Sunday, March 14, 2010

Rezeki Tahun 2009

Semalam aku ada mention pasal belanja hubby sebab dapat bonus 2009 kan. Dah lama dah dapat dalam hujung Januari lagi tapi tak sempat nak tulis sebab banyak sangat benda yang nak buat dan berlaku lately ni so bonus tu macam perkara tak berapa nak penting. Eceh.. cher kalau tak dapat mau bising sampai 3 tahun tak abis cerita. Huhu.. Tak ada le sebab bonus kali ni paling sikit yang pernah aku dapat dalam sejarah dekat LSSB ni so macam kurang excited. Increment pun ciput macam biasa. Tapi syukur le banyak-banyak sebab masih ada rezeki untuk aku. ALHAMDULILLAH..

Bonus kali ni tak boleh nak belanja beli barang untuk diri sendiri banyak sangat sebab nak tak nak aku kena jugak keluar duit sebab dah kawin kan. Kesian pulak nak harap hubby sorang untuk beli kelengkapan rumah. Walaupun rumah ni boleh dikatakan dah lengkap, tapi bilik aku kena jugak beli set bilik tidur baru. So banyak le berhabis kat situ duit bonus ni. Plus kena simpan untuk nak bersalin nanti. Nak bersalin kat hospital private kenalah ready duit banyak-banyak. Sama-sama le kena kumpul duit dengan hubby sebab kitaorang berdua tak ada insurance yang cover maternity so kena le kuar duit sendiri.

So kali ni untuk diri sendiri benda yang aku rasa paling mahal aku beli ni jelah. Hahaha.. murah je pun. Tak ada le mahal mana. Aku dari dulu teringin nak beli sunglasses tapi sebab aku rabun so susah le sikit nak beli sehingga le Cah bagitau aku yang dia punya ada power so aku pun sibuk le nak buat jugak yang ada power. Hehehe.. macam menggedik dalam restoran pun nak pakai sunglasses. Tak ada le.. gambar ni sebab aku baru collect je dari kedai so aku pun saja-saja le ambik gambar dan pakai.. Ok le kan.. reward untuk diri sendiri setelah penat bekerja sepanjang tahun..

Saturday, March 13, 2010

Setahun Sudah Berlalu...

Lama dah tak ada entry pasal makan yelah sejak sibuk pasal cerita kawin macam tak ada time nak pegi menikmati makan. Lagipun masa sebelum kawin tengah diet so tak boleh nak pegi makan-makan. Hehehe..

Hari ni actually ada dua benda nak celebrate dengan hubby. Yang pertama belanja hubby sebab dapat bonus untuk tahun 2009. Since hubby tak pernah makan kat Chilli's so aku belanja dia kat sini. Lagi satu celebration pulak sempena ulangtahun pertama perjumpaan kitaorang berdua semula. Hehehe.. kira cam 1st date lah walaupun masa tu belum couple tapi macam nak jadi-jadi le tu. Sepuluh tahun lepas tak pernah keluar berdua so 09.03.09 tu dikira 1st date le sebab pertama kali keluar berdua. Walaupun hari ni dah 13hb kira ok le kan. Takkan nak celebrate tengah-tengah minggu. Tak enjoy pulak nak makan banyak-banyak.


Acara wajib sebelum makan ialah ambil gambar. Gambar sorang-sorang yang menggedik tu tak payah le letak. Gambar berdua dah le.


Both of us order bottomless drink. Ikutkan aku, aku nak amik coke tapi sekarang tak boleh minum minuman berkarbonatkan. Nak ambik mango jus aku was-was ritu Kak Semah cakap boleh ke tak makan mempelam. So untuk selamat aku amik Ice Lemon Tea je. Hubby order mango juice. Aku merasa le seteguk sebab takut kempunan pulak. Hehehe..


Hubby order sup sebagai appetizer. Kalau tak dia siap nak order set lengkap. Starter, appetizer, main course dan dessert.. Amboi.. mentang-mentang le orang belanja siap nak order set lengkap lagi. Over betul.. Tapi last-last sebab aku dah larang karang tak abis sapa nak makan, dia order je sup "Bowl of Chili" size cup.


Ni main course yang hubby order. BBQ Beef Ribs. Aku yang suggest hubby makan ni. Nasib baik suka.. Harga pun best kan.. takkan le tak suka pulak..


Yang ni pulak my old time favorite kalau kat Chili's ni. Tak tahu lah kenapa aku nak try je menu lain tapi last-last mesti order ni jugak. Cuma sekarang-sekarang ni aku dah mintak tukar dari fries pegi ke mashed potato. Dulu-dulu aku order Chicken Crisper je tapi kali ni kenkonon menu baru padahal aku rasa sama je.. "Country Fried Chicken Crisper".. Hahaha.. apalah. Nama tambah sikit naik harga dah.. Tapi at least aku dah mencuba menu lain le kan selain "Chicken Cripser" je


Lepas dah habis makan main course walaupun kitaorang dua tak abis semua food dan tapau tapi macam biasa aku tetap nak order dessert. Dan biasa le mesti order dessert favorite aku. Molten Chocolate Cake. Nasib le suamiku tercinta ni tak banyak kisah pasal makan. Dia okay je aku order apa-apa pun.


Sedap sungguhlah dessert ni. Ala.. benda biasa je. Apa ke namanya klasiknya Aidee penah bagitau aku. Lupalah. Cuma kat lain tempat dinamakan lain. Ada setengah tempat dia guna brownies tapi kat Chili's ni dorang guna chocolate cake with chocolate fudge topped dengan vanila ice cream. Pastu atas ice cream tu letak lagi fudge tapi yang dah beku. Huh.. memang sedap..

Sunday, February 28, 2010

Ely's Engagement

Hari ni Ely bertunang tapi kitaorang dah balik kampung since hari Jumaat lagi memandangkan hari Jumaat public holiday sempena Maulidur Rasul. Hari Jumaat hari tu tak ada le buat keja banyak sangat. Carpet dah siap bentang dah. Khemah dah pasang. Kerja yang tinggal nak siapkan hantaran dan bilik je. Tapi nyah gatal nak jugak suruh pasang kain ni beranda so aku kena gak le pasang. Terkial-kial pasang menda ni. Huhu..

Hari Sabtu bila semua barang-barang makanan dah dapat baru le siapkan hantaran. Tak susah sangat pun cuma punjut je kuih-kuih dan susun cup cakes je. Tapi punya le jenuh nak susuh cup cakes tu sebab bekas serba tak kena. Last-last kena bagi bekas kaca.


Dah siap buat semua hantaran baru le buat bilik pulak. Sampai tengah malam menyudahkan buat bilik ni. Barang-barang semua recycle balik masa aku kawin dan nyah kawin. Yang baru cuma lampu tidur dan bunga kat meja solek je

Ni le gifts untuk hari ni. Kotak-kotak coklat untuk family Godapi. Coklat dalam uncang untuk semua tetamu. Potpourri plak untuk tetamu yang bersalaman dengan Chu Ma.

Gambar atas hantaran dari kitaorang pada lelaki. Ada tujuh dulang yang kebanyakkannya makanan je. Yang gambar bawah plak pisang dengan gula kabung yang dah dibungkus lawa-lawa. Buah tangan untuk family Godapi jugak.


Wan Chu Ma dimake up kan oleh Hary jugak dan Hary datang lambat jugak.. Huhu.. Tapi tak pelah sebab sempat je siap sebelum majlis bermula. Nasib le family lelaki lambat. Tapi lambat-lambat dia pun hasil keja dia memang lawa. Berubah muka Ely. Nampak cantik sangat lepas kena make up.

Sempat le kitaorang amik gambar dengan Ely sebelum majlis bermula. Dari kat ruang tamu ke dalam bilik pulak. Hehehe..

Lepas tu dua orang ni nak interframe gak. Tak puas gamaknya bergambar masa kawin ritu. Romantik tak aku dengan Dahlan?


Pukul 11.45 baru le family lelaki datang. Lambat sampai 45 minit. Patut janji datang pukul 11.00 pagi.

Nasib baik le bincang tak berapa nak lama. Dorang setuju akad nikah pada 5hb June 2010. Majlis kenduri 6hb June 2010. Sebelah lelaki pulak 12hb June 2010 yang akan dibuat di Kelantan. Hantaran kawin RM6,482.00 sempena birthday Ely. Mas kawin pulak RM501.00.

Ely kena cium dengan bakal mak mertua. Yang kelakar tu aku tengok bakal MIL dia pun ketor masa nak sarungkan cincin dan tabur bunga rampai. Hahahaha.. Lawak sama-sama ketor. Nasib baik le ada sedara dorang yang tunjuk camana nak tabur bunga rampai tu.

Lepas dah selesai upacara sarung cincin, maka ke agenda seterusnya yang paling aku suka iaitu makan. Hehehe.. Kali ni tak ada tunggu makan last dah sebab dah ketor. Menu hari ni sedap. Nasi hujan panas, ayam masak merah, gulai pisang ikan masin, ikan bakar dengan air asam dan daging masak hitam. Dessert ada buah-buahan dan koi sampan. Sedap koi sampan tu.. tengok Iman sampai gigit sudu sebab tak cukup makan..

Ni pulak sesi makan-makan untuk orang makan last. Kak Semah, bapak dan Ely. Siap ada ayam bulat lagi. Kak Semah makan sensorang je sekor ayam tu. Dua-dua gambar ni Iman yang ambik lepas dia meragam nak pancakes.

Sunday, February 21, 2010

DIY Hantaran Ely

Ahad depan Ely nak bertunang dah tapi satu apa pun hantaran tak siap lagi. Minggu ni minggu last weekend sebelum Ely bertunang so nak tak nak minggu ni kena siapkan semua. Barang-barang nak buat hantaran dan gifts dah lama dah siap tapi tulah asyik bertangguh-tangguh je. Aku plak everyday balik lambat dari keja sebab kena cover kerja yang terbengkalai masa aku cuti kawin so memang tak sempat nak start buat hantaran. Yang aku boleh buat lepas balik keja kotak untuk buh coklat sebagai gifts nanti. Tu pun sikit-sikit buat satu hari.

Weekend ni memang tak boleh tangguh dahlah sebab memang nak kena siapkan jugak. Kalau tak jawabnya tak berbuat le hantaran tu. Nasib barang cuma 2 jenis je which is kain for baju melayu dan kain sampin. Yang lain-lain tu cuma kuih-kuih dan cake. Kira ok le sebab yang lain-lain tu cuma kena buat bunga hiasan je.

Mula-mula sekali lapik polistrin tu kena balut bagi lawa sikit. So kitaorang balut je dengan kain satin biru since dah memang ada kain ni.


Pastu buat hantaran untuk kain sampin dulu sebab kain sampin ni susah sikit nak buat. Mula-mula kekonon nak buat bentuk keris tapi pusing sana pulas sini haram tak jadi. Macam jadi pedang Star Wars ada le kot. Hehehe.. Last-last tak jadi le buat keris. Ntah camana kitaorang berdua hentam keromo jadi le bentuk kelopak bunga so tengah-tengah letak le bunga yang dah siap gubah nak kasi cantik le kenkononnya. Sebenarnya nak cover yang lipat hentam keromo tu je.


So dah siap ni le rupa hantaran sampin. Sekali tengok lawa le jugak. Nampak le macam pro. Tapi bila belek lelama nampak le buruknya. Kesimpulannya kena tengok sekali imbas je dan kena tengok dari jauh.


Ni pulak hantaran kedua yang kitaorang buat. Ni kejap je buat dah siap. Tak ada le jenuh sangat sebab senang sikit kot. Cuma aku geram je tengok Ely menjahit kain part dia.. Eee.. dia nak tunang tapi jahit tu pun tak boleh elok-elok. Pastu siap main sms. Sabar jelah..

Tengok le date kat gambar ni sampai dua hari baru siap. Dari pukul 8.00 malam hari Sabtu kitaorang start buat siap semua sampai le pukul 4.00 pagi hari Ahad. Huhu.. Lamanya..


Dah siap buat dua-dua hantaran baru le buat gubahan bunga-bunga yang nak letak kat hantaran kuih nanti. Ni tak susah sangat sebab reben-reben kecik tu aku dah buat awal-awal dah. Tinggal nak cantum-cantumkan je jadi camni. Yang ni aku paksa Ely gam sendiri dan potong reben besar tu lepas aku tunjukkan contoh camana nak buat. Boleh je dia buat. Malas je dia tu sebenarnya.


Ni le rupa kotak-kotak bekas coklat sebagai gifts nanti. Lawa jugak aku rasa. Hehehe.. So malam ni dah isi semua kotak-kotak ni dengan coklat dan dan seal nak bawak balik kampung Jumaat ni. Kira ok le jugakkan hasil DIY hantaran aku dengan Ely. Nanti kawin pun aku ingat nak DIY gak hantaran kawin tapi aku dah ada idea lain nak buat camana. Tak tahu le jadi ke tidak. Try dulu camana. Kalau tak reti sangat baru le upah kedai.

Saturday, February 20, 2010

No title

Errrhmm.. apa nak cakap ek.. Speechless. Sekarang rasa letih, tak bermaya, rasa nak tidur je 24 jam. Satu badan sakit... Huhu..

Saturday, January 23, 2010

Outdoor Photoshoot Session

Masa hari wedding aku hari tu rasanya semua dah tahu yang OP aku mengalami masalah yang tak dapat nak dielakkan so hajat aku nak bergambar outdoor memang tak kesampaian langsung. Tapi kalau dia tak kena heart attack masa tu pun tak dapat jugak buat outdoor photo shoot sebab hujan turun lebat yang teramat sebaik sahaja selesai upacara makan beradap. So di sebabkan aku rasa ralat betul tak ada outdoor photos, lepas aku calculate budget boleh le aku buat lagi sekali photo shoot. Tapi kali ni tak dapat le dengan Abang Epoi dah sebab dia masih tak sihat.

Photographer yang aku pilih kali ni adalah kawan kepada kenalan aku yang duduk kat Section 17. So aku memang pilih berdasarkan apa yang kenalan aku cakap jelah dan harga dia pulak match dengan budget aku. Ada je yang lagi murah dari dia tapi tak tahu hasil keja orang tu camanakan. Orang tu siap ada make up percuma lagi tapi dah le.. serik aku nak amik make up artis sebarangan dah. Nanti aku frust lagi. So aku tetap import Hary dari Bota gak. Dia pun setuju untuk make up kan aku lagi. Thanks Hary sebab sudi nak susah payah datang KL untuk make up kan aku lagi.

So venue untuk photoshoot ni yang outdoor di Taman Tasik Menjalara dan Desa ParkCity. Indoor kat studio photographer aku je. First make up untuk studio photo shoot. Stail macam masa akad nikah.

Gelap sikit gambar dari camera sendiri. Hope gambar dari lensa photograper lawa dan tak mengecewakan.


Lepas stail nikah terus tukar baju kenduri side Dahlan dan terus pegi ke Taman Tasik Menjalara. Lawa jugak kawasan ni.


Last sekali baru buat stail sanding. Stail ni aku frust sebab tak ada gambar dari lensa Abang Epoi. So stail ni ambik dalam studio dan outdoor jugak. Kali ni kat Desa ParkCity.

Penat tau ambik gambar seharian ni. Siap baring-baring lagi. So tunggu jelah hasil keja dari photographer camana. Harap-harap semua ok.

Dah selesai photo shoot session baru le rasa lapar yang teramat so singgah le 1-Utama makan kat Delifrance. Dengan tak cuci make up camni semua orang pandang aku. Lawa sangat kot sebab tu semua orang pandang camtu. Hehehe..

Sunday, January 10, 2010

Kenduri Side Dahlan

Masa aku dan suami on the way nak balik ke KL lepas kenduri kahwin kat Bota, mak mertua aku call suami dan mak cakap kenduri sambut menantu nak buat hari Ahad 10.01.2010. Uish.. tetiba je plan berubah sebab kalau ikutkan suami dia nak buat kenduri dalam minggu 17hb Januari atau 24 Januari. Mak mertua aku suruh cepatkan sebab takut adik ipar aku dah bersalin time tu so follow jelah.

Masa kitaorang honeymoon kat Kuching pulak, mak call lagi bagitau dia akan carikan mak andam dan baju colour purple untuk aku. Larr.. nak bersiap-siap pulak ke. Hari tu cakap kenduri simple je. Nasib aku dah tempah baju elok sikit dengan Makcik Mi dan kebetulan aku pilih colour purple. Sebenarnya aku bukan suka sangat colour ni pun tapi sebab Dahlan dah ada baju melayu colour ni so tinggal aku jelah nak buat baju tu yang bantai pilih je colour purple. Tak sangka pulak theme colour dorang memang purple. Pastu cepat-cepat le aku cakap dengan MIL aku dah ada baju dan nanti aku cari sendiri mak andam. Isk.. risau plak ntah sapa-sapa dia cari karang lari budget plak.

So satu hal pulak le aku nak cari mak andam ni. Call Hary dia cakap dia ada job kat kampung on 10.01.2010 tu. Call le 2-3 orang semua dah penuh sebab date tu cantik jugakkan. 10.01.10. Lawa tu.. Last-last Wan Chu Ma cakap dia ada contact number sorang mak andam ni. Harga pun macam ok je.

Balik dari Kuching aku pun call le mak andam ni. Harga dia boleh kata murah jugakkan sebab RM250.00 make up dan sewa aksesori untuk aku dan Dahlan. So aku pun confirm jelah. Dia datang memang on time le. So start le make up. Sekali bila dah siap mak aii.. buruknya rupa aku. Macam tepung gomak je. Wan Chu Ma pulak cakap mata aku dah rupa karakter dalam cita Avatar. Sabar jelah.. Nak buat camana lagi.. Pegi jelah terus ke rumah MIL.

Ini le rupa make up aku. Bawah cahaya matahari ok sikit le sebab tak nampak buruk sangat. Lagi pun of course le aku dah pilih gambar yang lawa-lawa je upload kat blog.

Tengok make up dia bila indoor pulak. Hodohkan. Blusher camtu buat aku nampak extra-extra gemuk. Dah le pipi memang bulat lagi pakai blusher camtu lagi le nampak bertambah bulat. Kak Semah sampai sms tanya aku dah put on weight ke? Tidakkkk.... make up yang buat aku jadi camtu. Padahalkan masa aku pegi jumpa mak andam ni kat rumah dia, aku dah cakap aku nak make up macam Hary buat tapi dia tak buat.. Sedih..

Udah le cerita pasal make up. Cerita pasal kenduri pulak. Kenduri rumah mak mertua aku sempoi je. Kitaorang makan pun dok bersila dalam rumah dan buffet je sebab mula-mula memang dorang nak hidang kat luar tapi orang ramai datang tak henti-henti so last-lastnya dorang jamu je dalam rumah memandangkan masa tu dah pukul 2.30 petang. Lapar gila..


Nampak sangat Abang Majid dan Nyah dah lapar gila, sebab Abang Majid makan bertambah. Tapi masakannya sedap sebab jarang kenduri makan lauk macam ni dan semua masakan ni masak sendiri. Nasi putih, ayam goreng berempah, masak lemak nangka dan sambal goreng.

With both side family. Atas family aku dan bawah dengan family Dahlan. Patutnya nak ambik gambar dengan mak mertua je tapi mak mertua percaya lagi le dengan kuno-kuno, tak boleh ambik gambar bertiga. Layan jelah..