Saturday, August 30, 2008

BBQ Sambut Ramadhan

Sempena nak puasa tahun ni Nyah buat BBQ. Abang Majid beli udang dari Sarawak dan bawak balik sini. So kalau dah namanya BBQ udang menunya mesti le udang kara bakar, ayam bakar, air asam, ubi kayu goreng (hehe.. sebenarnya nyah salah beli. dia nak beli fries terbeli ubi kayu) dan nasi goreng cina.

Abang Majid kipas udang dengan kipas Cina. Tapi boleh masak juga. Ok je..

Iman ni sibuk je. Mula-mula dia nak ambik gambar dengan mak. Lepas tu bila bapak datang sibuk pulak nak ambik gambar dengan Tok. Tak abis-abis Tok.