Tuesday, November 8, 2016

Melbourne Trip Day 5.3 (27.09.2016)

Dari Maru Koala Park, kami meneruskan perjalanan. Aku tak berapa nak tengok sangat pemandangan luar. Aku rasa kurang selesa dengan bas ni sebenarnya. Macam bas lama ada bau sikit. Cuba tidur pun tak dapat sebab Batrisyia jadi terlebih aktif pulak hari ni. Perjalanan dari Maru ke Philips Island pun tak jauh mana. Lebih kurang 15 minit perjalanan sahaja. Sebaik sahaja melepasi jambatan ini, welcome to Philips Island


Persinggahan pertama kitaorang adalah Panny’s Chocolate Factory. Kat sini boleh tengok buat coklat secara live. Di sini jugak ada halal food. Nasi dan kari. Hehehe.. lagi mau makan nasi kah? Tapi kami tak ada le makan kat sini pun. Coklat kat sini umak mahal-mahal belaka. Batrisyia dah berbunyi nak coklat. Aku cakap ada coklat dalam bag. Tak payah nak beli-beli lagi. Mujur memang ada beli coklat semalam kat Coles. So tour dekat sini 15 minit je. Tapi aku masuk tak sampai 5 minit pun. Cadang nak pegi solat kat baby room sekali ada orang guna pulak. Sudahnya amik wuduk solat dalam bas je. Sementara tengah solat tu Uncle Neil sibuk amik order pizza dan collect payment.


Next pit stop adalah Cape Woolami Beach. Tempat ni sangat popular untuk surfing. Tapi masa summer le. Sejuk-sejuk gini ada ke orang nak surfing? Seriously tempat ni cantik sangat. Aku rasa pantai kat Australia ni semua cantik-cantik. Pasir dia putih bersih. Kat sini pun ada banyak seagull. Baru le Australia kan banyak-banyak seagull macam ni.

Dahlan dengan Batrisyia rajin turun main air laut dan pasir sampai bawah. Aku seperti biasa malas. Duduk je atas kayu ni ambik gambar. Masa mula-mula nak amik gambar berlatarkan laut nak suruh sapa pun tak tahu. Sekali nampak le family yang bertiga tu pun tak turun. Aku mintak tolong yang lelaki tu amikkan gambar. Dah dia amik gambar aku sorang dorang pulak bergambar situ. Sampai Dahlan dengan Batrisyia naik, aku lagi sekali mintak mamat tu amikkan gambar kitaorang bertiga. Masa ni baru tahu dia pun Malaysian dari JB. Hehehe.. Mamat ni profesional photographer kot sebab teror je dia suruh kitaorang pose peluk-peluk. Memang cantik kan gambar ni.


Seterusnya kami singgah di Philip Island Grand Prix Circuit. Tengok trek je. Tak ada apa pun kat sini. Kalau masa ada race baru meriah kot. Uncle Neil pusing bas sampai entrance. Ada le nampak segerombolan wallaby lagi. Ni pun wallaby bela kot. Uncle Neil tanya sapa nak turun tengok wallaby. Seorang pun dah malas turun. Hahahaha.. macam-macam


Destinasi seterusnya adalah The Nobbies. Kat sini pun boleh tengok binatang-binatang lagi even penguin pun mungkin ada. Tapi sepanjang jalan tak nampak penguin pun. Rumah penguin ada.  Wallaby ada jumpa. Sebenarnya pemandangan kat sini sangat cantik. Dengan cliff dia cuma sayangnya kami tak dapat turun. Just lalu dan tengok dari dalam bas aje. Sampai di penghujung, Uncle Neil beli tiket untuk Penguin Parade malam ni

Selepas itu kami singgah makan pizza di Cowes. Dekat Cowes ni ada banyak jugak kedai-kedai. Ada Coles, Woolworths etc. Rasa macam Cowes ni town dekat Philips Island agaknya. Kami makan di Jessie's Pizza. Masa order tu, ada banyak juga pilihan tapi banyak yang ada ham. Dah ada ham bagai tak order le chicken sebab aku rasa tak halal. Rupanya chicken pizza kat sini halal. Sebab dia base on raw chicken tu datang daripada sumber yang halal. Kalau tau dah order dah chicken pizza.


Sebenarnya kitaorang order separuh-separuh. Separuh marinara pizza yang mana dia terdiri mixes seafood dan separuh lagi vegetarian pizza yang mana ada pineapple, mushroom, capsicum etc. Sekali Uncle Neil terbagi pizza kitaorang dekat husband & wife Shah Alam tu. Dorang order marinara semata. Uncle Neil nak order balik yang baru, aku cakap tak payah le. Boleh je makan yang ni je. Sebab yang dapat ni masih halal pizza. Lain le tertukar dengan something yang ada ham of course aku mintak yang lain. Lepas makan, aku keluar cari air panas. Jessie's Pizza ni cuma ada jual air sejuk je. Tak tahan aku. Aku pergi Subway dekat sebelah Woolworth's. Order Hot Chocolate. Budak yang buat air tu lembap Yarabi. Aku risau orang menunggu aku je. Tetiba nampak le Uncle Neil jalan ke arh Woolworth's. Baru rasa lega sikit. Minum share-share dan lepas tu pegi toilet sekejap. Tetiba Dahlan nak air pulak. Aku cakap mana sempat dah. Budak tu lembap. Karang le beli. Tadi tak nak beli sekali. Ada ke nak beli lepas sorang-sorang. Ni group tour le. Semua menda kena cepat-cepat. Lagi tak paham le Dahlan ni.

Dah naik bas, hari pun dah gelap. Sampai dekat tempat Penguin Parade di Summerlands Beach ni dah pukul enam lebih. Kami diberi 3 tiket. Diberi masa sehingga pukul 7.45 malam di sini. Masuk-masuk je ada le gambar signboard. Baru nak amik gambar selfie, ada staff dia offer amikkan gambar. Bagus dorang ni

Tiket ni untuk general view je. Kalau nak tengok lagi dekat lain bayarannya. Tak payah le. Yang ni dah cukup bagus dah. Sempat singgah cafe sebab Dahlan nak beli Latte. Sambil Dahlan beli kopi, aku dengan Batrisyia nak buat le sourviner dari syiling tu.. Mesin tu kena masuk duit AUD2.00. Pastu pilih gambar mana kita nak. Dia akan cetak le atas coin kecik. Tapi masa aku buat coin tu tak keluar. Hampeh betul. Rugi AUD2.00 aku. 

Semasa menyaksikan Penguin Parade ni kami semua tak dibenarkan mengambik gambar sebab cahaya lampu tu akan buatkan mata penguin rosak dan dalam pada masa sana nanti dia tak tahu jalan balik. Tapi masa jalan nak pegi tepi laut tu ada terserempak dengan penguin yang dah balik awal dekat sangat. Aku tengok officer dia tak ada. Kuar camera amik gambar tak ada flash tau sebab penguin tu duduk bawah lampu merah yang ada dekat titian tu. Sekali ntah camana gambar tu boleh terdelete. Tulah dosa mencuri. Dan-dan tu gambar tu terdelete. Apa nak buat tak ada rezeki. 

Penguin dekat Australia ni rupanya spesis dia kecik je macam anak burung. Tapi bila dorang balik pulang petang tu comelnya. Terkedek-kedek. Tak ada le nampak banyak sangat. Dalam 10 ekor je kot yang kitaorang nampak. Lepas dah tengok-tengok tu terus le balik. Jenuh pulak mencari mana Uncle Neil parking bas sebab kat sini ada banyak sangat bas pelancong. Dah le bas kitaorang kecik je.

Selepas semua orang dah naik, kami pun balik semula ke city. Sampai Melbourne CBD pukul 9.45 malam. Macam biasa Uncle Neil akan turunkan kitaorang kat tempat mana dia amik. Tapi masa geng budak perempuan berlima tu turun, kami ikut turun sekali. Nak jalan balik sambil beli makanan
Dahlan bengang je sebab aku nak turun sini. Aku cakap tak pe biar aku sorang je gi beli makanan. Suruh dia tunggu je kat kerusi. Aku pegi Lord of th fries dekat Flinders Street Station. Kali ni aku nak rasa fries dia je. Aku order Large Classic Fries with French Canadian Sos. Pada aku tak sedap sangat fries ni. Sebab sos dia sikit. Sedap lagi burger dia. Sebelum sampai hotel, singgah 7 Eleven beli susu jap sebab susu dah habis. Tu sahaja cerita hari kelima di Melbourne.