Wednesday, April 11, 2012

Macam-macam hal

Hari Jumaat ni dah nak pegi Singapore sekali baru realized camera rosak. Huhu.. Asalnya macam ni. Malam tadi aku nak charge bateri siap-siap plus nak delete le gambar-gambar yang tak berkenaan yang ada dalam memory card tu supaya banyak le empty space kenkonon leh le amik gambar banyak-banyak kat Singapore nanti. Sekali ntah apa aku tekan-tekan semua gambar dalam tu hilang. Huuuwaaaaaaa!!!!!!!!!!!! ada video birthday Batrisyia semua. Sayang tu.

So pagi tadi kebetulan ada makan-makan kat Taman Raintree sure jumpa Gooi aku pun bagi le pada Gooi mintak dia tolong recover balik gambar-gambar yang hilang tu. Gooi pun ambik memory card je. Pastu of coz le aku dah tak ada memory card so lepas abis kat majlis tu aku pun ajak le Dahlan gi beli memory card baru kat Tropicana. Dah beli testing sekali tengok gambar semua ada line-line. Adoi.. pelik kenapa jadi camtu. Tekan sana tekan sini sama je. Pastu dah balik rumah, Dahlan nak pegi on fridge kat PJS dan aku mintak dia singgah kat Digital Mall check naper jadi camtu. Sekali orang kat Ditigal Mall cakap camera tu dah rosak. Adoooooiii makkkk.. stress nyer. Nak pegi jalan camera tak ada. Camera Dahlan dah le tak best. Nak amik dengan Galaxy Note aku rasa macam tak cukup best. Huhu..

Last-last aku decide aku nak beli camera baru je. Tak rugi aku beli betulnya sebab aku memang sentiasa bawak camera mana pegi jalan-jalankan. So lepas Dahlan balik dari PJS terus kitaorang pegi Jusco One Utama. Malas nak survey kedai lain-lain dah. Reason beli kat Jusco dapat point. Hihi.

So tengok-tengok le mana berkenan. Ikutkan berkenan Samsung MV800 tapi aku tak ada budget sebanyak tu. Harga dia RM999.00. Lagi singgit nak cukup RM1K. Mahal tu. Tengok model lain Samsung macam model lama je. Pastu tengok Lumix. Murah. RM379.00. Aku tak kisah sangat betulnya touch screen ke tak touch ke. Pastu saleman tu cita-cita dia cakap better amik Canon. Last-last aku decide amik Canan Ixus 115HS kaler pink lagi. Hahahaha.. Harga RM599.00. Salesman cakap normal price RM799.00. Aku check kat internet harga RM649.00. Kira still ok lekan.


Bye-bye camera Samsungku.. banyak jasa tau camera tu. Gi Langkawi dengan arwah mak, masa kawin, masa Batrisyia lahir, dalam pantang dan macam-macam lagi. Nak buat camana. Bukan aku suka-suka nak cari penggantikan.. Hehehehe..