Thursday, December 1, 2016

LSSB Staff Lunch With Big Boss

Tengahari tadi Dato' bawak kitaorang makan dekat tempat favaroite dia le, Madam Kwan's. Selalu kalau makan dengan dia pun mesti dia bawak sini. Makan kali ni sempena birthday dia yang ke 50. Hari tu masa kitaorang celebrate dekat office ramai-ramai dia belum balik dari oversea. So ni dia dah balik masa ni le baru nak celebrate birthday dia

Kali ni kitaorang request nak order single-single. So aku order Nasi Bojari. Besar gila serving dia. Dulu rasa macam ok-ok je. Sekarang rasa macam sengkak nak menghabiskan. Dah tua agaknya

 Dorang lain-lain ada order char keow teow, beef keow teow etc. Tapi ramai yang tak habis makan.  Apa le dorang ni. Kalau tak habis order le share-share. Aku dengan Kak Yati je yang habis makan semua

 
Audrey boleh order appertizer banyak gila. Huhu.. tu pasal le food tak abis. Dia order stater plater, deep fried beancurd, otak-otak dan rojak buah. Tapi rojak buah tak ada gambar. Happy le semua dapat makan free hari ni. Happy Birthday Dato'

Sunday, November 27, 2016

Misi Mencari Uniform Batrisyia

Tahun depan kecik dah masuk darjah satu. Cepat benor rasanya. Harin Jumaat hari tu ada le berwhatsapp dengan Yati dan Angah Syarina pasal uniform sekolah. Tanya Yati sebab anak dia kecik-kecik macam Batrisyia jugak so mesti le dia pro mencari baju size kecik. Dengan angah Syarina sebab anak-anak dia pun semua SKDU. 

Balik kerja ikut Miss Lim pergi Aeon One Utama sebab nak bayar kredit kad so sempat le survey-survey baju sekolah untuk budak kecik ni. Aku suruh Dahlan parking terus kat dalam boleh le try baju sekolah since dorang dah start jual. Kena beli seawal yang boleh sebab budak ni size dia memang luar biasa. Macam budak umur 4 tahun. Kalau tak ada yang ready made jawabnya kena le tempah.

Kat Aeon ada jual few brand. Tapi yang ada size keciknya cuma brand Outpost dan Kiko je. Brand Kiko mahalnya ampun.. So yang ada pilihan cuma brand Outpost. Try pinafore size 6. Hehehe.. comel sangat. Sales person tu masa aku mintak size paling kecik, dia cakap kecik sangat ni kak baju ni. Pastu aku tunjuk Batrisyia.. terus dia cakap.. ooo muat-muat. Hahahaha.. Tengok mak tak percaya ek anak sebesar tu. Baju kurung semua gelobos habis. So tak boleh beli baju kurung. Pinafore pun aku belum beli juga sebab budak tu cakap 7 & 8 December ada diskaun 30%. Eh! Takkan nak beli sekarang. Baik tunggu kan. Rasa tak ramai kot budak size Batrisyia. Mesti ada lagi size

Semalam lepas lunch, terus ajak Dahlan pegi cari baju. Ok dah jumpa baju kurung. Comel terletak je kat badan dia. Alhamdulillah.. tak payah nak tempah. Even baju yang aku jumpa ni alter pun tak payah. So terus rembat 3 pasang. Sayangnya uniform ni tak jual asing. Baju dan kain sekaligus. Tak dapat le nak beli lagi untuk baju sekolah Kafa. Tunggu dulu kot-kot jumpa pulak yang lain tapi jual baju saja

Aku jumpa kat sini baju sekolah size Batrisyia. Pusat Pakaian Hari-Hari. Kitaorang pergi branch yang dekat Taman Dato' Harun.  Masa mula-mula masuk macam tak confident je ada size. Aku just mintak jelah size paling kecik. Sekali tengok macam kecik jugak cutting dia. Masa ni aku yang turun sorang. Batrisyia tidur. Lepas dah check aku rasa dia muat, baru panggil dia turun. Try-try.. ngam-ngam ko. Kalau besar pun sikit je which is boleh le pakai sepanjang tahun. Cuma kat sini jual satu set kain dan baju. RM33.90 sepasang. Seriously murah gila. Sayangnya pinafore dia cutting besar. So tak beli pinafore. Aku beli 3 pasang terus baju kurung kat sini. Kasut pun murah kat sini. RM17.90. Lepas shopping kat sini pegi pula Kedai Kawanmu tak jauh dari situ. Kedai ni ada jual baju asing-asing tapi cutting besar. Size paling kecik dia pun besar. Memang murah le harga baju kedai ni tapi kalau beli kena alter. Menurut kata salesgirl tu, kat luar kedai tu ada abang yang boleh alter baju. Dia charge dalam RM3.00 je sehelai. So boleh le kot. Kalau confirm pergi Kafa, tapi tak jumpa baju lain, boleh le beli baju sini dan upah abang tu alter je. Kasut kat sini pun murah. RM10.00 kot sepasang cuma kualiti kurang bagus daripada dekat Pusat Pakaian Hari-Hari

Ni harga baju brand Aeon. Sepasang dah RM50.80. Ni le baju yang paling murah dekat Aeon. Yang brand Kiko tu, sehelai dah RM40+. Gila botak kepala. Actually kan kualiti baju dekat Pusat Pakaian Hari-Hari tu not bad lah. Elok jugak. Lebih kurang sama je dengan kualiti baju brand Canggih. So nak buat apa bayar brand kan.. beli je yang murah

Thursday, November 24, 2016

Batrisyia 6th Birthday Party Vol 2

Hari Selasa hari tu, balik dari sekolah Batrisyia menangis-nangis mintak nak celebrate birthday dia kat sekolah. Ayoo Batrisyia nak jugak ke? Sebenarnya daripada awal dia dah cakap dia nak celebrate kat sekolah tapi aku je malas layan. Yelah, takkan nak buat dua kali. Dengan family lagi. Kat sekolah lagi. Tapi dah dia menangis-nangis camtu, aku pun ikutkan jelah. Lagipun ni tahun last dia tadikakan. Tahun depan dia dah darjah satu. Boleh kata hari ni farewell party dengan classmate dia

Mula plan nak beli cake ready made je kat King's. Pastu pikir-pikir balik baik tempah dengan Aunty Asmah. Kek dia lagi sedap dan fresh. Dah le murah. So aku pun whatsapp dia tanya sempat tak kalau aku nak collect malam ni. Dia cakap boleh. So aku tempah chocolate moist cake 500gm je. Batrisyia request nak gambar princess. Tak ada makna nak princess-princess. Tempah je yang cepat. Aku mintak aunty Asmah buat design ni. Malam tadi amik kat rumah dia cake ni. Dia charge RM50.00 je. 

Pagi ni budak ni dah bawak le cakenya ke sekolah. Aku pun tak tahu apa cerita deme berdua dari rumah pagi tadi. Sebelum lunch tadi, Dahlan hantar gambar-gambar ni kat whatsapp. Dia cakap teacher Anne yang hantar gambar ni.


Muka bangga tak hengat. Hahahahaha.. Pertama kali tengok dia pakai tudung elok camgini. Dia cakap teacher letak pin kat tudung dia. Selama ni bukan aku tak nak letak pin. Tapi dia yang komplen cekik.



Kitaorang bawak cake je. Yang lain-lain tu sekolah punya. Aku pun tak terpikir nak bawak makanan lain untuk budak-budak ni. Tapi yelah.. kelam kabut order cakenya. Dah le hari keja. Kalau cuti tu boleh le buat proper plan


Agaknya time ni deme tengah nyanyi happy birthday. Kalau buat hari birthday dia yang betul boleh le aku cuti datang sekolah tengok dia. Tapi ni pun dah last minute tak ada le nak cuti-cuti bagai.


 
Ni classmate Batrisyia. Ada yang tak datang kot ni. Yelah esok dah hari last sekolah. Mesti ada yang dah start cuti sendiri. Tahun depan semua budak-budak ni dah masuk darjah satu. Masing-masing sekolah tempat lain-lain dah

Tuesday, November 15, 2016

Air Asia Promo Seats 2017/2018


Semalam Cah hantar gambar ni kat whatsapp Fantastic Four.  Eee.. Dahlan le ni.. kenapa tak inform dah keluar tiket untuk bulan November 2017. Dia yang beria nak sangat ke Korea, tapi tak ada inform. Kalau tidak. hari Ahad malam dah boleh book dah. Air Asia promo seat ni biasanya dimulakan dengan free seat untuk member pada hari pertama which was semalam 14 November 2016. So kalau rasa nak dapat chance untuk dapat free seat, memang kena standby depan komputer / handphone. Tepat pukul 12.00 malam je kena login beli. Tapi dah sehari macam ni memang jangan harap le nak dapat free seat. So we go for promo seat jelah.

Balik kerja malam tadi, aku dah suruh Dahlan book dah. Tapi dia sibuk pulak nak pegi tengok wayang sebab nak pakai ticket free GSC aku yang last day hari ni. Ceritanya last week, kitaorang redeem 2 seats untuk cerita The Accountant. Seriously aku tak perasan citer tu kategori 18. So dah masuk dah sampai esclator, sekali budak tu panggil. Kak.. cerita ni kategori 18. Budak tak boleh masuk. Hayoo.. camana.. aku memang nak tengok The Accountant. So budak kaunter tu baik hati sikit bagi le kitaorang voucher staff yang boleh pakai dalam masa satu minggu. Hari Sabtu suppose aku nak pegi tengok dengan Kak Aishah, sekali sakit perut period pain, lepas ihtifal Batrisyia tidur sampai malam. So dah cancel. Jadi daripada rugi burn ticket ni, biar le Dahlan redeem. Dah balik tengok wayang ingatkan dia nak book ticket Koreanya, haram buat. 

Suppose my original plan nak pegi Korea tahun 2017 pada hari Sabtu 4 November 2017 flight pukul 1.00 pagi. Balik hari Sabtu berikutnya 11 November 2017 flight pukul 4.25 petang. Kira oklah le pegi Korea waktu ni sebab time ni dah dekat nak cuti sekolah. Batrisyia dah habis exam. Autumn pun masih tengah best. Sekali pagi ni  sampai-sampai office aku login Air Asia website, tengok-tengokticket yang aku nak tu dah habis dah promo seat. Jadi aku cakap dengan Dahlan tak apa pe lah kita balik hari Jumaat. Kurang sehari je. Meaning travel period aku 4-10 November 2017. Aku suruh Dahlan book cepat-cepat sebab promo ticket hari Sabtu 4hb tu dah tinggal 3 je. Ngam-ngam untuk kitaorang. 

Sekali pukul 9.01 pagi, aku terima e-mail daripada Dahlan tengok-tengok dia pergi book date Jumaat 10 November 2017 dan balik Sabtu 18 November 2017. OMG!!! Instead of kurangkan sehari dia boleh pegi tambah sehari. Habis le burst budget aku camni. Plan asal gi 8D7N. Sebab tak ada tiket nak pegi 7D6N. Sekali terbook 9D8N. Dia cakap benda tu auto click. Dah le buat kelam kabut. Huhu.. Tapi bila pikir-pikir ada yang bagus le. Lama kat Korea jadi boleh cover semua tempat. Tak ada le jadi macam Melbourne ritu. Kedua date ni seminggu lagi nak cuti sekolah panjang. Jadi rasanya memang dah tak belajar dah budak kecik tu nanti.

So total aku dapat untuk ticket je RM2,406.24. Kira sorang RM802.08. Tak murah kan ticket dia. Some more, child ticket pun harga sama. Lepas tu sekarang kan Air Asia dah bijak pandai suruh orang beli luggage, makan pilih seat siap-siap kalau nak discounted price. Mula pergi aku ingat nak amik value pack tu untuk aku dan Dahlan je. Batrisyia punya beli le satu-satu since nak luggage 40kg je masa pegi. Sekali tak boleh. Kalau book ticket sekali camtu, sorang amik semua kena amik. Memang hampeh sungguh Air Asia ni. So nak tak nak, pegi kena customise luggage, seat dan meal. Tak ada le penjimatan sangat. Balik ambik value pack. Jadi balik dapat 60kg luggage kau. Boleh borong kosmetik kat Seoul!! Total untuk semua-semua ni dah RM3,068.24. Cuma meal masa pegi je belum beli lagi. Dah dekat nanti baru add on meal pulak.

 

Saturday, November 12, 2016

LC TTDI Grand Ihtifal 2016

Hari ni sekolah Batrisyia punya grand ihtifal tahun 2016. Macam biasa, Little Caliph Taman Tun Dr. Ismail ni, segala-gala majlis memang lokasi dia memang di Women's Institute Of Management (WIM) di Jalan Abang Haji Openg, Taman Tun Dr. Ismail

Majlis bermula pukul 8.30 pagi. Tapi kitaorang diminta datang pukul 8.00 pagi. Masa kitaorang sampai dekat parking WIM ni, tak nampak pun orang lagi. Kitaorang sampai ngam-ngam pukul 8.00 pagi. Ambik gambar kejap lepas tu masuk dalam dewan. Masuk je, teacher pun tengah getting ready lagi. Kitaorang first yang sampai. Kira ok le juga sebab boleh pilih seat yang best untuk ambik gambar dan video. Kali ni aku yang pilih seat. Kalau Dahlan pilih, nanti dia pilih seat yang tak best. Masa registration, parent diberi goodies bag. Dalam tu ada air kotak, air mineral cawan, kuih satu, coklat dan gula-gula. Actuallly aku tak pasti goodies bag ni untuk sapa sebenarnya. Untuk parents ke untuk student.

Dah pukul 8.30 pagi baru le emcee dia datang dekat rostrum suruh semua student duduk kat tempat dan bersiap sedia. Yang paling tak bagus owner Little Caliph Puan Aflahiah tu datang lepas pukul 8.30 pagi. Lagi lambat daripada semua parents datang. Tak kisah le dia pregnant atau ada anak ramai ke hapa, tapi tadika ni bukan ke dia yang punya. Dah le hari-hari biasa memang tak pernah nampak batang hidung. Majlis macam ni lambat sampai pulak. Sangat tak respect okay.

Majlis start dengan bacaan doa etc. Sepatutnya terus kena ucapan daripada Puan Aflahiah. Dek kerana dia lambat, so tukar program. Start dengan Asma Ul Husna daripada semua student. Dia punya ucapan pun dah tengah-tengah majlis which is masa tu aku rasa tak ada siapa pun interested nak dengar dah. 


Lepas bacaan Asma Ul Husna  tu terus performance zikir Ya Hanana daripada kelas KG2-6 (kelas Batrisyia) dan Pra Tahfiz. Dua-dua ni kelas umur 6 tahun. Kemudian ada banyak le performance daripada setiap kelas tapi aku pun tak ingat susunan performancenya. Antaranya ada le ucapan daripada wakil pelajar, bacaan Al-Quran daripada, bacaan buku daripada wakil student kelas KG1-4, demo solat Dhuha daripada kelas KG1-4 dan macam-macam lagi le. 

Kelas KG2-6 dan Pra Tahfiz ada dua performance. Satu yang zikir tadi. Lagi satu persembahan nyanyian The Muslims of The World. Sedap sebenarnya lagu ni. Lirik pun bagus. Tapi aku tak dengar sepatah haram budak-budak ni nyanyi. Yang aku dengar "Muslim of The World"dan no no no je. Hahahaha..



Dah habis semua persembahan, baru le ada penyampaian sijil graduasi untuk student KG2-6 dan Pra Tahfiz. Seronok budak-budak sekarang. Kecik-kecik dah dapat pakai jubah. Aku dulu tunggu dapat ijazah baru merasa. Graduasi matrikulasi pun tak ada jubah-jubah ni. Tapi ingat ye, jangan awal-awal dapat pakai jubah dah satified dah. Mesti janji pakai jubah macam ni banyak-banyak kali lagi tau.


Penganugerahan sijil graduasi. Batrisyia nombor dua dipanggil. Ikut abjad kot. Aduhai Batrisyia. Udah le paling kecik, boleh jatuh pulak masa naik tangga



Lepas dah habis bagi sijil graduasi, ada pulak anugerah pelajar terbaik dan kedatangan terbaik untuk setiap kelas. Masa ni aku dah nak simpan handphone dah. Mustahil kot Batrisyia dapat. Tetiba untuk kedatangan terbaik kelas KG2-6, Batrisyia binti Dahlan. Eh..eh.. Batrisyia dapat anugerah best attendance. Aku rasa macam kerap jugak budak ni memonteng. Raya dah 2 hari. Pegi Melbourne 6 hari. Tak masuk lagi yang aku tak ingat bila dia ponteng. Tapi agaknya classmate dia lagi banyak ponteng daripada dia tu pasal le dia dapat jugak. 

Majlis selesai sebelum pukul 12.00 tengahari. Fuh lega.. Gambar atas ni Batrisyia dengan best friend dia Bella. Tahun lepas dia baik dengan Amani. Pastu Amani dah pindah balik kampung Penang. Masuk pulak Bella. Walaupun umur Bella baru 5 tahun, tapi dia dah pandai semua. Sebab tu dia duduk kelas KG2-6 tapi tak graduate sama Batrisyia. Next year Bella mesti masuk kelas Pra Tahfiz.

Lepas je habis semua, kitaorang pegi lunch dekat Rumah Kueh owned by Rita Rudani kat Kota Damansara. Komen aku biasa-biasa je rasa food dia. Waktu lunch dorang cuma serve nasi campur. Lauk pauk dia rasa masakan rumaj. Pada orang yang rindu nak makan masakan rumah ok le kot. Untuk aku, aku suka rasa lain dari masakan rumah. Tu yang aku rasa biasa-biasa je. Kuih-kuih pulak dah sia prepack macam dekat Nyonya Colours. So kalau nak beli campur-campur one each macam kat La Cucur memang tak boleh

Friday, November 11, 2016

LSSB November Birthday 2016

Hari ni Ms Lim plan nak buat makan-makan dekat HQ sempena staff birthday bulan November dan meraikan pengantin baru Fara. Dekat LSSB ni memang ramai staff yang lahir bulan November. DI HQ sendiri Dato', aku, Kak Yati, Kak Aishah dan Jennifer lahir bulan November. Kat OC pun ramai juga antaranya En Shukri. Tapi kali ni disebabkan Dato belum balik dari oversea, celebrate birthday untuk En Shukri yang tarikh lahir dia esok, Kak Yati 3 November. Kak Aishah 27 November dan aku penutup bulan November iaitu 29 November

 Ambik gambar dulu sebelum makan. Kebetulan ada senior management meeting dengan SICPA, so Mr Yong pun dipanggil. Tapi time ambik gambar ni dia belum sampai


Tiup lilin. Aku suka gambar ni. Nampak macam kitaorang bertiga budak nakal mengajuk GM. Sebenarnya tak ye. Memang suppose kena tiup lilin sama-sama. Tapi dah lilinnya satu je, bagi jelah GM tiup.


Kitaorang tempah red velvet cheese cake ni daripada adik Audrey. Mahal gila keknya. RM140.00. Dah le kecik. Nasib sedap
 

Menu hari ni ada nasi padang. Ms Lim pergi dengan Kak Yati beli dari Nasi Padang Putri Bungsu dekat Jalan Yap Kwan Seng. Kedai ni actually Dato Mat yang mula-mula bawak kitaorang. Sedap le rasa makanan dia tapi mahal. Standard harga KLCC le.
 
Petang lepas makan-makan, kan aku cakap ada management meeting dengan supplier. Tetiba nampak Atai anak sedara Sudirman. Dah beberapa kali dia datang meeting kat sini tapi tak pernah berkesempatan nak amik gambar. Hari ni macam lama pulak dorang menunggu nak masuk meeting, aku terus le cakap nak amik gambar boleh. Sporting je dia terus cakap boleh. Hahahaha.. Dia keja dengan supplier kitaorang sekarang. Nyanyi part time aje.

Tuesday, November 8, 2016

Melbourne Trip Day 5.3 (27.09.2016)

Dari Maru Koala Park, kami meneruskan perjalanan. Aku tak berapa nak tengok sangat pemandangan luar. Aku rasa kurang selesa dengan bas ni sebenarnya. Macam bas lama ada bau sikit. Cuba tidur pun tak dapat sebab Batrisyia jadi terlebih aktif pulak hari ni. Perjalanan dari Maru ke Philips Island pun tak jauh mana. Lebih kurang 15 minit perjalanan sahaja. Sebaik sahaja melepasi jambatan ini, welcome to Philips Island


Persinggahan pertama kitaorang adalah Panny’s Chocolate Factory. Kat sini boleh tengok buat coklat secara live. Di sini jugak ada halal food. Nasi dan kari. Hehehe.. lagi mau makan nasi kah? Tapi kami tak ada le makan kat sini pun. Coklat kat sini umak mahal-mahal belaka. Batrisyia dah berbunyi nak coklat. Aku cakap ada coklat dalam bag. Tak payah nak beli-beli lagi. Mujur memang ada beli coklat semalam kat Coles. So tour dekat sini 15 minit je. Tapi aku masuk tak sampai 5 minit pun. Cadang nak pegi solat kat baby room sekali ada orang guna pulak. Sudahnya amik wuduk solat dalam bas je. Sementara tengah solat tu Uncle Neil sibuk amik order pizza dan collect payment.


Next pit stop adalah Cape Woolami Beach. Tempat ni sangat popular untuk surfing. Tapi masa summer le. Sejuk-sejuk gini ada ke orang nak surfing? Seriously tempat ni cantik sangat. Aku rasa pantai kat Australia ni semua cantik-cantik. Pasir dia putih bersih. Kat sini pun ada banyak seagull. Baru le Australia kan banyak-banyak seagull macam ni.

Dahlan dengan Batrisyia rajin turun main air laut dan pasir sampai bawah. Aku seperti biasa malas. Duduk je atas kayu ni ambik gambar. Masa mula-mula nak amik gambar berlatarkan laut nak suruh sapa pun tak tahu. Sekali nampak le family yang bertiga tu pun tak turun. Aku mintak tolong yang lelaki tu amikkan gambar. Dah dia amik gambar aku sorang dorang pulak bergambar situ. Sampai Dahlan dengan Batrisyia naik, aku lagi sekali mintak mamat tu amikkan gambar kitaorang bertiga. Masa ni baru tahu dia pun Malaysian dari JB. Hehehe.. Mamat ni profesional photographer kot sebab teror je dia suruh kitaorang pose peluk-peluk. Memang cantik kan gambar ni.


Seterusnya kami singgah di Philip Island Grand Prix Circuit. Tengok trek je. Tak ada apa pun kat sini. Kalau masa ada race baru meriah kot. Uncle Neil pusing bas sampai entrance. Ada le nampak segerombolan wallaby lagi. Ni pun wallaby bela kot. Uncle Neil tanya sapa nak turun tengok wallaby. Seorang pun dah malas turun. Hahahaha.. macam-macam


Destinasi seterusnya adalah The Nobbies. Kat sini pun boleh tengok binatang-binatang lagi even penguin pun mungkin ada. Tapi sepanjang jalan tak nampak penguin pun. Rumah penguin ada.  Wallaby ada jumpa. Sebenarnya pemandangan kat sini sangat cantik. Dengan cliff dia cuma sayangnya kami tak dapat turun. Just lalu dan tengok dari dalam bas aje. Sampai di penghujung, Uncle Neil beli tiket untuk Penguin Parade malam ni

Selepas itu kami singgah makan pizza di Cowes. Dekat Cowes ni ada banyak jugak kedai-kedai. Ada Coles, Woolworths etc. Rasa macam Cowes ni town dekat Philips Island agaknya. Kami makan di Jessie's Pizza. Masa order tu, ada banyak juga pilihan tapi banyak yang ada ham. Dah ada ham bagai tak order le chicken sebab aku rasa tak halal. Rupanya chicken pizza kat sini halal. Sebab dia base on raw chicken tu datang daripada sumber yang halal. Kalau tau dah order dah chicken pizza.


Sebenarnya kitaorang order separuh-separuh. Separuh marinara pizza yang mana dia terdiri mixes seafood dan separuh lagi vegetarian pizza yang mana ada pineapple, mushroom, capsicum etc. Sekali Uncle Neil terbagi pizza kitaorang dekat husband & wife Shah Alam tu. Dorang order marinara semata. Uncle Neil nak order balik yang baru, aku cakap tak payah le. Boleh je makan yang ni je. Sebab yang dapat ni masih halal pizza. Lain le tertukar dengan something yang ada ham of course aku mintak yang lain. Lepas makan, aku keluar cari air panas. Jessie's Pizza ni cuma ada jual air sejuk je. Tak tahan aku. Aku pergi Subway dekat sebelah Woolworth's. Order Hot Chocolate. Budak yang buat air tu lembap Yarabi. Aku risau orang menunggu aku je. Tetiba nampak le Uncle Neil jalan ke arh Woolworth's. Baru rasa lega sikit. Minum share-share dan lepas tu pegi toilet sekejap. Tetiba Dahlan nak air pulak. Aku cakap mana sempat dah. Budak tu lembap. Karang le beli. Tadi tak nak beli sekali. Ada ke nak beli lepas sorang-sorang. Ni group tour le. Semua menda kena cepat-cepat. Lagi tak paham le Dahlan ni.

Dah naik bas, hari pun dah gelap. Sampai dekat tempat Penguin Parade di Summerlands Beach ni dah pukul enam lebih. Kami diberi 3 tiket. Diberi masa sehingga pukul 7.45 malam di sini. Masuk-masuk je ada le gambar signboard. Baru nak amik gambar selfie, ada staff dia offer amikkan gambar. Bagus dorang ni

Tiket ni untuk general view je. Kalau nak tengok lagi dekat lain bayarannya. Tak payah le. Yang ni dah cukup bagus dah. Sempat singgah cafe sebab Dahlan nak beli Latte. Sambil Dahlan beli kopi, aku dengan Batrisyia nak buat le sourviner dari syiling tu.. Mesin tu kena masuk duit AUD2.00. Pastu pilih gambar mana kita nak. Dia akan cetak le atas coin kecik. Tapi masa aku buat coin tu tak keluar. Hampeh betul. Rugi AUD2.00 aku. 

Semasa menyaksikan Penguin Parade ni kami semua tak dibenarkan mengambik gambar sebab cahaya lampu tu akan buatkan mata penguin rosak dan dalam pada masa sana nanti dia tak tahu jalan balik. Tapi masa jalan nak pegi tepi laut tu ada terserempak dengan penguin yang dah balik awal dekat sangat. Aku tengok officer dia tak ada. Kuar camera amik gambar tak ada flash tau sebab penguin tu duduk bawah lampu merah yang ada dekat titian tu. Sekali ntah camana gambar tu boleh terdelete. Tulah dosa mencuri. Dan-dan tu gambar tu terdelete. Apa nak buat tak ada rezeki. 

Penguin dekat Australia ni rupanya spesis dia kecik je macam anak burung. Tapi bila dorang balik pulang petang tu comelnya. Terkedek-kedek. Tak ada le nampak banyak sangat. Dalam 10 ekor je kot yang kitaorang nampak. Lepas dah tengok-tengok tu terus le balik. Jenuh pulak mencari mana Uncle Neil parking bas sebab kat sini ada banyak sangat bas pelancong. Dah le bas kitaorang kecik je.

Selepas semua orang dah naik, kami pun balik semula ke city. Sampai Melbourne CBD pukul 9.45 malam. Macam biasa Uncle Neil akan turunkan kitaorang kat tempat mana dia amik. Tapi masa geng budak perempuan berlima tu turun, kami ikut turun sekali. Nak jalan balik sambil beli makanan
Dahlan bengang je sebab aku nak turun sini. Aku cakap tak pe biar aku sorang je gi beli makanan. Suruh dia tunggu je kat kerusi. Aku pegi Lord of th fries dekat Flinders Street Station. Kali ni aku nak rasa fries dia je. Aku order Large Classic Fries with French Canadian Sos. Pada aku tak sedap sangat fries ni. Sebab sos dia sikit. Sedap lagi burger dia. Sebelum sampai hotel, singgah 7 Eleven beli susu jap sebab susu dah habis. Tu sahaja cerita hari kelima di Melbourne.