tempat sempit. Masa tu rasa nyesal tak amik flat bed. Hahahaha... Lagi 2 jam nak mendarat, sekali lagi FA edarkan makanan kedua sebelum turun. Kitaorang dah tak ada food preorder dah. Kejut Batrisyia bangun sampai kesudah tak bangun. Aku tanya FA boleh tak aku bawak burger ni makan dekat airport, dia cakap tak boleh bawak apa pun food turun. Alamak.. nak tak nak kitaorang terpaksa le habiskan burger dan air coklat tu. 

Dah dekat nak sampai FA ada sembur apa menda ntah dari tempat kuar aircond tu untuk membasmi kuman kaedahnya. Umak aii.. melampau betul Australia ni. Rasa macam terhina kami ni banyak kuman. Hahahahaha... Pembasmi kuamn yang disembur tu boleh tahan banyaknya. Sesapa yang tak tahan bau sila le tutup hidung siap-siap. Lepas dah sembur-sembur, dah ready le nak landing. Lebih kurang pukul 8.15 pagi 24.09.2016 waktu Melbourne, kami pun selamat mendarat.

Friday, September 30, 2016

Summary Cerita Melbourne Trip

Alhamdulillah.. sudah kembali ke rumah dengan selamatnya. Mendarat di KLIA2 pukul 6.15 pagi tadi. Very smooth landing. Kapal terbang beso kot. Lain rasanya dengan AK flight. 

Trip boleh kata agak berjalan lancar cuma hari pertama di Melbourne dan semalam (hari last) agak tak mengikut jadual. Hari pertama baru sampai. Penat sangat dalam flight 8 jam. Pertama kali selama tu dalam flight. Semalam agaknya dah terlalu penat 5 hari jalan non stop. Nak ikut semua itinerary tak berkesempatan. 

Selain daripada itu, ada pertukaran itinerary jugak sebab Melbourne Australia Tours yang mintak tukar. Tapi tukar tak percuma. Dapat diskaun. Of course grab. Mula-mula sehari sebelum bertolak tu dia mintak tukar Great Ocean Road Tour (GOR) dari hari Isnin yang kami book ke hari Ahad. Agak menganggu jadual sebab aku dah siap budget untuk myki cuma AUD6.00 pada hari Ahad berbanding myki AUD7.80 hari Isnin. Tapi offer MAT lebih mengujakan. Dia bagi AUD75.00 untuk adult instead of AUD80.00 (harga like facebook page) dan AUD65.00 untuk child instead of AUD75.00. So total untuk GOR tour jadi AUD215.00 sahaja instead of AUD235.00. Jimat AUD16.40 lepas tolak myki yang kena top up tu

Tup tup sampai sana, dia suruh tukar pulak Philips Island Tour daripada hari Rabu ke hari Selasa. Wah.. memang kacau banyak itinerary ni sebab hari Rabu, Queen Victoria Market tak bukak. So aku kena susun balik itinerary aku. QVM aku pegi pagi Selasa sebelum ke Philips Island Tour sebab tour yang ni pun start lewat. Pukul 11.30am baru dia akan amik kitaorang. Jadi sempat sangat-sangat le nak ke QVM pagi tu. Harga pulak untuk dewasa daripada AUD92.00 (free pizza dinner) dapat AUD90.00 sahaja. Cuma untuk child sahaja yang lain. Suppose AUD73.00 (free pizza dinner) tapi tetiba jadi AUD75.00. Tapi still murah in total sebab dia setuju bagi free pizza dinner. In total kena bayar AUD255.00 instead of AUD257.00. Jadi total dua-dua tour yang aku amik ni cuma perlu bayar AUD470.00 sahaja. Padahal harga asal tanpa diskaun semua AUD513.00. Banyak oo jimat. Nasib tak amik yang Matta Fair punya.

Tukaran RM ke AUD aku dapat dua rate. Mula-mula beli dapat AUD1 = RM2.98. Ikut aku aku nak beli dah semua sebab aku rasa dah ok dah rate tu. Si Dahlan ni le racun-racun aku cakap nanti dapat 2.85 camana. Memang tau. So aku decide tukar AUD1,000 sahaja. Sekali AUD currency rate naik tak turun-turun. Ada satu kali tu dapat rate 2.98 jugak tapi tak tahu le kenapa si Dahlan tak nak beli. So naik balik. End up sampai seminggu sebelum bertolak, aku decide beli je. Kalau lepas ni naik ke turun ke biar jelah. Sebab aku perlukan AUD1,100.00 untuk belanja, aku paksa Dahlan jual AUD100 yang dia dah beli sama dengan aku tu pada aku. Tak kira. Sepatutnya dia kena tanggung kerugian aku semua tau. Lagi AUD1,500.00 untuk tour, transport, entrance fee dan makan tukaran dia adalah AUD1 = RM3.115. Lepas daripada aku beli tu, serius naik mencanak-canak tak turun dah. Sekarang rate beli AUD1 = RM3.16. Fuh.. gila betul

Ok. Sekarang nak kira total expense baru. Pastu baru nak start cerita trip ni. Banyak nak kena tulis ni cepat-cepat. Nanti lupa.