Wednesday, November 18, 2009

Al-Fatihah Buat Allahyarhammah Aspalailah

Macam tak percaya bila aku dapat sms dari Kak Yati yang bagitau Kak Aspa dah meninggal dunia semalam. Aku cuti dua hari balik kampung uruskan borang nikah nak hantar ke JAIPK. Masa tengah drive nak balik ke KL around 2.54 pm aku dapat call dari hp arwah. So sebab aku tengah driving, aku tak angkat call. Around 3.10 pm aku terima sms dari Kak Yati bagitau berita sedih ni.. Rasa lemah satu badan terima berita macam ni. Rupanya kakak arwah, Kak Jamilah memang teringat nama aku je orang pertama yang dia nak bagitau tapi apa nak buat masa tu aku tak angkat phone pulak. Arwah meninggal dunia pada 17 November 2009 lebih kurang pukul 2.00pm.

Hari Jumaat sebelum balik ke kampung, aku dan Kak Yati sempat melawat dia kat Tawakal. Masa tu walaupun nampak dia tak sihat, tapi dia masih ceria, boleh bercakap dan bergelak ketawa. Tiba-tiba je dah tak ada. Nak buat macamana. Ajal maut semua di tangan Allah SWT. Setiap orang memang akan pergi cuma masanya saja masing-masing belum tahu.

Hari ni aku sempat pergi menziarah rumah arwah dan jumpa dengan emak, anak-anak dan kakak. Sedih dan sayu tengok muka anak-anak dia yang masih kecik dan tak tahu apa-apa. Sofiya nampak masih rasa kehilangan sebab dia dah besar sikit dan dah faham. Macam Hakim.. baru 4 tahun macam tak tahu apa-apa.. Sedih tak tahu nak cakap. Harap-harap ada orang yang dapat bagi anak-anak dia kasih sayang sepertimana arwah bagi pada anak-anak dia.

Terasa sangat dia dah tak ada di office. Hampir 8 tahun aku kenal arwah dari Nacap sampai le ke LSSB, dia memang seorang yang sentiasa menceriakan keadaan. Susah bagi semua orang nak terima kehilangan arwah secara tiba-tiba. Entah le susah nak cakap sebab aku memang dah hilang perkataan nak komen apa-apa..

Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..