Sempena nak puasa tahun ni Nyah buat BBQ. Abang Majid beli udang dari Sarawak dan bawak balik sini. So kalau dah namanya BBQ udang menunya mesti le udang kara bakar, ayam bakar, air asam, ubi kayu goreng (hehe.. sebenarnya nyah salah beli. dia nak beli fries terbeli ubi kayu) dan nasi goreng cina.

Iman ni sibuk je. Mula-mula dia nak ambik gambar dengan mak. Lepas tu bila bapak datang sibuk pulak nak ambik gambar dengan Tok. Tak abis-abis Tok.
Saturday, August 30, 2008
Shopping Baju Melayu
Hari ni bapak ajak kitaorang pegi shopping baju melayu dia kat Mid Valley. So pagi-pagi lagi kitaorang dah keluar rumah sebab kalau lambat nanti susah nak cari parking kat Mid Valley. Sampai sana tanya le mak nak tak ambik wheel chair sebab penah hari tu pegi jalan-jalan kat Mid Valley balik tu dia demam sebab penat sangat. So dia cakap ambik le. Dah naik wheel chair sekali mak pening pulak sebab dia cakap rasa macam naik buaian. Macam-macam le. So tak ada le shopping ke mana sangat pun. Cuma bapak jelah yang beli baju melayu. Masa makan pulak kitaorang makan kat Chicken Rice Shop. Mak nak makan kanji so aku beli le kat Belanga yang tak jauh dari Chicken Rice Shop tu.
Friday, August 29, 2008
Orang Terjun Bangunan
Setiap hari Jumaat bila nak balik rumah, biasanya mesti aku kena tunggu Yati kat tembok bangunan Rohas ni lama sikit sebab biasanya hari Jumaat jalan jam. So hari ni tengah aku tunggu Yati macam biasa tiba-tiba aku nampak ada orang terjun dari bangunan. Sebabkan jauh aku tak pasti le bangunan yang mana satu tapi rasa-rasanya Menara KL. Nasib baik le aku ada bawak kamera hari ni so aku sempat le ambik gambar orang terjun bangunan tu.
Tuesday, August 26, 2008
Apam Manis
Puan-puan sekalian. Hari ni saya nak mengajar resipi untuk memasak Apam Manis. Resepi ini adalah sumbangan chef tersohor Puan Ropidah Harun (mak aku le hehehe). Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
3 cawan tepung beras cap teratai
1 cawan tapai
1 cawan gula
2 cawan air
2 sudu besar Eno
½ sudu kecil pewarna
Untuk pengetahuan semua ragi tu tak tahu le kat mana ada jual kalau kat KL ni. Ni mak aku import dari Kedai Karim di Bota Kanan. Harganya 5 kupang je sebiji. Kalau nak order boleh letak nama kat ruangan jom chat dan kos penghantaran RM5.50. Beli sebiji pun delivery charges sama. Tapi makwe cakap kat pasar tani section 17 pun ada jual. Gerai mana aku tak tahu so cari le sendiri.
Campurkan tapai, gula dan air dan blender le sampai sebati. Lepas tu masukkan tepung beras yang dah diayak dan kacau le sehingga betul-betul sebati dan jadi macam gambar di bawah.
P/S: Oppss.. lupa plak petua. Penting ni. Mak cakap kalau tengah haid jangan buat tapai sebab nanti tapai tu kaler merah. Buat apam tak tahu le pulak boleh ke idak masa tengah datang haid. Kalau nak tahu cuba le.
Friday, August 22, 2008
Ex Nacap Finance Dept Gathering!!
Last Tuesday aku dapat phone call dari Kelly Oh.. maknanya nombor Malaysia tu sebab kalau nombor Dubai aku save under nama Kelly Dubai. Balik sini dah dekat 2 minggu baru nak bagitau. Dia ajak pegi makan kat KLCC dengan Chew sekali. Bestnya.. excited nak jumpa dorang. Dengan Chew walaupun sama-sama duduk kat KL, tapi last jumpa dia tahun 2007 lepas raya. Lama dah tu. Since Kelly nak belanja kitaorang, aku dengan Chew decide makan dim sum kat Spring Garden KLCC.
Sunday, August 17, 2008
Dinner @ Muhibbah Seafood
Malam ni baru le Wan Chu Ma abis decide dia nak aku belanja dia makan kat mana. Mula dia nak kat Eastin, lepas tu nak makan Dim Sum, Chili's ler, Swensen's le.. ntah mana-mana lagi sampai naik pening aku tunggu dia buat decision last-last selepas hampir 8 bulan dapat bonus baru le aku dapat belanja dia. Dia pilih makan kat Muhibbah Seafood. Supposenya aku belanja dia sekali dengan Yatie tapi dah berapa kali tunda tu yang pegi lain-lain. So kitaorang makan berdua jelah. Tapi order banyak walaupun semua yang kitaorang order bersaiz S. Macam boleh makan 4 orang.
Tengah tunggu order sampai ni. Nasib kitaorang datang awal kalau tak lagi le penuh. Asyik makan jekan tu pasal le Nina boleh komplen dalam blog ni tulis pasal makan pegi kenduri.. tu je. Hehehe.. Nak buat camana. Nak tulis pasal kenduri sendiri tak ada lagi.

Tengah tunggu order sampai ni. Nasib kitaorang datang awal kalau tak lagi le penuh. Asyik makan jekan tu pasal le Nina boleh komplen dalam blog ni tulis pasal makan pegi kenduri.. tu je. Hehehe.. Nak buat camana. Nak tulis pasal kenduri sendiri tak ada lagi.Nasib baik dorang bagi kacang sambil tunggu order sampai tapi tak boleh nak makan juga sebab tak makan nasi terus makan kacang nanti naik angin satu badan.
Sunday, August 10, 2008
Ili Kamila's Wedding
Hari Ahad wedding anak sedara aku Kamilia. Dia baru 21 tahun. Tengah belajar lagi tapi dah kawin pun. Husband dia pun sama umur dengan dia dan masih belajar juga. Dorang buat majlis ni kat Grand Bluewave Hotel, Shah Alam. Wedding dia nampak macam simple tapi sebenarnya beria juga. Temanya macam sea world dari perhiasan meja, pilihan kaler, bunga telur, makanan dan termasuk le band yang nyanyi-nyanyi. Pertama kali aku pegi orang kawin makanannya nasi dagang, laksa, keropok lekor, ikan bakar etc.. Lain dari yang lain.
Emak dengan bapak kena duduk kat main table. Mak tension je sebab tak dapat pilih makanan sendiri. Mak cakap nasib baik dia dah makan laksa sebelum duduk kat main table sebab mak tak suka nasi dagang
Subscribe to:
Posts (Atom)