Termasuk hari ni ada 46 days lagi sebelum aku bergelar "Mrs. DM".. Eee.. ngerinya.. Takutlah.. Orang lain nak kawin memang ada perasaan ngeri dan takut cam aku rasa?? Ke orang lain ada perasaan happy je? Eh.. aku bukan nak cita pasal perasaan takut ke apa. Yang aku nak cerita aku dah dapat 2 hadiah kahwin. Hehehe.. Belum hantar borang kat JAIPK lagi le, so suppose belum boleh terima apa-apa hadiah berkaitan dengan kawin. Tapi dah orang nak bagi takkan le aku nak tolak pulakkan.

Hadiah yang pertama aku dapat dari Kelly. Dia nak pegi keja kat Dubai semula so kitaorang meet up hari Rabu lepas kat Mid Valley sempena dia nak berlepas ke Dubai semula. Sebelum balik Kelly bagi aku angpow as wedding gift.. Hehe.. TQ Kelly. I hope sangat you dan Chew dapat datang tapi you dah keja sana so nak buat camana. Nanti I hantar picture untuk you je.
Hadiah kedua aku dapat dari Kak Yati. Mula-mula masa dia temankan aku pegi Jakel dia sibuk nak top up untuk aku beli cadar yang mahal tu tapi aku tak mahu. Lepas tu masa lepas aku dah decide yang mana nak beli dia belikan pulak satu set comforter lagi. Hehehe.. so yang ni aku tak boleh le tolak dah sebab dia nak bagi as wedding gifts kan. Hari Sabtu pulak, masa aku pegi rumah dia ambik buku untuk along, dia bagi pulak table runner dan set yang kecik sekali. Ingatkan mula-mula nak pinjam je, sekali bagi terus. Adoi.. banyaknya hadiah dari Kak Yati. Anyway.. terima kasih banyak-banyak. Kak Yati ni memang very generous. Moga dimurahkanlah rezeki untuk Kak Yati & family.