Thursday, November 19, 2009

Tagging Yang Berkurun Lama

Punya le aku ni busy buat preparation wedding sampaikan Puan Yusnita mentag aku pun aku tak sempat nak buat. Dah dekat 2 bulan ni baru le nak bayar hutang tagging Yus. Ambik le Yus.. nak tahu sangat amenda yang aku angkut dalam handbag hari-hari.

1) Sila ambil gambar beg yang anda bawak pegi kerja

Ni le rupa handbag aku. Tak mahal. Beg murah je sebab tu je yang termampu. Gambar ni pun gambar lama masa aku dapat beg ni sebab aku malas nak snap gambar baru. Aku pun macam Yus jugak tak rajin nak tukar-tukar beg sebab dalam handbag keja aku ni harta karun banyak.


2) Sila ceritakan sedikit apa yang terkandung dalam handbag anda. Sila sertakan gambar dan kemudian terangkan secara detail isi beg anda

Tak ku sangka rupanya melambak-lambak barang dalam handbag aku. Patut le rasa rebeh sebelah bahu mengangkut hari-hari. Huhu..
  • Wallet yang dihadiahkan oleh Nyah berapa tahun sudah. Aku tak tukar-tukar dah bertahun sebab aku ni jenis malas sikit nak salin menyalin benda. Wallet ni ada kenangan pahit untuk aku. Penah kena copek tahun 2007 kat Mid Valley tapi jumpa balik lepas setengah jam. Duit je hilang lelain ada. Alhamdulillah
  • Handphone - Walaupun hp ni dah outdated, tapi aku sayang sangat hp ni sebab hp ni aku beli dengan bonus terakhir aku di Nacap tahun 2004. Dah 5 tahun aku pakai hp ni. Huhu..
  • Kad keja ofis - Ada 2 lagi. Satu untuk Rohas Perkasa, satu untuk USJ.
  • Make up bag - Dalam tu tak payah le tengok ada apa.. Karang berjela-jela pulak entry ni.
  • Actal - Aku selalu kena gastrik so kena standby actal dalam handbag
  • Deodorant - Hahahaha.. lawak betul kes deodorant ni. Ni ahli baru dalam handbag aku ni sebenarnya sebab sebelum ni aku tak ada le keja nak mengangkut seknika macam pulak. Hari tu aku bangun lambat. Kelam kabut siap sampai lupa nak pakai deodorant. Sampai dalam LRT baru teringat.. teringat tau bukan sebab ada bau.. hahaha.. aku memang tak leh le kalau tak pakai so aku singgah le kat Cold Storage beli deodorant, masuk toilet KLCC dan baru le rasa lega. Hehehe.. maka ada le deodorant pulak dalam handbag aku.
  • Coin purse - Tu hadiah dari Chew ketika dia pertama kali kena keja di Thailand. Sampai sekarang aku masih guna tau.
  • Dettol instant hand sanitizer - Musim H1N1 ni kena bawak sanitizer sebab aku naik LRT pegi keja.
  • Hand cream - Ntah ni tak tahu pasal apa ada. Sebab bila bosan-bosan boleh guna kot. Hehehe..
  • Getah rambut
  • Gula-gula Cloud 9 perisa Lemon Ice Tea - Ni sentiasa kena ada sebab kadang-kadang bila naik LRT rasa nak termuntah so ini le penyelamat aku
  • Kad Touch n' Go - Naik LRT dan parking kat LRT kena guna Touch n' Go
  • Name card holder - Yang ni kena bawak kot-kot ada orang nak berkenalan bagi jelah name card kan. Hehehehe..
  • Kunci rumah, kunci office dan kunci kereta
  • Camera - Ni kadang ada kadang idak. Kebetulan ada hari ni so masuk jelah sekali.

3) Nyatakan sebab-sebab anda suka beg anda itu.

Aku suka sebab tak besar sangat dan tak kecik sangat. Boleh muat semua-semua benda yang aku nak angkut hari-hari. Pastu ada poket kat tepi luar supaya senang aku simpan tag keja dan kad touch n' go aku.


4) Nyatakan kenangan manis atau apa-apa yang istimewa beg itu pada anda.

Beg ni memang ada kenangan manis dan istimewa sebab dihadiahkan oleh Encik Bakal Suami aku. Sebenarnya aku yang mintak sebab masa tu aku punya handbag lama dah teruk so aku suruh dia belikan aku as advance birthday gift. Hehehehe..


5) Sila tag orang lain.

Sebenarnya rasa malas nak tag orang lain sebab benda ni pun hutang berkurun tapi sebabkan aku kesian kat Lorna yang tak update blog dia dari bulan May, so aku pun tag le dia supaya dia ada entry baru. Hah.. ambik Lorna. Tak kira busy ke tak kena gak update. Dah siap dah tagging game. Aku nak sambung buat keja.