Saturday, February 25, 2012

Sepetang di Tony Roma's, Mid Valley

Tahun ni punya bonus aku dengan Dahlan celebrate kat Tony Roma's. Tak aci kan, setiap kali dapat bonus kena belanja Dahlan tapi dia tak ada pun belanja aku. Alasan dia tak ada bonus. Cis.. Tak apa le. So kali ni dia pilih nak pegi makan kat Tony Roma's. So kitaorang pegi Tony Roma's kat Mid Valley.

Dak Batrisyia ni macam beria-ria je makan. Sampai je appertizer roti ni dia le yang sibuk nak sangat. Padahal tak ada le makan sangat pun. Pegang je lebih


Setiap order dia memang bagi baguette comel ni as apertizer. Ada garlic butter sekali. Sedap jugak. Air aku order bottomless fruit juice dan Dahlan mesti le mengada-ngada order Strawberry Lemonade.


Ada 4 jenis Tony Roma's bbq specialty sos. Original, Carolina Honeys, Blue Ridge Smokies dan Tony Roma’s Red Hots. Rasa dia lain-lain tapi pada aku semua sedap. Dorang pun ada jual sos ni dan boleh beli bawak balik jugak.


Ok. Kali ni kitaorang order satu starter, satu main course dan dessert. Pasal tahu dah kalau order dua main course mesti tak habis punya. So untuk starter kitaorang order Roma's Sampler. A trio of appetizers - Red Hot Buffalo Wings(tapi kitaorang suruh dia letak sos asing sebab takut pedas), Potato Skins and signature Half Onion Loaf matched with Bleu cheese dressing, sour cream and Original BBQ sauce. Sedap jugak le. Batrisya suka sangat makan drummet tu sampai diisap beria-ia. Pada aku pulak onion loaf tu sedap. Untuk starter aku suggest order tu aje pun ok dah.


Untuk main course pulak kitaorang order beef ribs and BBQ 1/4 Chicken. Setiap main course di serve dengan dua pilihan antara Cole Slaw, Corn on the Cob, French Fries, Loaded Mashed Potatoes, Rice, Ranch Style Beans, Fresh Vegetables, Baked Potato atau Fire-Roasted Vegetables. Kitaorang pilih Fire-Roasted Vegetables dan French Fries. Silap pilih sayur tu sebab tak sedap. Patut pilih fresh vege je. Fries pulak terpaksa pilih yang tu sebab kesian kat kenit tu kalau order lain-lain. Ribs kat sini sangat sedap. Ayam dia biasa-biasa je. So kalau makan kat Tony Roma's memang kena order ribs jangan order lain.


Untuk dessert biasa le tamak dan halabo wakakakaka jadi order yang ni. Tony's Dessert Trio. Betulnya boleh je order satu atau dia mini dessert ni tapi saja gatal nak jugak ambik set 3. Muhahahaha.. amik ko banyak sangat. Mini dessert dia ada banyak jenis.

• Golden Apple Tart
• Chocolate Chunk Cookie Sandwich
• Raspberry Brownie Royale
• Red Velvet Cake
• Strawberry Cheesecake
• Pecan Cupcake

Kitaorang order Red Velvet, Strawberry Cheesecake dengan Chocolate Chunk Cookie Sandwich. Red Velvet dia tak sedap sangat. So sila jangan order Red Velvet sapa-sapa yang order kat sini. Cheesecake sedap. Yang lagi satu tu so so je. Aku rasa elok amik pecan cupcake atau raspberry brownie royale kot.


Batrisyia ni walaupun dah order main course dia tetap dengan ayam dia. Tak nak lepas-lepas. Aku bagi dia fries pun dia dah tak nak dah. Dia isap je ayam tu. Lepas dah jemu isap ayam seperti biasa dia meragam nak tes. Pas dah dapat tes dia pun tidur. Aku dapat le menikmati dessert dengan best sekali. Hehehe.. total kitaorang makan-makan ni semua RM135.20 selepas dapat diskaun 10% guna credit card CIMB. Oklah jugak. Mahal sikit kot dari Chilli's. Tapi aku rasa puas hati le.

Friday, February 24, 2012

Pose terbaeekkkk

Dua pose terbaek dari Batrisyia. Mana lagi lawa? Dengan ada pisang dalam mulut ke tak ada? Ni le rupa senyum gigi cantik dari Batrisyia. Hehehehe..

Tuesday, February 21, 2012

Iklan Jer..

Tengok gambar kawin ni rasa cantik sangat-sangat. Kaler temanya macam rasa nak MAKAN. Haha.. Apa punya komen tu. Tapi serius lawa. Ada banyak lagi contoh wedding picture dari dorang yang aku rasa lawa dan manis je. Sapa-sapa nak kawin boleh pakai khidmat ni.

Saturday, February 18, 2012

Birthday Nyah @ Bibiwok

Sabtu lepas Nyah sms ajak kitaorang makan-makan celebrate birthday dia yang lepas. Masa hari birthday dia Abang Majid kat Jepun so tak ada celebration. Ni baru nak celebrate. Nyah buat kat Bibiwok Bandar Puteri Puchong. Yang ada kali ni family Nyah dengan aku je pasal Chu Ma pegi PD. Berjalan je keja deme dua orang ni

Konsep makannya ada buffet ada ala carte. Nyah pilih buffet. Eh actually bukan buffet tapi eat all you can concept. Yang buffet stail ni steamboat dan BBQ. Masak sendiri le. Dia bagi je kuah sama ada kuah sup biasa atau tomyam dan raw food pastu masak le mengikut citarasa sendiri. Nak stim boleh nak BBQ boleh. Aku prefer le BBQ.

Ni tengah nak masak le ni. Ada seafood, daging, ayam, kambing pun ada dan sayur-sayur. Tapi banyak yang kitaorang order dah habis je. Leceh jugak le stail camni.

Budak ni pakai gaun malam-malam buta. Dah nama pun celebrate birthday party kena le pakai gaun kan. Macam biasa dia bukan makan sangat. Main je lebih. Pastu sibuk kacau handbag orang meja lain. Ee.. jenuh le makan dengan dak ni.

Batrisyia dah ada kat tempat lain sebab dia asyik nak pegang sana sini. Letak kat belakang tu ok le dia main dengan Iman, Malik dan Caca. Sampai baring-baring deme kat sini. Isk.. isk..


Nyah celebrate birthday yang ke?? Kira le sendiri. Dia tua setahun je dari aku. Yang best tu nak jugak tiup lilin. Tapi beli cake slices dan letak sebatang je lilin. Adoi... macam-macam Nyah ni.

Wednesday, February 15, 2012

Cerita Hari Rabu

Saya sangat penat memasak sebab tu le saya baring kat dapur ni. Mak suruh saya kupas bawang le, angkat beras le, susun besen le, banyak betul mak suruh saya buat. Sekarang saya dah letih jadi saya nak baring-baring je..

Bawang yang mak suruh saya kupas tadi, saya tak kupas pun. Saya sorok dalam bakul kain jadi mak tak nampak. Hehehe..

Saturday, February 11, 2012

Sepetang di The Vanilla Place, Empire

Kat Empire Shopping Gallery Subang banyak sangat tempat nak makan yang aku rasa best especially nak hi-tea le. Ritu aku dah penah minum-minum kat Whisk kan. Kat sini jugak ada T'forty two tau. Next time kita cuba. Kali ni kitaorang gi minum kat The Vanilla Place.

Budak ni sekarang kalau time makan dah tak nak duduk atas baby chair. Geram aku. Di panjat-panjatnya kerusi tu. Pastu semua benda nak capai.


Ok kita cita pasal apa kitaorang order je. Disebabkan dinner malam tu Nyah ajak celebrate birthday dia (next entry), so kitaorang cuma minum petang je. Hi tea gitu. hehehe... Air kitaorang order ni. Dahlan order Cafe Latte. Aku plak order Oreo Ice Blended. Ayornya tak sedap. Biasa-biasa je rasa.


Aku teringin sangat nak rasa camana le rasa pavlova tu. So gigih ni order sampai dua dessert walaupun tahu malam karang nak makan lagi. Hahaha.. sekali rasa pavlova ni isk.. camni rasanya. Tak sedap. Manis sangat. Tapi Dahlan cakap ok dia suka. So dia je yang tukang abis. Batrisyia makan anggur sebiji.


Satu lagi kitaorang order Bread & Butter Pudding. Yang ni sedap. Dia serve dengan ice cream dan sos hapa ntah. Serius sedap. Boleh tahan le minum kat sini. Actually ada set hi tea untuk 2 orang nama dia hi tea for 2 tapi pasal kitaorang datang lepas pukul 6 petang dah tak boleh order dah.

Pas minum petang, dak tecik ni sibuk nak main menatang ni. Sekarang dah pandai mintak dah. So ajar dia duduk je jangan bergerak.


Wednesday, February 8, 2012

Balik Kampung & Kenduri Tahlil

Minggu ni balik kampung. Dah lama sangat tak balik sejak raya puasa dulu. Kali ni balik sebab nak buat kenduri tahlil untuk arwah mak. Kitaorang balik kali ni naik ETS sebab kereta ada problem sikit. Belum sempat nak hantar betulkan. Hari Khamis lepas keja aku beli tiket ETS Gold. Nasib ada lagi. Beg baju kitaorang semua dah hantar balik awal ikut Ely pasal dia balik hari Jumaat malam. Nasib ada tukang bawak. Kalau tak jenuh jugak nak angkut beg bagai.


Pagi-pagi Sabtu dah keluar rumah dah. Dahlan mula ajak nak LRT. Aku cakap dari naik LRT baik naik cab terus pegi KL Sentral sebab costnya sama je. Aku ajak dia naik bas. Saja le syok-syok adventurous le sikit kenkonnnya. Batrisyia first time naik bas muka dia blur semacam je. Pelik agaknya. Pastu sampai KL Sentral, menyesal pulak naik bas sebab dari bas stop tu nak jalan ke dalam KL Sentral jauh. Jauh tu aku tak kisah tapi habuk banyak sebab dorang tengah construction. Kesian kat Batrisyia. Sampai berair mata dia. Kalau aku tahu, takkan aku ajak Dahlan naik bas. Sampai KL Sentral kitaorang pegi breakfast dulu sebab tiket nyer pukul 10.45 pagi.


Dah dekat pukul 10.45 pagi kitaorang tunggu le nak turun ke platform tapi delay sikit seminit dua. Masuk je dalam ETS ni macam teruja sangat. Hahaha.. macam le tak penah naik ketapi. Padahal hari-hari ko keja naik ketapi kan. Hehehe.. tu LRT bukan ETS. Lain..lain. Batrisyia pun cam suka je. Dok panjat sana panjat sini. Nasib kitaorang dapat duduk depan sekali dalam koc tu kira lapang sikit le bahagian depannya. Pastu dah jalan lama sikit Batrisyia pun nak tek dan tidur sampai le dah dekat sampai Batu Gajah baru dia bangun. Senang kan bawak dia jalan. Asal ada tek je dia boleh tidur.


Sampai Batu Gajah dah dekat pukul 1 petang. Janjinya Tikah dan Pidah akan ambik kitaorang. Dorang pastu akan pegi ke Sunway City Ipoh bermandi mandi. So plannya, dorang datang dua keta, keta Tikah/Pidah dan keta Ikram. Keta Ikram kitaorang bawak balik Bota. Dorang mandi manda naik satu keta je. Nasib le deme datang lambat sikit kalau tidak jenuh jugak menunggu sebab panas betul.


On the way nak sampai rumah, kitaorang singgah lunch dulu kat KFC Sri Iskandar. Lepas tu aku ajak Dahlan pegi gunting rambut yang dah macam hapa dah rasanya. Murah je aku gunting dan colour dan treatment cuma RM60 je. Hehehe... Lepas tu singgah Tesco (Bota dah ada Tesco) jap sebab nak beli air. Dahlan sempat buat spek lagi. Mula aku nak buat jugak sebab ada promotion. RM100 je tapi tak ada frame yang aku berkenan so cancel. Dahlan sorang je buat.

Sampai rumah dah dekat pukul 4.00 petang. Pastu terus kena tolong siap-siap masak sebab kenduri Tahlil esok pagi pukul 11.00 pagi. Takut tak sempat nak masak esok so pilih menu yang boleh masak awal.


Ni le menu kenduri Tahlilnya. Ada gulai tempoyak, masak tempoyak, rendang ayam, sambal tumis udang petai, ikan masin dan ulam-ulaman. Dessertnya ada congo bar Nyah buat


Baca yassin dan tahlil start lebih kurang pukul 11.00 pagi. Tapi aku tak dapat baca sama sebab Batrisyia meragam so kena bawak dia jauh-jauh supaya tak ada ganggu orang lain baca yassin. Iman tanya aku kenapa yang tak baca doa sama. Hehehe.. aku jawab Batrisyia nangis macamana nak baca sekali. Pastu aku tanya kenapa Iman tak baca sekali. Dia jawab dia tak tau baca. Aku suruh dia duduk je dekat Nyah ikut-ikut orang baca tapi masa dia nak pegi tu dah penuh susah dia nak jalan so lastnya kitaorang duduk le berempat kat bilik TV. Iman dengan Malik main game. Batrisyia tak abis-abis tek.


Lepas abis baca yassin makan time. Kali ni senang sebab buffet stail untuk lelaki dan perempuan. Tak payah nak berhidang. Pastu lagi senang sebab Nyah bawak maid baru dia balik sekali. Senang sangat sebab Umi ni rajin jugak membasuh dan memasak semua. Pastu suruh makan asyik nanti, nanti je. Jaga badan agaknya maklum le orang muda kan. Hehehehe..


Batrisyia tak nak makan macam biasa. Bagi ayam rendang dia buang. Timun je dia makan. Apa le budak ni. Baru dapat tengok dia pakai baju kurung raya ni lawa-lawa. Masa raya ritu dia demam so kejap sangat pakai baju kurungnya. Tambah lagi masa tu dia belum boleh jalan so tak cute sangat. Sekarang dia dah jalan laju abis satu rumah dia ronda. Petang ajak kitaorang main dekat laman. Happynya dia balik kampung.

Petang pulak sessi massage untuk mak-mak orang ni. Hehehe.. eh ely pun ada massage jugak so kiranya sesi massage untuk isteri-isteri le dengan bidan Timah. Kak Semah je tak massage sebab tak cukup masa.


Kat kampung semua orang melayan dak je. Tengok twinkle-twinkle le, main kat laman le. Happy sangat dia. Balik ke PJ tak ada sapa pun dah. Pegi sekolah nangis. Adoi.. la Batrisyia ni..


P/S Gambo cilok dari FB & blog Tikah. Hehehe..