Tahun depan kecik dah masuk darjah satu. Cepat benor rasanya. Harin Jumaat hari tu ada le berwhatsapp dengan Yati dan Angah Syarina pasal uniform sekolah. Tanya Yati sebab anak dia kecik-kecik macam Batrisyia jugak so mesti le dia pro mencari baju size kecik. Dengan angah Syarina sebab anak-anak dia pun semua SKDU.
Balik kerja ikut Miss Lim pergi Aeon One Utama sebab nak bayar kredit kad so sempat le
survey-survey baju sekolah untuk budak kecik ni. Aku suruh Dahlan parking terus kat dalam boleh le try baju sekolah since dorang dah start jual. Kena beli seawal yang boleh sebab budak ni size dia memang luar biasa. Macam budak umur 4 tahun. Kalau tak ada yang ready made jawabnya kena le tempah.
Kat Aeon ada jual few brand. Tapi yang ada size keciknya cuma brand Outpost dan Kiko je. Brand Kiko mahalnya ampun.. So yang ada pilihan cuma brand Outpost. Try pinafore size 6. Hehehe.. comel sangat. Sales person tu masa aku mintak size paling kecik, dia cakap kecik sangat ni kak baju ni. Pastu aku tunjuk Batrisyia.. terus dia cakap.. ooo muat-muat. Hahahaha.. Tengok mak tak percaya ek anak sebesar tu. Baju kurung semua gelobos habis. So tak boleh beli baju kurung. Pinafore pun aku belum beli juga sebab budak tu cakap 7 & 8 December ada diskaun 30%. Eh! Takkan nak beli sekarang. Baik tunggu kan. Rasa tak ramai kot budak size Batrisyia. Mesti ada lagi size
Semalam lepas lunch, terus ajak Dahlan pegi cari baju. Ok dah jumpa baju kurung. Comel terletak je kat badan dia. Alhamdulillah.. tak payah nak tempah. Even baju yang aku jumpa ni alter pun tak payah. So terus rembat 3 pasang. Sayangnya uniform ni tak jual asing. Baju dan kain sekaligus. Tak dapat le nak beli lagi untuk baju sekolah Kafa. Tunggu dulu kot-kot jumpa pulak yang lain tapi jual baju saja
Aku jumpa kat sini baju sekolah size Batrisyia. Pusat Pakaian Hari-Hari. Kitaorang pergi branch yang dekat Taman Dato' Harun. Masa mula-mula masuk macam tak confident je ada size. Aku just mintak jelah size paling kecik. Sekali tengok macam kecik jugak cutting dia. Masa ni aku yang turun sorang. Batrisyia tidur. Lepas dah check aku rasa dia muat, baru panggil dia turun. Try-try.. ngam-ngam ko. Kalau besar pun sikit je which is boleh le pakai sepanjang tahun. Cuma kat sini jual satu set kain dan baju. RM33.90 sepasang. Seriously murah gila. Sayangnya pinafore dia cutting besar. So tak beli pinafore. Aku beli 3 pasang terus baju kurung kat sini. Kasut pun murah kat sini. RM17.90. Lepas shopping kat sini pegi pula Kedai Kawanmu tak jauh dari situ. Kedai ni ada jual baju asing-asing tapi cutting besar. Size paling kecik dia pun besar. Memang murah le harga baju kedai ni tapi kalau beli kena alter. Menurut kata salesgirl tu, kat luar kedai tu ada abang yang boleh alter baju. Dia charge dalam RM3.00 je sehelai. So boleh le kot. Kalau confirm pergi Kafa, tapi tak jumpa baju lain, boleh le beli baju sini dan upah abang tu alter je. Kasut kat sini pun murah. RM10.00 kot sepasang cuma kualiti kurang bagus daripada dekat Pusat Pakaian Hari-Hari
Ni harga baju brand Aeon. Sepasang dah RM50.80. Ni le baju yang paling murah dekat Aeon. Yang brand Kiko tu, sehelai dah RM40+. Gila botak kepala. Actually kan kualiti baju dekat Pusat Pakaian Hari-Hari tu not bad lah. Elok jugak. Lebih kurang sama je dengan kualiti baju brand Canggih. So nak buat apa bayar brand kan.. beli je yang murah




