Masa lunch hari ni Dahlan call aku bagitau ada ramai orang queue kat Crocs Tropicana. Aku tanya dia ada sale ke apa. Dia cakap dia tak tahu sebab tak ada tulis. So balik keja hari ni aku ajak le dia pegi tengok sebab memang dah beberapa kali aku ada niat nak beli Crocs sebab sekarang ni asal balik petang je hujan petang je hujan so kasut aku selalu basah pastu dah sure le jadi busuk. Hari tu sepasang dah abis jahanam. Tu masa construction sebelah office belum siap so abis le banjir semua kat laluan pejalan kaki. Masa tu teruk kena randuk air sampai kaki aku kena fungus le. Pastu lagi sekali tahun ni pulak hujan lebat yang amat. Habis basah kasut. Tapi kali ni aku dah pandai sikit so tak ada le kaki kena fungus tapi kasut busuk. Huhu..Tu le pasal aku nak beli Crocs memandangkan Crocs ni bukan kulit so dia tahan air. Lap-lap je boleh kering. Dah berapa kali jugak le aku keluar masuk kedai Crocs tapi ntah le. Macam tak berkenan sebab kaust dia tak cover abis kaki. Tu aku tak suka. Tapi dah alang-alang ada sale boleh je try belikan.
Balik keja terus le ke sana. Lepas Maghrib aku tengok queue dia panjang jugak le. Tapi tak ada ramai sangat-sangat orang macam warehouse sale Pureen tu. Sanggup kot beratur. Aku tanya kat orang-orang yang dah beli tu sale camana. Dorang cakap 2 pasang RM100. Wah murah betul. Tau le kasut-kasut Crocs leh kata semua RM100 ke atas. Kalau dah sepasang RM50 tu kira murah yang teramat-amat. Dahlan tak nak tunggu pulak sibuk lapar-lapar nak makan. So layan dulu dia nak makan. Cepat-cepat makan pastu aku cakap aku tetap nak pegi tengok. Sekali pegi dorang tulis last call pukul 8.30 malam. Masa tu dah dekat pukul 8.40. Cis.. ni Dahlan punya pasal. So aku tanya-tanya gak le dekat orang yang jaga pintu tu. Hari-hari sama ke atau ikut while stock last. Dia cakap hari-hari dorang akan restock sampai habis. Sebab ni off season clearance sale. Oooo.. so aku dah berkira-kira nak datang balik le Sabtu pagi selepas Subuh aku datang tetiba ada le satu family ni. Perempuan tu kecoh-kecoh cakap dia datang dari jauh. Bagi jelah dia masuk sebab masa tu memang tak ramai mana pun yang queue kat luar. Pastu ntah apa-apa salesgirl tu discuss dia bagi le family perempuan kecoh tu masuk. Dan salesgirl tu panggil aku masuk sekali. Alamak kira rezeki le kan. Tak payah datang lagi. Tapi dalam hati mati aku kena korek-korek duit sorok ni kalau tak boleh pakai kad sebab dalam purse aku memang ada RM60+ je. Huhu.. Nasib masa bayar leh pakai kad.
Banyak jugak le pilihan dia cuma kena cari dan pilih betul-betul sebab dorang letak kasut-kasut tu dalam kotak. Nasib dia bagi masuk sekali dalam 10-15 orang je dalam kedai dia yang sempit tu. Tu pun rasa panas je. Aku grab jelah apa-apa yang aku rasa ok sikit. Design yang aku aim tu tak ada sale sebab tu new arrival so aku beli mana-mana yang aku rasa ok sikit jelah.
Ni le hasil tangkapan aku. Sekejap je aku pilih. Try-try muat bayar. Sesak nafas lama-lama. Yang kaler-kaler tu tak ada le lama sangat. Tahun lepas nyer season. Lebih kurang 8 bulan lepas, Harga asal RM249.00. Berbaloi le macam dapat 80% off kan. Yang kaler cekelat tu stok tahun 2010. Lama gak le dah tapi tak kisah le. Yang tu murah sikit. Harga asal RM129.00. Kira off 60% je. Ok jugak le. Yang atas kiri tu tangan Batrisyia. Aku amik gambar dia pun sibuk nak try kasut ni. Huhu..Ok so sapa-sapa nak pegi sale ni masih ada sampai 13 May 2012. Hanya kat Crocs Tropicana City Mall tau. Kedai bukak pukul 10.00 pagi sampai 10 malam. Tapi kalau malas nak queue elok le pegi awal. Lepas pukul 8.00 malam toksah le gi takut tak dapat masuk penat je. Aku tadi bernasib baik je agaknya sebab hari pertama kan.

