Friday, January 16, 2009

Bonus 2008 Luncheon

Hari ni kitaorang kat HQ Rohas Perkasa ni buat kenduri doa selamat sempena mendapat bonus tahun 2008. Oh lupa plak nak cita yang kitaorang semua dah pun dapat bonus tahun 2008 pada 14hb January 2009 hari tu. Punya le jenuh tunggu dari pagi Kak Tini pegi bank, petang baru masuk bonusnya. Alhamdulillah. Aku dapat amount bonus yang baik juga pada tahun ni. Rasa bersyukur sangat dan puas hati dengan apa yang aku dapat. Ramai juga le yang dah suruh aku beli Ipod Nano as my wish list tapi aku cakap aku tunggu orang bagi, bukan aku nak beli sendiri. Huhu.. Bonus ni kena settlekan hutang piutang dulu kemudian baru le nak reward diri sendiri pulak. Nanti le aku cita details-details pasal budget bonus ni di entry yang lain.

So hari ni kitaorang masing-masing ada bawak makanan sendiri. Kira macam pot luck le cuma dah plan sapa nak bawak tu dan sapa nak bawak ini. Aku dan Kak Rad sponsor nasi. Aku bawak beras je dan pastu share dengan Kak Rad bahan-bahan masak nasi briyani. Kak Aspa pulak bawak ayam masak merah. Kak Tini beli rendang daging dan ayam goreng. Kak Yati bawak agar-agar dan Dorin beli donut Jco. Semua complete.


Pagi-pagi Kak Rad dah start masak nasi briyani kat ofis. Aku sampai pukul 8.15 dia dah siap tumis semua dah.

Ni le menu untuk hari ni. Nasi briyani Kak Rad memang superb. Sedap sangat. Tambah pulak makan dengan ayam masak merah mak Kak Aspa. Adoii.. memang tak leh cakap le sedapnya.. Kalah briyani Insaf.

Sebelum makan kitaorang ada buat bacaan doa yang diketuai oleh Kak Tini dan sikit speech daripada Kak Aspa. Mensyukuri atas apa yang dapat. Miss Lim pulak berdoa untuk kedamaian dan kesusahan yang sedang dialami sekarang.