Monday, April 30, 2012

Singapore Trip - Part 2

Dah pukul 3.00 lebih baru le sampai hotel. Kitaorang duduk kat Orchard Parade Hotel. Kalau ikut address hotel ni letaknya kat Tanglin Road. Tapi benar-benarnya dia persimpangan antara Tanglin dengan Orchard Road. So dekat jugak le nak jenjalan kat shopping mall tu sebenarnya. Dah pukul 4.00 baru dapat masuk bilik. Hadoi.. penat betul rasanya.

Sampai-sampai bilik je budak ni yang over excited. Habis dia explore satu bilik. Yang paling dia minat toilet dan main dengan toilet bowl cover. Hadoi.. ntah apa yang best sangat dengan toilet bowl tu ntah dak ni.


Bilik ni best betul dan besar sangat walaupun view dia tak berapa best. Tingkat bilik ni menghadap ke parking lot hotel Tak kisah le. Janji bilik best kan. Tak ada wardrobe tapi ada macam walking wardrobe pastu open camtu je. 

Katil lagi le best. Aku request katil king atau pun single dua biji pun tak apa asalkan boleh camtum. Mana le nak muat kalau queen size tido bertiga kan. Aku dah le comel sangat. Huhu..

Toilet dia ada bath tub dan shower room. Kata orang lain bilik dorang tak ada shower room. Agaknya bilik aku harga mahal sikit kot dari bilik orang lain. Tapi kira adil le sebab aku dapat satu bilik je. Pulak tu tak ada mintak extra bed kan. Lepas unpack semua luggage menda pertama buat mandikan budak Batrisyia ni. Dia tak mandi-mandi dari semalam. Pagi tadi masa keluar memang tak mandikan dia sebab awal sangat takut dia sejuk. Wah.. kemain happy kecik mandi dalam bath tub. Maklum le rumah tak ada bath tub. Siap tak nak keluar lagi berendam dalam tu. 

Rileks-rileks kejap je. Nak tidur pun tak sempat. Pukul 6.00 lebih dah siap-siap nak keluar jalan-jalan dah. Pegi dinner dan plan nak pegi Mustafa Center. Ni le rupa pandangan hotel kitaorang dari luar. Attach dengan Modestos dan restoran tu. 

Kat Orchard Road. Best kat sini sebab sepanjang jalan ni bersambung-sambung shopping mall. Tapi biasa le dengan Dahlan mana ada nak singgah-singgah tengok. Jalan stright je le nak naik MRT dinner. Sebab semua orang suggest kena try briyani dan murtabak kat Singapore so kitaorang pun decide makan kat sana. Dari hotel nak naik MRT tu tak ada le dekat sangat. Kena lalu beberapa shopping mall. Yang tak best tu kena seberang jalan. Kat Singapore mana boleh main seberang-seberang kat traffic light macam kat sini. So kena lalu laluan bawah tanah. Tapi tetap masuk shopping mall le cuma nak turun tu tak ada kemudahan untuk orang bawak stroller macam aku. Ke tak jumpa betulnya. Entah le. Jenuh jugak le mengangkut stroller bawak turun ikut escalator.

Dari Orchard Road tu nak pegi ke Arab St tu kena tukar MRT lain kat City Hall. Kat sana stesen terdekat dengan Arab Street tu stesen Bugis.

Ramai betul orang naik MRT. Ye le dah lah hari Jumaat. Time orang masih balik kerja. Mana tak ramai orang. Dari stesen Bugis tu nak ke Arab Street ingatkan dekat le. Tapi mak aii.. jauh giler. Setengah jam jugak le jalan. Tapi masa pegi sebab semangat nak rasa makanan dia tak ada le komplen banyak.

T
Kedai nasi briyani dan murtabak best ni ada dua kat sini. Yang ramai orang rekemen kat Singapore Zam Zam Restaurant. Tapi hari tu tutup pulak sebab dorang tengah renovation. So makan jelah kat Victory Restaurant sebelah je Zam Zam. Kitaorang dua-dua order nasi briyani ayam tapi Dahlan order ayam briyani. Aku order ayam goreng. Pada aku rasa briyani dia biasa-biasa. Tak ada le sedap sangat-sangat sampai teringat-ingat. Dah kenyang-kenyang makan tetap nak rasa murtabak dia pulak. So kitaorang tapau murtabak tu makan kat hotel. Murtabak dia memang sedap walaupun masa kitraorang makan dah sejuk bedi. Yang ni wajib repeat kalau datang lagi Singapore.

Batrisyia makan ayam goreng je. Dengan kulit murtabak. Nak bagi briyani takut pulak dia alergic. Jenuh oo kalau dia tak sihat kat tempat orang ni. Dah le esok nak pegi USS. Dah kenyang-kenyang makan briyani ni rasa malas gila nak jalan balik ke Bugis stesen untuk ke Mustafa pulak. Tapi pikir-pikir bila lagi nak pegi Mustafa kan. So kuat kan le hati dan semangat jalan jugak le dengan harapan akan dapat taxi tapi sampai ke sudah tak ada taxi. Naik jugak MRT. Stesen terdekat dengan Mustafa, Ferrer Park. Kena tukar MRT jugak. Masa ni udah le penat jalan kaki, pastu salah naik pulak. Kena patah balik pastu jalan jauh untuk tukar MRT tu. Eee pening aku MRT Singapore ni. Kalau sorang-sorang confirm aku sesat. Nasib le Dahlan biasa.

Dari Ferrer Park ke Mustafa Centre tu tak jauh sangat. Boleh nampak pun. Dalam 5 minit je berjalan. Sampai-sampai je dorang cakap dah dekat nak tutup dah. Eh pelik bukan ke Mustafa Centre ni bukak 24 hours. Oo baru tahu rupanya dia ada dia. Sebelah-sebelah je pun. Satu tu bukak sampai pukul 11.00 malam je. Yang satu lagi yang besar tu yang bukak 24 hours. Aku nak jugak tengok menda-menda lain tapi Dahlan dah kerah-kerah nak balik. So sempat beli parfume je kat sini. Memang murah parfume kat sini. Masa nak balik tu adoi.. menda paling pahit le aku rasa kat Singapore. Tunggu cab tak ada. Queue punya le panjang. Nak balik naik MRT dah tak larat nak jalan dah. Tapi serius menyesal. Masa tunggu-tunggu MRT pun dah abis dah operation hours. Last-last dapat jugak le cab dah dekat pukul 12.00 malam. Nasib tak ada charge extra hour. Balik penat sangat. Sian Batrisyia penat. Tidur terbongkang sampai pagi. Esok dah le kena bangun awal nak pegi USS.

Singapore Trip - Part 1

13-15 April 2012 lepas LSSB buat company trip ke Singapore. Lama jugak le LSSB tak ada company trip. Tahun 2010 langsung tak ada ke mana-mana. 2011 setakat gathering kat Sunway Lagoon je tu pun aku last minute tak dapat pegi sebab Batrisyia demam teruk. Alhamdulillah kali ni Batrisyia tak demam. 



Pagi Jumaat tu pukul 4.00 pagi dah keluar dari rumah sebab nak bertolak dari USJ office pukul 5.00 pagi. Semua orang pun sampai on time. Sampai kat LCCT awal lagi. Check in beg semua pastu gi solat subuh. Masa tu banyak lagi masa so kitaorang pun pegi breakfast kat Mc D. 

Tengok budak kecik tu berjalan-jalan happy sangat. 


Dah pukul 7.30 pagi baru dapat masuk ke departure hall. Punya le lama tunggu sampai Batrisyia pun dah tidur balik semula. Flight kitaorang AK725 bertolak pukul 8.35 pagi. 1st time Batrisyia naik flight. Tempat duduk aku pulak jauh dari Dahlan. Bengong betul orang Mayflower ni atur tempat duduk. Bagi le orang yang beranak kecik ni duduk dekat-dekat. Nasib baik le husband Kak Tini baik nak tukar tempat dengan aku tapi tetap tak dapat duduk sebelah-sebelah. Aku duduk sebelah-sebelah dengan anak Kak Surina. Dahlan depan belah kanan aku. Masa nak berlepas Batrisyia meragam pulak. Hadoi.. jenuh nak handle. Dia tak selesa agaknya. Dah boleh bukak seat belt aku pas Batrisyia kat Dahlan. Baru le dia ok sikit. Pastu Kak Su yang duduk depan aku offer nak tukar tempat duduk tak. So dapat le aku duduk sebelah Dahlan walaupun ada laluan jalan tengah-tengah. Dalam flight ada dapat makanan nasi goreng dengan sate. Tapi aku tak sempat nak makan dah sampai Singapore. Bawak jelah makanan tu ke hotel.

Kat Changi Airport dah. Tengah tunggu semua orang ada. Batrisyia dok pegang sate tu dari atas flight sampai le ke atas bas. Tak abis-abis sate dia. Last-last jatuh dalam bas. Huhu..

Mula-mula sekali kitaorang pegi ke Merlion Park. Ala.. tempat yang ada singa kuar ayor dari mulut tu. Kat sini Batrisyia tidur jugak so leceh jugak le sebab tempat dia banyak bertangga-tangga. Nak angkat stroller setengah mampus. Udah le panas giler. So terpaksa le kitaorang bergilir-gilir tengok singa tu.

Kejap je tengok tu dah duduk bawah tempat teduh. Panas betul.

Lepas tu suppose nak pegi pusing-pusing dulu baru lunch tapi memandangkan kitaorang dah dekat dengan restoran tempat nak lunch tu jadi dorang bawak makan dulu. Awal lagi dah lunch. Nasib aku tak makan nasi goreng dalam flight tadi. Nama restoran ni Chai Chee Seafood Restaurant.

Serius cakap sedap makan kat restoran ni.  Dorang serve makanan untuk 10 orang semeja banyak sangat. Tambah lagi meja aku semua makan sikit-sikit. Kak Yati, Miss Lim, Margie, Mr. Benny & wife, aku, Dahlan dan Azrul.
Sweet & sour fist fillet

Sotong  masak hapa ntah. 

Kangkung belacan

Butter prawn yang marvelous. Udah le banyak. Memang puas sangat makan. Pastu dah makan nasi kenyang-kenyang ada pulak dessert aiskrim lagi. Fuh.. sumbat jugak le.

Ni bas yang bawak kitaorang sepanjang kat Singapore ni. 

Nampak Marina Bay Sands dari atas bas. Dapat tengok dari jauh jelah sebab tak masuk dalam itinerary nak pegi situ pun.

 Lepas lunch sambung balik city tour. Dorang bawak le tengok Esplanade Theatres tapi tak ada turun pun. Tengok dari atas bas je sambil pusing-pusing. Pastu ntah mana lagi aku pun tak dengar menda yang tour guide tu cakap. Lepas tu bawak kitaorang ke China Town. Sejam kat sini tak sempat nak beli banyak pun. Dahlan cuma beli fridge magnet je. Aku nak beli payung tapi baru nak tengok-tengok dah sampai masa sejam so batal jelah niat tu.

Lepas tu bawak pulak ke 2 kedai. Satu tu kedai jual parfume dan jam. Pun aku tak ada beli apa. Dahlan je beli jam untuk mak dia. Lagi satu kedai dorang bawak ke kedai coklat. Sini beli le sikit coklat. Pun Dahlan yang beli. Aku tak ada beli benda jugak. Dah penat tak ada mood nak shopping pun. Pikir bila lah boleh check in hotel je.


Thursday, April 26, 2012

Crocs Sale

Masa lunch hari ni Dahlan call aku bagitau ada ramai orang queue kat Crocs Tropicana. Aku tanya dia ada sale ke apa. Dia cakap dia tak tahu sebab tak ada tulis. So balik keja hari ni aku ajak le dia pegi tengok sebab memang dah beberapa kali aku ada niat nak beli Crocs sebab sekarang ni asal balik petang je hujan petang je hujan so kasut aku selalu basah pastu dah sure le jadi busuk. Hari tu sepasang dah abis jahanam. Tu masa construction sebelah office belum siap so abis le banjir semua kat laluan pejalan kaki. Masa tu teruk kena randuk air sampai kaki aku kena fungus le. Pastu lagi sekali tahun ni pulak hujan lebat yang amat. Habis basah kasut. Tapi kali ni aku dah pandai sikit so tak ada le kaki kena fungus tapi kasut busuk. Huhu..Tu le pasal aku nak beli Crocs memandangkan Crocs ni bukan kulit so dia tahan air. Lap-lap je boleh kering. Dah berapa kali jugak le aku keluar masuk kedai Crocs tapi ntah le. Macam tak berkenan sebab kaust dia tak cover abis kaki. Tu aku tak suka. Tapi dah alang-alang ada sale boleh je try belikan.


Balik keja terus le ke sana. Lepas Maghrib aku tengok queue dia panjang jugak le. Tapi tak ada ramai sangat-sangat orang macam warehouse sale Pureen tu. Sanggup kot beratur. Aku tanya kat orang-orang yang dah beli tu sale camana. Dorang cakap 2 pasang RM100. Wah murah betul. Tau le kasut-kasut Crocs leh kata semua RM100 ke atas. Kalau dah sepasang RM50 tu kira murah yang teramat-amat. Dahlan tak nak tunggu pulak sibuk lapar-lapar nak makan. So layan dulu dia nak makan. Cepat-cepat makan pastu aku cakap aku tetap nak pegi tengok. Sekali pegi dorang tulis last call pukul 8.30 malam. Masa tu dah dekat pukul 8.40. Cis.. ni Dahlan punya pasal. So aku tanya-tanya gak le dekat orang yang jaga pintu tu. Hari-hari sama ke atau ikut while stock last. Dia cakap hari-hari dorang akan restock sampai habis. Sebab ni off season clearance sale. Oooo.. so aku dah berkira-kira nak datang balik le Sabtu pagi selepas Subuh aku datang tetiba ada le satu family ni. Perempuan tu kecoh-kecoh cakap dia datang dari jauh. Bagi jelah dia masuk sebab masa tu memang tak ramai mana pun yang queue kat luar. Pastu ntah apa-apa salesgirl tu discuss dia bagi le family perempuan kecoh tu masuk. Dan salesgirl tu panggil aku masuk sekali. Alamak kira rezeki le kan. Tak payah datang lagi. Tapi dalam hati mati aku kena korek-korek duit sorok ni kalau tak boleh pakai kad sebab dalam purse aku memang ada RM60+ je. Huhu.. Nasib masa bayar leh pakai kad.

Banyak jugak le pilihan dia cuma kena cari dan pilih betul-betul sebab dorang letak kasut-kasut tu dalam kotak. Nasib dia bagi masuk sekali dalam 10-15 orang je dalam kedai dia yang sempit tu. Tu pun rasa panas je. Aku grab jelah apa-apa yang aku rasa ok sikit. Design yang aku aim tu tak ada sale sebab tu new arrival so aku beli mana-mana yang aku rasa ok sikit jelah.

Ni le hasil tangkapan aku. Sekejap je aku pilih. Try-try muat bayar. Sesak nafas lama-lama. Yang kaler-kaler tu tak ada le lama sangat. Tahun lepas nyer season. Lebih kurang 8 bulan lepas, Harga asal RM249.00. Berbaloi le macam dapat 80% off kan. Yang kaler cekelat tu stok tahun 2010. Lama gak le dah tapi tak kisah le. Yang tu murah sikit. Harga asal RM129.00. Kira off 60% je. Ok jugak le. Yang atas kiri tu tangan Batrisyia. Aku amik gambar dia pun sibuk nak try kasut ni. Huhu..Ok so sapa-sapa nak pegi sale ni masih ada sampai 13 May 2012. Hanya kat Crocs Tropicana City Mall tau. Kedai bukak pukul 10.00 pagi sampai 10 malam. Tapi kalau malas nak queue elok le pegi awal. Lepas pukul 8.00 malam toksah le gi takut tak dapat masuk penat je. Aku tadi bernasib baik je agaknya sebab hari pertama kan.


Saturday, April 21, 2012

Camana nak hantar susu ke nursery

Update



Dah amik gambar dah. Camni le cara nak rendam susu tu malam sebelum nak hantar susu ke taska. Rendam dalam air dan letak ke dalam fridge. Esoknya susu tu sure mencair semulajadi perlahan-lahan.




Esoknya letak le susu siap-siap dalam botol sebanyak mana anak kita nak minum satu kali. Bubuh label siap-siap supaya pengasuh kita tahu mana nak bagi dulu. Tak payah nak pesan-pesan mana susu baru mana susu frozen yang nak kena abiskan dulu.
 _______________________________________________________________

Alhamdulillah.. hari ni genap umur Batrisyia 18 bulan. Dan genap jugak le aku menyusukan Batrisyia secara exclusive selama 18 bulan. Tak ada campur tau. Hihi.. Sempena hari ni aku nak buat satu entry special berkenaan penyusuan kot-kot le ada kengkawan aku mencari camana nak hantar susu ke pengasuh dah jenuh google tapi haram tak jumpa camana caranya. Cita Singapore kita postponed dulu yer. Sebab cita ni aku memang dah berhajat nak tulis lama dah.

Dulu masa aku tengah jahil pasal penyusuan susu ibu sepanjang pantang aku jenuh blog walking cari camana le cara aku nak hantar bekalan kat nursery. Berapa banyak nak hantar etc. Ada yang tulis camni ada yang tulis camtu sampai aku pening mana satu nak ikut. Alhamdulillah aku jumpa blog Ayu yang membolehkan aku berkenalan dengan dia. Sikit banyak dia dapat membantu terutama bila dia cadangkan aku pegi ke Moms Little One PJ. Masa tu ada lagi MLO PJ. Kat sana aku jumpa Kak Ajui dan Aishah. Pun syukur sangat-sangat. Dengan dorang segala macam menda yang aku musykil semua terjawab. So nasihat aku, pada sapa-sapa yang ada masalah penyusuan seeloknya pegi le jumpa pakar laktasi. Sila jangan tanya kawan-kawan je sebab pendapat kawan lain-lain. Ada yang boleh pakai ada yang tak boleh. Doktor pun tak digalakkan sangat sebab ada doktor yang tak pro bf. Pakar laktasi adalah orang terbaik yang korang kena jumpa sebab dia ada jawapan untuk segala pertanyaan kita. Ok balik pada tajuk asal. Ni aku nak cerita dari apa yang aku dapat le dari pakar laktasi yang aku jumpa.


Berapa banyak EBM yang nak hantar ke pengasuh
Cara dia camni. Pada hari Sabtu/Ahad, letak sikit dulu EBM dalam satu botol. Dulu aku buat 50ml je sekali minum. Last bagi baby direct feeding pukul 7.00 pagi katakan. Sebab time tu kita hantar dia ke pengasuh. Lepas tu jangan bagi dah sampai time kita amik dia kelak. So kata le baby dah lapar pukul 9.00 pagi. Bagi dia menyusu 50ml tu dulu. Biasa 50ml dia boleh habiskan. Lepas tu tengok cukup tak baby bertahan 2 jam untuk next feeding. Kalau dalam sejam dia dah nangis nak susu so maksudnya tak cukup. Tambah sikit lagi maybe dalam 60ml (2oz). Terpulang pada budi bicara kita. So try lagi. Kalau cukup 2 jam dia bertahan untuk next feeding kira dah ok. Kalau tak tambah lagi. Lepas tu calculate berapa botol yang cukup untuk dia sampai petang.

Macam Batrisyia aku bekalkan dia 7 botol x 60ml susu seharian. Actually Batrisyia cuma minum 6 botol je tapi sahaja aku spare lagi sebotol tu kot aku balik lambat pulak. Biasanya susu yang ketujuh tu memang bawak balik rumah je.


Camana cara nak hantar EBM ke pengasuh


Ok ni cara aku le dan aku rasa kebanyakan orang pun buat cara camni. Elok campurkan susu tu. Susu baru diperah dan susu beku yang dicairkan. Macam aku, aku bagi pengasuh 7 botol susu yang dah dicairkan kecik-kecik (brand Mom Little Ones) siap ada puting dan penutup setiap satu botol. Kat penutup tu aku buh siap-siap number 1-7. So biasanya susunan susu tu aku buat macam ni.

1) Susu baru
2) Susu beku dicairkan
3) Susu baru
4) Susu beku dicairkan
5) Susu baru
6) Susu beku dicairkan
7) Susu baru

Aku buat selang-selang macam ni. So dia dapat balance 3 botol susu baru dan 3 botol susu beku yang dicairkan. Susu no 7 biasa dia tak minum aku bekukan bila dah balik rumah.

Setiap botol tu aku dah siap-siap bubuh 60ml dah semua dan dah siap cair bagi susu beku. Puting pun dah bubuh siap. Tinggal dorang nak amik dari cooler bag dan panaskan je. Aku tak suka bagi pengasuh susu beku belum cair sebab tak tahu camana cara dorang cairkan. Kalau kita cairkan sendiri kita tahu apa kita buat. Lepas tu aku bagi botol dan puting 7 biji sebab aku tak nak dorang basuh botol aku. Ntah camana gamaknya dorang basuh. Biar aku basuh sendiri aku tahu apa aku buat. Aku cuma pesan lepas habis menyusu just jirus air paip dan masuk balik dalam cooler bag.


Camana cara nak cairkan susu bekuMalam sebelum tu kira-kira dalam pukul 10.00 malam keluarkan berapa banyak yang cukup je untuk bekalan esok. Pastu rendam dalam bekas yang ada air paip dan letak balik dalam peti ais bahagian bawah. Insyallah nanti susu tu akan cair perlahan-lahan. Esok paginya baru transfer siap-siap dalam botol yang dah siap ada puting dan bernombor sebanyak yang diperlukan untuk sekali penyusuan. Kadang-kadang walaupun dah rendam semalaman dalam air paip susu tu tetap tak mau cair so korang lalukan susu tu bawah air paip. Nanti cair le dia.


Extra tipsWalaupun rumah pengasuh atau nursery anak ada peti sejuk sebaiknya tak payah le tumpang peti sejuk deme. So beli le cooler bag yang elok dan boleh tahan lama. Contohnya macam cooler bag dan ice packs Moms Little Ones boleh bertahan selama 16 jam. So tak payah nak transfer susu kita ke peti sejuk orang. Biar je dalam cooler bag tu sampai balik. Susu kita pun tak ada le tercemar dengan campuran makanan lain yang ada dalam peti sejuk deme tu kan. Brand lain aku tak pasti kena check le berapa lama cooler bag tu bertahan.

P/S Entry ni tak ada gambar sebab aku malas nak tangkap gambar. Nanti le bila aku rajin aku amik gambar aku tepek sebagai update.


Wednesday, April 11, 2012

Macam-macam hal

Hari Jumaat ni dah nak pegi Singapore sekali baru realized camera rosak. Huhu.. Asalnya macam ni. Malam tadi aku nak charge bateri siap-siap plus nak delete le gambar-gambar yang tak berkenaan yang ada dalam memory card tu supaya banyak le empty space kenkonon leh le amik gambar banyak-banyak kat Singapore nanti. Sekali ntah apa aku tekan-tekan semua gambar dalam tu hilang. Huuuwaaaaaaa!!!!!!!!!!!! ada video birthday Batrisyia semua. Sayang tu.

So pagi tadi kebetulan ada makan-makan kat Taman Raintree sure jumpa Gooi aku pun bagi le pada Gooi mintak dia tolong recover balik gambar-gambar yang hilang tu. Gooi pun ambik memory card je. Pastu of coz le aku dah tak ada memory card so lepas abis kat majlis tu aku pun ajak le Dahlan gi beli memory card baru kat Tropicana. Dah beli testing sekali tengok gambar semua ada line-line. Adoi.. pelik kenapa jadi camtu. Tekan sana tekan sini sama je. Pastu dah balik rumah, Dahlan nak pegi on fridge kat PJS dan aku mintak dia singgah kat Digital Mall check naper jadi camtu. Sekali orang kat Ditigal Mall cakap camera tu dah rosak. Adoooooiii makkkk.. stress nyer. Nak pegi jalan camera tak ada. Camera Dahlan dah le tak best. Nak amik dengan Galaxy Note aku rasa macam tak cukup best. Huhu..

Last-last aku decide aku nak beli camera baru je. Tak rugi aku beli betulnya sebab aku memang sentiasa bawak camera mana pegi jalan-jalankan. So lepas Dahlan balik dari PJS terus kitaorang pegi Jusco One Utama. Malas nak survey kedai lain-lain dah. Reason beli kat Jusco dapat point. Hihi.

So tengok-tengok le mana berkenan. Ikutkan berkenan Samsung MV800 tapi aku tak ada budget sebanyak tu. Harga dia RM999.00. Lagi singgit nak cukup RM1K. Mahal tu. Tengok model lain Samsung macam model lama je. Pastu tengok Lumix. Murah. RM379.00. Aku tak kisah sangat betulnya touch screen ke tak touch ke. Pastu saleman tu cita-cita dia cakap better amik Canon. Last-last aku decide amik Canan Ixus 115HS kaler pink lagi. Hahahaha.. Harga RM599.00. Salesman cakap normal price RM799.00. Aku check kat internet harga RM649.00. Kira still ok lekan.


Bye-bye camera Samsungku.. banyak jasa tau camera tu. Gi Langkawi dengan arwah mak, masa kawin, masa Batrisyia lahir, dalam pantang dan macam-macam lagi. Nak buat camana. Bukan aku suka-suka nak cari penggantikan.. Hehehehe..

Saturday, April 7, 2012

Hari Jadi Ely Ke 30

Hari ni kitaorang plan celebrate birthday Ely yang ke 30. Huhu dah tua dah adik aku. Kebetulan Kak Semah & family datang hari Khamis lepas so lagi le meriah nak celebrate birthday Ely.


Masa nyanyi happy birthday Tikah, Pidah, Dahlan, Abang Harun dan Wan tak ada. Tu yang nampak kurang meriah sikit tu. Tengok muka Batrisyia macam dah tak sabar nak makan kek tapi tak boleh sayang. Kek tu banyak bahan-bahan yang buat Batrisyia alergic. Dia nak jugak aku suap kan kek je tapi nasib dia luah balik. Selamat..


Kek paling mabeles yang aku penah makan. Sedap giler. Red Velvet Just Heavenly. Besar ni harga dia RM98.00,. Kira ok le sebab dapat kek yang sedap sangat-sangat. Yang bestnya budak-budak tak suka kek ni so orang tua je perabis. Muhahahahaha...


Menu hari ni Kak Semah masak. Memang lama tunggu Kak Semah datang sebab nak makan nasi tomato dan ayam merah Kak Semah. Pun mabeles jugak.


Budak Batrisyia ni orang lain makan nasi tomato dengan ayam merah dan kek, dia makan le mempelam dari pokok depan rumah. Siap tertonggeng-tonggeng lagi. Apa saja le dak ni..

Wednesday, April 4, 2012

Batrisyia & Cousin

Sabtu lepas ada makan-makan kat rumah mak mertua sempena birthday dia. Kitaorang pun datang lambat jugak sebab sebelum tu ada farewell party untuk Lorna. Sampai dah pukul 6.30 petang so tak ada le tolong masak. Hahahaha.. memang kan. So makan-makan kali ni macam semua adik beradik le ada kecuali Adi dan Syuhadah. Rasa macam raya pulak ramai-ramai macam ni.

Batrisyia seronok ramai sepupu dia yang sama baya. Siap masuk bilik ambik gambar boleh.. hehe.. Suka gambar ni tapi gelap sikit. Kiri Batrisyia. Tengah Darwish anak sulung Pidah dan kanan Syahir anak kedua Siti. Darwish lahir sama tahun dengan Batrisyia tapi dia lahir bulan Januari. Batrisyia lahir bulan Oktober so 9 bulan le beza umur deme. Nampak Darwish besar sangat dari Batrisyia. Syahir lahir tahun 2009 rasanya. Ingat masa dorang datang rumah aku masa merisik, Syahir tu baby lagi. La ni dah besar dah kan..


Gambar berempat ni clear tapi Batrisyia dan Darwish pulak tengok ke lain. Yang sebelah Batrisyia tu Syasya, anak sulung Siti. Ada iras-iras tak muka dorang?